Taman Rashidah Utama, Wings - maksud disebalik lagu

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 ม.ค. 2015

ความคิดเห็น • 61

  • @muhamadmuhamad5595
    @muhamadmuhamad5595 7 ปีที่แล้ว +7

    perasaan rindu....yang bukan diatas, dibawah, dikiri, dikanan, didepan, atau dibelakang...tapi datangnya terbang tiada bersayap , dan hinggap tiada berkaki.......zauq...sudahnya....

  • @xcyber7449
    @xcyber7449 4 ปีที่แล้ว +19

    KISAH DI SEBALIK TAMAN RASHIDAH UTAMA
    Malang jika ada peminat muzik rock tempatan yang tak pernah dengar lagu Taman Rashidah Utama. Dari bilik karaoke ke studio jamming sampailah ke cabaran peserta program realiti. Masih lagi relevan dijadikan pilihan walaupun usianya sudah lebih 30 tahun dilahirkan. Lagu yang dimuatkan dalam album Wings yang cover albumnya pernah diparodikan dalam filem Rock Oo. Album apa lagi kalau bukan album Hukum Karma pada tahun 1988.
    Durasi lagu selama 7.05 minit itu telah menggabungkan vokal mantap Awie dan solo gitar Joe yang penuh dengan ekspresi kesedihan dalam lagu. Aku sama seperti yang lain dalam scene Zul Kapan bila vokalnya diuji untuk mengisi kekosongan vokalis Rimba Bara. Tergamam bila bait lirik "pertama kali kau ku cinta..." diungkapkan.
    Lagu dan liriknya ditulis oleh pengacara, pelawak, pelakon dan kini pendakwah iaitu Saudara Bob Lokman. Teringat dengan ucapan "kumpulan rock tempatan yang merakamkan album inggeris dengan gaya inggeris..." masih lagi segar dalam memori peminat.
    Umum tahu bahawa Taman Rashidah Utama ini benar-benar wujud. Sebuah perumahan yang terletak di Senawang kira-kira 10 km dari Seremban. Apahal pula Bob Lokman nak buat lagu pasal taman perumahan ni? Rupa-rupanya lagu ini terinspirasi dari kisah benarnya sendiri.
    Bob Lokman ketika berusia lewat 20-an mengenali gadis berusia 14 tahun yang menetap di Taman Rashidah Utama. Beliau mula jatuh cinta padanya apabila gadis ini pernah singgah ke studio bersama rakan-rakannya untuk bertemu kumpulan Wings. Beliau tertarik dengan kecantikannya namun tidak pula dihiraukan.
    Sejak itu, Bob nekad untuk menunggu gadis itu tamat zaman persekolahan untuk menghantar rombongan meminang.
    Walaupun gadis itu telah menjelaskan tiada perasaan terhadap Bob, rombongan meminangnya tetap diteruskan. Namun, pinangannya tetap ditolak. Lelaki mana yang tak kecewa dan patah hati bila situasi macam ini terjadi. Mungkin sudah tertulis bahawa jodoh Bob bersama orang lain.
    Cinta Bob belum lagi terhenti setakat itu. Beliau masih lagi berulang-alik ke Seremban dan melalui kawasan perumahan itu demi melihat gadis yang dicintai walaupun sekejap. Sehinggalah satu hari, beliau berputus asa dengan apa yang dilakukan.
    Selepas hujan, Tuhan ciptakan pelangi. Di sini terbitnya hikmah setelah kekecewaan yang dilalui. Bob mendapat ilham untuk mencipta lagu yang kini malar segar dan hits pada eranya, Taman Rashidah Utama.
    Kini, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Hubungan Bob bersama gadis itu masih lagi kawan baik. Malah, mereka boleh tergelak mengenangkan kisah lalu itu.
    Rupa-rupanya, gadis yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya adalah Aida Aris. Seorang model dan pelakon yang tidak asing lagi di negara kita. Tahniah Bob Lokman, anda sudah pun memenangi hati kami. Hikayat sebuah kubur cinta yang luar biasa.

