Misi Kemanusiaan Syria Care 18.0 | 24 Januari 2025

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 ก.พ. 2025
  • Aktiviti hari ini dimulakan dengan tinjauan ke kawasan al-Qaboun di Damsyik, Syria. Kejiranan ini telah musnah sepenuhnya, menyaksikan 100% kemusnahan akibat kekejaman rejim Bashar al-Assad. Al-Qaboun kini menjadi simbol tragis penderitaan rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal dan kehidupan mereka.
    Setibanya di Timur Ghoutah, tim misi menyantuni sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar universiti. Dengan semangat yang luar biasa, mereka membersihkan jalan-jalan raya yang sebelum ini rosak akibat konflik dan menanam pokok sebagai simbol kehidupan baharu. Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, menyampaikan sedikit saguhati hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada wakil pelajar universiti, Abdullah al-Dahla sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.Tim misi juga berkesempatan menziarahi dua kawasan Zamalka dan Ain Tarma.
    Perjalanan diteruskan ke Darayya, sebuah kota yang musnah sepenuhnya, sama seperti Al-Qaboun. Kedudukannya yang berhampiran dengan lapangan terbang tentera Bashar menjadikan Darayya sasaran serangan bertubi-tubi. Suatu ketika dahulu, di kota ini, Syria Care pernah membangunkan sebuah farmasi sebagai simbol usaha rakyat Malaysia membantu penduduk setempat untuk terus bertahan. Namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan.
    Di sebelah petang, tim misi tiba di Yalda untuk menyampaikan bantuan pek makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care kepada tiga buah keluarga yang memerlukan. Setiap pek makanan ini membawa harapan bagi meringankan beban mereka yang bertahan di tengah kesulitan.
    𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐂𝐚𝐫𝐞: Maybank - 5505 1424 0118
    𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧: 🌐 www.syriacare.org.my/AmalAid
    𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 '𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟑 - 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚, 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐞, 𝐋𝐞𝐛𝐚𝐧𝐨𝐧 & 𝐓ü𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞': 𝐌𝐚𝐲𝐛𝐚𝐧𝐤 - 𝟓𝟓𝟎𝟓 𝟏𝟒𝟐𝟒 𝟎𝟎𝟑𝟔
    𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧: www.syriacare.org.my/Ramadan
    𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
    𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
    #syriacare #misikemanusiaansyriacare #bangunkansyriademiaqsa #bumisyam #syria

ความคิดเห็น • 1

  • @fatimahabas5744
    @fatimahabas5744 2 วันที่ผ่านมา

    Semoga lebih ramai dpt peluang utk mnyumbang bntuan . tkasih,Syriaa Care