Ira Kazar minta RM3,000, tapi Syamsul perlu bayar RM200 saja

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 ก.ย. 2024
  • Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din memerintahkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar susulan permohonan perceraian yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di Gombak, pada 19 Ogos lalu.
    Keputusan itu dibuat selepas meneliti dan mempertimbangkan keterangan Ira selaku defendan yang menuntut RM3,000 atas alasan sudah menyusahkan selain pihak plaintif (Syamsul) tidak berterus-terang mengenai wujudnya lafaz taklik pada Jun lalu.
    Peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran yang dituntut defendan sebanyak RM3,000 kerana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu sudah menjimatkan masa semua pihak.
    Sementara itu, peguam syarie mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak ketika ditemui akur dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah.
    Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
    ------------------------------------------------------------------------
    #HMETRO #METROTV
    ▪️ Berita terkini di www.hmetro.com.my

ความคิดเห็น • 18

  • @LaguViralChannel-jj5ky
    @LaguViralChannel-jj5ky 2 ชั่วโมงที่ผ่านมา +2

    Ira datang mahkamah pun naik Range Rover, takkan hadir mahkamah pun nak tuntut kos kehadiran.

  • @perjuangan-tn5oe
    @perjuangan-tn5oe 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +4

    MAKIN BANYAK SYAITAN SYAITAN AKAN KETAWA DENGAN KENIKMATAN CERAI DAN BERCERAI ......

    • @svg9328
      @svg9328 4 ชั่วโมงที่ผ่านมา

      Btol.....kawin n cerai ni amat2 lumrah tuk type....

  • @perjuangan-tn5oe
    @perjuangan-tn5oe 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +2

    PALING AKU BENCI ADALAH PENCERAIAN DAN DI CERAI ..... KAN LEBIH MULIA DI SISI ALLAH JIKA PENCERAIAN INI DI CANTUN JAN DAN DI ERATKAN LEBIH KUAT

  • @Mmo_mmo
    @Mmo_mmo 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +5

    Pndang harta ni jadinya,,😂

  • @kukge
    @kukge 2 ชั่วโมงที่ผ่านมา +1

    Nampak sangat si Ira Kazar tak berduit, nak buat bayar duit lawyer kot. Ingat dapat suami kaya boleh senang tapi jadi janda pulak

  • @lilhunny
    @lilhunny 2 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    tersengih2 pulak Ira tu..cam budak2 je

  • @ghauthothman1411
    @ghauthothman1411 3 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    Buat malu lah samsol ni macam tak ada duit

  • @yanausop8322
    @yanausop8322 4 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    Berita ni blh bwk keuntungan pd semua pendengar @ penonton !? Eh!! kot celah mana !?
    Gatal merenyam dulu masuk berita jgk eh !? Peliklah dunia skrg … kami nak cari beras tempatan susah ni … hangpa p lah siasat kat mana ada ⁉️😵‍💫

  • @zakinahseman6968
    @zakinahseman6968 4 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    balasan Allah maha adil

  • @OrangTua1920
    @OrangTua1920 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    Naik boring dh berita retis

  • @ManMan-ql7kp
    @ManMan-ql7kp 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +4

    Sian ira ,muda2 dah jadi janda...meh la kt aku ni,aku sudi menerimanya....huhu

    • @OTAKregular
      @OTAKregular 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา

      Aminnn.....

    • @bedolist
      @bedolist 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +2

      Ko takde duit berguni mcm sol. Insaflah sedaghe

    • @nurz1713
      @nurz1713 4 ชั่วโมงที่ผ่านมา

      @@bedolist 🤣🤣

  • @perjuangan-tn5oe
    @perjuangan-tn5oe 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    NO KOMEN 😂

  • @khairuni8823
    @khairuni8823 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา +1

    𝐵𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎 𝑥 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔

  • @perjuangan-tn5oe
    @perjuangan-tn5oe 5 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    MAKIN BANYAK SYAITAN SYAITAN AKAN KETAWA DENGAN KENIKMATAN CERAI DAN BERCERAI ......