[ AFTERGLOW ] KETIKA DIRUNDUNG KESEDIHAN DAN KEGELAPAN - YA HAYYU YA QAYYUM BIRAHMATIKA ASTAGHEES

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ส.ค. 2024
  • [ Afterglow ]
    An afterglow in meteorology consists of several atmospheric optical phenomena, with a general definition as a broad arch of whitish or pinkish sunlight in the twilight sky, consisting of the bright segment and the purple light. Purple light mainly occurs when the Sun is 2-6° below the horizon, from civil to nautical twilight, while the bright segment lasts until the end of the nautical twilight.
    While an afterglow is actually caused by dust in the atmosphere, the radiant, glowing effect in the sky is much more beautiful than this makes it sound. You can also use the word afterglow in a figurative way, to describe the way you feel after something really wonderful happens to you: "I basked in the afterglow that followed my successful opening night on Broadway."
    -----------------------------------------
    يا حَـيُّ يا قَيّـومُ بِـرَحْمَـتِكِ أَسْتَـغـيث ، أَصْلِـحْ لي شَـأْنـي كُلَّـه ، وَلا تَكِلـني إِلى نَفْـسي طَـرْفَةَ عَـين
    ***Allah mempunyai nama-nama yang sempurna yang membawa maksud yang sangat luas. Antara 99 nama yang pernah kita hafal, mungkin boleh dikatakan nama Ar-Rahman dan Al-Rahim adalah nama yang lebih kerap kita sebut, contohnya sebelum membaca Surah Al-Fatihah dalam solat, membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu dan juga sebelum makan.
    Namun kali ini, mari kita meminta doa dengan menyebut nama ‘Al-Hayyu’ (Yang Maha Hidup) dan ‘Al-Qayyum’ (Yang Tidak Bergantung Kepada Makhluknya).
    Doa hebat in penuh dengan kelebihan terutama ketika ditimpa musibah, berduka cita dan memohon pertolongan dari Allah SWT. Antara dalil kelebihannya adalah:-
    -----------------------------------------
    1. Doa ketika Diselubungi Kesedihan
    Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca:
    (عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ (يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
    Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca: “Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits” Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).” - (Hadis Riwayat Tirmidzi no. 3524
    -----------------------------------------
    2. Doa Tidak Akan Ditolak
    Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,
    عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ
    (فَقَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
    Ya Allah, aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Kurnia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum (Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”
    Kemudian Nabi SAW bersabda, “Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut, maka akan diijabahi. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.” - (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301)
    -----------------------------------------
    3. Amalan Doa Setiap Pagi dan Petang
    Dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
    يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
    Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya).” - (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
    -----------------------------------------
    Jika anda mahukan kelainan ketika berdoa, boleh juga menyebutkan nama-nama Allah ini saat membaca doa atau boleh juga membaca doa penuh seperti yang disebutkan di atas. Ambillah peluang untuk ‘upgrade’ doa anda dengan menyebut nama ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum’ untuk meraih peluang serta kelebihan yang telah Allah sediakan.
    الله أعلم

ความคิดเห็น • 2