GESA IMIGRESEN 'BLACKLIST' INDIVIDU WARGANEGARA SINGAPURA, WANG LEI MEMASUKI MALAYSIA!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 ก.พ. 2025
  • Semboyan Malaysia bersama MHO hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menggesa pihak Imigresen menyarai hitam atau blacklist individu yang dikenali sebagai Wang Lei atau nama sebenarnya Hong Ching Chew (seorang warganegara Singapura) daripada memasuki Malaysia.
    Tindakan ini diambil selepas pihak kami menerima beberapa aduan berkenaan individu terbabit yang bebas mempromosi budaya lucah serta tidak bertanggungjawab memuatnaik dan menyebar beberapa video FB Live yang mengandungi, menggalakkan dan/atau berunsur lucah.
    Di dalam video-video tersebut Wang Lei telah berkelakuan tidak senonoh, mengaibkan dan perbuatan yang menggalakkan budaya lucah dengan menggunakan perbuatan dan perkataan lucah.
    ▪️terdapat video di mana Wang Lei memakai t-shirt berwarna hitam bersama seorang wanita yang melukis di muka Wang Lei suatu lukisan/bentuk yang boleh difahami yang merujuk kepada zakar.
    ▪️meminta pengunjung pusat beli belah (wanita tempatan) meniup kondom untuk dijadikan sebagai belon.
    ▪️beberapa video mengandungi perkataan-perkataan kurang sopan, mengugut, aib & menghina dengan tujuan membangkitkan kemarahan & mengganggu keamanan.
    Justeru, kami sekali lagi menggesa pihak Imigresen menyarai hitam individu yang dikenali sebagai Wang Lei atau nama sebenarnya Hong Ching Chew daripada memasuki Malaysia.
    ADAB, KESUSILAAN SERTA KESOPANAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK BOLEH DICEMARKAN DENGAN BUDAYA LUCAH YANG BERTENTANGAN DENGAN RUKUN NEGARA 🔥
    ‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
    Boleh kami ambil sikit masa anda? Untuk jawab survey 'Makan Malam Bersama Semboyan'.. Klik untuk jawab; www.teamsemboy...
    ________
    Buktikan tanda sokongan anda, dengan miliki t-shirt Semboyan Fighter / Semboyan Jihad hari ini dengan layari website rasmi kami di id.sahabatsemb...
    ________
    Anda mempunyai masalah? Dianiaya? Dizalimi? Jom, laporkan aduan anda menerusi laman sesawang kami di SemboyanMalays... Atau hubungi Hotline www.wasap.my/60...
    ________
    Jom tambah amalan, dengan berkongsi rezeki hari ini... Kasih.Semboyan...
    Moga Allah SWT terima ibadat kita🙏🏻 Cukup sekadar RM10, RM30, RM50, RM100... dalam membantu menggerakkan aktiviti kebajikan Semboyan Kasih
    • [562302620097] -MAYBANK
    • Kasih.Semboyan...
    #SemboyanBerberbunyi #BersamaSemboyan #YusufAzmi

ความคิดเห็น • 537