Pengukuran Elektrod Bumi (Fall-of-Potential)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 ธ.ค. 2024

ความคิดเห็น • 17

  • @Lucas-xx530
    @Lucas-xx530 ปีที่แล้ว

    banyak equipment professional, ilmu pun padu . 👍

  • @Anas8071
    @Anas8071 4 หลายเดือนก่อน +1

    Salam bos, minit 6.42.. sambungan gelung tersebut pd rod yg sama, bacaan dapat 0.066ohm.. cara reading tersebut diambil accurate tak utk single earthing ? Sy ada jgk earth clamp ut278a+..

    • @hazzizulghani90
      @hazzizulghani90  3 หลายเดือนก่อน

      Waalaikumsalam tuan, jika menggunakan Earth Clamp Tester untuk Single Earthing memang tidak akan dapat bacaan Nilai Rintangan Electrod Bumi tuan kerana ianya menggunakan satu kawasan tanah sahaja masukan Elektrod.. Sebetulnya menggunakan Digital/Analog Earth Tester jika kawasan tanah luas dan jika tiada kawasan tanah utk meletakkan Earth Spikes, boleh menggunakan kaedah Earth Loops Impedance tester pada Pengalir Utama Pembumian di kotak Agihan..

  • @MrRs505
    @MrRs505 2 ปีที่แล้ว +1

    Okay..dh fhm skrang..

  • @mrarep10
    @mrarep10 ปีที่แล้ว

    Boleh kongsi design grounding untuk tower komunikasi

  • @mohdridhwan5119
    @mohdridhwan5119 ปีที่แล้ว +1

    earth clamp tester ut275 tu memang tak boleh ukur rintangan rod bumi eh...

    • @hazzizulghani90
      @hazzizulghani90  ปีที่แล้ว

      Assalamualaikum saudara,.. ya betul, setiap Earth Clamp Tester akan berfungsi apabila sambungan Sistem Elektrod Bumi dalam keadaan bersambung selari di dalam tanah (Multi-Grounded System) Kaedah Ohms Law V=IR diguna pakai dan bacaan tersebut adalah untuk pengukuran Rintangan Gelung (Loop Resistance) diantara elektrod bumi sahaja, ini kerana anda tidak perlu membuka sambungan pengalir pada setiap elektrod bumi. Kaedah ini selalunya diguna pakai di lokasi Utiliti, komersial atau lokasi perindustrian dan kaedah ini bukan untuk Pengujian Pemasangan Baru dan bukan untuk Sistem Ujian dan Pentauliahan, kaedah ini hanya untuk memastikan sambungan pada setiap elektrod bumi dan terminal busbar dalam kedaan bersambung (continuity) dan bacaannya haruslah ZERO ohm yang terbaik.
      Jika anda mahu mengukur Nilai Rintangan Elektrod Bumi sahaja atau Pengujian Pemasangan Baru dan membuat Ujian dan Pentauliahan pada satu elektrod bumi (Single Grounded), anda perlu mengasingkan/ memutuskan sambungan pengalir Earth dari DB yang bersambung pada Main Elektrod Bumi dan haruslah menggukan "Earth Tester" kaedah (Fall-of-Potential) iaitu menggunakan Stake E (Electrode), Stake P (Potential) dan Stake C (Current) bagi mendapatkan Nilai Rintangan Elektrod Bumi sebenar. Selain itu, kaedah pengujian "Earth Fault Loop Impedance" juga akan memberi anda Nilai Rintangan Elektrod Bumi (Ze) >+5%, tetapi anda perlu berhati-hati kerana kaedah ini perlu menggunakan bekalan AC pada tester untuk mendapatkan nilai bacaan tersebut.

  • @mrarep10
    @mrarep10 ปีที่แล้ว

    Ada diagram utk grounding tower komunikasi

  • @MrRs505
    @MrRs505 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih Bos..bacaan earth clamp dengan earth meter tu sama tk reading dia atau lebih kurang kalau dibuat uji kaji?

    • @hazzizulghani90
      @hazzizulghani90  2 ปีที่แล้ว

      Sama2 tuan.. ok, untuk bacaan yang diambil menggunakan Earth Clamp Tester memang nilai rintangan iaitu nilai (Ohm), tetapi nilai pada Earth Clamp tersebut adalah nilai sukatan Rintangan Gelung (Earth Ground Loop Resistance) pada setiap sambungan Elektrod Bumi sama ada dalam sambungan Parallel/ Multi-grounded System. Dan boleh juga dimaksudkan sama ada sambungan pada Elektrod itu terputus ataupun tidak (Continuity Test), kerana kaedah pengujian ini boleh diselesaikan tanpa memutuskan sambungan pada setiap elektrod bumi.
      Dalam situasi video saya ini adalah sambungan Parallel Elektrod, maka bacaan yang diambil menggunakan Earth Clamp Tester ini hanyalah bacaan Rintangan Gelung pada setiap elektrod sahaja (Earth Ground Loop Resistance) dan bukannya Rintangan Elektrod Bumi sebenar. Kerana sambungan hanyalah Parallel Elektrod.
      Situasi sebenar menggunakan Earth Clamp Tester bagi mendapatkan nilai bacaan sebenar Rintangan Elektrod Bumi adalah apabila sambungan dalam keadaan (Multi-Grounded System) maksudnya sambungan elektrod tersebut dalam Parallel dan bersambung terus kesemuanya. Boleh rujuk maksud Multiple Ground system dalam video saya sebelum ini. Dengan menggunakan formula Hukum Kirchhoff (Kirchoff Law). Hanya Commercial Facilities atau Kawasan Industrial sahaja boleh menggunakan kaedah pengujian menggunakan Earth Clamp Tester ini untuk mendapatkan bacaan sebenar nilai Rintangan Elektrod Bumi.
      Kawasan Perumahan (Residential) jika hanya satu laluan ke tanah, memang tidak sesuai menggunakan kaedah Earth Clamp Tester ini dan haruslah menggunakan Kaedah Fall-of-Potential sahaja.
      Berbeza pula dengan Fluke Tester 1625 yang saya gunakan dalam video ini, tester ini mempunyai keistimewaan nya tersendiri iaitu boleh mengambil bacaan Rintangan Elektrod Bumi sebenar tanpa menggunakan Spike Current & Voltage yang perlu dicucuk ke tanah, hanya dengan menggunakan Clamp yang telah disediakan sahaja. (Selective Method)
      Semoga jawapan saya membantu tuan. 😊

    • @MrRs505
      @MrRs505 2 ปีที่แล้ว +1

      @@hazzizulghani90 semoga tuan dimurahkan rezeki Dan dipermudahkan segala urusan tuan

    • @hazzizulghani90
      @hazzizulghani90  2 ปีที่แล้ว

      @@MrRs505 aminnn terima kasih tuan support video saya… nanti saya share banyak lagi knowledge yang saya ada k.. Terima kasih sekali lagi tuan 🙏☺️

    • @MrRs505
      @MrRs505 2 ปีที่แล้ว +1

      @@hazzizulghani90 okay..sma2 tuan

  • @agimbranagahmaddghabibah5733
    @agimbranagahmaddghabibah5733 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum abg mf la abg hmbil vadio tk sedap la didengar smbil abg bercakap 2 kurg sedap didengar

    • @hazzizulghani90
      @hazzizulghani90  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam adik, ok terima kasih kerana menonton video abg ok dan abg akan perbaiki lagi video abg yang seterusnya nanti ok… TQ adik..☺️🙏