Salam..abg pilot one.Sy ada 2 soalan 1. lepas dpt surat pembatalan evp boleh ke terus booking puspakom? atau kena tunggu 3-5 hari baru booking? 2. klu kita daftar pembatalan evp online dgn link👆 yg abg pilot one bagi tu bila boleh dpt?sbb sy baru daftar td. Mohon pencerahan. Terima kasih.🙏
Terima kasih atas sokongan dan pertnyaan anda... 1. Anda boleh terus booking puspakom selepas anda menerima email pembatalan evp ... Tetapi pastikan anda booking tarikh 5 HARI SELEPAS tarikh anda TERIMA SURAT PEMBATALAN EVP tersebut.. Ini bagi memastikan pembatalan EVP oleh APAD telah diregister di dalam sistem JPJ sepenuhnya... 2. Untuk pembatalan melalui link yang diberi, selalunya mengambil masa 3 - 5 hari masa bekerja sekiranya tiada masalah... Apa pun harap anda bersabar menunggu surat/email tersebut... Diharap info ini dapat membantu anda serta rakan rakan yang lain.. Terima kasih..
Assalamualaikum pilot one. Just nk tanya, selepas selesai semua urusan pertukaran, if let say insuran kita masih valid lagi perlu ke buat pembelian semula insuran baru utk dapatkan roadtax baru? Tq
Terima kasih Tuan pilot one atas penerangan dan penjelasan yg cukup jelas.. Saya dah lulus puspakom.. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberi sebesar2 ganjaran kepada Tuan krn menyenangkan urusan org lain..... 👍👍👍
Amin..tahniah tuan kerana berjaya lulus... Apa pun terima kasih atas sokongan tuan untuk channel ini. Apa yang saya harapkan semoga channel ini dapat membantu memberi informasi dalam hal hal ehailing...tahniah untuk tuan sekali lagi .
Hi, nak tanya. Kalau saya telah batalkan EVP saya pada 28/5/2021, tapi kerana PKP, saya tak dapat melakukan pemeriksaan kat Puspakom. Kalau sekarang saya pergi puskapom, akan ada masalah ke? Dan perlu saya renew road tax saya dulu sebelum pergi puspakom? (dah expiry semasa PKP). Harap bang dapat bantu.
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Sekiranya anda telah mendapat surat pembatalan EVP... Anda boleh masuk pemeriksaan selepas 5 hari dari tarikh anda menerima surat tersebut... Surat pembatalan evp tersebut tidak mempunyai tarikh masa... Namun, seeloknya masuklah pemeriksaan di dalam jangka masa terdekat... Anda boleh melakukan booking online puspakom dan terus masuk pemeriksaan tersebut pada tarikh yang ditetapkan... Tak perlu membuat @ renew roadtax lagi.. Cukuplah sekadar membeli insurans kenderaan terlebih dahulu jika kenderaan tersebut tiada insurance.. Jika ada, terus sahaja ke puspakom... Selesai urusan di puspakom anda boleh membuat temujanji dengan pihak JPJ untuk proses penukaran status dan membuat roadtax.. Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Kalau dah tanak buat ehailing lagi, disyorkan untuk cancel/batal terus EVP untuk kenderaan tersebut... Ini untuk menyenangkan proses penukaran status/jual beli selain tamat tempoh had usia yang dibenarkan untuk sesuatu kenderaan..
