KSSM Bio Ting. 4 - Bab 3 - Pergerakan Bahan Merentasi Membran (Part 2: Konsep Pergerakan)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 24 ก.พ. 2021
  • Hai everything! Selamat kembali ke subjek Biologi Tingkatan 4. Untuk video kali ni, kita akan membincangkan subtopik 3.2 iaitu:
    - ciri bahan merentasi membran plasma
    - pengangkutan pasif (resapan ringkas, osmosis dan resapan berbantu)
    - pengangkutan aktif
    - membanding beza pengangkutan pasif dengan aktif
    Kuiz latihan kefahaman: forms.gle/RNpzCAbqvWHfqFaj9
    Video Part 1: • KSSM Bio Ting. 4 - Ba...
    Jangan lupa subscribe, dan tekan bell notification untuk mengetahui bila saya upload video baru.
    Cari saya di media sosial yang lain juga! Berminat untuk melanggan khidmat home tutor & online tutor saya? Terus hubungi saya di melalui media sosial di bawah!
    Facebook: / letstutorsirfareez
    Instagram: / fareezyusran
    WhatsApp: chatwasap.com/letstutorsirfareez

ความคิดเห็น • 64

  • @LetsTutorSirFareez
    @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +10

    Rasa-rasa perlukan bimbingan secara personal? Kepada yang tidak tahu, saya juga sediakan khidmat tutor peribadi 1-to-1! Promosi berakhir 31 Mac ini!
    Subjek kepakaran:
    Sains 🧪 - Matematik & Matematik Tambahan 📊 - Biologi 🧬
    untuk peringkat menengah rendah dan ke atas.
    Terdapat dua mod:
    Home tutor - untuk pelajar di sekitar daerah Kulim
    Online tutor - untuk pelajar di seluruh negara
    Kadar bermula 💥SERENDAH RM 40/JAM!
    Berminat?
    Hubungi segera melalui m.me/letstutorsirfareez
    chatwasap.com/letstutorsirfareez

  • @nuriyfaart8904
    @nuriyfaart8904 3 ปีที่แล้ว +19

    teruskan membuat video cikgu

  • @muhdnazim8184
    @muhdnazim8184 3 ปีที่แล้ว +9

    Memang senang FHM Sir ajar 👍👍

  • @akmalhakim272
    @akmalhakim272 2 ปีที่แล้ว +6

    saya suka cg mengajar rasa bertenaga dan semangat nak belajar dgn energy cg ni terbaik cg !

  • @nurawatif2010
    @nurawatif2010 2 ปีที่แล้ว +5

    Sir....buatlah utk topik F5 jugak..
    Faham sangat sir ajar..tq..

  • @user-zs7ru2ow7x
    @user-zs7ru2ow7x 11 หลายเดือนก่อน +1

    Tq cikgu lepas tengok video ni jadi lebih faham

  • @rifqienail1706
    @rifqienail1706 ปีที่แล้ว +1

    Saya suka cikgu ni...sekejap je saya faham... Terima kasih sngt ii cikgu 🙏

  • @fiqipons10
    @fiqipons10 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih cg untuk ilmu.. alhamdullillah mudah faham dengan penerangan cg😊😊

