Travelog Umrah 2015 (Andalusia)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 ม.ค. 2015
  • Koleksi kompilasi gambar dan video pengalaman pertama saya dan isteri mengerjakan Umrah pertama kami pada 30 Disember 2014 hingga 12 Januari 2015 (14H12M), bersama Andalusia Travel & Tours.
    Penerbangan kami dari KLIA ke Jeddah (terminal haji) menggunakan charted Saudi Airlines selama 8 jam membawa lebih kurang 280 jemaah umrah Andalusia dan beberapa lagi jemaah dari syarikat lain seperti Rayhar dll. Kami seterusnya berangkat ke Madinah menaiki bas selama lebih kurang 6 jam perjalanan dan menginap di Hotel Mubarrak Silver (lebih kurang 300m dari Masjid Nabawi).
    Berada di Madinah selama 5 hari, kami seterusnya berangkat ke Mekah pada jam 3 petang dengan berpakaian ihram dan bermiqat di Masjid Bir Ali. Kami melakukan umrah pertama pada jam 1200pagi dan selesai lebih kurang jam 230pagi.
    Kami turut dibawa ke beberapa tempat bersejarah sebagai ziarah tambahan untuk memberi lebih pengertian tentang sirah dan pengorbanan Rasulullah SAW.
    Mutawwif: Ust Zakaria Othman
    Kredit Lagu Latar:
    1. Hafiz Hamidun - Kasih Padamu
    2. Sami Yusuf - Asma Allah
    3. In-Team - Balada Selawat
    4. Opick - Di Bawah Langitmu
    5. Unic - Ikramul Kareem

ความคิดเห็น • 44

  • @salatussalatin4501
    @salatussalatin4501 5 ปีที่แล้ว +1

    bagi saya ini anatar video travelog umrah yang terbaik..bila tgk video ni mmg terigt suasana masa dkt tanah suci..

  • @yusofabu2669
    @yusofabu2669 7 ปีที่แล้ว +2

    rindu nak mengunjungi tanah suci inshaallah saya doakan semua yg tonton video ni akan mengerjakan umrah pada masa yg terdekat ni . doakan juga agar malaysia kekel berdaulat tak de la saya asyik dok standby jer

  • @mohdshafiqaffandyali4976
    @mohdshafiqaffandyali4976 9 ปีที่แล้ว +2

    Salam Tuan, Syukur alhamdulillah saudara telah sampai ke Tanah Suci, saya amat tersentuh hati dengan video travel log ini. saya adalah seorang pengikut video-video travel log UMRAH & HAJI. saya mengucapkan tahniah diatas effort saudara dalam menyiapkan video ini.. Ini juga adalah dikatakan dakwah melalui video media sosial, Moga ALLAH S.W.T memberkati kehidupan tuan..

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      mohd shafiq affandy ali Salam. Alhamdulillah dan terima kasih. Saya hanya buat sekadar yang mampu, semuanya atas izin Allah. Terima kasih juga atas doa tuan. Saya juga doakan semoga Allah juga memberkati kehidupan tuan :)

  • @ahphatcapcai1652
    @ahphatcapcai1652 8 ปีที่แล้ว +1

    subhanallah tersentuh hati nie bila la ade rezeki nak menjejak kan kaki ke tanah suci lagi..last pergi masa kecik tahun 1995..in shaa allah ade rezeki mesti sampai amin

  • @bobmarlyn2698
    @bobmarlyn2698 8 ปีที่แล้ว +2

    Subhanallah..... Tersentuh hati saya melihat video tuan.... 😭, doakan saya supaya saya dpt menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti....

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  8 ปีที่แล้ว +1

      Aminnn.. InsyaAllah tuan.. Moga tuan dimurahkan rezeki ke sana nnti InsyaAllah

  • @manjazana
    @manjazana 8 ปีที่แล้ว +1

    Allahuma salli ala muhammad...

  • @rosimahramli5331
    @rosimahramli5331 6 ปีที่แล้ว

    Tiada daya dan kuasaku melainkan dgn izin-mu aku pasti mnjejakkan kaki disini

  • @zaraarah4785
    @zaraarah4785 6 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum.. Subhanaallah hati ni bergetar sayu apabila melihat vedio ni..bulan 2 ni adalah pertama kali saya akan kesana..

  • @mrmisspretty
    @mrmisspretty 8 ปีที่แล้ว +3

    Subhanallah..mengalir air mata saat melihat semua tempat2 yg tuan lawati..terima kasih buat tuan kerana beri saya peluang untuk melihat semula secara detail gambar2 setiap tempat yg dilawati..Rindu rasa ingin kembali lagi ke sana..semoga tuan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..IA

    • @streetdakwah7560
      @streetdakwah7560 7 ปีที่แล้ว +1

      Semoga Kita Di Jemput Menjadi Tetamu Allah SWT Untuk Mengerjakah Ibadah Umrah Dan Haji Dan Mendapat Umrah Dan Haji Yang Mabrur , InsyaAllah ! Amin!! #kursusumrahasas

  • @rosnijamaludin9252
    @rosnijamaludin9252 7 ปีที่แล้ว +1

    Tgk gambar di atas tersentuh hati saya bila teringat kembali kenangan mengerjakan Haji pd thn 1437H yg lps..Alhamdulillah dpt mengubat rasa rindu dihati.In syaa Allah klu diberikan rezeki kesihatan dan kewangan ingin nak buat Umrah di bulan Ramadhan pulak

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  7 ปีที่แล้ว +1

      InsyaAllah tuan. Moga segala urusan dipermudahkan. Doakan juga saya dapat mengerjakah haji suatu hari nanti, InsyaAllah

  • @azriee1865
    @azriee1865 8 ปีที่แล้ว +2

    Seronoknye tgok, xsbar rsenye nk pi tahun dpan...

  • @cacingpanas91
    @cacingpanas91 9 ปีที่แล้ว +1

    as SLM..terubat rindu menonton video saudara..xsabar nk pergi lg..

  • @ummikhair1824
    @ummikhair1824 6 ปีที่แล้ว

    ya Allah rindunya nk kesana lagi.
    ya Allah jemput aku lagi

  • @peminatgame2748
    @peminatgame2748 8 ปีที่แล้ว +1

    teringin nak menjejakan kaki disini... mudah2 hajat saya kesampaian untuk jadi tetamu ALLAH disana...

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  8 ปีที่แล้ว

      +Peminat Game InsyaAllah, bila kita ada niat Allah permudahkan :)

  • @senseirazak8964
    @senseirazak8964 8 ปีที่แล้ว

    Terima ksih tuan atas perkongsian info.

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  8 ปีที่แล้ว

      +Sensei Razak xde mslh, sama-sama berkongsi tuan :)

  • @NabilahHassan
    @NabilahHassan 9 ปีที่แล้ว

    Terima kasih banyak atas videonya. Saya pun pergi under andalusia. Baru balik seminggu lepas. Tapi tak banyak snap gambar & buat video. Bila tengok video ni rasa rindu sangat.

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว +1

      Sama-sama... Sy pun x amik gmbr byk sgt.. Amik sekadar buat syarat mngenangkan ada perkongsian yg boleh dibuat utk dikongsikan sesama umat. In the end sy pun rasa bsyukur sgt sbb video ni dpt mngubat sdikit rindu sy pd dua tanah haram ni ;'(

  • @edyfazrin9694
    @edyfazrin9694 9 ปีที่แล้ว

    assalam..Rasa tidak sabar untuk pergi umrah pada 19.2.15 ini under andalusia jugak..

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      Assalam. Selamat mengerjakan umrah. Sy doakan tuan mndpat umrah yg maqbul dan mabrur. InsyaAllah ianya akan jadi pengalaman yg tidak dpt dilupakan :)

    • @witnai
      @witnai 9 ปีที่แล้ว +1

      ***** assalamualaikum abe. Video yg berinfo. Tq4sharing. Smoga mndapat kbkatan mgajak ssma muslim mnnunaikan umrah slpas mnonton video ini. Doakan kpgian kmi (sy dab ibu) ke baitullah pd 30 mei nati. Smoga kmi mdpt umrah mabrur.amin..

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      ***** Waalaikummussalam. Saya dokan saudari & ibu dimudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur, InsyaAllah

  • @hafizhussein8271
    @hafizhussein8271 8 ปีที่แล้ว

    satu video you tube yang berquality

  • @zamirchannel7765
    @zamirchannel7765 7 ปีที่แล้ว

    x sabar nye nk pi..insyallah😁

  • @zakimohidin4773
    @zakimohidin4773 7 ปีที่แล้ว

    Assalam, tumpang tanya, apa kah nama hotel semasa berada di Makkah dan berapa malam?

  • @AlManna
    @AlManna 9 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya luggage Andalusia tu memang wajib kita guna semasa ke sana ke?

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      Waalaikummussalam. Tak wajib, tp bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan pihak Andalusia semasa load dan unload beg ke dan dari bas/flight

  • @NikWafdi
    @NikWafdi 8 ปีที่แล้ว

    nak tanya.. mcm mana kalau ada yg guna wheel chair ? Kalau bawak wheel chair sendiri boleh bawak masuk pesawat tak?

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  8 ปีที่แล้ว

      Sy x pasti la pula utk pnerbangan umrah mcm mana, better tnya direct dgn pihak pngurusan umrah. Tp klu flight biasa wheelchair hnya smpai gate atau pntu kapal terbang je, nnti dia akan smpan utk bw ke destinasi

  • @kuda89
    @kuda89 8 ปีที่แล้ว

    Intro tu lgu apa mohon share tajuk :)

  • @syahzannahazwana6280
    @syahzannahazwana6280 9 ปีที่แล้ว

    salam. tumpang tanya, edit video guna apa ya?

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      syahzanna hazwana Salam. Ini guna Corel Video Studio + iPhoto je

  • @bismieamer
    @bismieamer 9 ปีที่แล้ว +1

    siapa mutawwif tuan???

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      Bismie Amer Mutawwif kami Ust Zakaria Othman

  • @ariflius9323
    @ariflius9323 9 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum Wr Wb Boleh sy bertanya antum berapa biaya umroh untuk tahun skrg antum

    • @FaridIqbalIbrahim
      @FaridIqbalIbrahim  9 ปีที่แล้ว

      Waalaikummussalam. Ana pg awal tahun 2015, jd dapat harga pakej tahun 2014. Ana ambil pakej bilik berempat, 14 hari chartered flight dalam RM5700++