Kalau tanya pilot one kenapa nak terminate evp tu... Boleh ja bagi sebab2 macam nie.. Nak jual kereta... Atau pun dah tak berminat nak buat Grab.... Bagitau je apa2 pun.. Ha.. Ha..
tak maksud saya column yg atas tu, kan dia bg pilihan sbb apa tak nak buat grab nk jwb apa? 1. nak jual 2.akaun kena terminated / banned 3. keta lebih 9 tahun dan x boleh renew rtax
Terbaik la pilot one .. terima kasih banyak .. sekrang ni saya step pertama suda lepas iaitu mendapat pembatalan evp dari eho .. jadi sekrang ni saya suda buat booking utk puspakom .. akan tetapi ini kali pertama saya akan masuk puspakom 😰 .. harap semoga di permudahkan segala urusan .. aamiin .. 🤲🏻 ..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Tahniah!!! Kerana anda telah berjaya melakukan step pembatalan evp... Apa pun, sila beri masa 5-7 hari bekerja dari tarikh pembatalan evp diterima sebelum anda booking pemeriksa puspakom.. Ini untuk memberi masa pihak APAD upadate permohonan anda di dalam sistem JPJ... Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan anda nanti ... Terima kasih sekali lagi..
@@pilotonechannel alhamdulillah bang pilot one .. pengalaman pertama masuk puspakom dan keputusan nya Luluss 🙏 .. terima kasih banyak dgn ilmu yg di salurkan .. tetapi saya sangat sedih sebab sampai di jpj nak tukar status dan renew rotex x lepas sebab dalam sistem jpj masi ada evp permit .. tarikh surat dpt dari grab 03/09/2021 dan harini suda 15 suda ambil masa 12 hari tetapi belum di kemaskini di sistem APAD.. apa langkah seterusnya ya bang Pilot one .. 😭
Terbaek sahabat kerana telah lulus pemeriksaan khas di puspakom.... Adesss... Pilot One tumpang simpati. Macam mana ya urusan pembatalan evp tersebut masih tak di update oleh APAD?? Ini menjadi tanda tanya juga untuk Pilot One sebenarnya .... Selalunya proses tersebut hanya mengambil masa maksimum 7 hari selepas penerimaan salinan evp kepada owner... Atau... Kenderaan anda masih mempunyai EVP yang lain, jika ada.. Anda perlu memohon untuk pembatalan evp tersebut barulah anda dapat melakukan tukar status tersebut .. Untuk kepastian, anda boleh ke JPJ berhampiran.. Sebagai owner kenderaan yang sah... Anda bolej menyemak jenis dan status evp yang ada untuk kenderaan anda.. Dari situ mungkin anda dapat tahu status sebenar kenderaan anda.... Diharap info ini dpaat membantu anda.. Terima kasih..
Salam Tuan, Sy nk ty beberapa soalan. Sy nk batalkan evp krn dah taknak buat grab lagi. Tetapi utk mohon pembatalan evp di website grab cuma ada 3 pilihan : 1. Acc suspended 2. Nak jual 3. Kereta lebih 9 tahun. Jika sy pilih Account grab suspended boleh ke even acc sy x suspend pun? Kerana kereta tak nk jual & kurang dari 9 tahun lg. Cuma nk tkr status kenderaan je xnk buat grab dh. Soalan ke-2 : Jika dh dpt surat kelulusan dr grab utk pembatalan, kena booking puspakom utk pemeriksaan khas B2, apa yang di inspect ya Tuan? Adakah rumit mcm buat pemeriksaan berkala juga? Atau cuma pemeriksaan basic kenderaan shj? Mohon pencerahan Tuan @pilotone krn sy keliru bab² ni. 😞🙏
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Berkenaan pilihan untuk tujuan pembatalan evp... Anda boleh memilih mana mana yang berkenaan... Kalau tanya pendapat Pilot One, pilih saja pilihan nak JUAL KERETA walaupun pada hakikatnya kita tanak menjual pun... 😁😁😁 Dan pilihan ini takkan efek apa apa pun.. Hanya sekadar alasan semata mata.. Bagi soalan 2 pula, pemeriksaan yang dijalankan tidaklah serumit dan seketat pemeriksaan berkala.. Namun aspek ketelusan identiti kenderaan amat dititik beratkan dalam pemeriksaan tersebut.. Sila pastikan tinted, number casis dan nunber enjin adalah betul dan tiada kesan sambungan pada kenderaan anda... Ini akan membantu dalam proses kelulusan kenderaan tersebut...Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
Salam kembali.. Untuk borang JPJK8 cukup mudah tuan.. Isi sahaja NUMBER pendaftaran kenderaan dan ISI bahagian yang INGIN DITUKAR sahaja.. Yang lain2 kosong kan sahaja.. Nantu ada masa kita akan up kan video cara2 mengisi borang tersebut..
