Guru Indonesia DIBUAT MENANGIS Oleh PEDAGANG di Pasar Terengganu !!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #Terengganu

ความคิดเห็น • 468

  • @sitinurfatin6531
    @sitinurfatin6531 23 วันที่ผ่านมา +412

    Terima kasih dah sudi singgah di gerai ibu kami ...nnti datanglah support ibu mertua kita ye ..semoga allah limpahkan rezeki untuk ma ..aamiin

  • @JoeFishingChannel
    @JoeFishingChannel 23 วันที่ผ่านมา +314

    Orang Malaysia memang pemurah. Suka bersedekah. Itulah yang diajar oleh baginda Rasullullah. Tidak akan miskin kalau kita bersedekah.

    • @budakGila-zq5ru
      @budakGila-zq5ru 13 วันที่ผ่านมา

      🇲🇾🇲🇾🇲🇾🤲

    • @topreno3786
      @topreno3786 12 วันที่ผ่านมา +1

      Rakyat Malaysia yg miskin pun ramai

    • @eykaljela4415
      @eykaljela4415 9 วันที่ผ่านมา

      Betul.. masih ade yg miskin.. kita hidup ni ada takdir masing².. kalau semua jadi kaya, takde la warna warni kehidupan.. ada kaya, ada miskin, ada hidup, ada mati.. ada yang bole melihat, ada yang buta, ada yang boler bercakap, ada yang bisu.. begitu la takdir seseorg,.​@@topreno3786

    • @METEORA_47
      @METEORA_47 5 วันที่ผ่านมา

      @@topreno3786perlu tunggu jadi kaya ke baru nk jadi "pemurah"?sedey lu bro

  • @muhammadzambri1128
    @muhammadzambri1128 23 วันที่ผ่านมา +195

    Mereka rata2nya berdagang bukan untuk kaya raya... Tetapi hanya sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup... Berkongsi rezeki❤❤

    • @azizahmad2115
      @azizahmad2115 23 วันที่ผ่านมา +12

      tetapi mereka tetap kaya....

    • @IzdiharShah
      @IzdiharShah 22 วันที่ผ่านมา +5

      Dalam erti kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

  • @suree4581
    @suree4581 23 วันที่ผ่านมา +398

    Sebab itu ada yang tak faham sifat orang Melayu di Malaysia. Mereka tak kejar kekayaan. Adalah segelintir ada, itu biasa sesuatu perkara tak ada 100% kan. Mereka seimbang dunia dan akhirat hidup biasa2 . Mereka di hina kata malas dan takut bersaing. Mereka faham dunia sementara. Pendidikan penting. Negeri Terengganu sentiasa mendapat peperiksaan terbaik di Malaysia.

    • @AsmahYacob-kr4ny
      @AsmahYacob-kr4ny 23 วันที่ผ่านมา +41

      Kejar pahala.. orang Terengganu dan Kelantan kuat agama nya

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 23 วันที่ผ่านมา +25

      Maka, nikmatilah keberkahan Negara Malaysia. Tetap selalu bersyukur segala apa yang Allah swt telah kurniakan.

    • @rickydato7231
      @rickydato7231 23 วันที่ผ่านมา +35

      Harta mengejar Kita kalau Kita suka bersedekah...

    • @adnanismail2331
      @adnanismail2331 23 วันที่ผ่านมา +23

      Org yg hidup se adanya tu tak menyusahkan orang, tapi yg kemaruk nak kaya sangat tu menyusahkan masyarakat.

    • @user-nu2wc6rd6k
      @user-nu2wc6rd6k 23 วันที่ผ่านมา +21

      itu yg saya x fhm. apa salahnya dgn simple life. yg penting tidak menyusahkan org lain.

  • @elma6450
    @elma6450 23 วันที่ผ่านมา +100

    Saya percaya cikgu2 sekalian,,, ketiga tiganya org yg baik. Sebab tu selalu dipertemukan dgn org yg baik. Semoga dirahmati selalu

  • @sariffahahmad1318
    @sariffahahmad1318 23 วันที่ผ่านมา +136

    Cikgu Ajis sgt sentimental.
    Begitulah sifat kebanyakan orang Malaysia. Begitu penyayang❤❤

    • @Ruriko.Y
      @Ruriko.Y 23 วันที่ผ่านมา +14

      bukan sentimental. mungkin dia empath. orang yang tinggi empati, mudah memahami & relate dengan orang lain.

    • @10yearsag0
      @10yearsag0 17 วันที่ผ่านมา +1

      ​@@Ruriko.Y ya betul..beza simpati dan empati..simpati hanya mampu nasihat.empati nasihat dan menolong

    • @KakYah-hm7kz
      @KakYah-hm7kz 21 ชั่วโมงที่ผ่านมา

      Begitu lh juga terjadi kalau saya balik kg.bila berbelanja di pasar kadang beli 5 bg satu.selalu nya saya selalu bawak wang kecil.nanti baki nya tk payah di kembalikan lage.(Saya pulak kasihan sebab harga lbh murah dari dbandar)

  • @afsahamin5864
    @afsahamin5864 23 วันที่ผ่านมา +108

    Kami orang malaysia pasti berlumba2 bersedekah. Inilh cara kami mohon keberkahan .allah

  • @TheTompinai
    @TheTompinai 23 วันที่ผ่านมา +51

    Hati cikgu aziz tu lembut betull mudah tersentuh

    • @shuib
      @shuib 23 วันที่ผ่านมา +6

      Sifat perikemanusiaan, empathy dan compassion menebal.

