INI YANG BERLAKU SELEPAS KONSERT SUDIRMAN DI DEWAN FILHAMONIK PETRONAS, JATUH AIR MATA LIZA AZIZ

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 ก.ย. 2023
  • Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad telah ‘menjelma’ di pentas gah Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada konsert 'konsert A Tribute to Sudirmanuntuk bintang legenda melalui teknologi hologram.
    Penghibur terkemuka negara Sudirman Haji Arshad meningkahi dunia lebih 31 tahun yang lalu. Ini membuatkan generasi muda tidak pernah melihat beliau melakukan persembahan secara langsung. Bagi peminat Sudirman, hologram beliau melakukan persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS sempena konsert A Tribute to Sudirman.
    Konsert ini diadakan bagi memperingati beliau dan juga sempena Hari Malaysia serta ulang tahun Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang ke-25 tahun ini.
    Sebelum ini hologram 2Pac Shakur dan Ronnie James Dio turut melakukan persembahan selepas meninggal dunia.
    Penyanyi legenda Liza Aziz gagal menahan air matanya apabila mengenangkan momen-momen bersama penghibur no 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
    Menjadi antara individu paling akrab dengan Sudirman semasa hayatnya, Liza menyifatkan kenangan persembahan Allahyarham di , Kuala Lumpur pada 14 April 1986 sebagai antara memori paling indah dalam hidupnya.
    “Konsert di Chow Kit adalah yang paling hebat. Ketika itu, Allahyarham sudah bersedia tetapi pentas belum siap. Kami tertanya ‘macam mana? pentas belum siap’ sedangkan persembahan akan bermula. Dengan secepat kilat, pentas akhirnya dinaikkan.
    “Arwah sangat genius. Ketika itu dia menjadi duta pelancongan. Dia mempunyai visi untuk buat konsert berskala besar dan percuma, tapi persoalannya di mana? Chow Kit katanya.
    “Selalunya dia akan buat persembahan secara eksklusif, bila terdetik untuk buat konsert itu, kami juga tertanya-tanya, di Chow Kit dengan keadaan trafik yang sesak, ramai orang.
    “Ia memang betul-betul di Jalan Chow Kit, orang membanjiri hingga ke Dataran Merdeka. Tiada skrin gergasi dipacakkan. Penonton yang jauh dari pentas, hanya dengar suara arwah menyanyi saja.
    “Lebih kurang 15 hingga 20 lagu juga arwah nyanyikan dalam konsert tersebut,” kongsinya yang mula bekerja dengan arwah Sudirman pada 1984 sebagai penyanyi latarnya.
    Pelantun lagu Tak Rela ini ditemui pada Konsert A Tribute To Sudirman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang turut menampilkan penyanyi Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael, pada Ahad.
    Anak kepada kepada pasangan Allahyarham seniman Aziz Jaafar dan seniwati Normadiah ini turut menceritakan saat-saat akhir beliau bersama Sudirman sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
    “Saya rasa bertuah dapat bekerjasama dengan arwah, dia sangat berbakat. Dia banyak tunjuk ajar pada kami semua malah tidak lokek dalam memberi idea.
    “Dia juga seorang yang merendah diri, saya berasa ralat apabila tidak dapat berjumpa dengan dia. Saya adalah orang terakhir yang menghubungi Allahyarham ketika beliau benar-benar sakit.
    “Saya sendiri tidak mengenali suaranya. Tidak macam Sudirman langsung. Beliau berkata, itu akan jadi saat terakhir saya bercakap dengan dia sebab dia benar-benar sedang sakit.
    “Selepas dua hari, dia dimasukkan ke hospital. Saya tidak dapat jumpa dia waktu dia menghembuskan nafas terakhir kerana ada show di Brunei. Itu yang membuatkan saya benar-benar ralat,” kongsinya sambil mengesat air mata.
    Kongsi adik kepada penyanyi Azlina Aziz ini lagi, banyak momen-momen manis yang diciptanya bersama bintang legenda itu seperti baju bendera yang disarungkan Sudirman adalah hasil tangganya.
    Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
    💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
    □ Portal: www.budiey.com
    □ Instagram: / budiey
    □ Twitter: / budiey
    □ Facebook: / budieydotcom
    □ TH-cam: / budieychannel
    □ Podcast:: anchor.fm/budieychannel
    □ Vlog: cutt.ly/HnAOWsZ
    ❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
    □ / budiey
    MUSIC FOR TH-cam:
    □ Music Epidermic: cutt.ly/ynFRaYe
    EMAIL & CONTACT :
    □ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
    budiey.isma@gmail.com
    MERCHANDISE BUDIEY:
    □ Baju T: cutt.ly/9nAOnlc
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 7

  • @suarimi590
    @suarimi590 9 หลายเดือนก่อน +4

    Sepatutnya Liza Aziz' patut diberi peluang untuk mengadakan konsert solo
    Liza merupakan anak seni sejati ❤❤❤❤❤

  • @nixam858
    @nixam858 9 หลายเดือนก่อน +4

    Bagi aku, allahyarham sudirman adalah satu2 nya artis yg menyatupadukan antara semua kaum melayu,cina dan india...sgt bangga dgn beliau krn melalui lagu, suara dan bakat yg unik tiada galang gantinya

  • @papaamir
    @papaamir 8 หลายเดือนก่อน +4

    Tak Sabar nak tunggu konsert Azlina n Liza.

  • @shuib
    @shuib 4 หลายเดือนก่อน

    I had the rare chance of working for arwah for his company Sudirman Productions, the office was in Sri Hartamas. I also had the chance to watch two of my idols - arwah Sudir and Kak Nita wow the audiences at London's Royal Albert Hall back in 1989 on March 19 at the Salem Music Awards show. Like Liza recalled, arwah was super generous, humble and very, very funny! He was a petite man but onstage, he was a giant, often had the audience eating out of his hands. Liza and Cindy (Aishah's former manager) were giggles, and arwah had four backup dancers including the late former Miss Malaysia, Samantha Schubert.

  • @Arie_94
    @Arie_94 8 หลายเดือนก่อน +1

    Hajat tak kesampaian...
    Bayangkan andai Liza Aziz sempat release album sendiri...dengan kekuatan vocal yg dimiliki..tapi apakan daya takdir menulis yg sebaliknya.
    Kami generasi muda pun kagum dengan bakat nyanyian Liza Aziz.one of Malaysian living legend 🙏🏻❤️

  • @ftinvvv
    @ftinvvv 9 หลายเดือนก่อน +5

    Ernie need to do solo konsert with MPO maybe for opera thing song🔥

  • @hairanirodzi3109
    @hairanirodzi3109 8 หลายเดือนก่อน +4

    Kenapa tak bg tisu Kat kak Liza tu? Takda adab la. Info dr dia ko nak.