PERJUANGAN MENINGGIKAN DARJAT __RUANG DAKWAH ISLAM DI SABAH TERBUKA LUAS UNTUK PARA DAI'E

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • HADIS KETIGA BELAS: PERJUANGAN: MENINGGIKAN DARJAT
    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
    مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ، جَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ جَلَسَ فِي أَرْضِهِ الَّتِي وُلِدَ فِيهَا فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُبَشِّرُ النَّاسَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أَرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ
    Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:
    "Barang siapa yang beriman kepada Allah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, maka sudah pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, samada dia berjihad di jalan Allah atau dia hanya duduk tinggal di tempat di mana dia dilahirkan".
    Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tidak sebaiknya kami sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?"
    Baginda bersabda: "Sesungguhnya di syurga itu ada seratus darjat (kedudukan) yang Allah sediakannya buat para pejuang di jalan Allah dimana jarak antara dua derajat seperti jarak antara langit dan bumi.
    Untuk itu, bila kamu minta kepada Allah maka mintalah syurga Firdaus kerana dia adalah tengahnya syurga dan yang paling tinggi. Aku pernah diperlihatkan bahawa di atas Firdaus itu adalah 'Arasy Allah Yang Maha Pemurah dimana darinya mengalir sungai-sungai syurga".
    (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
    Kuliah Maghrib Bulanan | Setiap Sabtu Kedua | 8 Februari 2025 | Masjid Baiturrahman JPJ | Kitab 40 Hadis Perjuangan. #muhammadrasulullah

ความคิดเห็น •