  • @saffaainaa129
    @saffaainaa129 23 วันที่ผ่านมา +102

    Cikgu-cikgu ni lembut-lembut hatinya..orang-orang baik.. ❤

    • @wsya3107
      @wsya3107 22 วันที่ผ่านมา +4

      Saya pun berfikir camtu. Lemah lembut sesuai dgn keja guru.

  • @Mojito-pq3tk
    @Mojito-pq3tk 23 วันที่ผ่านมา +131

    Sy pun bukan TH-camr bila makan kt restoran atau kedai² tepi jalan.. selalu sangat bila nk bayar dgn owner kedai mereka kata sudah dibayar. Malah sy sendiri tidak kenal pd si pembayar.. seolah²nya mereka² ini berebut rebut utk mencari redhonya Allah...

    • @thahiribrahim3574
      @thahiribrahim3574 23 วันที่ผ่านมา +15

      Sama lah saya. Saya ni jenis larong je ,suka berbual dgn siapa je walau tak kenal. Bila blk kata owner dah ada orang sedekah. Sebab tu kalau saya ada duit lebih saya akan lakukan sedekah diam diam

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +9

      ​​@@thahiribrahim3574inilah Malaysia ku tercinta 🤝👍🤗

    • @mariyatipaniran4971
      @mariyatipaniran4971 22 วันที่ผ่านมา +4

      Pengajaran buat kita semua, jika apa yg kita mkn tlh dibayar oleh org lain maka elakkan berlalu begitu saja. Pastikn kita pula membayar@bersedekah pd org lain di situ sebelum keluar restoran@gerai. Ingatan buat diri sendiri jg...Moga Allah terima amalan sedekah kita. Aamiin

    • @shah6697
      @shah6697 17 วันที่ผ่านมา +1

      Melayu ini istimewa krn bangsa n agama islamnye

  • @JohnBrembo90
    @JohnBrembo90 23 วันที่ผ่านมา +69

    The kindness is beyond expectations.
    Itulah jiwa nurani sebenar org Melayu dan saya pasti... Bukan di Malaysia saja ... Org Melayu Indonesia juga begitu.

    • @norasimahrahman2912
      @norasimahrahman2912 23 วันที่ผ่านมา +9

      Benar tu...

    • @adzmimdkasa4204
      @adzmimdkasa4204 22 วันที่ผ่านมา +10

      Bangsa melayu memang pemurah❤

    • @shah6697
      @shah6697 17 วันที่ผ่านมา +3

      Ye
      Dimana shj, melayu mmg baik

  • @azfey131
    @azfey131 23 วันที่ผ่านมา +179

    Yang tua dihormati, yg muda disayangi. Saling memerlukan antara sama lain, sentiasa melahiran tautan kasih sesama kita. Itulah Malaysiaku.

    • @ahmadbaba-i5g
      @ahmadbaba-i5g 23 วันที่ผ่านมา +13

      yang jauh didekati, yang dekat dirapati

  • @kasyafrafiq08
    @kasyafrafiq08 23 วันที่ผ่านมา +179

    2 kali pengalaman sy makan di restoran & warung tepi jalan, bila nak bayar, tiba² diberitahu ada hamba Allah dah bayarkan makanan sy, sedekah jumaat. Tak kira jugak kawan² yg bila makan bersama tiba² dibelanja. Moga murah rezeki semua yg bersedekah kerana Allah SWT. Mr Sastra, Mr Azis & Ms Tika, not easy to practice this but u try once, insyaAllah bertambah rezeki dr segi apa pun.

    • @liyanaeliyana
      @liyanaeliyana 23 วันที่ผ่านมา +15

      Samalah...wei sampai bertanya sapa orang tu😊😊😊😊

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 23 วันที่ผ่านมา +8

      Ya..sudah menjadi amalan tanpa dipersoalkan.

    • @YusofAbu
      @YusofAbu 23 วันที่ผ่านมา +10

      Saya pun sama

    • @ulfa2082
      @ulfa2082 23 วันที่ผ่านมา +17

      kami klu blik kg singgah sarapan kt warung..klu trjmpa dgn sedara2 mesti suami tolong byrkn dlm diam.. tukg kira pun bagus bg kerjasama kira bil meja sedara dlm diam2..selesai mkn kami pegi kt meja sdara salam2 n pergi...

    • @gingerteddy618
      @gingerteddy618 23 วันที่ผ่านมา +9

      Saya juga dapat pengalaman seperti itu.

  • @nabihamdnoh6733
    @nabihamdnoh6733 23 วันที่ผ่านมา +60

    itu yg kadang2, ada org ambil kesempatan atas kebaikan org melayu ...

