Antara Faraid, Hibah dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 23 พ.ย. 2024
- Assalamualaikum. Pagi! Dah istighfar 100 kali?
Hanaffi nak story sikit, tadi hampir 20 notification dekat whatsapp. Terdetik dalam hati, “Awat banyak sangat ini. Urgent sangat ke?”
Anda tahu pukul berapa dia hantar? Pukul 4 pagi! Jika Hanaffi tak tidur, mesti berbalas whatsapp sampai ke subuh. haha
“Antara faraid, hibah dan wasiat mana satu yang terbaik?”
Secara umumnya semuanya baik dan ia bergantung kepada situasi individu itu sendiri. Antara faktor yang mempengaruhi seseorang berbuat keputusan faraid / hibah / wasiat
adalah:
1. Ilmu yang dimiliki.
Ia mampu mempengaruhi keputusan yang mereka buat. Jelas tak? Maksudnya dia dah tahu apa yang dia nak buat dengan harta tersebut. Tinggal nak melaksanakan sahaja hasrat tersebut. Mudahkan? Hanaffi biasa jumpa orang macam nie, dia banyak membaca.
2. Waris faraid.
Jika anda ada belajar tentang faraid, ia pasti akan memudahkan untuk merancang harta yang akan ditinggalkan. Easy to plan. Kata orang putih. Hehe. Bab ini Hanaffi akan kongsikan juga pada artikel lain, mudah sahaja semudah mimum milo ais! Haha
Maksudnya kita dah tahu, isteri dapat berapa, anak-anak berapa bahagian. Kena belajar sikit atau bertanya kepada mereka yang tahu.
Klik disini untuk ketahui kiraan faraid keluarga anda. hanaffi.com/ap...
3. Hubungan kekeluargaan.
Pada pendapat Hanaffi ini yang paling kritikal. Jika hubungan baik dan saling tolong-menolong insyaAllah segala urusan kemudian hari akan baik. Tapi jika sebaliknya, baru meninggal saja dah huru-hara sekeluarga arwah dibuatnya. Banyak Hanaffi jumpa kes macam ini…
Apa itu Faraid, Hibah dan Wasiat?
Faraid:
Adalah pembahagian harta pusaka si mati berdasarkan dalil, surah An Nisa, ayat 11, 12 & 176. Harta si mati akan diagihkan kepada waris faraid yang masih hidup berdasarkan hukum syarak. Harta si mati akan diagaihkan selepas menolak kos pengebumian dan hutangnya.
Hibah:
Pemberian seseorang tanpa mengharapkan balasan semasa hidupnya. Ia mempunyai rukun dan syarat hibah yang perlu dipenuhi.
Wasiat:
Pesanan yang ditinggalkan kepada waris. Berdasarkan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian.
Persoalan yang perlu kita fikirkan.
Ramai juga yang menyatakan “Lebih baik hibah dari faraid / wasiat.” Kenyataan ini banyak digunakan oleh golongan yang nak lariskan produk hibah semata-mata. Jika kita perhatikan cara terbaik untuk pembahagian harta pusaka adalah dari Allah swt iaitu FARAID! Sebab Dia yang ciptakan kita dan lebih mengetahui dari segala-galanya. Cuma keadaan masyarakat kita sudah tersimpang jauh dari rahmat Allah swt.
Contohnya jika berlaku kematian, apa yang berlaku selepas tu? Masing-masing berebut harta. Tak nak kalah. Betul tak? Akhirnya faraid yang dipersalahkan, wajarkah begitu?
Dimana akhlak yang patut dibawa atau menjadi cermin kita?
Orang kita bila bercerita bab hukum mengenai kawin lebih dan harta memang pandai. Tabik spring! Tapi bahagian yang peting ia akhlak seperti toleransi, kerjasama, kasih sayang tiada!
Orang kita juga kurang peka bab pengurusan harta. Disangkanya hanya faraid akan menyelesaikan segala masalah, tetapi pada hakikatnya tidak! Bahagian pengurusan harta tersebut bagaimana? Akan terus selesai tanpa diuruskan? Siapa nak urus? Apa harta yang ditinggalkan? Dimana? Akhirnya lewat pembahagian. Bab mencari harta laju je kejar, tapi bab pengurusan selepas mati buat tak tahu jer. Sebab itu pentingnya perancangan dan pengurusan harta.
Tidak dinafikan, hibah juga menjadi pelengkap kepada pengurusan harta masa kini dan ia menjadi keperluan atas sebab tertentu. Cuma perlu pastikan hibah tersebut dilaksanakan dengan sempurna dan sah di sisi undang-undang.
Jadi, pentingnya mengetahui terlebih dahulu faraid / hibah / wasiat sebelum merancang harta pusaka yang bakal ditinggalkan kelak agar ia tidak menjadi bebanan kepada ahli waris. Secara ringkasnya:
Maklumat lanjut sila klik link ini: hanaffi.com/an...
atau
Jika ada soalan boleh hubungi saya atau join group telegram untuk maklumat lanjut. Klik link dibawah.
hanaffi.com/te...
cerita faraid,hibah dan wasiat sgt panjang...terus belajar dan terus menuntut ilmu....sgt rumit dan pelbagai persoalan akan timbul...berbeza antara satu sama lain...rujuk kpd yg ahli dlm bab ini..
