Bunda Hetty Berkunjung ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Untuk Melakukan Pemeriksaan Kesihatan

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ธ.ค. 2024
  • Hetty Koes Endang, nama yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan. Bukan sahaja bergelar sebagai seorang penyanyi tersohor dari Indonesia, figura ini juga menggalas jawatan penting sebagai juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
    Di sebalik kesibukannya dalam menguruskan pelbagai urusan seharian di Malaysia, ramai yang cemburu melihatkan dirinya yang awet muda biarpun sudah menginjak usia 64 tahun.
    Hetty atau lebih mesra dengan sapaan Bunda, berkata kesihatan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Beliau sememangnya mementingkan penjagaan diri dari dalaman kerana ianya merupakan tunjang bagi segala kecantikan.
    Bagi Hetty beberapa amalan seperti senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat serta melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan merupakan rahsia mengapa dia masih bersemangat dan kekal awet muda.
    Jom kita saksikan perjalanan @hke57 yang berkesempatan untuk berkunjung ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri baru-baru ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bersama suaminya, Yusuf Erwin Faisal.

ความคิดเห็น •