NASI KAK WOK ORIGINAL KELANTAN KEDAI MAKAN LEGEND | NASI KAK WOOK TEMPAT MAKAN MENARIK DI KELANTAN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 ต.ค. 2024
  • Assalamualaikum, kali ini abang k dan kak k akan bawa korang bersarapan di kedai makan legend yang sangat terkenal di kelantan. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Nasi Kak Wook. Kami bawa anda ke lokasi Kedai Nasi Kak Wok yang asal iaitu bertempat di Jalan Tengku Mohd Maasum Kota Bharu iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Zainab. Untuk info jenama nasi Kak Wook ini telah dipatenkan supaya pengusaha kedai makan lain tidak sewenang-wenangnya menggunakan jenama ini disebabkan terlalu ramai yang mengambil kesempatan menggunakan nama yang sudah popular.
    Lokasi Kedai Nasi Kak Wok Original
    goo.gl/maps/qt...
    Lawati juga blog Addashuk
    www.addashuk.com
    Jenama Nasi Kak Wok adalah menu nasi yang sangat popular di Kelantan dan beberapa negeri di Malaysia yang berperang dengan menu tiruan menyebabkan pewarisnya mendaftar hak cipta bagi memelihara kualiti asli Nasi Kak Wook. Hak cipta itu dilakukan pewaris Mek Wok Hassan iaitu Mastura Ibrahim telah mendaftar jenama itu mengikut hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 2013. Sekaligus jenama Nasi Kak Wook telah dipatenkan mengikut undang-undang. Untuk jaminan ketulenan lainnya, pewaris Nasi Kak Wook telah meletakkan wajah arwah ibunya sebagai logo di kain rentang di lapan cawangan kedai makan Nasi Kak Wook untuk membezakan produk mereka dengan peniaga yang mengambil kesempatan menggunakan jenama tiruan. Seorang anak Kak Wook iaitu Mastura Ibrahim berkata, tindakan itu dipersetujui oleh ketiga-tiga adik beradiknya bagi memastikan keaslian Nasi Kak Wook.
    Di Kelantan, Kedai Nasi Kak Wook ini sangat legend dan merupakan tempat makan menarik di Kelantan dan para pengunjung ke negeri ini wajib singgah nak merasa sendiri keaslian ayam gulai dan ayam goreng yang terdapat di Kedai Nasi Kak Wook. Tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak singgah dan mencuba nasi asli Kak Wook di Kelantan. Nama sebenar pengasas Nasi Kak Wook ini ialah Mek Wok Bt Hassan yang asalnya menjual resepi nasi yang berlaukan Ayam Goreng yang dipotong kecil dan Ayam Gulai kerompes. Kedai Nasi Kak Wok ialah antara kedai yang turun temurun yang pernah populai di Kelantan umumnya dan di Kota Bharu khasnya. Menu Nasi Kak Wook sangat ringkas iaitu nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus dan kerompes ayam gulai, akan tetapi rasa yang asli itu lah yang menyebabkan resepi Nasi Kak Wook ini unik dari yang lain.
    Kedai Nasi Kak Wok adalah tempat wajib singgah sekiranya anda berada di Kelantan. Kedai ini juga pernah menjadi viral dan dijadikan kedai makan wajib dikunjungi.
    Sekian sahaja untuk video kali ini, semoga anda semua mendapat info yang berguna kepada yang mencari kedai makan sedap di kelantan, kedai makan sedap di kota bharu khususnya.

ความคิดเห็น • 31

  • @go-lufy2659
    @go-lufy2659 ปีที่แล้ว +1

    Ambo dei laa dulu make air tangan kak wok..lamo dohh.masa tu tahun 2010...sedapp sunggoh...

    • @Addashuk
      @Addashuk  ปีที่แล้ว +1

      Sedak lg loni buleh gi tera la..

  • @mamadeaz2052
    @mamadeaz2052 ปีที่แล้ว +2

    RSA ade kedai asal yg 1 LG tepi jln kat selekoh..ITU yg org asal..yg no tktaula saya

    • @Addashuk
      @Addashuk  ปีที่แล้ว

      Kedai kt selekoh tu kedai lama dia, ni kedai baru owner sama

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel 2 ปีที่แล้ว +3

    terbaik tuan video nye..terima kasih atas perkongsian hadir support

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว

      Terima kasih selalu support bang

  • @mohdzaki5505
    @mohdzaki5505 2 หลายเดือนก่อน +1

    Ni kedai anak arwah Kak wok...mastura namanya....sekarang anak mastura pulak yg berniaga...

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 หลายเดือนก่อน

      Ooooo ya ke.. Kedai yg baru buka tu anak mastura..

  • @syahmihaziq8901
    @syahmihaziq8901 หลายเดือนก่อน +1

    Xsma sini dgn dale kg blkg kbmc

    • @Addashuk
      @Addashuk  หลายเดือนก่อน +1

      Rasanya sini tutup dh, pindah kedai baru kawasan tu jgk

  • @INDERANICE
    @INDERANICE 2 ปีที่แล้ว +2

    Nasi Kak Wok memang sedap dan Terbaik

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      terbaik nasi kak wook, abang dh pernah try ke

    • @INDERANICE
      @INDERANICE 2 ปีที่แล้ว +2

      @@Addashuk Pernah try dulu. Memang sedap

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      Terbaik bang

  • @awegedebe
    @awegedebe 2 ปีที่แล้ว +2

    Saya selalu pergi makan sini

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว

      Nati ado masa mari ngopi sini la bele2 kongsi ilmu kamera.. 😅 😅 😅

    • @awegedebe
      @awegedebe 2 ปีที่แล้ว +1

      @@Addashuk Insya Allah nanti janji molek, kita ejas. Ilmu drone pun nak belajar juga.

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว

      Bereh2... Setting molek.. 😅 😅

  • @duniaismailpendekarchannel5183
    @duniaismailpendekarchannel5183 2 ปีที่แล้ว +2

    Nice lah video ni abg

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      Bang, tq2...

    • @duniaismailpendekarchannel5183
      @duniaismailpendekarchannel5183 2 ปีที่แล้ว +2

      @@Addashuk wc bos ku

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      Saya sudah melawat channel boh, terbaik boh

    • @duniaismailpendekarchannel5183
      @duniaismailpendekarchannel5183 2 ปีที่แล้ว +2

      @@Addashuk wc bos ku

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      Buat video pasal tempat menarik di Terengganu boh, ramai ore View.. Kawe dok kelate jare2 gi ganu, kalu dok kt ganu dh, memang akan buat byk video pasal ganu.. Video kawe pasal Terengganu 50k view 👇👇👇
      th-cam.com/video/m6eLUNahpFw/w-d-xo.html

  • @MAINAKCHEQITA
    @MAINAKCHEQITA 2 ปีที่แล้ว +1

    Paduii my bradah ❣️ sentiasa Terbaik ❣️

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih bradah

    • @MAINAKCHEQITA
      @MAINAKCHEQITA 2 ปีที่แล้ว

      @@Addashuk sama2 my bradah ❤️

  • @yuzaimijali88
    @yuzaimijali88 ปีที่แล้ว +1

    korang ni review kedai ke nasi??

    • @Addashuk
      @Addashuk  ปีที่แล้ว

      Nama kedai pun dah nama nasi kak wok, mesti la review nasi kak wok bang

  • @Akinyamok
    @Akinyamok 2 ปีที่แล้ว +1

    Mantap sokmo 🤩🇲🇾

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 ปีที่แล้ว

      Hahaha, timo kasih boh.. 😅 😅