  • @muhamadsyahmi5045
    @muhamadsyahmi5045 ปีที่แล้ว +1

    Thanks sir..your explaination helps me a lot

  • @daniaamzln6740
    @daniaamzln6740 ปีที่แล้ว

    alhamdulillah,thankyou sir

  • @ekmatijal20
    @ekmatijal20 2 ปีที่แล้ว

    Thankyou sir💪🏾

  • @whatdoyouwant7400
    @whatdoyouwant7400 ปีที่แล้ว

    Tq sir sngt bermanfaat

  • @nurnatasya1065
    @nurnatasya1065 11 หลายเดือนก่อน

    penjelasan yang mantap!! keep it up. thankyouuu

  • @taasya85
    @taasya85 2 ปีที่แล้ว

    terima kasih❤️

  • @jennY-vm4ry
    @jennY-vm4ry 3 หลายเดือนก่อน

    Sangat membantuuu🤩 tq sir

  • @rienariena80
    @rienariena80 11 หลายเดือนก่อน

    terima kasih cikgu,faham sangat 🥺✨

  • @satilazakaria2714
    @satilazakaria2714 ปีที่แล้ว

    Terima kasih cikgu

  • @suriatimatali8547
    @suriatimatali8547 2 ปีที่แล้ว +1

    33:34

  • @alsspace9728
    @alsspace9728 2 ปีที่แล้ว

    11:02

  • @myvgservices7911
    @myvgservices7911 2 ปีที่แล้ว

    Please reduce the time for the advertisement pls youtube

  • @yamam2507
    @yamam2507 ปีที่แล้ว +1

    (dont mind me)
    8:40
    19:59

  • @nuriyfaart8904
    @nuriyfaart8904 3 ปีที่แล้ว +8

    sir sya nak tanya, setiap protein pembawa mempunyai tapak spesifik untuk ion tertentu, adakah ia bermakna pada dwilapisan fisolipid itu mempunyai pelbagai jenis protein pembawa yang mempunyai tapak spesifik molekul yang berbeza ?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +13

      Tepat sekali! Terdapat beratus mahupun beribu protein dalam membran plasma dan setiap satunya spesifik untuk molekul dan ion tertentu. Sebagai contoh, pam natrium-kalium cuma mengangkut ion natrium dan kalium sahaja.

    • @nuriyfaart8904
      @nuriyfaart8904 3 ปีที่แล้ว +2

      @@LetsTutorSirFareez ooo faham terimakasih sir. penjelasan yang amat baik !!

  • @mahashrisundar8900
    @mahashrisundar8900 3 ปีที่แล้ว +11

    Cikgu air adalah satu molekul yang berkutub, so baigaimana ia boleh merentasi dwilapisan fosfolipid secara osmosis ?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +37

      Soalan bagus! Bahagian dalam dwilapisan fosfolipid ialah ekor fosfolipid yang hidrofobik kan? Tetapi itu BUKAN bermaksud molekul air tak boleh langsung/impossible untuk mendekati ekor yang hidrofobik tu.
      Apabila molekul air merentasi membran melalui ruang antara molekul fosfolipid, ekor-ekor fosfolipid dalam lapisan dalaman membran itu akan CUBA MENJAUHI molekul air yang tengah merentas tu.
      Faham kan? Ekor fosfolipid bukan kalis air, dia tak halang molekul air. Tetapi kalau ada molekul air, ekor fosfolipid akan cuba menjauhi dari molekul air tersebut.
      Konsep ini ada diuji dalam Trial MRSM 2020, berkaitan penggunaan sabun untuk membunuh virus COVID19. Molekul sabun terdiri daripada fosfolipid. Bila kita sabun tangan, ekor-ekor fosfolipid sabun akan bergerak ke arah virus untuk menjauhkan diri dari molekul air.

    • @mahashrisundar8900
      @mahashrisundar8900 3 ปีที่แล้ว +3

      @@LetsTutorSirFareez Ouhh ye cikgu, saya ada buat soalan yang tentang corona virus tu. Terima kasih banyak cikgu sebab bagi penerangan yang sangat jelas 😊

  • @thefruit9899
    @thefruit9899 3 ปีที่แล้ว +1

    Cikgu boleh tanya soalan dan jawapan ini ok?
    Mengapa kepekatan garam mineral dalam akar bertambah apabila kepekatan oksigen dalam larutan bertanbah sebanyak 10%?
    =Pengabilan ion garam mineral oleh akar tumbuhan adalah secara pengangkutan aktif dan melibatkan penggunaan tenaga .Lebih tenaga dijanakan apabila sel akar menjalakan lebih banyak respirasi sel dengan menggunakan oksigen dalam larutan meningkat sebanyak 10%?
    Maksud ini ,akar mengambil garam mineral perlu tenaga kerana pengakutan aktif kan? Dia dapat tenaga melalui respirasi sel ,tapi respirasi sel pun perlu oksigen?jadi dia ada oksigen meksud ada tenaga untuk menyerap garam mineral di tanah???
    Cikgu betul tak macam itu? Cikgu boleh temgok nanti ada masa OK Terima kasih😇😇😇

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      Ya tepat sekali! Apabila oksigen bertambah, kadar respirasi sel menjadi lebih tinggi. Jadi, lebih banyak ATP dapat dihasilkan, dan ATP tersebut dapat digunakan untik pengangkutan aktif.