Salam Ceria Tuan. Pejabat JPJ mana yg harus saya pergi utk buat permindahan status persendirian Ehailing je persendirian Individu? JPJ Putrajaya boleh tak??? Sebab saya difahamkan bukan semua Pejabat JPJ boleh buat permindahan tsb. 🙏
Wsalam tuan.. Untuk pemeriksaan puspakom, anda boleh melakukan semua tersebut di dalam harinyang sama.. Asalkan anda memilih kategori yang betul... Untuk pemeriksaan khas B2 dan B5 anda boleh melakukan semuanya secara serentak.. Apa yang penting anda perlu melakukan urusan pemeriksaan tukar nombor enjjn dahulu... Selepas urusan tersebut anda boleh melakukan urusan pembatalan evp dan tukar nama secara serentak pada hari yang sama... Terima kasih ...
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk MEMBATALKAN EVP sedia ada.. Memang memerlukan kenderaan tuan masuk Pemeriksaan Khas B2... Tujuan pemeriksaan adalah untuk pengesahan identiti kenderaan sahaja sebelum penukaran status di JPJ dapat dilakukan.. Diharap info ini dpaat membantu anda.. Terima kasih..
Salam tuan.. nak tanya untuk isi borang jpj/k8, memang isi yg bahagian A saje ke... bahagian B,C,D mekang tak perlu isi kan? mohon bantuan tuan..terima kasih.
Untuk borang JPJ/K8 tu hanya isi dibahagian depan sahaja (no pendaftaran) Dan juga dibahagian status kegunaan yang ingin ditukar sahaja...yang lain tak perlu diisi...
Salam sejahtera tuan.. mau tanya, yang bahagian A, butiran kenderaan perlu di isi, dan bahagian B. Pindaan butir butir kenderaan.. apa yg perlu di isi.. mohon pencerahan
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Apa pun tahniah diucapkan kerana anda telah lulus ujian B2 (pemeriksaan khas? tersebut. Memang untuk keputusan kelulusan pemeriksaan khas, ianya akan dihantar di dalam bentuk email buat masa sekarang... Melainkan untuk pemerikaan berkala ehailing, setiap kenderaan yang lulus akan mempunyai surat kelulusan yang di print sendiri oleh pihak puspakom... Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
Terima kasih tuan untuk info... Kalau boleh walk in lagi bagus... Sebab sekarang nie semua orang berpusu pusu untuk buat tukar status dan buat roadtax.. Kalau menunggu booking di jpj mungkin terpaksa menunggu lama berbanding walk in... Sharing is caring.. 😁😁😁Apa apa pun, semoga dipermudahkan urusan kita semua....
Untuk van syarikat/lori/atau mana mana kenderaan perdagangan dan juga kenderaan pengangkutan awam, semuanya diwajibkan maduk pemeriksaan berkala yang mana telah ditetapkan oleh kerajaan... Semua kenderaan tersebut harus menjalani pemeriksaan berkala setiap 6 bulan sekali.... Dan pemeriksaan tersebut merangkumi seperti mana pemeriksaan untuk kenderaan berkala ehailing...
