ไม่สามารถเล่นวิดีโอนี้
ขออภัยในความไม่สะดวก

TEMPAT MENARIK DI MANJUNG | TELOK SENANGIN | PAYA BAKAU BANDAR | TELUK BATIK | LUMUT WATERFRONT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ส.ค. 2024
  • Lumut merupakan sebuah bandar pantai yang terletak di negeri Perak, Malaysia. Terkenal dengan keindahan pantainya, Lumut semakin popular sebagai destinasi pelancongan terutamanya pada musim cuti. Selain daripada pantai, terdapat banyak tempat menarik di Lumut yang boleh dilawati oleh pelancong.
    Teluk Senangin
    Pantai yang ditumbuhi pokok rhu di sekitarnya, Pantai Teluk Senangin adalah sebuah anugerah alam yang mempesonakan dengan pasir halus dan ombak yang tenang, menjadikan ia salah satu pantai pilihan untuk bermandi-manda dan beraktiviti air oleh penduduk setempat.
    Selain itu, anda juga boleh merancang menaiki bot untuk menikmati keindahan pantai dalam perspektif yang berbeza sambil disapa angin yang menyegarkan. Kalau anda nak tahu, dari kawasan pantai ini juga anda boleh terlihat Pulau Pangkor yang terletak di tengah-tengah laut.
    Yang bestnya, walaupun pantai ini tidak kurang hebat keindahannya, ia agak tenang berbanding Pantai Teluk Batik kerana lebih ramai pengunjung memilih untuk ke sana berbanding Telik Senangin. Nak lebih privasi? Tak perlu lihat tempat lain lagi.
    Bazaar Lumut
    Tidak jauh dari Lumut Waterfront, adalah sebuah tempat bershopping dengan bangunan berwarna merah yang dibuka khas untuk para pelancong yang datang dari jauh kerana di sini anda dapat membeli pelbagai kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut yang termasuklah ikan bilis bermata biru, hasil laut yang terkenal di Lumut.
    Lumut Waterfront
    Sekitar 1 km dari Jeti Lumut adalah sebuah lagi tarikan, Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air tenang di sepanjang sungai. Anda juga boleh menikmati makanan seperti ais kacang yang terdapat di sini dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh.
    Di samping itu, anda boleh juga menyewa basikal ataupun skuter elektrik dalam harga yang berpatutan untuk makan angin di sekitar waterfront dengan cara yang baru. Asyik berjalan kaki je kan? Naiklah skuter atau basikal pula, barulah dapat merasa pengalaman percutian yang berbeza sikit, setuju?
    Taman Paya Bakau
    Taman Paya Bakau yang terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki.
    Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar.
    Pantai Teluk Batik
    Sekiranya sewaktu bercuti ke Lumut anda tidak singgah ke Pantai Teluk Batik, tersangatlah rugi kerana di sinilah terletaknya sebuah pemandangan indah yang sukar diungkapkan dengan kata.
    Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini menjadi pilihan ramai orang yang bercuti kerana kesesuaiannya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat.
    TimeStamp:
    0:00 Intro
    0:20 Teluk Senangin
    5:30 Taman Paya Bakau Bandar
    11:15 Pekan Lumut Bazzar Lumut
    15:46 Lumut Waterfront
    16:10 Pantai Teluk Batik Teluk Muroh

ความคิดเห็น • 6

  • @rokakaro3157
    @rokakaro3157 8 หลายเดือนก่อน +2

    sept lepas ke pangkor dari jeti marina lebih kurang 15 or 20 min dah smpai jeti pangkor..duk d telok nipah , memang byk resort situ , dan pantai cantik, sabtu ada pasar mlm panjang dan meriah... round island rm18 sorang , naik van singgah masjid terapung, masjid cina dan ke kedai bebas cukai beli choklat dan beli ikan bilis mata biru, ikan kering berbagai jenis dan sebagainya...tapi ikan bilis mata biru pangkor memang murah .3hari 2 mlm tk puas , akan dtg lagi dgn family.

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  8 หลายเดือนก่อน

      Saya pernah pergi dan bermalam di Pangkor tu besama family dan tido sana, sewa kete dan pergi kesemua tempat tu tapi tang ikan bilis beli juga kat sana. Bila balik ke Lumut kat situ lagi murah sb agak keciwa beli pulak kat sana….hahaha

  • @DAKINAHUMBLE
    @DAKINAHUMBLE ปีที่แล้ว +1

    Xpernah smpi...wlpn balik perak byk kali..hahaa

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Tak patut, suami org perak kan

  • @Zoolzarizi
    @Zoolzarizi ปีที่แล้ว +1

    Teluk Batik tu pernah sampai tahun 2019..
    Paya Bakau tu pun pernah tapi masa tu tak cantik cam Wak ambil ni.. dulu takde jambatan gantung,..
    monyet banyak time saya pergi tu..
    singgah kedai tepi2 tu memang mesti beli ikan bilis mata biru kan..
    tak singgah Pulau ek?
    Dulu masa saya pergi tempah apartment cam berhantu..takde orang.hahaha

    • @WAKJAYCHANNEL
      @WAKJAYCHANNEL  ปีที่แล้ว

      Pulau Pangkor tu, 2 tahun lepas dh pergi...mcm tak berbaloi je. Duk semalaman tak tahu nk buat apa dah. Kita orang mmg duk chalet berhantu tu, tempat strategik tapi mcm tak terjaga....mungkin fasal modal kot, maklumlah koperasi punya tu