Apam jagung tanpa telur resepi. Sedap dari apam yang lain.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 ก.ค. 2024
  • Apam jagung tanpa telur. Resepi apam jagung yang mudah dan sedap.
    Hi semua, kali ini MALAY kitchen nak kongsi resepi menarik iaitu apam jagung. Resepi ini tanpa menggunakan telur tetapi tetap menghasilkan apam yang lembut, ringan dan gebu. Selain cantik berongga , rasanya juga sedap lengkap dengan lemak, manis bersama jagung. Boleh share resepi apam jagung yang ringkas dan mudah ni dengan kawan-kawan ya.
    Bahan bahan Apam Jagung
    0:00​​​​ Resepi apam jagung
    0:20 Cara buat apam jagung
    3:00​​​ Hasilnya Apam Jagung yang sangat Sedap.
    1 cawan jagung tin
    1 cawan air suam
    1 cawan santan pekat
    3/4 cawan gula
    2 sudu kecil yis
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil pewarna makanan kuning
    1 cawan tepung gandum
    2 cawan tepung beras
    Sedikit garam
    Cara-cara :
    1. Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
    2. Tuang ke dalam bekas, dan biarkan ia kembang lebih kurang 2 jam.
    3. Tuang adunan ke dalam loyang atau lompang. (Sapu dahulu dengan minyak masak supaya senang apam dikeluarkan nanti selepas masak).
    4. Kukus selama 15minit.
    5. Hasilnya apam jagung yang cantik kekuningan, ringan dan gebu. Boleh juga dihidangkan bersama kelapa parut bergaram.
    Resepi ini boleh menghasilkan 25 biji apam jika menggunakan acuan kuih lompang.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE TH-cam kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen:
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen:
    t.me/malaykitchen​
    Tiktok MALAY kitchen :
    / malaykitchen
    Muzik oleh : Ikson
    / ikson
    #resepi #resepimudah #kuihmelayu
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 99

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว +16

    resepi apam jagung mudah tanpa telur. Sedap dari apam yang lain. 😊

    • @amirapakirmohamed7679
      @amirapakirmohamed7679 2 ปีที่แล้ว +2

      1234

    • @amirapakirmohamed7679
      @amirapakirmohamed7679 2 ปีที่แล้ว

      Resepi

    • @mfbz7310
      @mfbz7310 4 หลายเดือนก่อน

      Kalau jagung dalam tin tu tak nak blend boleh ke? Nak bagi bila makan terasa biji² jagung tu..

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 ปีที่แล้ว +2

    T.kasih berkongsi resepi apam jagung.cantik Dan gebu bila ditekan.

  • @FarahErnaKitchen
    @FarahErnaKitchen 2 ปีที่แล้ว +2

    Apam jagung wow amazing amat jarang jumpa dan di jual pasti rasanya enak sedap apamnya gebu cantik mantap♥️

  • @junainahamin9321
    @junainahamin9321 3 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah,Sya dh buat.memang menjadi,t kasih manja kongsi resepi

  • @haslinahasri3599
    @haslinahasri3599 2 ปีที่แล้ว +6

    Rajin Manja sudi berkongsi resepi kuih yg memang sedap -sedap belaka. Bleh lh nnt di buat utk bulan Ramadan. Semoga channel Malay Kitchen terus maju dan berjaya. Terbaik Manja 👍♥️🤗.

  • @lirnawafi90-ft7et
    @lirnawafi90-ft7et ปีที่แล้ว +1

    Baru buat utk berbuka puasa td..memang menjadi dan sedap 😋 terima kasih resepinya

  • @fadhilemillulfata7543
    @fadhilemillulfata7543 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih resep nya menambah ilmu untuk teman minum teh

  • @kaksuIshak
    @kaksuIshak ปีที่แล้ว +1

    nmpk menarik nnti saya cuba buat mintak halalkan resepinya klu jd nak buat jualan

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 2 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah..
    Tkasih.. share resipi 🌷

  • @ainikumar691
    @ainikumar691 2 ปีที่แล้ว

    Tq tq respi Tanpa telur

  • @nurhidayuariffin9094
    @nurhidayuariffin9094 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih share resepi . Anak Sy suke makan kuih . Sy pulak xpandai buat kuih .. nanti boleh Sy Cuba .anak Pon suke jagung . 😁

  • @fatimahabdullah8726
    @fatimahabdullah8726 2 ปีที่แล้ว

    Terima kaseh kongsi risepi nya

  • @Sumathisumathi-mk1wo
    @Sumathisumathi-mk1wo 2 ปีที่แล้ว

    Sedap saya Sudah Cuba Terima kasih share resipi

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว

      Terima kasih sudi mencuba 👏🙂

  • @zuzalinamustafa9511
    @zuzalinamustafa9511 2 ปีที่แล้ว

    Sedap,saya dah cuba...terima kasih kongsi resipi

  • @sabturayahomar4181
    @sabturayahomar4181 ปีที่แล้ว

    Terima kasih atas perkongsian resepi nya..👍🥰

  • @arifahmargono
    @arifahmargono ปีที่แล้ว +1

    Memang suka sangat sukatan yg tak guna telur

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว

      Betul.. sbb telur biasanya akan berbau juga sedikit.. kalau dpt resepi tanpa telur mmg best

  • @saharasara8289
    @saharasara8289 2 ปีที่แล้ว +1

    Sonang resepinya..blh try nti..tq

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว +1

      senang dan sedap. mesti cuba ya 😊

  • @anaros9294
    @anaros9294 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih manja atas perkongsian ilmu ,Smoga Allah beri rezeki yang melimpah dn berkat aamiin ya rabbal a'lamiin

  • @tokonokenjoy8558
    @tokonokenjoy8558 2 ปีที่แล้ว +1

    Nampak sedapp.....

  • @muhdfirdaus9505
    @muhdfirdaus9505 ปีที่แล้ว +1

    Tk sis,untie tengah kukus sekarang tapi takdala sampai 2 jammls tunggu lama.Kalau hasil tak ngembang nanti kenala tunggu 2 jam dilain kali.Hari ni untie puasa

  • @junainahamin9321
    @junainahamin9321 3 หลายเดือนก่อน

    T kasih berkongsi resepi. Klu guna jagung fresh bolh x

  • @alosr9621
    @alosr9621 2 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum manja...Masya Allah.. cantik dan sempurna kejadian nya...In shaa Allah nak cuba jugak lah..Bahan semua ada kat rumah .Tq manja

  • @amuthavalli9175
    @amuthavalli9175 2 ปีที่แล้ว +1

    Yummy food dear friend

  • @rathikaparthiban5003
    @rathikaparthiban5003 2 ปีที่แล้ว +1

    Nak Cuba puan. Sedap nya tengok puan buat appam jagung.🇲🇾🇲🇾🇲🇾😍😍😍😀😀😀

  • @sharimatunhayati8452
    @sharimatunhayati8452 2 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah ..sdp ny
    Makasih ..manja

  • @goldenwords2708
    @goldenwords2708 2 ปีที่แล้ว

    Awesome, So much Tasty & Soft 👌👌 Thanx sharing Frñd .. Good Lûck & success 😇 Connect

  • @kalerdapochannel7752
    @kalerdapochannel7752 2 ปีที่แล้ว

    wow‼terbaik

  • @niknoraini4518
    @niknoraini4518 2 ปีที่แล้ว

    Tk perkongsian, moga btambah rezeki d ilmunya👍

  • @cookwithevevoon2518
    @cookwithevevoon2518 2 ปีที่แล้ว +3

    Your maize steam cake looks delicious. Good for breakfast, morning or afternoon tea. Thanks

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว

      Thank you..must try 🙂

  • @dapur_selasih
    @dapur_selasih 2 ปีที่แล้ว +1

    Sedapp..terbaik..😘👍👍

  • @Abdsiat
    @Abdsiat 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih atas perkongsian resepnya.

  • @fauziahhelenabdullah5613
    @fauziahhelenabdullah5613 11 หลายเดือนก่อน

    Sedap nye

  • @Aduhh33165
    @Aduhh33165 2 ปีที่แล้ว

    Salam admin Manja....Sy subcriber baru dri Singapore.. lihat resepi2 dri admin ni..mnarik hati Sy...

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว +1

      Wsalam.wbt..welcome to the family. Tq utk sokongan. 🙂

  • @suseelasuppiah4289
    @suseelasuppiah4289 2 ปีที่แล้ว +2

    Recipe please write at the bottom easy for us

  • @zaharahzaharah2498
    @zaharahzaharah2498 2 ปีที่แล้ว +2

    Tkasih Cik Manja sayang....

  • @sitinor2932
    @sitinor2932 2 ปีที่แล้ว +2

    Bolehkah resepinya dishare dlm bentuk tulisan juga... Jadi yg kurang pendengaran pun boleh faham dan cuba. Terima kasih

    • @tinatinas8253
      @tinatinas8253 2 ปีที่แล้ว

      Resepi tertulis ada dalam description box

  • @hanifmuhammad5784
    @hanifmuhammad5784 2 ปีที่แล้ว

    Saya share ya

  • @ramlahjaleh5794
    @ramlahjaleh5794 2 ปีที่แล้ว

    Share tq

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว

      Boleh silakan most welcome.

  • @amuthavalli9175
    @amuthavalli9175 2 ปีที่แล้ว

    😋😋😋😋😋👌👍

  • @Crazyliciousxoxo
    @Crazyliciousxoxo 2 ปีที่แล้ว +2

    Salam sis..saya suka tengok yr channel tapi yr recipes pakai cup measurement..harap u bole provide sukatan gram sekali written in yr recipes jadi senang utk saya try buat..tks

  • @raihashim7184
    @raihashim7184 14 วันที่ผ่านมา

    Nk order aja klu ada .

  • @amuthavalli9175
    @amuthavalli9175 2 ปีที่แล้ว

    😋😋😋😋😋😋👌👌👌💖💖👏👍👍

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 8 หลายเดือนก่อน

    Klu guna jagung rebus blh tak...jagung tu dah rebus n blend sekali dgn bahan lain tu...sebab ada rebus jagung teringin nak bt apam jagung ni...

  • @endangsuria
    @endangsuria 7 หลายเดือนก่อน

    Salam puan .klau pkai jagung fresh boleh ke x ?

  • @antyekasafitri3407
    @antyekasafitri3407 ปีที่แล้ว

    assalamualaikum,sy bru dpt chenal mba dan sy sngt tertarik,o ia bisa nga takrng yg pake tahun atu gelas di ganti dg grm,krn tdk semua daerah maupun negara sam Bahn yg di pake,trima ksi

  • @mohdhaniffa8707
    @mohdhaniffa8707 ปีที่แล้ว

    Air tin dlm jagung tu guna sekali ke kak ?

  • @rabiatuladawiyahmuslimin5191
    @rabiatuladawiyahmuslimin5191 ปีที่แล้ว

    Klau kita pkai jagung manis tu brpa bnyak sukatan yg kita kena pkai

  • @rosemindasahirun8817
    @rosemindasahirun8817 ปีที่แล้ว

    Dapat brp lompang cik manja..?

  • @sharifahfaizahmashur4388
    @sharifahfaizahmashur4388 ปีที่แล้ว

    Klu guna instant yis ble tak?

  • @yatiyusoff7052
    @yatiyusoff7052 2 ปีที่แล้ว

    Assalam manja
    Nak tya acuan kena sapu minyak ke?

    • @alosr9621
      @alosr9621 2 ปีที่แล้ว

      Maaf,saya jawabkan eh..
      Acuan kena sapu sikit minyak..Minit ke 1.54 kalau tak silap..

  • @salinataha1622
    @salinataha1622 2 ปีที่แล้ว

    Share

  • @hidayahsarbaini8532
    @hidayahsarbaini8532 4 หลายเดือนก่อน

    Perap 2 jam ke?

  • @cracbeton2926
    @cracbeton2926 ปีที่แล้ว

    Rețeta în limba română,se poate?te rog!

  • @ikatankasih6499
    @ikatankasih6499 ปีที่แล้ว

    Salam MANJA🙋❤️...lepas perap 2 jam..kena kacau adunan ke sebelum tuang dlm acuan?

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  ปีที่แล้ว +1

      Wsalam..Manja xkacau pun adunan. Terus tuang ke dalam acuan .

    • @ikatankasih6499
      @ikatankasih6499 ปีที่แล้ว

      @@malaykitchen ...ohh..okay.. T kasih Manja

  • @nusantiwisantiindah452
    @nusantiwisantiindah452 2 ปีที่แล้ว

    1 Cawang itu sama dengan berapa saya nggak begitu paham bahasa Malaysia.maaf.ya

  • @cyntiacariwangonline9896
    @cyntiacariwangonline9896 2 ปีที่แล้ว

    Perap dua jam

  • @raufaanzaar9446
    @raufaanzaar9446 2 ปีที่แล้ว

    Please send malay to English meaning please all recipes

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 ปีที่แล้ว

      alrigth will work on it tqvm

  • @nuralianaanuar1611
    @nuralianaanuar1611 ปีที่แล้ว

    kenapa bila saya kukus dia tak naik ya ? tpi dh tunggu 2 jam sebelum kukus . ada silap di mana2 ke

    • @kameliakamal6482
      @kameliakamal6482 11 หลายเดือนก่อน

      Sama sis. Apam tu mendap pastu saya rasa tak sedap langsung hehe

  • @alosr9621
    @alosr9621 2 ปีที่แล้ว

    Saya perap dan tutup..Betul ke cara saya?

  • @alosr9621
    @alosr9621 2 ปีที่แล้ว

    Saya da perap ,dia berbuih dan naik dan mcm bau yaest..betul ke?Ni nak kukus pulak

    • @huaweinew4690
      @huaweinew4690 2 ปีที่แล้ว +1

      Tq manja...

    • @huaweinew4690
      @huaweinew4690 2 ปีที่แล้ว

      Saya dh buat tadi alhamdulillah memjadi sgt... Terbaik la manja... Siap sya buat jualan lagi... Bnyk sambutan...

  • @phreekxx1901
    @phreekxx1901 ปีที่แล้ว

    manja kalau pakai loyang 7inci berapa lama kita kukus?

  • @amuthavalli9175
    @amuthavalli9175 2 ปีที่แล้ว

    Yummy food dear friend