    • @thefruit9899
      @thefruit9899 3 ปีที่แล้ว

      terima kasih cikgu !! Haha,baru perasan banyak kesalahan ejaan saya type 😂😂

  • @nuriyfaart8904
    @nuriyfaart8904 3 ปีที่แล้ว +1

    ATP/fosfat itu ada pada protein pembawa hanya ketika natrium out sahaja ye sir

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +4

      Kalau kita faham betul-betul, sebenarnya kumpulan fosfat masih lagi terikat pada protein selepas ion natrium keluar dari sel dan ion kalium bergabung kepada tapak spesifik.
      Selepas 2 ion kalium selesai bergabung dengan protein, baru kumpulan fosfat itu akan tertanggal daripada protein. Ia menjadikan protein berubah kepada bentuk asal dan membuka ruang untuk ion kalium masuk ke dalam sel.

    • @keypink976
      @keypink976 2 ปีที่แล้ว

      @@LetsTutorSirFareez Understood,sir👍

  • @yoganitha1425
    @yoganitha1425 3 ปีที่แล้ว +1

    Cikgu,macam mana nak bezakan yg mana satu protein Liang Dan yg mana satu protein pembawa kalau gambar rajahnya hampir Sama?
    Kena tengok bahan yg diangkut oleh protein tersebut Kan?
    Kalau ion - protein Liang
    Kalau glukosa@asid amino -protein pembawa
    Betul ke cikgu?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      Boleh, awak tentukan protein tu based on molekul apa yang diangkut. Tapi itu sebagai general guide je lah sebab ion boleh lalu kedua-dua protein liang dan pembawa.
      Cara nak bezakan rajah senang jer,
      - protein yang ada bukaan terus (direct opening) daripada dalam ke luar sel, itu ialah protein liang.
      - Kalau dia ada lubang di tengah ataupun terbuka ke dalam ATAU ke luar, itu ialah protein pembawa. Protein pembawa tak akan buka kedua-dua bukaan pada masa yang sama.

    • @yoganitha1425
      @yoganitha1425 3 ปีที่แล้ว +1

      @@LetsTutorSirFareez baiklah tq cikgu

  • @user-rv7uf7ou9p
    @user-rv7uf7ou9p 3 ปีที่แล้ว +3

    Cikgu saya masih tak faham ini ,(sel epitelium pada rongga perut ,Dan ion hidrogen keluar daripada rongga perut ,rongga perut akan terkumpul dengan ion hidrogen menjadi perut berasid .)itu ion hidrogen bukan dah keluar daripada rongga perut kan ,kenapa kata rongga perut akan terkumpul dengan ion hidrogen menjadi perut berasid

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      Oh awak salah faham ayat ni. Ion hidrogen dirembes KELUAR DARIPADA sel epitelium dinding perut KE DALAM rongga perut.

    • @user-rv7uf7ou9p
      @user-rv7uf7ou9p 3 ปีที่แล้ว +1

      @@LetsTutorSirFareez sel epitelium pada diding perut menghasilkan ion hidrogen,lepas tu ion hidrogen dikeluar ke rongga perut .betul tak macam tu

    • @user-rv7uf7ou9p
      @user-rv7uf7ou9p 3 ปีที่แล้ว

      @@LetsTutorSirFareez cikgu pengakutan pasif tu berlaku sehingga keseimbangan dinamik dicapai ,maksudnya kepekatan bahan jadi sama pada kedua dua belah membran kan,tapi pengangkutan aktif tu ayat berlaku pengumpulan dan penyingkiran molekul atau ion apa maksudnya ?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      Ya betul.

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +4

      Kalau kita ambil contoh pam proton tu, kepekatan ion hidrogen menjadi lebih tinggi di luar sel epitelium berbanding dalam sel, jadi berlakunya penyingkiran ion hidrogen daripada sel.
      Kalau kita ambil contoh pam natrium-kalium, natrium disingkir daripada sel menjadikan kepekatan natrium lebih pekat di luar sel. Kalium pula dikumpul ke dalam sel, menjadikan kepekatan kalium lebih pekat di dalam sel.

