Catatan Sejarah Kerajaan Melayu Tua Kelantan-CHIH TU
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 11 พ.ย. 2024
- Pendahuluan
Di sekolah, nama Chih Tu kerap kita dengar diucapkan oleh guru bagi matapelajaran Sejarah dan ia disebut sebagai salah satu kerajaan tua yang pernah wujud di Malaysia dengan lokasinya terletak di Kelantan. Jelasnya, di sekolah kita hanya diberitahu bahawa lama dulu sebelum wujud Kelantan, sudah wujud kerajaan yang dikenali sebagai Chih Tu tetapi tidak dihuraikan dengan lanjut kerana setelah itu kita terus diajar tentang Empayar Sriwijaya. Majoriti pelajar hanya terkebil-kebil memikirkan kerajaan apakah Chih Tu itu, kerajaan China kah? ataupun legasi Hindu?
Diakui pada masa kini sudah banyak tulisan telah diterbitkan dalam pelbagai medium hasil daripada perdebatan dan perbincangan dikalangan ahli sejarah pada peringkat nasional dan antarabangsa. Agak menyedihkan apabila kajian lanjutan berkenaan kerajaan tua ini dipelopori oleh bangsa Asing terutama dari China, Jepun dan orang-orang Barat. Sejarawan tempatan lebih berminat untuk mengkaji Empayar Melaka dan banyak Keep In View (K.I.V) kerajaan-kerajaan kuno lain, sekalipun ada sejarawan yang berbuat demikian, kajian mereka terhenti apabila sudah pencen atau meninggal dunia dan ia terus sepi, justeru kami mengambil sedikit inisiatif untuk membangkitkan semangat kepada golongan muda untuk menjadi pengkaji yang tulen pada masa akan datang.
Catatan Duta China dari Dinasti Sui
Ada tulisan menyatakan Kerajaan ini sudah wujud semenjak tahun 200 SM lagi, dan pada tahun 589M, Chih Tu telah menghantar duta ke China setelah kejayaan Dinasti Sui menyatukan kembali China, 18 tahun kemudian iaitu pada tahun 607M, Dinasti Sui telah menghantar dua orang duta ke Chih Tu sebagai balasan. Rombongan Maharaja Sui itu membawa 5000 jenis hadiah yang berbeza kepada Raja Chih Tu.
Maharaja Yang Guang
Jelas disini, Kerajaan Chih Tu begitu peka dengan perkembangan di China, dan hubungannya sangat akrab dan dapat kita perhatikan ketika Dinasti Sui berjaya menumpaskan Dinasti Chen, ia terus menghantar duta ke China sebagai pengiktirafan kepada Maharaja Yang Guang dari Dinasti Sui yang berjaya menyatukan kembali China. Maharaja tersebut kemudiannya membalas kunjungan Duta Chih Tu dengan menghantar hadiah dan dua dutanya ke Kerajaan yang berada di Semenanjung itu dan berlangsunglah hubungan dua hala antara kedua kerajaan ini. Kedua duta China itu merekod apa yang mereka saksikan setibanya di Chih Tu.
Lokasi:
Mereka merekodkan Chih Tu pada masa tersebut berada di bawah naungan Funan sebuah lagi kerajaan bangsa Melayu yang berpusat Kemboja pada masa sekarang. Pada masa tersebut kawasan ini menganut fahaman Budha. Ibu Kota Chih Tu bernama Seng Chih dan ia terletak jauh di pedalaman dan memakan masa sebulan untuk tiba di kota tersebut. Pemerintah Chih Tu pula dari kerabat diraja yang dikenali sebagai Chu Tan. Rajanya bernama Li Fo to Se dan Putera Mahkotanya bernama Na Ya Chia. Semasa delegasi China itu tiba di Seng Chih, Li Fo to Se telah memerintah Chih Tu selama 16 tahun dan beliau memerintah setelah ayahnya turun dari takhta untuk mengembangkan ajaran Budha ke seluruh dunia.
Baca dgn lebih lanjut:
s.shopee.com.m....
Mana2 yg tak suka dengar tentang keagungan sejarah melayu sila skip video ini kerana video ini hanya untuk org yg ingin mengenali usulnya.
