Nek nak lagi!!! - Popiah Sayur bersama Sambal Petis

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ก.พ. 2025
  • Assalamulaikum semua,
    Alhamdullilah kerana saya berkesempatan untuk memuat naik video resipi saya ini. Maaf sudah lama kita tidak bertemu, saya tiada kesempatan kerana sibuk sedikit.
    Minggu ini, saya ingin mengkongsi makanan yang sesuai untuk santapan petang. Lepas anak-anak, cucu-cucu sibuk bermain, jom panggil mereka dan hidangkanlah makanan ini.
    Sedap!!!!
    Selamat mencuba. Semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah.
    Bahan-bahan Popiah
    2 packet kulit popia
    1 bijik sengkuang besar (650g)
    4 bijik lobak merah (600g)
    3 bijik bawang besar dikisar (200g)
    5 bijik bawang putih dikisar (200g)
    50g Udang kering ditumbuk kasar
    1 sudu makan lada putih
    2 sudu makan kicap cair
    3 sudu teh garam
    1 sudu teh serbok perasa
    5 bijik telur di pukul ( dimasak kuali berasingan)
    Bahan-Bahan untuk sambal popia
    5 bijik bawang putih dikisar
    25 bijik cili kering dikisar
    5 bijik cili merah dikisar
    3 sudu makan petis
    1 ketol gula melaka (50g)
    1 sudu teh garam
    2 sudu makan cuka
    200ml air
    Kesemua bahan-bahan ini dimasak hinggah mendidih.
    Cara menyediakan Inti Popia
    Tumis bahan-bahan kisar (3bijik bawang besar, 5bijik bawang putih) masukkan lada putih, udang kering yang ditumbok hingga terbit minyak, kemudian masukkan lobak merah, sengkuang dan 100ml air dan tutop kauli selama 10 min.
    Sayor popia yang sudah masak ditoskan hingga kering.
    5 bijik telur yang telah digoreng hancur itu dimasukkan kedalam sayur popia dan digaul rata.
    3 sudu makan tepong gandum dicampur dengan 10ml air digaul rata untuk dijadikan pelekat popiah

ความคิดเห็น • 2

  • @rohanikhamis9370
    @rohanikhamis9370 4 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian resepi nya

  • @BasheeraAziz
    @BasheeraAziz 23 วันที่ผ่านมา

    Petis tu apa ya baru nak belajar