Assalamualaikum bang.. ceritanya mcm ni.. sy ada nk buat pembatalan e hailing.. puspakom semua borang semua dh lengkap dan siap.. surat pemohonan pembatalan grab pun dh ada.. Masalahnya.. bnyk kali dh sy ke kaunter jpj.. alsan xboleh d sebabkan system grab xlepas lg.. aduii susah la.. kereta sy baru beli.. call ownerr dia ckp suruh tunggu.. 2 minggu dh ni.. Harap abg bg penjelasan.. tq bang.. 🙏🙏🙏
Wsalam...untuk kesilapan booking online Puspakom, anda tak dibenarkan untuk membuat penukaran di dalam sistem setelah permohonan dibuat.. Namun kesilapan tersebut dapat ditukar dan diperbetulkan pada hari masuk test.. Anda boleh memaklumkan pada pegawai bertugas pada hari tersebut dan pegawai tersebut boleh membuat penukaran yang anda inginkan.. Namun anda perlu membayar secara tunai di kaunter untuk pembetulan yang dibuat. Untuk duit booking online pulanakan dikembalikan di dalam masa 30 hari bekerja...
Pertama..kena pergi JPJ.. semak blacklisted jika ada (sebab tak masuk test puspakom untuk kereta yang afa evp) kedua.. tempah pemeriksaan Puspakom untuk pengesahan identiti kenderaan.. Dah siap boleh bawa laporan puspakom tersebut untuk menghidupkan roadtax..
@@pilotonechannel Kalau kita dh batal EVP.....lepas tu kita nk apply EVP baru, apa akan jadi? lama tak bang amik masa? sbb ada kawan tanya, dia dh kluar kete baru dan berminat nak buat grab balik 😊
Terima kasih atas pertanyaan anda..untuk cermin yang retak adalah sebaiknya tuan menukar dahulu cermin tersebut sebelum masuk test... Ini kerana, cermin yang retak tersebut akan memberi kesan pada keputusan kelulusan tersebut... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Assalamualaikum pilot one.. nak tanya kalau pemunya kenderaan ada di luar negara, dan saya hanya ada ic photostat dia sahaja, boleh ke saya tukar status di jpj?
@@pilotonechannel oh maksudnya dalam video ni En Pilot one bawa ic pemilik kenderaan ke jpj la kan.. tetapi jpj tidak perlu ambil thumprint pemilik kenderaan?
Wsalam tuan.. Rasanya kalau bukan spec asal akan jadi masalah ... Tapi kalau ikutkan modi yang baik tu tak mengapa.. Tuan boleh mencuba nasib dahulu untuk masuk test.. Jika tak lepas, terpaksalah tuan masukkan balik spec ori...pilot one doakan agar tester tu bagi lepas masa masuk test tu nanti.. 😁😁
@@pilotonechannel Salam Tuan. saya dh dpt email dr grab yg dia dh bg surat pengesahan pembatalan permit vp serta borang jpj. so skang kena tggu 5 hari dulu baru boleh buat booking dengan puspakom kan?
Urusan jpj pada skrg dah rumit,Bukan senang..submit photostat ic,geran,Surat batal evp Dan form k8,pegawai suruh balik rumah tunggu call dari jpj dlm masa 3hari berkerja tapi tunggu seminggu pun takde call dari jpj putrajaya....utk runner memang senang prosesnya..haha..paham2 la...
Uish... Banyak betul birokrasi kalau macam tu... Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan segala urusan... Banyak rakan2 yang buat urusan tu sendiri.. Dan kebanyakkan mereka berjaya membuat penukaran status pada hari yang sama... Tanpa menggunakan Runner... Apa pun, pilot one doakan semoga urusan tuan nanti dipermudahkan...
Cube cari jpj yg tak ramai org... Sy hari tu gi jpj kat N9 sbb jpj wangsa maju ramai sgt.. Alhamdulillah tak ramai org,,walk in cakap nak wat itu ini terus settle..
