ไม่สามารถเล่นวิดีโอนี้
ขออภัยในความไม่สะดวก

Porcelain Slab

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ก.ค. 2021
  • Porselin merupakan salah satu worktop yang paling tahan lama di pasaran. Bahannya lebih kuat daripada granite dan hampir sama dengan quartz.
    Porcelin slab boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak seperti marble dan juga batu semula jadi lain. Kecantikannya yang semula jadi, menjadikan dapur kita kelihatan mewah dan elegen.
    Porcelin slab diperbuat daripada 100% bahan semula jadi, mentah, berasaskan tanah liat dan campuran pelbagai mineral seperti silca dan kaolinite. Oleh itu, anda boleh mengitar semula porselin slab lama anda dengan mudah walaupun setelah bertahun-tahun digunakan.
    Campuran tadi dibakar pada suhu yang tinggi antara 2200 sehingga 2650 Fahrenheit. Suhu yang tinggi dapat mengahasilkan worktop yang tahan lama, tahan kesan kotoran, calar, haba, retak dan sinaran UV.
    Proses pembuatan porcelain slab memerlukan peringkat tekanan yang sangat tinggi. Dimana teknologi mesin ini hanya boleh didapati di tangan pengeluar asing. Kekerasan Mohs dibahagikan kepada beberapa tahap, iaitu tahap 1-10. Setiap tahap mewakili mineral semula jadi yang berbeza. Dibawah tekanan yang tinggi, ketumpatan porcelain slab meningkat sehingga mencecah 6-7 Mohs hardness level.
    Porcelin slab dapat menahan kesan calar dengan baik seperti granite dan quartz. Namun, kita masih perlu berhati-hati dengan pisau seramik yang kadang-kadang mampu mengores permukaan porselin slab kita yang cantik. Pastikan anda menggunakan papan pemotong untuk memotong sesuatu semasa penyediaan makanan.
    Pigmented glazes ditambah semasa pembuatan untuk mengasilkan perbagai warna dan corak yang berbeza pada porcelain slab. Anda boleh pilih sama ada berkaca atau tidak. Glaze mengurangan rongga pada worktop dan meningkat daya ketahan serta membuat permukaannya berkilat.
    Walaubagaimanapun, corak atau warna glazed porcelain hanya terdapat dipermukaan sahaja bukan keseluruhan slab. Warna dalamannya mungkin akan berbeza dan kita kan nampaknya apabila permukaannya terkelupas. Berbeza pula dengan unglazed porcelain. Warnanya meliput disetiap ketebalan worktop.
    Tidak ada permukaan worktop yang 100% mampu menahan kesan kotoran, tetapi porcelain mampu menahan kesan kotoran dengan baik dan mudah untuk dijaga. Kadar penyerapan air bagi porcelain slab mampu mencecah 0.01 berbanding dengan quart 0.03. Porcelin slab tidak berpori, cecair tidak meresap ke dalam worktop. Oleh itu, kesan kotoran diatas permukaan mudah dibersihkan. Walaupun, anda tidak segaja menumpahkan minyak, kicap, sos diatas permukaan porcelain slab, kotorannya tidak akan meresap masuk. Anda hanya perlu lap sahaja kotoran tadi dengan kain bersih.
    Selain itu, porcelain slab, mampu menahan kebanyakan bahan kimia dan tidak akan tergores atau meninggalkan keasan topokan dari makanan atau minuman berasid.
    Untuk membersihkan kesan kotoran yang degil, bahan kimia yang agak kuat boleh digunakan dia atas permukaan worktop kerana permukaannya yang tidak berpori, ia tidak akan menyerap bahan kimia berbahaya. Walaubagaimanapun, bahan kimia yang sangat kuat dan bertoksik perlu dielakkan.
    Porcelin slab dihasilkan pada suhu yang sangat tinggi sehingga ia mampu haba yang tinggi. Permukaan periuk panas tidak akan merosakkan permukaan worktop apabila diletakkan diatasnya. Tetapi, Uncle Andrew masih galakkan supaya kita meggunakan pelapik sebelum meletakkan peralatan memasak yang panas keatas table top.
    Walaupun terdedah kepada cahaya matahari, permukaan porslein slab tidak akan pudar kerana sifatnya yang tahan sinaran UV. Oleh itu, ia merupakan pilihan worktop terbaik untuk indoor atau outdoor.
    Porcelin slab memiliki keunikannya yang tersendiri berbanding worktop lain. Oleh kerana corak porcelain hanya sedalam kulit, kemasan tepinya lebih terhad berbanding batu semula jadi atau quartz.
    Walaubagaimanapun, bahagian tepi porcelain slab dapat diketepikan dengan beberapa penampilan yang berbeza untuk mengekalkan corak yang konsisten ditepinya. Sebilangan besar memilih kemasan tepi yang lurus.
    Anda mungkin fikir ketahanan porcelain slab yang tinggi memerlukan ketebalan yang melampau, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya porcelain slab boleh jadi sangat ringan dan dapat memberikan tambahan pilihan pemasangan. Anda boleh memasangnya secara langsung dia atas meja yang sedia ada kerana ketebalannya yang nipis. Ini dapat mengurangkan kesukaran dan kos membuang bahan atau worktop yang lama. Kebiasaannya ketebalan porcelain slan ialah 12mm.
    Kesimpulannya, seperti yang kita bincangkan, porcelain slab yang berkualiti dilengkapi dengan versatility dan kekuatan yang sangat tinggi serta pemasangan yang sangat mudah. Keunikannya dapat memenuhi citarasa anda.
    Kelemahan porcelain slab seperti kesan kesan tergores atau sumbing dapat dilihat. Namun, dalam jangka masa panjang, kelebihan porcelain slab mengatasi kekurangannya dan menjadikan porselin slab antara worktop terbaik. Dengan perancangan dan penjagaan yang betul, porcelain slab pastinya menjadi pilihan bagi dapur anda yang prktikal dan moden.

ความคิดเห็น • 49