  • @ibnuudin230
    @ibnuudin230 23 วันที่ผ่านมา +26

    Cikgu ajis sampai menangis melihat kemurahan dan ikhlas hati org² Malaysia terutamanya org² Melayu kerna didikan sejak kecil... tapi saya merasa sedih masih ramai org² Indo yg mengatakan kami org² Malaysia bencikan saudara² kami di Indo. Di mana² di dunia ini pasti ada org² jahat, kejam dan tiada adab... itu pasti tapi kami org² Malaysia majoritinya sangat menghormati tetamu² dan sesiapa saja yg berbuat baik kpd kami. Semoga cikgu² bertiga ini mampu menyampaikan perihal kebaikan dan keramahan org² Malaysia kpd netizen² Indo agar kasih syg dan hormat menghormati dapat dipupuk dan dijaga antara sesama kita sebagai saudara seiman... aamiin 🤲🏼

  • @NaddThree23
    @NaddThree23 23 วันที่ผ่านมา +46

    Because kalian adalah orang2 yang baik. Selalu react positive tentang orang2 Malaysia. Allah membalasnya dengan berjumpa juga dengan orang2 yang baik dan memurahkan rezeki kalian bertiga. May Allah bless you guys..😍

    • @sekut-merie4871
      @sekut-merie4871 23 วันที่ผ่านมา +2

      orang baik,kebaikan ALLAH balas dgn kebaikan.semua gerak geri yg ESA.

  • @kamaruzzamanothman4431
    @kamaruzzamanothman4431 23 วันที่ผ่านมา +95

    Umumnya org2 Melayu berniaga bukan cari kekayaan semata2. Lagilah yg berniaga kecil2an....berniaga utk mencari secupak rezeki utk meneruskan hidup yg indah ini

    • @Naz_inrshm
      @Naz_inrshm 23 วันที่ผ่านมา +11

      Kita bkn hanya mencari nafkah di dunia tp jg pahala.

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +6

      ​​@@Naz_inrshmbetul tu sahabat ku Malaysia tercinta sayangi tanah kita 🤝👍🤗

  • @deenmisaichennel9376
    @deenmisaichennel9376 23 วันที่ผ่านมา +27

    Bule dari luar negara juga ada yang menangis ketika melalui hal sedemikian....

  • @wafabt.hassankamaruddin6174
    @wafabt.hassankamaruddin6174 23 วันที่ผ่านมา +25

    jangan lupa pass the kindness to others.. saya pun belajar apabila dibelanja secara rahsia. selepas tu, kita pula yang treat oranng lain mcm tu..informal education.

  • @noorismailmahmood3433
    @noorismailmahmood3433 23 วันที่ผ่านมา +36

    Bagus & bersyukur pd uncle yg bawak cikgu² bertiga , utk melihat kemersaan & kebudayaan yg terdpt di msia , tu , pak

  • @makcikmakencik8473
    @makcikmakencik8473 23 วันที่ผ่านมา +55

    It's normal cikgu di Malaysia. Bersedekah X pernah kita rasa rugi, selalu sy mengikut naluri(tentu Allah yg gerakan hati) kpd siapa nk diberikan (mknn/duit) berkongsi rezeki itu membuat saya bahagia, walaupun jumlahnya kecil🥰

    • @GULITGULIT-k9d
      @GULITGULIT-k9d 23 วันที่ผ่านมา +6

      Btul..saya pun klau tiba ii hati kata nak bagi duit or blanja makan saya teruskan je niat d hati ku...

  • @belllina5138
    @belllina5138 23 วันที่ผ่านมา +31

    Salam...harap cikgu2 boleh didik anak2 murid cikgu di sana untuk punyai adab atau habit bahawa berbuat baik dan sentiasa sedekah adalah sebagaian dari iman dan kehidupan.

  • @zuramtjingi5758
    @zuramtjingi5758 23 วันที่ผ่านมา +26

    Percaya,,jika kita bersedekah,,Allah akan gandakan rezki kita dunia akhirat

  • @mariatiariffin3512
    @mariatiariffin3512 23 วันที่ผ่านมา +31

    Kami di Malaysia., memberi lebih atau memberi percuma itu biasa, sebab kami percaya konsep bersedekah yang Allah ajarkan, konsep nya THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU'LL GET in shaa Allah. Rezeki itu kan dari Allah, kita hanya berusaha utk mendapatkan nya & jgn lupa bersedekah...❤❤❤

  • @MzMeijei-ot7ns
    @MzMeijei-ot7ns 23 วันที่ผ่านมา +23

    Dah jadi kebiasaan orang malaysia bersedekah trutama orang nrgeri2 di pantai timur sangat lembut baik hati

  • @anetaahmad
    @anetaahmad 23 วันที่ผ่านมา +48

    Orang Terengganu dan Malaysia ini sentiada fikir "memberi takkan mengurangkan,malah akan bertambah rezekinya"

  • @saffaainaa129
    @saffaainaa129 23 วันที่ผ่านมา +29

    bersedekah tidak akan pernah merugikan malah akan membuka lebih banyak pintu-pintu rezeki dan akan dilipatgandakan lagi pahala.. 🥰