TERIMA KASIH ENCIK P1 SAYA INGIN BERTANYA JIKA KERETA SAYA DAH TUKAR RIM ADAKAH AKAN MENJEJASKAN UNTUK PEMERIKSAAN PUSPAKOM BAGI KATEGORI TUKAR KEGUNAAN. SPORT RIM DAH TUKAR KE SAIZ LEBIH BESAR CONTOH 13 KEPADA 14
Wsalam.. anda tak dapat membuat urusan jpj dan puspakom dalam masa terdekat.. Ini kerana jarak masa untuk anda renew puspakom tersebut masih jauh lagi... Untuk memperbaharui puspakom serta roadtax, anda boleh berbuat demikian dalam tempoh SEBULAN sebelum puspakom & roadtax anda tamat... Inu hermakna, anda dapat membuat semua urusan tersebut di dalam atau pertengahan bulan Jun yang sebaik baiknya... Semoga info ini dapat membantu anda...
@@pilotonechannel tapi saya p JPJ 5 kali dah balik keluar maklumat pemilik ehailing berbeza dgn maklumat pemilik kenderaan saya pemandu ehailing pemilik kenderaan isteri saya
Wsalam tuan... Untuk borang jpj k8 tu tuan cuma perlu isi detail kenderaan tuan sahaja mengikut apa yang diperlukan... Bahagian yang tak perlu sila abaikan.. Selepas itu di bahagian status penukaran/kemaskini maklumat kenderaan.. Tuan cuma tanda pada bahagian "TUKAR STATUS/KELAS KEGUNAAN" sahaja... Ini kerana tuan melakukan perubahan pada "status" sahaja dari kenderaan ehailing menjadi kenderaan "persendirian" kembali.. Kita tidak menukar jenis BADAN dan MUATAN atau yang lain2 yanv tak berkenaan.. Cuma di bahagian STATUS KEGUNAAN sahaja yang berubah.... Diharap info ini dapat membantu tuan dan rakan2 yang lain..
satu lg bang..kalau roadtax dgn insuran dah mati..blh ke proceed utk pembatalan evp..?sbb sy kira lepas settle puspakom baru nak renew insurans..terima kasih atas reply yg cepat ...
Salam kembali.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Berkenaan masalah tuan di mana, tuan tidak mempunyai ic original owner kenderaan tersebut... Tuan boleh menggunakan salinan ic. Bagi memudahkan urusan tersebut, buatlah 1 Surat perjanjian antara owner kenderaan dan juga tuan sendiri.. Dalam surat tersebut menyatakan bahawa OWNER MEMBERI KUASA/melantik TUAN untuk membuat urusan tersebut di JPJ dan PUSPAKOM.. Di harap info ini dapat membantu tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan nanti... Terima kasih..
Sy nk tukar dari status ehailing ke kenderaan persendirian. B2 memang chk tayar, brake, suspension semua ke... Ingat tak nak buat apa apa dah.. Sebab nak jual kereta...
Hye bro nak Tanya sy nak batal evp masa batal evp Kena pilih yg mana ye Dan sy Guna bezza 2017 sy dh tak nak buat grab sebab sy mula cari kerja baru pada masa untuk puspakom Dan jpj sy Guna runner untuk cepat Kan process
Hello... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Untuk proses pembatalan evp... Anda boleh memilih alasan dan option seperti berikut : Ingin menjual kereta / kenderaan.. Alasan ini banyak di guna pakai oleh owner yang ingin membatalkan evp mereka... Terima kasih atas pertanyaan anda dan semoha dipermudahkan urusan anda itu nanti ..
Berkenaan lampu abs yang selalu menyala tu... Mungkin kerana masalah sensor tersebut... Untuk selesaikan masalah tersebut.. Anda perlu bertanya dengan Pomen yang selalu servis kenderaan anda... Ada kemungkinan ianya sekadar habuk atau air telah menjadi penyebab sensor tersebut terganggu... Apa pun terus berhubung dengan mekanik dan Pomen anda..terima kasih.
Salam hai abg p1, nk tnya utk cancellation evp kalau msuk puspakom .. sy pkai honda jazz and bwah bumper tu mmg dh ad lampu brek kelip2 rsa rsa lepas x utk ujian khas ? Sbb msa ujian berkala lampu kelip kt bumper tu xlepAs. Mntk beri keterangan trima ksih..