Dah terlambat...Ank2 darah daging x dpt apa2..betol2 0.
Aslmkm pd tuan sy harap pihak tuan buat 1 content mengenai cara dari mula bagaimana hendak buat faraid serta proses2nya trima kasih bayak2 semoga tuan diberi rezki n kesihatan yg baik juga dipanjangkan umur amin...
Kita jgn lupa waris wajib menyediakan tmpt tinggal, pakaian, makan minum isteri dan anak2 simati.. Ingat dpt harta tu bole enjoy.. Kpd ustaz dan ustazah kena terangkan perkara ni.. FAHAM
Faraid asal hukum wajib n dah tentu jatuh wajib sekiranya ckup syarat..MAHA TELITI ALLAH,siap Tolong Bahagikan mgikut waris cth 1/8,1/6,2 bhgian,1 bahagian sperti yg terkandung di dalam al quran..jd untuk apa fikir yg lain n usaha untk cari resolusi lain..jgan jatuhkan diri sbgai penolak hukum ALLAH secara mentah..faraid munkin sukar ditegakkan dlm sesebuah institusi kluarga kerana 1.tolak hukum ALLAH secara mentah 2.tamak 3.jahil mukarrab..selain drp itu hanyalah alasan indah semata..klu dah berbahagi mgikut faraid namun blaku juga ketidakpuas hatian itu urusan mereka kpd ALLAH,bkan tanggungjawab kita lg..skiranya berlaku ketidakpuas hatian sb x buat faraid yg bertanggungjawab pasti akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH..takharuj di dlam faraid sekiranya perlu mesti muafakat sesama waris,redha meredhai tanpa ada unsur paksaan setelah asal n asas hukum dipenuhi..WALLAHHUALAM..
Sybas benar komen anda..hukum faraid hukum Allah wajib di tegakkan..Allah maha besar dan maha tahu akan setiap sesuatu dan hidup ini hanya sementara yg kekal hanyalah amalan dan tulus dan ikhlas dan setiap manusia akan di tanya oleh Allah apa yang di lakukan masa hidupnya..
good.atas pencerahan
Harta kebsitumal, adakah baitulmal itu waris? Apa status baitulmal?
Hibah ni boleh ke dikuatkuasa terus secara otomatik setelah pemilik m/dunia ?
Keluarga arwah suami yg layak dpt harta secara faraid selalu juga lpskan hak mrk. Mrk tahu bkn setakat dpt harta saja tapi beserta dgn tjwb menjaga anak perempuan arwah yg ditinggalkan pun masih kecil. Apa lgi isteri arwah tidak bekerja & harta hanya sebuah rumah yg arwah & keluarga tinggal…
Kalau kita lantik pentadbir pusaka kos nya tinggi,pejabat tanah ada bahagian tanah n pusaka kos pun murah,apa kah hukum waris menbelakang hukum syarak!!!
Ini lh yg sdang berlaku skrg.
Kalo buat hibah tiada siapa yg blh ambik btl tak
betul dengan syarat kena buat hibah secara rasmi :)
Assalamualaikum.. nk tnya sah ke hibah klau ayah buat utk anak2 kandung?
Menarik subject nie ..perkataan hibah Tak nampak dlm borang DDA ...so bila sebenarnya Kita pull out hibah ..sewaktu bicara ..atau sebelum bicara ..even dlm eTAPP pun takde document upload so bila kegunaan hibah...
Pertama yang terbaik semestinya hukum Allah kerana hukum ni datang daripada Allah, mana mungkin manusia lebih bijak sana dari Allah dalam pembahagian.
Ada sebab Allah beri kepada orang-orang tertentu kerana Allah dah letakkan tanggungjawab kepada orang yang akan menerima harta pusaka ni, contoh walaupun anak lelaki dapat lebih tapi dia kena tanggung adik-adik dia yang belum berkahwin.
Hibah kena berkuatkuasa serta merta semasa sesuatu itu diberi, contoh nak hibah rumah pada isteri. Kena tukar nama hari itu juga, jika apa yang dihibahkan berkuatkuasa selepas mati secara automatik jadi harta pusaka dan hibah tersebut boleh dicabar dimahkamah.
Masalah orang melayu kita selalu lambat uruskan harta sebab takut orang kata tamak dan takut dengan istilah "tanah kubur masih merah" sedangkan nabi dah pesan harta pusaka perlu diurus SESEGERA mungkin.
FARAID dari Allah dan RasulNya.Tak pyh bahas, akuilah ia lbh baik.
Boleh hibah ke KP isteri
Assalam..nk apply kat mana nie kalau kita nk buat hibah dan brapa kos nk buat
Mungkin 3 ribu bro
@@jieminelayan maybe lebih. Fee pengurusan. Peguam lagi, 3k tu maybe first dokumen.
Lhdn ikut rate nilai tanah atau rmh. Jika hibah rumah dan tanah.
Maaf jika saya silap
Lain kali penerangan jgn dicampur baur satu2 penerangan pertama Faraid .Kefua Hibah ketiga Wasiat jgn dicmpur2 kerana kurang jelas dan faham bro