  • @muselanious
    @muselanious 23 วันที่ผ่านมา +26

    Mr Aziz hatinya mudah tersentuh ya. 🤣

  • @MohdFadliAbdullah
    @MohdFadliAbdullah 23 วันที่ผ่านมา +47

    Pengalaman yang tak mungkin akan ditemui di Mall2 yg berdiri megah di ibukota

  • @fauziahpawan6605
    @fauziahpawan6605 23 วันที่ผ่านมา +49

    Orang malaysia memang suka menghadiah dan bersedekah...lagi2 dgn visitors dari jauh atau pun lokal pun. Kalau bukan pekedai yg bagi free ada aje org lain yg datang bayar utk makan atau minum kita...Alhamdulilah ...ada fahaman dan kegembiraan dlm bersededaqah...❤

    • @thahiribrahim3574
      @thahiribrahim3574 23 วันที่ผ่านมา +9

      Betul ,lepas sedekah tu kita rasa lega dan nyaman

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +6

      😊😊😊aku bangga sahabat ku gembira oh Malaysia ku tercinta yang paling ku sayangi 🤝👍😊

    • @Ruriko.Y
      @Ruriko.Y 23 วันที่ผ่านมา +6

      budaya bersedekah kat sini tu kadang2 bukan yg muslim je. yg non-muslim pun senyap2 belanja stranger makan.

    • @fauziahpawan6605
      @fauziahpawan6605 23 วันที่ผ่านมา +5

      ​@@Ruriko.Y.....sebab tu kita kata "malaysian"....its a malaysian thing for sure....and we are thankful for the generous trait...it makes for a better society.

    • @nuuuura011
      @nuuuura011 20 วันที่ผ่านมา

      Betul tu

  • @AsmahYacob-kr4ny
    @AsmahYacob-kr4ny 23 วันที่ผ่านมา +16

    Saya pun selalu makan tapi dibayar oleh orang lain. yg tak tau siapa..tau2 udah dibayar.😂😂

  • @v.w.v
    @v.w.v 23 วันที่ผ่านมา +19

    Merasa cukup dan bersederhana. Itu yang buat hati tersentuh 🥹

  • @zurinahashim1334
    @zurinahashim1334 23 วันที่ผ่านมา +14

    Setiap negeri di Malaysia pasti ada yg berbelanja / bersedekah xkira siapa utk org tempatan atau pelancong.kebiasaan org yg berniaga mesti kemas & bersih.dah diajar di sekolah juga melalui program SEGAK.pasti dah rindukan dgn Malaysia.ada rezeki umuq pjg dtg lagi bersama keluarga.

  • @muhammadzambri1128
    @muhammadzambri1128 23 วันที่ผ่านมา +24

    Pemberian itu kecil tp langsung ke hati❤❤

  • @zainabramli2844
    @zainabramli2844 23 วันที่ผ่านมา +31

    Satu pengalaman yg tak dapat dilupakan..salam buat cikgu bertiga...

  • @azimaa1463
    @azimaa1463 23 วันที่ผ่านมา +11

    Uncle...you the man!!!! ❤ tqvm wakili kami beri layanan terbaik kpd saudara seagama kita ...

  • @jamilinrashida403
    @jamilinrashida403 23 วันที่ผ่านมา +20

    Mr aziz menangis teringat ada couple mat salleh naik train kat kelantan.. dapat lokching kut, turun2 train terus menangis.. dia(lelaki) xtau nak cakap apa myb overwhelmed by emotion.. moral of the story berbuat baiklah tanpa mengira background pemberi atau penerima.. sbb mmbuat ssrg tersenyum itu juga dpt pahala plus hati kita pun seronok tgk orang lain gembira 😊

  • @hassanabdullah9761
    @hassanabdullah9761 23 วันที่ผ่านมา +16

    ini sifat semulajadi orang2 Malaysia, suka bersedekah walaupun sedikit..

  • @roseatiqahhjsidek1349
    @roseatiqahhjsidek1349 23 วันที่ผ่านมา +29

    Sbb kami percaya, memberi tdk membuat kita jatuh miskin, malah lebih membuka lebih bnyk pintu2 rahmat Dan pintu2 rezeki.

  • @muliatimukri4182
    @muliatimukri4182 23 วันที่ผ่านมา +26

    Selalu berniat klu boleh nak je bersedekah setiap hari wpun sedikit utk mendpt barakah.

  • @RosnahSala
    @RosnahSala 23 วันที่ผ่านมา +24

    Amalan Sedekah itu sesekali tidak menjadikan seseorang jatuh miskin... MashaAllah.. Tabarokallah..

  • @azuanzawawi5611
    @azuanzawawi5611 23 วันที่ผ่านมา +36

    Kalau you guys lebih ramah...silap2 dapat family angkat disini...😅

    • @norasimahrahman2912
      @norasimahrahman2912 23 วันที่ผ่านมา +2

      Pakcik yg bawa diorang jalan2 tu adalah keluarga angkat diorang...

    • @bardzeta2633
      @bardzeta2633 17 วันที่ผ่านมา

      Jgnkan keluarga angkat,jodoh pun boleh dpt. 😅😅😅😅. Inshaa Allah.

  • @azawanOthman
    @azawanOthman 23 วันที่ผ่านมา +18

    Sememang begitu sikap org2 melayu yg sentiasa bersedekah...