Untuk pemeriksaan khas B2.. Selalunya faktor lampu led yang berkelip2 tu jarang di ambil kira.. Paling penting dalam pemeriksaan tersebut adalah number pengenalan dan oengesahan identiti kenderaan itu yang lebih penting.. Jika boss rasa tak lepas.. Lebih baik boss cabut dahulu wayar lampu tersebut.. Lepas test pasang balik.. Itu lebih selamat..😆😆
Assalam abam pilot..sy owner kereta..kereta sy ada cina buat ehailing..tp cina itu telah meninggal dunia..mcm mana sy nak batalkan ehailing tu yea nk tuka kpd knderaan prsendirian
Wsalam tuan... Untuk membatalkan evp tersebut tuan perlu call pihak E-Hailing tersebut untuk membuat proses pembatalan... Jika tidak, kereta tuan masih lagi menjadi kenderaan E-Hailing san bukan kenderaan persendirian biasa..
pilot one nk tnya , saya cuba nk buat pembatalan evp sy taip cancel evp grab di google dn sy click link yg pertama isi mana yg bole pastu bila tang reason tu ada 3 je , sbb acc permenant deactive , kete dh lebih 3 tahun atau , kereta sold , cmne nk buat sebab ketiga2 tiga tu bkn sbb sy nk batal evp .. mohon pencerahan
Tuan boleh pilih saja option menjual kereta tersebut dan ianya tiada masalah.. Dan semua step berkaitan tuan boleh rujuk video yang disediakan.. Terima kasih.
Wsalam tuan...kalau acc tuan masih tak aktif lagi bermakna tuan masih tak mempunyai evp... Untuk itu kenderaan tuan masih lagi berstatus kenderaan persendirian dan bukannya kenderaan ehailing... Jadi anda tak perlu membuat sebarang pembatalan dalam pada masa ini...
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk mencari EVP sesebuah kenderaan, anda perlu berurusan dengan pihak APAD.. Disini anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak APAD... Setelah membuat temujanji, anda boleh memeriksa rekod evp kenderaan anda di dalam sistem APAD... Anda boleh mengetahui apakah jenis permit yang telah didaftarkan termasuklah syarikat EHO yang terlibat... Dari situ anda boleh memohon pembatalan permit melalui EHO terbabit... Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
salam pilot one, nak tanya waktu urusan di JPJ, kena bawak ic original owner tu, tak boleh bawak ic photostat owner ke ? atau memang kena bawak sekeping ic original owner ?
Salam pilot one, sy punya puspakom dh lama tamat, sb kereta dh xleh buat ehailing. Klu sy nk g puspakom utk tukar status kereta, adakah sy akan Kena bayar denda rm150 sb tukar selepas expired? Lepas tu dlm app puspakom, di ruangan di category - vehicle type - usage class nk letak apa ye.
Wsalam tuan.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk kenderaan yang mssih mempunyai permit...memang diwajibkan masuk pemeriksaan puspakom mengikut tarikh yang telah ditetapkan .. Kegagalan untuk melakukan pemeriksaan tersebut memang akan menyebabkan anda akan dikompaun/denda yang perlu di bayar di jpj... Memandangkan kenderaan anda tidak boleh membuat ehailing lagi, disarankan anda memohon pembatalan evp pda pihak eho.. Selepas mendapat surat pembatalan evp dari eho, and apeku tunggu selama 10 hari dari tarikh pembatalan tersebut barulah anda ke jpj... Di jpj, anda perlu bertanya status kenderaan anda di dalam sistem mereka adakah proses pembatalan evp telah didaftarkan dalam sistem jpj atau belum.. Sekiranya sudah, abda boleh membuat bayaran kompaun terlebih dahulu sebelum anda boleh memohon tarikh pemeriksaan puspakom.. Ini kerana, proses membuka blacklist data mengambil masa.. Untul itu disarankan anda membuat booking puspakom selepas 2 hari anda melalukan proses pembayaran kompaun di jpj.. Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
@@pilotonechannel yeker. Silap la booking puspakom dulu nie. Ingat kan bayar di puspakom denda tu. Bayar jpj Hari yang Sama dengan masuk puspakom lepas ke?