    • @OppoOppo-es3fp
      @OppoOppo-es3fp 3 ปีที่แล้ว

      Terima kasih telah mengisah kan

    • @uswatulammar6781
      @uswatulammar6781 2 ปีที่แล้ว +1

      Itu cerita Tersurat untuk bg semua org faham. Yang tersirat takkan nk cerita pada org awam...
      Hmm...

    • @nazrinshah4452
      @nazrinshah4452 2 ปีที่แล้ว +1

      @@uswatulammar6781 pnh ada org tnya dlm ceramah beliau dia menafikan lirik taman rashidah lirik ketuhanan..mna yg fhm tu fhm la

    • @pendekarlaut7377
      @pendekarlaut7377 หลายเดือนก่อน

      Arwah bob lokman bukan biasa2 bro.. Cicit tok kenali..

  • @shahr8118
    @shahr8118 5 ปีที่แล้ว +4

    Simple. Lagu ni pasal first date Bob Lokman dengan seorang perempuan (Aida Aris). Tapi perempuan tu sampai ke sudah tak datang. Ku mencari api yang terpadam tu maksudnya api rokok. Hujan tu sebab masa tu tengah hujan. Rasyidah tu memang nama taman kat Seremban sana.

  • @njwanor7122
    @njwanor7122 4 ปีที่แล้ว +2

    ya Allah kau lindungilah aku dari seksa kubur...
    Semoga ank2 ku jga amalan nnti...
    jg jasad ku terseksa d pertengahan ...
    terus lah sampai ke 7 lapih langit

  • @hamdanabdullah1682
    @hamdanabdullah1682 7 ปีที่แล้ว +14

    mmg banyak lagu berusur tassauf dalam industri. tapi bob lokman dah cakap, lagu ni bukan lagu ketuhanan pun.. dia tunggu awek dia x datang..hujan.. rokok dan lighter. ni lah inspirasi lagu tu

    • @rosdighani1264
      @rosdighani1264 ปีที่แล้ว

      Al Fatihah untuk Bob Lokman yang telah ke rahmatullah.

  • @muhammadzaki3405
    @muhammadzaki3405 ปีที่แล้ว

    Indah nya Seni bila diberkati YG Maha Esa!! 😭😭🙏

  • @mahmuddinali4574
    @mahmuddinali4574 9 ปีที่แล้ว +14

    Tahniah...satu percubaan yg baik utk tafsir2 lagu...
    Namun, asalnya lagu ni bermula dgn sebatang rokok yg perlu dibakar utk dihisap tapi tiada mancis/lighter. So, bermulalah berjalan dlm keadaan hujan utk cari lighter...
    Ilham pengalaman seseorang yg bergelar penulis lagu yg amat kreatif dikaitkannya api/lighter dgn lagu...
    Bob memang kreatif...

    • @jackzgoras
      @jackzgoras  9 ปีที่แล้ว +6

      Mahmuddin Ali ohh macam tu.. memang kreatif..

    • @rashidazman5444
      @rashidazman5444 8 ปีที่แล้ว +5

      Haha itu dtgnye ilham buat lagu nie bile cr api...... tp die tak cite rsnye pengalaman cr lighter tu... tp ape yg tersusun dlm fikiran...

    • @rockselamanya1509
      @rockselamanya1509 7 ปีที่แล้ว

      ciptaan lagu dari bob lokman

    • @pencintawanita3975
      @pencintawanita3975 3 ปีที่แล้ว

      @@jackzgoras ya aney

  • @abdulrazakishak8866
    @abdulrazakishak8866 ปีที่แล้ว +1

    Bob Lokman dalam kenangan.. Al-Fatihah...

  • @azizudinalhafiz5412
    @azizudinalhafiz5412 7 ปีที่แล้ว +6

    terima kasih kpada ayah awie ..memahami ..

    • @jimmjeman3321
      @jimmjeman3321 6 ปีที่แล้ว

      jadi wolverine tabik kat professor x sudah laaa. kelam.