  • @user-rc8xx3jp4j
    @user-rc8xx3jp4j 23 วันที่ผ่านมา +32

    Selalunya setiap jumaat lagi ramai yg bersedekah...n infak makanan ke pada org ramai

  • @shainimatali2817
    @shainimatali2817 23 วันที่ผ่านมา +13

    Bagus cikgu bertiga sangat menghargai pemberian orang walaupun tidak seberape hanya makanan❤❤❤❤❤

  • @sarimahsulaiman9368
    @sarimahsulaiman9368 23 วันที่ผ่านมา +29

    MasyaAllaah Cikgu Azis sampai Nangis saya pun ikut nangis...ini lah rakyat Malaysia yg pemurah Alhamdulilaah....

  • @zaitonmustaffa9732
    @zaitonmustaffa9732 23 วันที่ผ่านมา +29

    😁Begitulah keistimewaan org2(penjual) di Terengganu Malaysia.Sentiasa murah dgn free2 gift.Alhamdulillah semoga mereka semuanya sentiasa dimurahkan rezeki.Aamiin2.👍👍👍👌☝️❤❤❤❤😘

  • @noitpippo
    @noitpippo 22 วันที่ผ่านมา +3

    Terengganu negeri islam yang paling sesuai dijadikan contoh utk kita semua rakyat Malaysia. Saya juga selesa bila mana ke Terengganu. Feels happy and greatful

  • @alevaydean3888
    @alevaydean3888 23 วันที่ผ่านมา +6

    Wahai org2 Terengganu especially penjual di pasar. Org Terengganu mmg terkenal dgn keramahan. Xlupa juga org2 melayu dr negeri lain.
    We are proud dgn layanan yg ikhlas kpd tetamu2.

  • @user-op5dm3vc3n
    @user-op5dm3vc3n 23 วันที่ผ่านมา +24

    Warga Malaysia suka bersedekah. Apa lagi sesama saudara2 SEIMAN. YANG BUKAN SEIMAN PUN KAMI SUKA BANTU. SEMOGA KITA SAMA2 DIBERKATI ALLAH. SEDEKAH MEMBAWA BARAKAH.

  • @mohdnoorngah8410
    @mohdnoorngah8410 23 วันที่ผ่านมา +36

    Alhamdulillah...thanks for respect terengganu people...i'am from dungun,terengganu...❤

    • @Sue1972-y4p
      @Sue1972-y4p 23 วันที่ผ่านมา +3

      🙋‍♀️

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +2

      I from Terengganu ketengah jaya Dungun Terengganu loves Malaysia forever and every 🤝👍

  • @mordecaikucai9532
    @mordecaikucai9532 23 วันที่ผ่านมา +20

    Melayu memang begitu. Semasa kecil Pakcik Draman yang saya kenal sedang naik basikal membawa Nangka besar di belakang. Saya tegur Pakcik tu. Teguran anak2 kepada orang tua. Sejam kemudian anak lelaki Pakcik tu datang kerumah membawa sedikit Nangka untuk kami sekeluarga. Begitu ...

    • @aimisakee867
      @aimisakee867 23 วันที่ผ่านมา +7

      padahal kita tegur tu bkn niat utk menerima pn kan? hanya saja nk tegur kan

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +4

      ​​@@aimisakee867😂😂😂 betul tu inilah sikap kita orang Melayu 😊😊

    • @mordecaikucai9532
      @mordecaikucai9532 23 วันที่ผ่านมา

      @@aimisakee867 Aah. Tu tahun 70an. Cara tegur tu,"Pakcikkkkk..."

  • @kamalhusain9749
    @kamalhusain9749 23 วันที่ผ่านมา +31

    Kalau di Malaysia, Terengganu dikenali dengan slogan Negeri cantik, budaya menarik. Penduduknya 95 percent orang Melayu.

  • @nomiemdtahir8866
    @nomiemdtahir8866 23 วันที่ผ่านมา +18

    Betul cikgu..di Malaysia ni x kira mana2..org mmg berlumba2 belanja bayar duit makanan org lain x kira sama kita kenal atau tidak..sbb kita tak akan jatuh miskin kalau belanja org malah Allah akan berikan rezeki bertambah samada kesihatan yg baik dan bentuk2 yg lain. Cuma kita niat ikhlas jgn harapkan balasan..❤

  • @lilyfadz3688
    @lilyfadz3688 23 วันที่ผ่านมา +10

    ".. gak usah cari di sekolah, di pasar² pun ada.." amboii i heard that misterr 🤣🤣

  • @zakiomar3073
    @zakiomar3073 23 วันที่ผ่านมา +5

    Nama peniaga wanita itu Cik Leha. Dia peniaga lama di Pasar Chabang Tiga. Dia sangat peramah dan pemurah.