Kalau sistem jpj dah lepaskan boleh saja masuk..yang jadi masalah takut sistem clearance blacklist tu ambil masa yang lama... Lepas tu pergi puspakom sistem masih tak update... Lansung tak boleh masuk test.. Tapi harap2 semuanya okey..better tuan tanya pihak jpj dahulu boleh masuk test atau tidak...
Nak masuk tahun ke 3 memang kena pergi puspakom... Itu yang Pilot One sedia maklum sebelum nie.. Tak tahu la pulak kalau syarat dah berubah.. 2 tahun pun ada yang masuk puspakom dah sekarang nie..
Bro..TQ Ur tip and I dah pass B2...so next step masa JPJ... insurance i kena renew dulu atau ..? insurans i Sep due date and road tax mati bulan 5..so mana i kena buat....
Terima kasih atas sokongan anda... Tahniah kerana lulus pemeriksaan B2.. Memandangkan anda ingin menukar status kenderaan, untuk langkah seterusnya, anda terus ke JPJ dan mengisi borang JPJ-K8.. Jika anda masih mempunyai insurans yang sah sehingga bulan SEPT... saya cadangkan supaya anda beli insurans tambahan sehingga bulan MEI 2022. Untuk itu, saya mengesyorkan anda menggunakan kenderaan itu sehingga bulan MEI dahulu... . Apabila tiba tarikh roadtax expired, barulah anda ke JPJ untuk renew roadtax setelah anda membeli insurans tambahan. Ini akan melayakkan anda membuat roadtax untuk tempoh setahun bermula MEI 2021 Sehingga MEI 2022... Dan jika anda mempunyai masalah kewangan.. Anda boleh meneruskan membuat roadtax dengan insurans sedia ada.. Tetapi roadtax yang anda dapat sehingga SEPT 2021 sahaja.. Pilihan di tangan anda... Diharap info ini dapat membanti anda dan rakan rakan yang lain.. Terima kasih..
Assalamualaikum pilot one..sy nak tnya..kalau kereta kita dlm keadaan lowerd dan rim yg kita pakai tu bersaiz 15/8jj, adakah lulus jika buat pemeriksaan puspakom B2?
Wsalam bossku... Untuk masuk test nie seboleh2nya biarlah semua dalam keadaan baik dan mengikut spec asal... Untyk rim pula, apa apa henis rin dibolehkan, asalkan mempunyai saiz yang sama dan juga rim tak keluar dari fender.. Penggunaan absorber sport atau kenderaan dalam keadaan lowered tu tak pasti pulak sama ada boleh lepas atau tak.. Nak kena masuk dulu baru tahu..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Di masa MCO ini.. Semua urusan di jpj adalah dengan temujanji sahaja dahulu... Untuk walk in, masih belum dibuka sepenuhnya lagi Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk masuk test puspakom... Seboleh bolehnya biarlah kenderaan anda dalam keadaan asal (stok).. Ini bagi memudahkan urusan dan semoga test tersebut berjalan dengan lancar.. Menggunakan spring sport memang tak menyalahi undang2.. Namun ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada tahap kelegaan tayar dan penumpang ketika memandu... Pilot One tidak berani untuk mengatakan yang masuk test menggunakan spring sport tu salah... Namun anda boleh saja untuk mencuba.. Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan itu nanti..
