HARI POLIS KE-216: VIDEO KHAS - KITA ADALAH SATU

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 มี.ค. 2023
  • 216 tahun; bermulanya Sang Saka Biru dengan hanya puluhan hulu balang dan kini mencecah ratusan ribu pejuang.
    Melewati garisan masa yang begitu panjang dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Tewasnya penjajah juga penceroboh durjana oleh tangan-tangan kami ini yang sangat cintakan negara.
    Tempat kami bukan hanya di daratan, namun jua di samudera dan angkasa raya. Seluruh pelusuk ruang kami jaga hanya untuk pastikan kalian semua, rakyat Malaysia, hidup aman, sejahtera dan bahagia.
    Sang Saka Biru nampak seperti ‘merata’ tapi apabila datangnya kekacauan, kami bersatu menjadi sebuah keluarga yang terlalu sukar untuk ditewaskan oleh segerombolan musuh yang menyerang.
    Campaklah apa jua ujian. Sang Saka Biru tidak akan sesekali tumbang, malahan semakin kukuh untuk terus berjuang bagi 1,000 tahun yang akan datang... Sesungguhnya kita adalah satu, bersama pertahankan maruah Pasukan demi pertiwi bertuah ini.
    Selamat Hari Polis ke-216, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.'
    #HariPolis216
    #PolisDirajaMalaysia
    #RoyalMalaysiaPolice
    #PDRM
    #RMP
    #18032023

ความคิดเห็น •