KENALI TABUNG IBADAH QURBAN YaPEIM
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 5 ม.ค. 2025
- Tabung Ibadah Qurban YaPEIM adalah merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM dalam usaha memperkukuh ekonomi ummah dan masyarakat setempat.
Tabung ini dikendalikan oleh Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad yang ditubuhkan dan didaftarkan oleh YaPEIM di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H.
Antara Objektif utama penubuhan tabung ini termasuklah :
Meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam pelaksanaan ibadah qurban secara terancang
Menyediakan kemudahan tabungan bayaran qurban secara ansuran
Melaksana dan mengagihkan daging qurban secara terancang untuk manfaat yang optimum kepada masyarakat Islam secara keseluruhan
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN UTAMA
1. Perlaksanaan lebih sistematik dan terancang
2. Dipantau oleh panel khas yang berautoriti
3. Agihan daging lebih optimum
4. Tabungan lebih terjamin
5. Perlaksanaan Ibadah Qurban di Negara-Negara Serantau
6. Dilaksanakan Dengan Kerjasama Rakan Pelaksana Yang Diiktiraf
BAGAIMANA NAK TURUT SERTA ?
Syarat Penyertaan
Tabung Ibadah Qurban YaPEIM terbuka kepada semua masyarakat.
Syarat-syarat penyertaan :-
Anggota Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad; dan
Menerima dan mematuhi Undang-undang Kecil Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad dan Aturan-aturan di bawahnya.
Kaedah Permohonan/Penyertaan
Untuk menyertai Tabung Ibadah Qurban YaPEIM , peserta boleh memohon pada bila-bila masa dengan:
Mengisi Borang Permohonan Penyertaan Tabung Ibadah Qurban secara atas talian di Portal Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
atau
Mengunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan untuk pendaftaran penyertaan qurban dan caruman/bayaran Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Tabung Ibadah Qurban YaPEIM,
No. 11, 11A & 11B, Wisma KIQYB,
Jalan Manau, Off Jalan Kampung Attap,
50460 KUALA LUMPUR.
No Telefon : 03-2276 6393
No Faks : 03-2276 6627
E-mail : operasi@kiqyb.yapeim.my
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat : 09:00 pagi hingga 05:00 petang