  • @yusmansanglemah1275
    @yusmansanglemah1275 3 ปีที่แล้ว +1

    ALLAH syahdu nya ciptaan ALLAH

  • @tiptopviral7488
    @tiptopviral7488 9 ปีที่แล้ว +26

    Ramai org (terutamanya di Seremban dan Negeri Sembilan) mengaitkan tajuk lagu ni dengan nama sebuah taman perumahan yang bernama Taman Rashidah Utama yg terletak di Seremban dan mmg taman ini wujud sebelum lagu ini muncul lagi, Namun, setelah diamati makna sebenar di sebalik lagu ini yg diterjemahkan oleh JACKZGORAS... maka saya bersetuju dgn beliau. Ini kerana maksud RASHIDAH (bahasa arab) itu sendiri ialah "MENDAPAT PETUNJUK"...

    • @jihad501
      @jihad501 8 ปีที่แล้ว +5

      +Elipsis Insani Taman Rashidah Utama merupakan tempat pertama Bob Lokman jejak ketika dia mencari nafkah di Seremban. Masa dia jejak tempat tu, dia ternampak sorang awek cun ni. Tapi bukanlah isteri dia sekarang ni. Ada rumours cakap, awek cun tu merupakan A. Aida.
      *Aku jumpa cerita ni kat blog.

    • @rashidazman5444
      @rashidazman5444 8 ปีที่แล้ว +1

      Kalau RASHID?

    • @fingerman4148
      @fingerman4148 6 ปีที่แล้ว

      Mengarut. Cerita ni berkenaan Bob Lokman

    • @SEPITKETAM
      @SEPITKETAM 5 ปีที่แล้ว +1

      Lain macam pulak terjemah dia disebalik lirik ni...Bob sendiri ada ceritakan kisah lagu ni yg dia jatuh hati hati pada seorng gadis yg tinggal di Taman Rashidah Utama...Gadis itu Bob bagitau adalah Aida Aris seorng pelakon yg pernah top dulu...hari2 Bob tunggu Aida sehingga rokok ditangan terpadam kena air hujan...namun si Aida tidak muncul...dan dikatakan Aida sebenarnya menolak cinta Bob di zaman mereka muda dulu...panjang ceritanya sebenarnya...boleh cari penceritaan Bob bab ni dalam edisi ceramah beliau masa aktif dalam parti Pas...dlm youtube ada...boleh semak...

    • @xcyber7449
      @xcyber7449 4 ปีที่แล้ว

      KISAH DI SEBALIK TAMAN RASHIDAH UTAMA
      Malang jika ada peminat muzik rock tempatan yang tak pernah dengar lagu Taman Rashidah Utama. Dari bilik karaoke ke studio jamming sampailah ke cabaran peserta program realiti. Masih lagi relevan dijadikan pilihan walaupun usianya sudah lebih 30 tahun dilahirkan. Lagu yang dimuatkan dalam album Wings yang cover albumnya pernah diparodikan dalam filem Rock Oo. Album apa lagi kalau bukan album Hukum Karma pada tahun 1988.
      Durasi lagu selama 7.05 minit itu telah menggabungkan vokal mantap Awie dan solo gitar Joe yang penuh dengan ekspresi kesedihan dalam lagu. Aku sama seperti yang lain dalam scene Zul Kapan bila vokalnya diuji untuk mengisi kekosongan vokalis Rimba Bara. Tergamam bila bait lirik "pertama kali kau ku cinta..." diungkapkan.
      Lagu dan liriknya ditulis oleh pengacara, pelawak, pelakon dan kini pendakwah iaitu Saudara Bob Lokman. Teringat dengan ucapan "kumpulan rock tempatan yang merakamkan album inggeris dengan gaya inggeris..." masih lagi segar dalam memori peminat.
      Umum tahu bahawa Taman Rashidah Utama ini benar-benar wujud. Sebuah perumahan yang terletak di Senawang kira-kira 10 km dari Seremban. Apahal pula Bob Lokman nak buat lagu pasal taman perumahan ni? Rupa-rupanya lagu ini terinspirasi dari kisah benarnya sendiri.
      Bob Lokman ketika berusia lewat 20-an mengenali gadis berusia 14 tahun yang menetap di Taman Rashidah Utama. Beliau mula jatuh cinta padanya apabila gadis ini pernah singgah ke studio bersama rakan-rakannya untuk bertemu kumpulan Wings. Beliau tertarik dengan kecantikannya namun tidak pula dihiraukan.
      Sejak itu, Bob nekad untuk menunggu gadis itu tamat zaman persekolahan untuk menghantar rombongan meminang.
      Walaupun gadis itu telah menjelaskan tiada perasaan terhadap Bob, rombongan meminangnya tetap diteruskan. Namun, pinangannya tetap ditolak. Lelaki mana yang tak kecewa dan patah hati bila situasi macam ini terjadi. Mungkin sudah tertulis bahawa jodoh Bob bersama orang lain.
      Cinta Bob belum lagi terhenti setakat itu. Beliau masih lagi berulang-alik ke Seremban dan melalui kawasan perumahan itu demi melihat gadis yang dicintai walaupun sekejap. Sehinggalah satu hari, beliau berputus asa dengan apa yang dilakukan.
      Selepas hujan, Tuhan ciptakan pelangi. Di sini terbitnya hikmah setelah kekecewaan yang dilalui. Bob mendapat ilham untuk mencipta lagu yang kini malar segar dan hits pada eranya, Taman Rashidah Utama.
      Kini, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Hubungan Bob bersama gadis itu masih lagi kawan baik. Malah, mereka boleh tergelak mengenangkan kisah lalu itu.
      Rupa-rupanya, gadis yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya adalah Aida Aris. Seorang model dan pelakon yang tidak asing lagi di negara kita. Tahniah Bob Lokman, anda sudah pun memenangi hati kami. Hikayat sebuah kubur cinta yang luar biasa.

  • @mustakimzawawi2724
    @mustakimzawawi2724 3 ปีที่แล้ว

    Tuan punya lirik cakap,memang kisah cinta dia dengan seorang wanita,Bob Lokman.

  • @shahrulhazwan7747
    @shahrulhazwan7747 5 ปีที่แล้ว +2

    Mengarut laaa maksud disebalik lagu page ni , bob lokman terangkan lain

  • @coll_hot5888
    @coll_hot5888 2 ปีที่แล้ว

    Barakaallah

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 3 ปีที่แล้ว

    Terbaik Bro... Wings terbaek...

  • @mansisify
    @mansisify 2 ปีที่แล้ว

    Hebat saudara Bob..

  • @kamehame99
    @kamehame99 9 ปีที่แล้ว

    lagu ni lagu pengalaman bob tunggu makwe,
    DALAM VIDEO CERITA DISEBALIK LAGU
    BOB HURAIKAN MAKSUD LAGU NI

  • @karlnazarene833
    @karlnazarene833 7 ปีที่แล้ว +1

    tuan boleh x tafsirkn lagu wings gemala saktiku

  • @gaban77
    @gaban77 8 ปีที่แล้ว

    aku setuju ngan elipsis insani, tmn rashidah utama tu dekat senawang.pemaju eh cik gu rashid, sebab tu semua projek perumahannya ada nama rashidah. contoh eh tmn rashidah indah kat sikamat. anak dia liza rashid tu member satu sekolah dulu.
    pada pendapat aku, lagu nie tak da kena mengena ngan unsur ketuhanan. hanya perasaan sorang lelaki yg frust menonggeng sebab kena tinggal ngan awek. itu saje, mualaikum salam.

  • @wanlan9529
    @wanlan9529 9 ปีที่แล้ว

    Istilah bercinta-ramli sarip

    • @jackzgoras
      @jackzgoras  9 ปีที่แล้ว +1

      wan lan sori.. hanya lagu jiwang sesama manusia..thanks

  • @joharimatesan3528
    @joharimatesan3528 3 ปีที่แล้ว

    Dalam seni Kata ada maksud dalam maksud ada maksud memang x habis

  • @mdzainabd1786
    @mdzainabd1786 5 ปีที่แล้ว +1

    Lagend

  • @mohdrosdi
    @mohdrosdi 7 ปีที่แล้ว

    Ini komen penulis lagu Bob Lokman : th-cam.com/video/7FxO66sHzYA/w-d-xo.html

  • @khalimatkuno5011
    @khalimatkuno5011 ปีที่แล้ว

    th-cam.com/video/OVtTCEH82KY/w-d-xo.html
    sape la palatao mandai2 buat maksud sendiri... 🤦‍♂️