#Pertahanan

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 ก.ย. 2024
  • KUALA LUMPUR, 20 SEPT - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon agar kerajaan mempertimbang untuk meneruskan skim Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober ini.
    Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, sekiranya PKKP tidak disambung, ia akan menjejaskan kebajikan dan pendapatan bulanan veteran tentera secara mengejut.
    Jelasnya, ia sekali gus, akan memberi lebih tekanan kepada kehidupan veteran yang bersara sebelum 2013 yang selama ini hanya mendapat pencen 50 peratus daripada gaji akhir berbanding 60 peratus pesara awam lain.
    “Walaupun pada 28 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus setiap tahun bermula 2013 sebagai tidak sah namun kerajaan terus memberi faedah sedemikian dalam bentuk skim PKKP bermula Julai hingga Disember ini,
    “Jika skim PKKP ini tidak diteruskan pada Januari 2024 ia akan memberi kesan yang besar kepada veteran tentera dan seluruh pesara kerajaan,
    “Oleh itu, PVATM memohon kerajaan memberi pertimbangan supaya meneruskan skim PKKP,” katanya pada sidang media di Wisma Pahlawan, pada Selasa.
    Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah selepas menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membatalkan keputusan itu.
    Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang dimiliki penjawat awam tersebut.
    Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenal berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.
    Dalam pada itu, PVATM sekali lagi menggesa kerajaan melakukan penyelarasan terhadap pencen yang diterima veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum 2013 kerana skim baharu yang diperkenalkan pada tahun tersebut telah menyebabkan jurang besar pembayaran pencen antara penerima skim lama dan baharu.
    “Perkara ini sudah diperjuangkan oleh PVATM sejak 10 tahun lalu dan tidak semua pesara tentera menuntut pelarasan pencen hanya seramai 78,546 orang (atau 59.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan 134,682 pesara ATM,
    “Jika kita berasaskan kepada jumlah pencen bulanan yang diterima (tanpa sumber pendapatan lain), seramai 73,339 orang atau 93.4 peratus warga veteran sedang berada dalam kategori B40,”ujarnya lagi.
    Tegasnya, kebanyakan veteran yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 adalah dalam golongan mereka yang berusia 60 tahun dan ramai pula yang kini sudah uzur dan tidak berupaya untuk bekerja.
    Justeru, beliau menjelaskan, kerajaan seharusnya dapat menangani isu berkenaan dengan segera kerana isu pelarasan pencen itu sudah terlalu lama disuarakan dan dibincangkan namun sehingga kini nasib masih tidak menyebelahi golongan ini. -airtimes.my
    #airtimes #pvatm #tentera #atm #kementerianpertahanan #kementeriankewangan #perdanamenteri #veteran #malaysia #atm #tldm #tudm #tdm #pencen #pelarasanpencen

ความคิดเห็น • 15

  • @azalilie5160
    @azalilie5160 11 หลายเดือนก่อน +5

    Selaraskan pencen ATM semua sekali bagi semua ATM berpencen naik tak kira tahun bila pencen

  • @rogayahadam4284
    @rogayahadam4284 3 หลายเดือนก่อน

    Walaupun pencen tetapkan keje duit dapat
    😊Tq

  • @AbdulRahimAbdulKarim-x2g
    @AbdulRahimAbdulKarim-x2g 5 หลายเดือนก่อน

    TERBAIK ...DATUK SHARUDIN....PVATM ...
    TERUS....TUNTUT....
    HAK...VETREN ATM ..
    ( PLARASAN PENCEN)
    MNGIKUT...
    UNDANG2.... PERLMBGAAN...
    DAN...D BERI...
    PENGADILAN ...BGITU ADIL...OLH
    MAHKAMAH TINGGI ..
    D HARAP....PIHAK KERAJAAN....
    MENHAN ...MAT....
    TIDAK MNGHINA..KEPUTUSAN
    MAHKMAH TINGGI..
    TEMPOH HARI...
    VETREN ATM...
    TERUS....BNGKIT....
    HINGGA.....AKHIR HAYAT ...

  • @ngalisiganul3897
    @ngalisiganul3897 11 หลายเดือนก่อน +2

    Tidak Ada pengumuman tantang gaji pesara kerajaan Dan penjawat awam semasa pmx bentankan badjet,pada13.10.3023.

