Masjid Kerisik Pattani

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 พ.ย. 2023
  • Masjid Kerisik terletak di Krue Se, Wilayah Pattani. Nama tempat ini dipanggil Kerisik dalam kalangan orang Melayu yang membawa makna pasir kasar. Malah kawasan masjid ini berada dalam Tanyong Lu Lo (Bahasa Thailand) atau pun Tanjung Luk Luk (sebutan Melayu). Kedudukan masjid ini di Tanjung Luk Luk menggambarkan keharmonian dan keindahan tempat ini suatu ketika dahulu. Luk luk diambil daripada perkataan Arab yang bermakna mutiara. Apabila matahari menyimbah bumi, pasir-pasir pantai ini gemilap seperti mutiara. Indahnya tidak terkira.
    Nama sebenarnya ialah Masjid Sultan Muzhaffar Shah. Ia dibina selepas Melaka diserang Portugis iaitu selepas tahun 1511. Masjid ini menjadi pusat rasmi kegiatan kerajaan Melayu ketika itu selain menjadi tempat ibadah. Masjid yang berusia lebih 500 tahun ini dibina dengan ciri timur tengah dan kepakaran tempatan. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair. Masjid ini juga turut dikaitkan sebagai tempat persinggahan Hang Tuah dalam perjalanan mengejar Raja Bersiong yang lari ke Siam.
    Pada tahun 1786, masjid ini runtuh akibat peperangan antara Pattani dan Siam. Siam inginkan tanah Kerisik yang dikuasai Kerajaan Melayu. Diplomasi Siam telah menyebabkan British menyerahkan Tanah Melayu itu kepada Siam. Pada masa yang sama, Pulau Pinang turut diserahkan oleh Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah kepada Kompeni Hindia Timur atas kejayaan pihak Inggeris mempertahankan Kedah daripada serangan Siam.
  • ภาพยนตร์และแอนิเมชัน

ความคิดเห็น •