SIMULASI PANDUAN PENGOPERASIAN SEMULA PASTI BAGI RUMAH KEDAI - 1 JULAI 2020
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 26 ม.ค. 2025
- PASTI Wilayah Persekutuan (PASTI WP) telah menyediakan Video Simulasi Pengoperasian PASTI 1 Julai 2020 untuk memberi gambaran kepada pihak pengurusan PASTI, guru-guru dan ibu bapa berkenaan pelaksanaan pengoperasian semula perkhidmatan PASTI mengikut garis panduan am yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Seluruh warga PASTI di semua peringkat dijemput menonton video ini sebagai rujukan asas di dalam usaha menangani penularan jangkitan COVID19 pasca pembukaan semula operasi PASTI di seluruh Malaysia.
PASTI WP merakamkan juga ucapan berterima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan serta Jabatan PASTI Malaysia atas usaha yang dilakukan bagi meneruskan kelangsungan pendidikan awal kanak-kanak dan pengoperasian semula PASTI.
PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN
#PASTIWilayahPersekutuan