Ustaz Abdullah Fahmi - Bab Qiraat ( Bacaan2 dalam Al Quran) part 1

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 ต.ค. 2024
  • Qiraat dari segi bahasa ialah berasal dari perkataan jama' قراءة iaitu berasal dari masdar atau kata terbitan قرأ yang bermaksud bacaan. Manakala dari segi istilah, qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara menyebut kalimah al-Qur'an bersandarkan dari ulama'-ulama' qiraat. Ia juga merupakan satu bentuk bahasa dan sebutan yang diharuskan oleh Allah ta'ala untuk membaca al-Qur'an dengannya sebagai kemudahan kepada hambanya untuk beribadah.
    Ilmu qiraat hanya membincangkan tentang kalimah-kalimah yang terdapat dalam al-Qur'an sahaja, iaitu dari segi keadaan-keadaan menyebut dengannya dan cara-cara bacaannya. Contohnya, apabila setiap huruf alif yang ditukarkan kepada huruf ya, Imam Hamzah, Kisaie, dan Kholaf akan membaca dengan imalah dan Imam Warsy akn membaca dengan taqlil dengan khilaf, seperti pada kalimah والضحى ، الهدى . atau sebagai contoh yang lain, apabila setiap huruf ra' yang berbaris fathah atau kasrah yang terletak selepas huruf yang berharakat kasrah atau ya' yang sukun, Imam Warsy akan membaca dengan nipis. Contohnya خير ، لن نصبر dan sebagainya.

ความคิดเห็น •