10 Tempat Menarik di Kuantan, Pahang | Kaki Travel

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ส.ค. 2024
  • Kuantan sebenarnya ada banyak tempat menarik yang korang boleh lawati, jadi kali ni kami kongsikan senarai 10 Tempat Menarik di Kuantan yang anda boleh singgah!
    .
    1. Pantai Balok
    Dekat sini korang boleh naik ATV, naik kuda, camping & mandi pantai
    .
    2. Menara Kuantan 188
    Menara tertinggi di Kuantan. Boleh naik atas dan juga kalau nak lebih mencabar boleh cuba aktiviti Skywalk
    .
    3. Dinosaur Encounter & Zoo Teruntum
    Sesuai kalau bawa anak-anak ke sini. Ada banyak patung dinosaur bergerak dan juga haiwan-haiwan hidup seperti kuda belang, rusa dan banyak lagi
    .
    4. Kuantan River Cruise
    Bot ini akan bawa korang menyusuri Sungai Kuantan untuk melihat flora & fauna di kawasan sekitar. Kalau bernasib baik korang akan dapat melihat buaya.
    .
    5. Air Terjun Pelangi
    Air Terjun Pelangi ini terletak di kawasan Sungai Lembing. Nak sampai ke sini perlu menaiki 4WD selama lebih kurang 40 minit dan trekking dalam 30 minit
    .
    6. Kafe-kafe Hipster
    Terdapat banyak kafe-kafe hipster di sekitar bandar Kuantan antaranya Pickers, Tjantek, Kula Cakes, Lena dan banyak lagi!
    .
    7. Serambi Teruntum
    Bazaar tempat untuk anda shopping ole-ole untuk dibawa pulang. Antara yang wajib adalah Sambal Hitam Pahang dan juga Puding Raja
    .
    8. Kuantan Street Art
    Kuantan Street Art ini merupakan spot bergambar cantik di dalam bandar Kuantan.
    .
    9. Ikan Bakar di Tanjung Lumpur
    Tanjung Lumpur sememangnya popuplar dengan pelbagai restoran yang menghidangkan ikan bakar.
    .
    10. Time Capsule Retreat
    Time Capsule Retreat ini terletak di Sungai Lembing. Sesuai untuk anda yang mencari penginapan yang unik.
    .
    Jadi ini adalah 10 Tempat Menarik di Kuantan yang anda boleh lawati! Kalau ada cadangan lain sila letak di dalam ruang komen. Mungkin di masa akan datang kami boleh ke sana!
    .
    #kakitravel #Travel #Kuantan #Pahang #TempatMenarikPahang #pahangtourism #travelpahang #SungaiLembing #AirTerjunPelangi #SerambiTeruntum #DinosaurEncounter #KuantanStreetArt #TanjungLumpur #TimeCapsuleRetreat #KulaCakes #PantaiBalok #Kuantan188 #MenaraKuantan

ความคิดเห็น • 21

  • @muhammadAdizan9345
    @muhammadAdizan9345 หลายเดือนก่อน +1

    🎉swee cantik nya pahang

  • @asrathanafi7858
    @asrathanafi7858 8 หลายเดือนก่อน +2

    Aku rasa nanami tgok video ni kot

  • @DanArifdotcom
    @DanArifdotcom ปีที่แล้ว +4

    Banyak tempat best dekat Kuantan!

  • @junaidiafandi1796
    @junaidiafandi1796 ปีที่แล้ว +3

    Selamat datang ke negeri Pahang

  • @DedenPunya-zf1wd
    @DedenPunya-zf1wd ปีที่แล้ว +3

    Amazing and beautiful place

  • @tourismpahang2133
    @tourismpahang2133 ปีที่แล้ว +4

    kuantan best!!!

    • @kakitravelnet
      @kakitravelnet  ปีที่แล้ว +2

      Betul.. banyak tempat best! 😁

  • @UMBINA-KONTRAKTORBINARUMAHPAHA
    @UMBINA-KONTRAKTORBINARUMAHPAHA 3 หลายเดือนก่อน

    Banyak tempat best di Pahang

  • @ultraassyraf9121
    @ultraassyraf9121 8 หลายเดือนก่อน +2

    R.I.P Nanami

  • @megat2536
    @megat2536 ปีที่แล้ว +2

    negeri pahang best

  • @palmtide
    @palmtide 3 หลายเดือนก่อน

    Tempat-tempat pelancongan diperkenalkan secara menarik.

  • @RealmeC-ps6vu
    @RealmeC-ps6vu 11 หลายเดือนก่อน +1

    ❤❤❤❤

  • @marya.s4222
    @marya.s4222 10 หลายเดือนก่อน

    best☺

  • @AZN-x-YICHOU
    @AZN-x-YICHOU ปีที่แล้ว +6

    Saya orang kuantan

    • @kakitravelnet
      @kakitravelnet  ปีที่แล้ว +2

      Terima kasih singgah channel kami 😊

    • @AZN-x-YICHOU
      @AZN-x-YICHOU ปีที่แล้ว +2

      @@kakitravelnet sama sama kak

    • @hafriz8746
      @hafriz8746 8 หลายเดือนก่อน

      Apa best situ

  • @luvgaza77
    @luvgaza77 ปีที่แล้ว +2

    sesuai pegi kuantan bulan berapa ek

    • @autowin3437
      @autowin3437 ปีที่แล้ว +1

      bulan ada duit bohh..sbb kt kuantan ni mkn maheiii..hahaha

    • @kakitravelnet
      @kakitravelnet  ปีที่แล้ว +1

      biasanya musim hujan bln 11,12 & 1.. bulan lain ok je

  • @mohdredhuan1626
    @mohdredhuan1626 7 หลายเดือนก่อน

    Rupanya bukan genting dan cameron je tempat menarik kat pahang ni..