CINTA DALAM BOTOL - Telefilem arahan Sasitharan K Rajoo

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ก.พ. 2020
  • Judul : Cinta Dalam Botol
    Siaran : RTM 17 June 2011
    Arahan : Sasitharan K Rajoo
    Lakonan : Zac X Factor , Tasha Shilla , Shashi Tharan , Kristina VInokree , Josiah Hogan , Lyanna
    Synopsis :
    Pada suatu hari, apabila Mila berkhayal di tepi pantai, dia ternampak sebuah botol yang dibawa ke pantai oleh ombak. Botol itu telah menarik perhatian Mila. Mila mengambil botol itu dan terdapat sepucuk surat dalam botol tersebut. Dengan hati yang berdebar-debar, Mila mambuka botol itu dan membaca surat tersebut - “It’s our destiny to meet in this world, let us fall in love… Ronaldo”. Hati Mila semakin berdebar. Dia dapat merasakan bahawa kekasih impiannya akan muncul tidak lama lagi.
    Mila memberitahu kawan baiknya, Anjali tentang perjumpaan ini. Anjali menasihatkan Mila supaya jangan bermimpi lagi. Akan tetapi, Mila tetap yakin bahawa dia akan bertemu dengan Ronaldo satu hari nanti.
    Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan Ridwan, dia nekad mahu mempermainkan Mila. Teman baiknya, Ram tidak dapat menghalang begitu juga dengan Anjali. Ridwan mahu membalas dendam kerana tingkahlaku Mila yang sentiasa ingin bermusuh dengannya.
    Tanpa di duga kebetulan muncul pemuda Inggeris bernama Ronaldo. Dia hilang ingatan tentang masa silamnya. Mila yang sememangnya asyik di lamun cinta mendekati Ronaldo dan menganggap jodohnya sememangnya telah ditakdirkan dengan pemuda tersebut.

ความคิดเห็น •