Perancangan harta: Faraid bukan satu-satunya, ada pelbagai cara lain

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 ต.ค. 2024
  • Ramai dalam masyarakat Melayu/Islam terlalu bergantung pada faraid dan belum membuat perancangan secukupnya bagi pembahagian harta apabila mereka meninggal dunia.
    Ini membimbangkan kerana sikap bergantung sepenuhnya pada faraid untuk pengagihan harta setelah kematian boleh mengundang komplikasi, selain menghalang orang tersayang yang bukan ahli waris daripada menerima sebarang harta.
    Ikuti perbincangan Koresponden Berita Harian, Cik Nur Fathin Awalludin dan Encik Anwar Saleh bersama Anggota Jawatankuasa Fatwa Muis, Ustaz Fathurrahman Dawoed; Timbalan Pengarah Dana Masyarakat, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Shamsul Hadi Jangarodin; serta peguam dan pengerusi PEGUAM SG, Encik Imran Rahim.
    Baca:
    www.beritahari...
    www.beritahari...
    www.beritahari...
    www.beritahari...
    www.beritahari...
    =====================
    00:01:45: Apakah itu perancangan warisan dan kenapa penting untuk masyarakat Melayu/Islam membuat perancangan warisan mereka?
    00:03:55: Adakah masyarakat Melayu semakin peka atau kurang peka tentang isu perancangan warisan?
    00:06:43: Contoh: Apakah yang berlaku jika seorang individu tidak membuat pencalonan CPF?
    00:08:50: Adakah usia yang dianggap terlalu muda untuk mula membuat perancangan harta?
    00:09:40: Adakah perancangan harta ini untuk orang kaya sahaja?
    00:14:25: Apakah cara-cara untuk membuat perancangan harta, selain daripada faraid?
    00:17:43: Apakah itu istilah Joint Tenancy dan Tenancy In Common dalam pemilikan rumah?
    00:18:55: Selain faraid dan wasiat, apa lagi?
    00:24:45: Bagaimana pula dengan segelintir masyarakat yang tidak setuju dengan kaedah perancangan harta selain faraid?
    00:28:00: Buat wasiat itu mahal? (Shamsul Hadi)
    00:29:41: Siapakah yang akan mempertimbangkan jika ada saudara-mara atau orang luar yang ingin membuat tuntutan terhadap pengagihan harta si mati?
    00:30:53: Buat wasiat itu mahal? (Imran Rahim)
    00:31:31: Siapakah yang akan mempertimbangkan jika ada saudara-mara atau orang luar yang ingin membuat tuntutan terhadap pengagihan harta si mati? (Sambungan)
    00:32:52: Apakah implikasi dari segi undang-undang dan kehidupan seharian seseorang itu kalau dia tidak melakukan perancangan harta dan hanya bergantung kepada faraid sahaja?
    00:35:30: Contoh kes keluarga yang tidak membuat perancangan harta
    00:38:43: Bagaimana boleh individu mula membuat perancangan harta?
    00:41:40: Berdosakah jika tidak membuat perancangan harta? Apakah hukum membuat perancangan harta dalam Islam?
    00:46:33: Harus belanja lebih jika tidak buat wasiat?
    00:47:10: Bolehkah tuntut harta dalam wasiat jika harta itu sudah diberikan sebelum mati?
    00:48:20: Kalau barang kemas, bagaimana untuk diagihkan?
    00:50:24: Bagaimana jika suami isteri sudah membuat persetujuan untuk mengagihkan harta selain faraid, contohnya, sekiranya ada akaun bank bersama?
    00:52:10: Bagaimana buat orang yang belum berkahwin?
    00:52:48: Adakah sebarang panduan untuk mula membuat perancangan harta?

ความคิดเห็น •