Agung sebab agama buddha hindu kan
Bukti biar jelas bukan main petik nak nampak hebat.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad ✨✨
Semenanjung Emas
Emas dah jadi pasir dah, sebabtu ado pasir mas😂😂😂😂😂😂
@sham5530 Tanah Merah ini sebenarnya ialah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan sebuah Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.
Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:
Kalathana (Kelantan)
Thanathana (Terengganu)
Gangga Negara (Perak)
Kuli (Pahang)
Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418 M. Pada waktu itu, Funan dinaungi oleh Empayar Campa, justeru kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Campa sendiri, natijahnya pada 427 M, Maharaja Campa telah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana tersebut. Serangan tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra.
Pada masa yang sama, Campa turut terlibat dalam siri peperangan dengan China hingga Maharaja Campa mengabaikan keadaan empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian selatan dengan menyerahkan urusan tersebut kepada Funan. Kemenangan Kalathana terhadap angkatan Campa telah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.
Raja Funan, Sresthawarman yang tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China pada tahun 430 M untuk melindungi Kalathana daripada diserang oleh Funan. Maharaja China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan agar hasrat serangan itu dibatalkan. Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China. Ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri "Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ("Sriwijaya") pada tahun 434 M.
Dari segi geografi pula asal daripada mana sebenarnya sebelum terbentuknya seperti mana yang dilihat hari ini.
Pasir Mas, ....kelantan....dulu rakyat klate ambik emas raup guna tangan saja
Kalau x silap sy chih-tu itu bermaksud (negeri tanah merah) dan sebelum2 nya negeri ini pernah juga dikenali sbg " rakramrittika" maaf kalau silap.
@@sham5530 Tanah Merah ini sebenarnya ialah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan sebuah Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.
Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:
Kalathana (Kelantan)
Thanathana (Terengganu)
Gangga Negara (Perak)
Kuli (Pahang)
Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418 M. Pada waktu itu, Funan dinaungi oleh Empayar Campa, justeru kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Campa sendiri, natijahnya pada 427 M, Maharaja Campa telah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana tersebut. Serangan tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra.
Pada masa yang sama, Campa turut terlibat dalam siri peperangan dengan China hingga Maharaja Campa mengabaikan keadaan empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian selatan dengan menyerahkan urusan tersebut kepada Funan. Kemenangan Kalathana terhadap angkatan Campa telah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.
Raja Funan, Sresthawarman yang tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China pada tahun 430 M untuk melindungi Kalathana daripada diserang oleh Funan. Maharaja China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan agar hasrat serangan itu dibatalkan. Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China. Ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri "Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ("Sriwijaya") pada tahun 434 M.
KALATHANA ANCIENT WAYANG KULIT RAMAYANA CIVILIZATION
🇮🇩 tidak akan ku biarkan!
Check out [Patriots] Koleksi Kitab Tamadun for RM38.00 - RM50.00. Get it on Shopee now! s.shopee.com.my/5fW7miA4aD?share_channel_code=2.
Kisah menarik
Penyampaian lemah
JajHN siam
Kerajaan "ChihTu" tu rajanya yang kaya bukan rakyatnya !
Buktikan with facts & proof, prove it now
Kejayaan Melayu Dongeng dak Ado alat bukti, Sriwijaya jelas Ado buktinyo
ada bukti manuskrip catatan duta dinasti Sui di China
Dongeng atok kamu. Sepatutnya kalau kamu Melayu-Palembang, patut berbangga sesama Melayu, ada kerajaan Melayu juga di Semenanjung Tanah Melayu.
Jgn tunjukan diri tu buta sejarah.buta maklumat..malas membaca tapi bercakap seenak jidat nya..bangsa mana kamu ni?? kalau bangsa melayu dia tak diajar utk kurang ajar lebih2 lagi tanpa ilmu pengetahuan..sejarah lengkap beserta salinan manuscript blh ko baca dlm 1 buku lama berjudul : tatarakyat negeri Kelantan keluaran 1990-an..(sayang nya buku tu sgt sukar utk didapatkan sekarang ni)
@@yojan9238 Io nian dongeng
Sriwijaya samo cholla jelas
@@saizan3193 mano buktinyo