Padang Tok Sheikh Gunung Jerai

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Lawatan kali ini melibatkan Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar (Pengkaji Sejarah Kedah Tua), Dato' Paduka Haji Jaafar Bin Mohamad ( Penaung & Penasihat, Pertubuhan Kerabat Sharif Shah & Tunku Long Putra/Tunku Anjang Putra Negeri Kedah), Tuan Guru Sheikh Murobbi Muhd, Zainal Asri Bin Haji Mohd Romli ( Ulama Negeri Kedah), Bonda (Pewaris Merongmahawangsa Kedah Tua serta jemaah beliau..
    Sekilas Latar Belakang Padang Tok Sheikh
    Padang Tok Sheikh ialah tempat yang terkenal yang disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa di mana terletaknya makam Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Al-Qumairi dari Yaman.
    Sheikh Abdullah ialah ulama yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja, pemerintah Kedah Tua pada ketika itu. Maharaja Derbar Raja menukar nama kepada Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Kedah ke-9 setelah memeluk Islam.
    Sebuah menara dibina atas Gunung Jerai dengan titah Sultan Muzaffar Shah sebagai tempat melaungkan azan di samping memperingati pengislaman baginda dan pertukaran nama negeri 'Kalaha' kepada 'Kedah'.
    Sheikh Abdullah meninggal dunia semasa memantau pembinaan menara tersebut. Beliau dikebumikan di kawasan rata berhampiran menara azan tersebut dan kawasan tersebut kemudian dikenali sebagai Padang Tok Sheikh, bersempena nama beliau..

ความคิดเห็น • 25