  • @yoganitha1425
    @yoganitha1425 3 ปีที่แล้ว +3

    Cikgu apa perbezaan antara kekutuban molekul dan cas ion?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +4

      Soalan bagus! Ini sebenarnya berkaitan dengan subjek Kimia, tapi saya cuba terangkan ok?
      Berkutub (polar) bermaksud molekul tersebut tiada cas/casnya 0 kerana cas positif (bilangan proton) dan cas negatif (bilangan elektron) dalam molekul tersebut seimbang. Tetapi taburan elektron dalam molekul itu tidak sekata menyebabkan satu hujung molekul lebih negatif dan satu hujung lebih positif.
      Ion pula ialah sejenis atom atau molekul yang bercas akibat berlakunya kehilangan atau pertambahan bilangan elektron. Ion yang hilang elektron bermaksud hilang cas negatif, jadi ia menjadi ion positif (kation). Ion yang bertambah elektron bermaksud bertambah cas negatif, jadi ia menjadi ion negatif (anion).

    • @thefruit9899
      @thefruit9899 3 ปีที่แล้ว +1

      @@LetsTutorSirFareez hahahahha saya baru habis tengok video nak tanya apa maksud kekutuban 😂😂 cikgu maksud cikgu ialah kekutuban molekul ada cas positif dan cas negatif so mereka gabung sama jadi neutral ???🤔🤔🤔
      Dan saya tak faham apa maksud kepala berkutud dan ekor tidak berkutub punya perkataan berkutub maksudnya apa😮
      Dan buku teks pg 49 ada molekul tidak berkutub contoh ada oksigen ,kerbon dioksida dan molekul berkutub contoh ada air ,apa benda itu "berkutub" saya tak faham lahhh 😵😵 🤧
      Cikgu boleh terangkan sikit itu berkutub OK 😪 terima kasihhhhh 😛

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      @@thefruit9899 Awak ambik subjek Kimia tak? Ini ada kaitan dengan taburan elektron dalam molekul.
      Nak dipendekkan cerita, molekul berkutub ni ialah molekul yang neutral tanpa cas kerana komponen positif (proton) dan negatif (elektron) dalam molekul adalah seimbang, TETAPI taburan elektron tidak sekata. Terdapat satu hujung yang lebih negatif (akibat elektron terkumpul pada hujung tersebut), lalu menjadikan satu hujung lagi lebih positif.

    • @thefruit9899
      @thefruit9899 3 ปีที่แล้ว +1

      @@LetsTutorSirFareez ada ohhhhhh maksud bilangan proton dan elektron sama ,so mereka neutral ,tetapi tempat mereka ada yang banyak proton ka sini ada yang banyak elektron ka sana,tak sekata ,itu maksud berkutub !?😮😮😮😮😮😮

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +1

      Ye betul.

  • @familyventure3146
    @familyventure3146 3 ปีที่แล้ว +2

    ATP tu apa sebenarnya sir? saya tau ATP tu adalah sejenis tenaga dan jika diuraikan akan menjadi ADP.... tapi ATP tu berasal drpd mana sir?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว +2

      ATP terhasil daripada tindak balas ADP dengan satu kumpulan fosfat. ADP pula terhasil apabila ikatan fosfat pada ATP diputuskan.
      Dia macam kitar semula. Bayangkan proses ni macam bateri phone yang boleh dicas. ATP ialah bateri fully charged 100%, ADP pula ialah apabila bateri tu kosong.

    • @familyventure3146
      @familyventure3146 3 ปีที่แล้ว

      @@LetsTutorSirFareez out ok sir...thankyou sir

  • @shamalamahendran4633
    @shamalamahendran4633 3 ปีที่แล้ว

    Sir pam dan protien pembawa sama kan?

    • @LetsTutorSirFareez
      @LetsTutorSirFareez  3 ปีที่แล้ว

      Tak semestinya. Nama 'pam protein' hanya digunakan untuk pengangkutan aktif.

    • @shamalamahendran4633
      @shamalamahendran4633 3 ปีที่แล้ว

      @@LetsTutorSirFareez okay sir

  • @prkjn5577
    @prkjn5577 3 ปีที่แล้ว +1

    ATP tu tak paham sikit 🥺

    • @keypink976
      @keypink976 2 ปีที่แล้ว +3

      ATP itu adalah akronim bagi Adenosina Trifosfat yang mempunyai tiga kumpulan fosfat.ATP ini dijana oleh mitokondrion apabila sel menjalankan respirasi sel.

    • @keypink976
      @keypink976 2 ปีที่แล้ว +3

      ATP itu adalah hasil tenaga yang dijana selepas respirasi sel

  • @flwerbii
    @flwerbii หลายเดือนก่อน

    terima kasih cikgu