  • @AbdulRahim-yo2nr
    @AbdulRahim-yo2nr 11 หลายเดือนก่อน +1

    TERBAIK....
    PRESIDEN PVATM...
    DATUK SHARUDIN....
    BERJIHAD.... TUNTUT....
    KEBAJIKAN VETREN ATM...
    D UTAMAKN....
    SETELAH... MMPERTAROHKN
    NYAWA... MASA 24 JAM 21 TAHUN.....
    (TNPA ELAUN..... BUKN BERTUGAS 8 JAM..... TTPI 24
    JAM....SBB HBIS TUGAS...
    BALIK KE BILIK... DAN STAND
    BY.... UNTK D GERAK OPERASI
    D HUTAN.... LAUTAN... ATAU
    UDARA..... DEMI MMPERTHANKN NEGARA DAN... KESEJAHTERAAN HIDUP.... RAKYT....
    HEART OF VETREN..
    PRESIDEN PVATM DATUK SHARUDIN.........
    TQ

  • @user-xv5sk7tk4z
    @user-xv5sk7tk4z 8 หลายเดือนก่อน +1

    dia faham ke apa tu penghargaan khas kepada pesara/pkkp tu ?? korang tgk slip gaji, ada ke elaun pkkp sebanyak rm 3 ratus lebih tu dibayar dan diterima pesara setiap bulan?? bapak dan mak saya pesara awam..memang dorang menerima elaun pkkp ti setiap bulan..apa cerita ??? dia ni bengong apa ?? pesara tentera hanya menerima kenaikan 2% setiap tahun, pesara awam menerima kenaikan yg sama dan turut menerima pkkp tu...pesara tentera cuma menerima 50% dari gaji pokok dalam perkhidmatan terakhir(21 tahun) dan pkkp tu tidak pernah wujud sebagaimana pesara penjawat awam.

    • @maeljohan4443
      @maeljohan4443 7 หลายเดือนก่อน

      2% pun dh xde brader

  • @mohdyunossalamygmyvilagibe7546
    @mohdyunossalamygmyvilagibe7546 8 หลายเดือนก่อน

    Salam cakap ya berdegar2 tapi bila dah dpt BSH RM300 leas TU cakap terlebih bayar pula apa cerita ni last2 tak di bayar bln 12 1 n 2 AA ni kami Veteran Tak verpencin dpt duit utk beli ubat Dan keperluan lain ni minta Jvev beri penjelasan utk Kani ni kenapa terjadi macam itu ???? Ok terimakasih

  • @Kahar-zl2gq
    @Kahar-zl2gq 11 หลายเดือนก่อน

    ""'TERBAIK""'

  • @DaniTrejo45
    @DaniTrejo45 ปีที่แล้ว

    Ayam pencen berkokok kokkkkk

  • @AbdulRahim-yo2nr
    @AbdulRahim-yo2nr 11 หลายเดือนก่อน

    TERBAIK.... DATUK KP JHEV..
    KERAJAAN... JGN TKOT RUGI.... MMBYAR PLARASAN PENCEN VETREN ATM.....
    VETREN ATM.... TELAH PERTAROH NYAWA 21++ TAHUN.....
    NASIB BAIK.... NYAWA TAK MLAYANG......
    VETREN ATM... TELAH BERTUGAS.... 24 JAM... TNPA ELAUN.... SELAMA 21++ TAHUN.....
    HBIS KERJA.... STAND BY... D BARAK.... KEM.... TIDAK KH INI
    24 JAM SERVIS???
    TAK RASA..... MMG TAK TAU...
    MLAINKN... PNGLMAN...
    DATUK KP JHEV.... BELIAU
    LEBIH.... MMAHAMI...
    HEART OF VETREN ATM.... TQ

  • @abdrahmanahmad7107
    @abdrahmanahmad7107 11 หลายเดือนก่อน

    MAHKAMAH ITU ADALAH BUATAN MANUSIA, UNDANG-UNDANG DIDALAMNYA MENGIKUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTIAN. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JUGA CIPTAAN DAN REKAAMN MSNUDIA JUGA.
    KALAU ADA TERCATIT DIDALAM ALQURAN YANG PERATURAN DI DALAM DUNIA TIDAK BOLIH UBAT
    H, MAKA MAHKAMAH ITU BETUL.
    KALAU TIDAK ADA, BERMAKNA MAHKAMAH ITU BOHONG. BERMAIN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI.