#47 Betulkah Rumah Daripada Cement Board Ini Sangat Panas Berbanding Rumah Batu?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • #suhurumahcementboard #rumahpanas #batuvscementboard
    Betulkah Rumah Daripada Cement Board Ini Sangat Panas Berbanding Rumah Batu? Persoalan ni mesti banyak ditanyakan oleh ramai orang terutama bagi mereka yang baru bercadang nak buat rumah daripada cement board.
    Jadi dalam video ni pakcik kongsikan sedikit ujian suhu yang pakcik buat pada dinding cement board dan juga sedikit perbandingan dengan suhu dinding rumah batu.
    Kemungkinan hasil ujian tidaklah begitu tepat memandangkan ujian dilakukan secara spontan dan tidak dirancang mengikut kaedah sains yang lebih jitu bagi menghalang segala bentuk ralat yg bakal berlaku namun secara umumnya pakcik yakin ia dapat jugalah memberikan gambaran kasar mengenainya.
    Terima kasih kerana support pakcik dengan like subscribe dan share video2 pakcik untuk memotivasikan diri pakcik untuk terus menghasilkan video2 begini. Semoga Allah permudahkan urusan dunia korang semua.

ความคิดเห็น • 49

  • @lylelaney8270
    @lylelaney8270 ปีที่แล้ว +9

    Kalau letak aluminium radiant heat insulation kat atap dan di antara dindang lapisan luar dan dalam, ia akan menurunkan lagi suhu. Rumah saya selepas pasang insulation tu dan sebelum memang berbeza. Sebelum tu, walaupun guna kipas tetap berbahang sangat tapi sekarang dah tak macam tu. Sekarang bahang yang boleh rasa tu cuma dari udara je bukan dari bumbung atau siling. Kalau guna kipas pun dah ok. Tak perlu nak AC. Kalau untuk dinding tu payahlah sebab dah siap tapi kalau atap di atas siling tu walaupun susah masih boleh lagi kalau perlu sangatlah. Rumah saya atap deck tu pun dicat warna putih guna cat heat resistant kononnya. Taktau betul ke tidak tapi aluminium heat insulation tu, banyak article kata jadi. Kat TH-cam pun ada video menerangkan pasal tu. Saya cuba je sebab tak tahan panas. Rumah dah macam oven rasa terutama lepas pukul 1 tengahhari.

    • @DDADtv
      @DDADtv  10 หลายเดือนก่อน

      Betul tu. Untuk bahagian siling dan bumbung, kalau ada budget lebih boleh upgrade kemudian.kalau untuk dinding tu dah jadi leceh kalau tak buat dari mula.

    • @ejullsan3168
      @ejullsan3168 7 หลายเดือนก่อน

      Klau dlm dinding letak fibre glass mesh...mesti boleh tebat bahang panas dr luar

    • @lylelaney8270
      @lylelaney8270 7 หลายเดือนก่อน

      @@ejullsan3168 Fiber glass mesh.... bukan untuk menebat haba.

  • @syzconstruction
    @syzconstruction 5 หลายเดือนก่อน +2

    Boleh guna cement board isikan rockwool insulation dalam dinding,confirm lagi sejuk dan padat dinding tu

    • @DDADtv
      @DDADtv  2 หลายเดือนก่อน

      tepat sekali. begitu juga untuk bahagian bumbung kalau letak roockwoll dan aluminium foil atau guna metaldeck yang ada insulation foam, pasti akan lebih tahan panas. cuma akan ada penambahan kos la disitu.

  • @farokfakurdindiy1978
    @farokfakurdindiy1978 4 หลายเดือนก่อน +1

    Aku pernah buat rumah kecik. Dinding bata merah tanah liat.lantai batu marmar.bumbung atap genting tanah liat. pasang penebat haba sun foil. Rumah kak tu sejup boleh lena.

    • @DDADtv
      @DDADtv  2 หลายเดือนก่อน +1

      bata merah, marmar, genting tanah liat... ni spec kayangan ni bang. hehhehehe

    • @farokfakurdindiy1978
      @farokfakurdindiy1978 2 หลายเดือนก่อน

      @@DDADtv betul bos... Kaya kak tu... Tapi rumah kecik saja 3 bilik.. Tapi barang dia AAA.kalau duduk dlm rumah dia rasa mcm peti sejuk.jd malas nak buat kerja..sedap sejuk dalam rumah dia..

  • @ku71111
    @ku71111 8 หลายเดือนก่อน +1

    Action yg bagus

  • @hafizsaleh7629
    @hafizsaleh7629 ปีที่แล้ว +2

    Rumah sy sejuk...sy pakai bata merah...rumah setingkat bumbung jenis tinggi pakai atap genting bwh ada lapisan aluminium heat guard....x guna aircond pun..kipas pun x guna sgt sebab kawasan rumah sy berangin jer..

    • @DDADtv
      @DDADtv  10 หลายเดือนก่อน

      Ni bagi kami kami ni, dah level level bangsawan ni bang.

    • @hafizsaleh7629
      @hafizsaleh7629 10 หลายเดือนก่อน

      Ape pun terbaik bang..@@DDADtv

    • @shafieq325
      @shafieq325 7 หลายเดือนก่อน

      Atap kekuda bentuk nasi lemak ke sikat Pisang?

  • @Aurora_Angelique
    @Aurora_Angelique 4 หลายเดือนก่อน +1

    Terbaik perkongsian brother. Tq so much.

    • @DDADtv
      @DDADtv  2 หลายเดือนก่อน

      thanks for the support sis~

  • @sholawatan.everyday
    @sholawatan.everyday ปีที่แล้ว +1

    Sangat bermanfaat. Thanks brother.

  • @zaimhazmin8851
    @zaimhazmin8851 ปีที่แล้ว +3

    uish best gila. tu set komik complete dragon ball ke tu hahaaaha :p

    • @zaimhazmin8851
      @zaimhazmin8851 ปีที่แล้ว +1

      style la bro. baju pun pendekar laut haaa

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว +2

      jauhari jua yg mengenal manikam. kuhekhuekuhekuhueh

  • @annazharashhann3014
    @annazharashhann3014 ปีที่แล้ว +1

    Tuan mana saya nak beli cement board untuk buat sebiji rumah dinding dan lantai guna cement board 100%, keluasan lantai 18x18 kaki, tinggi 9 kaki

  • @mohammadhafizuddinmohdkusn6444
    @mohammadhafizuddinmohdkusn6444 ปีที่แล้ว +4

    Salam bang. Sambungan antara cement board ni kalau retak kenapa ye ? Sambungan dah pakai fibre meshtape.

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว +2

      dinding luar atau dalam? skimcoat guna brand apa?

  • @cutebear3136
    @cutebear3136 ปีที่แล้ว +1

    terimakasih kongsi ilmu

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว

      sama-sama 😁

  • @Steven-pf8mb
    @Steven-pf8mb 8 หลายเดือนก่อน +2

    nak tanya ckit tuan, cement board ni mcm mana ketahanan dia terhadap haiwan perosak seperti tikus. saya takut dia bole buat lubang dan tinggal di ruang dlm dinding cement board.

    • @DDADtv
      @DDADtv  7 หลายเดือนก่อน

      Saya belum jumpa kes sebegini.cement board ni basically adalah lapisan fiberglass dan cement yang di compress layer by layer.ketahanan dia jauh lebih kuat berbanding kayu

  • @gedixphotobox1407
    @gedixphotobox1407 ปีที่แล้ว +1

    Nk gune apa eik Supaya X nmpk sambungan antara simen board ke simen board seterusnya?

  • @Reformist101
    @Reformist101 5 หลายเดือนก่อน +2

    jimat banyak ke guna simen board+shera berbanding bata?

    • @DDADtv
      @DDADtv  2 หลายเดือนก่อน

      Berkaitan tentang harga, kos, splier dan lain-lain, ada saya ulaskan secara panjang lebar dalam video yang satu lagi. Ini linknya
      th-cam.com/video/Aey5RP8DjIQ/w-d-xo.html

  • @abdjaliljay7446
    @abdjaliljay7446 ปีที่แล้ว +1

    👍👍👍

  • @addinallif2092
    @addinallif2092 ปีที่แล้ว +3

    Bang dlm dinding tu tak letak insulation kan mcm Aluminium Foil & Rockwool.. kalau letak byk membantu tak agaknya?

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว +3

      saya rasa pasti akan ada perbezaan tak banyak, sikit kalau letak. selain dari mungkin penurunan julat haba, juga akan boleh membuatkan bilik akan jadi lebih soundproof.

    • @addinallif2092
      @addinallif2092 ปีที่แล้ว

      @@DDADtv Ok bang tq info

  • @shamamz3753
    @shamamz3753 ปีที่แล้ว +3

    Kesimpulannya bang rmh dinding simen board lg sejuk compare dgn dinding bata?

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว +1

      dalam kes ni, dinding cement board yg tanpa insulation, memang dinding bata akan lebih sejuk antara julat 3-5° lebih sejuk. haba panas rumah dinding bata selalunya lebih kepada bahang dari siling/bumbung. cuma bezanya dinding cement board lebih cepat membebaskan haba dan sejuk bila tak kena direct sunlight.

    • @shah_efandi_
      @shah_efandi_ หลายเดือนก่อน

      siang panas tpi malam cepat sejuk

  • @wirootchanaksongkram5772
    @wirootchanaksongkram5772 4 หลายเดือนก่อน +1

    lokasi kt mana bang,,leh ker nak dtg tengok2 belajar sikit2 utk buat rumah cement board

    • @DDADtv
      @DDADtv  2 หลายเดือนก่อน

      saya kat felda chini

  • @ariffnur850
    @ariffnur850 5 หลายเดือนก่อน +1

    macam nampak komik dragon ball je belakang tu bang..huhu

    • @DDADtv
      @DDADtv  5 หลายเดือนก่อน

      anak saya punya collection tu 😂

  • @musamatsalain2529
    @musamatsalain2529 6 หลายเดือนก่อน +1

    Salam tuan biasa berapa harga sekeping simen bord ni?

    • @DDADtv
      @DDADtv  6 หลายเดือนก่อน +1

      tengok pada size ketebalan dia. ada yg 6mm, ada yang 9mm ada yg 12mm. dulu time saya beli, yang 6mm tu baru RM40 sekeping. yang 9mm time tu dalam rm70 kalau saya tak silap. skang ni saya check harga dah naik sikit.

  • @user-bk2pl6wk1m
    @user-bk2pl6wk1m ปีที่แล้ว +1

    simen board ni klu kne air tahan x.

    • @DDADtv
      @DDADtv  10 หลายเดือนก่อน

      Cement board ni adalah lapisan fibre dan cement yang di compress.dia memang tahan air dan cuaca.cuma perlu pasang pada struktur rangka yg mengikut spec.

  • @krim5049
    @krim5049 ปีที่แล้ว +1

    bang, mcm mana keadaan sofa tu sekarang?

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว

      err... sofa mana ya? video ni cerita pasal cuaca panas rumah cement board 🤔

  • @bwang_wang
    @bwang_wang ปีที่แล้ว +1

    nasib guna atap simen😆sejuk sikit👻kalau guna atap zink naya weh pnas🤣

    • @DDADtv
      @DDADtv  ปีที่แล้ว

      rumah cement board saya guna atap metal deck jer. tapi saya pasang eszos fan.