  • @juneseth
    @juneseth 23 วันที่ผ่านมา +15

    Jangan jemu2 melawat dan ziarah kami di Malaysia ya cikgu2 bertiga. Kami berbesar hati menerima cikgu2 semua sebagai tetamu kami. Semoga persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia terus akrab dan sejahtera dan di rahmati Allah swt. Aamiin aamiin aamiin ya rabbal'alamin ❤❤❤

  • @Misshanny0070
    @Misshanny0070 23 วันที่ผ่านมา +20

    Uall xjumpa mak sy lg. Dia pemurah jenis lain sikit. Kalau pg pasar tradisional dia mesti bwk duit byk borong brg nenek tua jualan. Peniaga yg menangis 😂

    • @sakovichdaeng8937
      @sakovichdaeng8937 12 วันที่ผ่านมา +1

      Saya sangat menyukai perkongsian awak di sini yang mengingatkan saya secara natural apabila ke pasar dengan cara berbelanja dengan pedagang yang sudah uzur atau orang tua yang cukup berharap agar barangan dagangan mereka habis terjual pasa hari mereka berdagang.

  • @saifulazfar1983
    @saifulazfar1983 22 วันที่ผ่านมา +6

    Salut dengan org2 lokal di situ sangat ramah. Mereka rajin beri salam dan tegur sapa walaupun mereka tak kenal bro Sastra dan kawan2...👍👍👍

  • @sitinor9130
    @sitinor9130 23 วันที่ผ่านมา +15

    Slm @about Sastra, sharing is caring, this happens all over Malaysia bukan Terengganu sahaja. We love to berbahagi. Berbahagi itu bukan suatu kerugian dan senyuman itu sedekah.

  • @NikYusuf
    @NikYusuf 23 วันที่ผ่านมา +17

    Ini namanya keuntungan dan kebahgiaan hati... Berniaga itu ada untung dan ruginya.. Untung besar dan untung kecil tak memgapa mister... Tp kalau berbagi itu tidak pernah rugi dan hati juga akan jd lebih senang.. Setidaknya atau sekurangnya kalau berniaga hari ini trugi masih ada satu lg keuntungan(kebahgiaan hati) kerana memberi...

  • @linamahmud6136
    @linamahmud6136 22 วันที่ผ่านมา +6

    Hidup di dunia ini bukan semata survival dunia tp utk akhirat jua. Sedekah aka pemberian secara percuma, ikhlas itu adalah saham yg kita kumpul juga. Inilah org Pantai Timur, tak takut rugi di dunia janji akhirat kita untung Alhandulillah

  • @user-kq5nb5di8w
    @user-kq5nb5di8w 23 วันที่ผ่านมา +11

    Mr Azis malu2in nagis😅😅😅 mr Azis lembut sangat hati nya...

  • @enchesoyaregaliaatriadelig5951
    @enchesoyaregaliaatriadelig5951 23 วันที่ผ่านมา +21

    Cikgu ajis sesuai ajar art n music kt sekolah islam international kt pj.. try gugel... Mna taw ade rezeki jd expat kt msia 😂😂😂😂

  • @larahati7566
    @larahati7566 22 วันที่ผ่านมา +6

    Orang yg baik ... In Shaa Allah akan dipertemukan dengan orang baik juga .. semoga kembali lg ke 🇲🇾 nanti.

  • @ruzinimatali9133
    @ruzinimatali9133 23 วันที่ผ่านมา +15

    Alhamdulillah..kebersihan tanggungjawab bersama😊

  • @nadien10
    @nadien10 18 วันที่ผ่านมา +3

    Saya teringat arwah ibu saya. Menjual nasi lemak. Ada pelajar luar negara (afrika) yg bermusafir dan baru nak rasa nasi lemak.. ibu saya hanya memberi shj walau dia ingin membayar. Kata ibu saya, dia buat begitu kerana dia ingin anaknya juga dilayan begitu juga di negara orang. And not surprise juga. Sy berkelana utk belajar, mmg sentiasa dibelanja makan percuma oleh kawan2 mahupom lecturer. 😊 what you give with good intentions, you will get more.
    Apepom, Salam sayang dari Terengganu

  • @wansabariah5238
    @wansabariah5238 23 วันที่ผ่านมา +14

    cikgu2 saya sedih lah sekrg rmai yg banding2 kn malaysia dan berkata buruk ttg malaysia.setiap negara ada kekurangannya,hrp cikgu bg pendapat ttg isu yg tgh pns skrg .salam syg utk cikgu2😊

  • @onedigital9852
    @onedigital9852 23 วันที่ผ่านมา +11

    Kerana mereka tau dalam rezeki mereka ada rezeki orang

  • @kamariahabdulsamadabdulsam6328
    @kamariahabdulsamadabdulsam6328 23 วันที่ผ่านมา +13

    0:06 Alhamdulillah...
    Doa ucapan terima kasih kpd org yg tlh menolong/mmberi sesuatu kpd kita..
    Barakkallah hu fi ahlika wa maalika wa jazaka khair..(semoga Allah SWT mmberikan keberkahan pd keluarga, harta serta kebaikan saudara itu.. ) wajib hafal doa ini..sangat berkat dan disukai oleh org yg mmberi dan yg menerima pemberian.

  • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
    @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +8

    Beginilah sikap kami orang Terengganu Malaysia berbagi itu amalan biasa bagi kami melayu cina dan India tetap sama suka bersedekah inilah sikap warga Malaysia 😊😊

  • @Love_garden832
    @Love_garden832 23 วันที่ผ่านมา +7

    Assalamualaikum selamat pagi pada cikgu bertiga. Moga murah rezeki cikgu semua, makcik yang memberi satar dan semua peniaga di pasar😊. Aamiin

  • @faizalfed007
    @faizalfed007 23 วันที่ผ่านมา +25

    Mengajar anak2 indo di sekolah international Malaysia la cikgu.

    • @meccamirza4397
      @meccamirza4397 23 วันที่ผ่านมา +2

      Up

    • @nurdamia495
      @nurdamia495 23 วันที่ผ่านมา +10

      Xpe la kita biarkan guru² ini mencurahkan bakti pd anak bangsa mereka kita sokong dr jauh

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +7

      ​​@@nurdamia495betul tu biar berkembang sedikit cara berfikir 😅😅

  • @nurhaslindamohamedyunus6419
    @nurhaslindamohamedyunus6419 23 วันที่ผ่านมา +9

    Mmg je kebiasaan kami disini, bila sarapan kat warung, bila nak bayar, orang dah bayarkan.

  • @GULITGULIT-k9d
    @GULITGULIT-k9d 23 วันที่ผ่านมา +5

    Saya pun ada pengalaman ketika sarapan d satu restoran d terengganu...staff restoran bagitahu ada customer tlg bayarkan sarapan kami 5org... Alhamdulillah..

  • @ejaiskandar7675
    @ejaiskandar7675 23 วันที่ผ่านมา +5

    cikgu2 bertiga org baik..maka Allah pertemukn kalian dgn org baik2..rezki kalian pon berlimpah..alhamdulilah..❤😅

  • @azani34
    @azani34 23 วันที่ผ่านมา +15

    Kami bangga ddk di kelantan trengganu walaupun di angap negeri yg mundur ,miskin , yang anak tirikan oleh ,kerajaan malaysia , tp kami tetap bangga dengan negeri kami?di negeri kami tak kira kaum ape , kami keluarga,

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา +3

      Betul tu sahabat ku orang Kelate dengan ganu adik abang kite gi koto baharu deme mari batu Burok betul dok sahabat 😊

    • @azani34
      @azani34 23 วันที่ผ่านมา

      @@mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct btl tuh🫰

  • @ilhamthereds160
    @ilhamthereds160 23 วันที่ผ่านมา +6

    Ini konten dunia nyata.. mereaction Malaysia dan datang melihat sendiri sikap orang Malaysia.

  • @Miqael_Ozairy
    @Miqael_Ozairy 23 วันที่ผ่านมา +7

    Biasa dpt juge. Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia khasnya di Terengganu biasa dapat free gift terutama jika ke pasar basah / tradisional.

  • @FromPerakWithLove
    @FromPerakWithLove 21 วันที่ผ่านมา +2

    Terima kasih buat guru bertiga menunjukin kebenaran dan kejujuran ketika bikin konten. Yang menyedih kan kenapa...kenapa...kenapa ada oknum2 yang menyebar kan konten2 hoax dan fitnah buat kami warga malaysia? Miris.

  • @DaMiRaNa
    @DaMiRaNa 23 วันที่ผ่านมา +15

    Bercakap lebih² nnti kata memuji diri..sbb tu ramai warga asing tidak mau pulang ke negara asal,saking enaknya tggl dsini..itu pun ramai yg hatinya yg udah jadi bangke,iri hati,menghujat dan memfitnah negara kmi itu ini.. Alhamdulillah fitnah itu juga yg menambah makmur kan negara ini

  • @ismethchannel2804
    @ismethchannel2804 15 วันที่ผ่านมา +1

    Orang baik mcm cikgu2 ni akan selalu mendapatkan ganjaran yang baik seperti menjumpai ibu2 yg baik seperti ni.

  • @jintanmanis5000
    @jintanmanis5000 22 วันที่ผ่านมา +6

    Satar TERENGGANU mmng makanan Melayu paling underrated
    Dlm kalangan warga Indonesia, termasuklah TkI pun taktau kewujudan satar sbb ianya makanan Pantai Timur Malaysia; negeri yg jarang dilawati Indonesian
    Dan kalau mahu ke Terennganu lagi, saya syorkan pergi ke Tasik Kenyir atau Pulau Perhentian pulak

  • @Ridz_Channel
    @Ridz_Channel 23 วันที่ผ่านมา +4

    Satu aja disini aku nak doakan semoga uncle dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan sempurna. Sebab dia baik banget sama trio Sastra

  • @mamapijah1885
    @mamapijah1885 23 วันที่ผ่านมา +4

    Don't cry cikgu2..coz this is Malaysian. Selalu je dpt makan free tanpa tahu siap yg membayar. Anak yg tinggal di asrama sekolah pun begitu. Hujung minggu kadang2 ada kwn2 berikan makanan diberi oleh ibu bapa mereka sewaktu menziarahi anak2. Kadang2 diajaknya beramai2 makan bersama2 anaknya.

  • @dzhoulmajidchannel4709
    @dzhoulmajidchannel4709 23 วันที่ผ่านมา +4

    "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" . Seharusnya difahami dan dihayati kerana sejak kecil kita sudah diajar dan dicontohkan dengan perkara baik begini...

  • @kharahmat
    @kharahmat 23 วันที่ผ่านมา +6

    Mudah-mudahan video ini ditonton oleh Mr Ri Dan sahabat2 yang menyokongnya

    • @eagle5910
      @eagle5910 23 วันที่ผ่านมา +1

      Mr Ri atau Koko Ri tak suka lihat kebaikan, dia nak cari keburukan sahaja. Itu lah sipat busuk Apek kulup Vavi Mr Ri 🤭🤭🤣

    • @faridahad5840
      @faridahad5840 23 วันที่ผ่านมา

      Itu beza mr ri... Dia bukan keturunan melayu... cikgu ini melayu kot

  • @suzilawatiaripin2110
    @suzilawatiaripin2110 17 วันที่ผ่านมา +1

    Baik hati budi,baik budi bicara...kamu 3 pasti bahagia,berjaya dunia akhirat💚

  • @aimisakee867
    @aimisakee867 23 วันที่ผ่านมา +7

    kebaikan adalah rantaian. org buat baik kt kita, kita buat baik kt org lain, orang lain berbuat baik kpd org lain dan seterusnya. sebaliknya kejahatan adalah pemutus jambatan. org buat jahat kt kita, kita buat jahat kt org lain atau kita sudah x percaya kpd sesiapa lg. jadi kita telah putuskan connection dgn org sekeliling kita. Maka, buat baiklah sesama manusia tidak kira latar belakangnya kerana kebaikan akan kembali kt kita suatu hari nanti

  • @xretinakletaknama9697
    @xretinakletaknama9697 23 วันที่ผ่านมา +4

    Datang Malaysia 31 ogos alami sendiri sambutan kemerdekaan di sini ☝️😉👍

  • @ENDof11
    @ENDof11 23 วันที่ผ่านมา +6

    Whoever comes to Kuala Terengganu, please please visit Pasar Chabang Tiga and support the makcik & the sellers!

  • @runrunner813
    @runrunner813 22 วันที่ผ่านมา +4

    Bersedekah itu ibarat..menabung untuk akhirat.. syuuuuukurin... berniaga bukan tujuan nak kaya dan segala macam...1 kita bagi 3 Allah balas. Gitu.. berniaga itu ibadah.

  • @Aj-vm2fp
    @Aj-vm2fp 18 วันที่ผ่านมา +1

    Alhamdulillah itu maknanya rezeki, rezeki tak pernah salah alamat, rezeki jangan ditolak 😊

  • @nursyahirahabdullah1721
    @nursyahirahabdullah1721 23 วันที่ผ่านมา +12

    Kucing² di psr biasa di pelihara oleh pedagang di situ.mereka jaga kucing bagi mkn yg dn rawatan.kucing tu lah mereka percaya bawa rezeki dn x prnh miskin wlu bersedekah.apalagi jika pelawat dtg dri jauh.

    • @putra67al-habshie46
      @putra67al-habshie46 23 วันที่ผ่านมา +2

      Saya dan isteri peminat kucing.. Memang suka jika terlihat kucing❤di rumah sudah ada hampir 30 ekor kucing jalanan kerana hanya itu kemampuan kami untuk menjaga nya.. Maklum lah dag ada yang membiak kerana gembira tinggal dengan kami berdua agaknya😂

    • @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct
      @mohdasuardibinmamatmamat-qx8ct 23 วันที่ผ่านมา

      ​​@@putra67al-habshie46baguslah macam tu sahabat kerana haiwan dan tumbuhan mereka seperti manusia juga memerlukan air dan makanan tempatan tinggal terbaiklah sahabat 🤝👍

  • @thahiribrahim3574
    @thahiribrahim3574 23 วันที่ผ่านมา +7

    Bersedekah menambahkan kekayaan ,klu tidak di Dunia mesti nya di Akhirat. Sedekah itu memadam api neraka

  • @JasriMalale
    @JasriMalale 19 วันที่ผ่านมา +1

    Alhamdulillah rezeki kamu bertiga,, semoga makcik TU dimurahkan rezeki aamiin 🤲🤲🤲

  • @sharryman1759
    @sharryman1759 23 วันที่ผ่านมา +5

    moga yg berkongsi rezeki dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg baik dan selamat dunia akhirat..aminn..

  • @chenkim9953
    @chenkim9953 20 วันที่ผ่านมา +1

    Bila hati telah disemai rasa kasih sayang,maka akan timbul rasa persaudaraan walaupun kita bukan sesiapa pada mereka..
    Moga semuanya berada dalam rahmat Allah. Aamiin.🤲🤲

  • @aishahaishah-ne4je
    @aishahaishah-ne4je 23 วันที่ผ่านมา +12

    Assalamualaikum cikgu b 3. Adat biasa peniaga2 di Msia. Mmg kami akan berbagi rezeli

    • @mohdarshadahmad2065
      @mohdarshadahmad2065 23 วันที่ผ่านมา +4

      Mereka percaya Allah akan membalas 10 kali ganda kebaikan.

  • @preciouseye6349
    @preciouseye6349 23 วันที่ผ่านมา +4

    Murah rezeki korang dik... Semoga murah juga rezeki makcik tu, Amiinnn...