Untuk proses pembatalan evp tersebut, anda boleh memilih option seperti berikut :- Kategori : E-HAILING > PEMERIKSAAN KHAS Tanda di bahagian berikut : **TUKAR KEGUNAAN - Tukar status. **PENGESAHAN IDENTITI - Pengesahan num. Chasis dan Enjin.. Jika anda ingin menjual kenderaan anda, anda boleh terus tanda di : ** TUKAR HAKMILIK. (Jual beli) Anda boleh melakukan ketiga tiga pemeriksaan di atas dengan sekali urusan dan 1 bayaran sahaja... Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
Untuk rim..boleh saja guna rim sedia ada. Ini kerana proses pemeriksaan pembatalan evp tak lah sesusah test berkala... Jadi, pemeriksaan yang dijalankan hanya untuk pengesahan identiti kenderaan saja...Namun jika anda ragu2, anda boleh menukar/sewa rim asal tersebut terlebih dahulu... Pilot One doakan semoga dipermudahkan urusan test tu nanti.
Salam abg nak tanya.. kalau assesories Dalam kereta macam : tempat letak fone yg nak tengok map Tu pastu carpet kaki kene keluarkan ke.. tak boleh Ada ke sebelum pegi puspakom
Wsalam.... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk aksesori dalaman kereta tak perlu dikeluarkan.. Biarlah ianya dalam keadaan macam tu... Asalkan semuanya dalam keadaan kemas dan teratur... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Untuk pemeriksaan PUSPAKOM tersebut.. Apa yang tuan perlu ada sebelum masuk test adalah, tuan hanya perlu menunjukkan screenshot atau salinan QR Code temu janji sahaja.. Tak perlu print out.. Tetapi kalau tuan nak buat pun boleh juga... Paling senang, tuan tunjuk sahaja booking kod dari handset tuan tu sendiri.. Itu pun dah memadai... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Semasa berurusan dengan puspakom... Apa yang perlu ada adalah... GERAN ORIGINAL dan juga QR Code temujanji sahaja.... Salinan / geran copy adalah tidak akan dilayan sama sekali oleh pihak puspakom...
Salam encik pilot one, ada beberapa soalan nk tanya 1. saya dh dapat surat pembatalan daripada grab, cuma mycar saya masih tak terima lagi saya x pasti ada ak evp my car ni tapi pernah buat rasanya mycar, berapa lama akan dpt respond dari pihak mycar? 2. berkenaan puspakom, saya tak pasti kadar ketelusan cahaya pada tinted kereta? macammana ya? saya perlu cabut dulu tinted atau pergi masa inspection puspakom tu kalau x lepas baru cabut boleh ke mcm tu?... please advise encik pilot....
Wsalam.. Untuk masalah anda yang pertama, anda disaarankan membeli butiran kenderaan di jpj.. Anda dapat melihat secara terperinci jenis evp yang ada... Dan untuk soalan no 2.. Anda boleh rujuk video yang saya buat ini..bagaimana cara mudah untuk lulus puspakom.. Harap info ini dapat membantu anda.. 😁😁
Salam. Bang. Saye dah puspakom tukar milik ke persendirian dahulu. Baru submit form untuk batal evp. Takpe ke? 😅. Roadtax dh mati tapi insurans hidup lagi sampai 31 ogos. Macam mane ye.
Assalam abg pilot one., Maaf nak tanya, kalau kereta ada kesan eksiden di bahagian bumper depan (pecah sikit bumper bahagian fog lamp), boleh ka masuk pemeriksaan khas B2.? boleh lulus tak.? Terima kasih..
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Berkenaan isu anda yang mana mempunyai kesan kemalangan di bahagian bumper hadapan, dan adakah ianya memberi kesan di dalam pemeriksaan khas tersebut.. Berikut adalah jawapan dari pilot one... Untuk pemeriksaan khas, apa yang dititik beratkan di dalam pemeriksaan ini adalah, mengenal pasti adakah kenderaan tersebut mempunyai butiran yang sama seperti di dalam geran.. Untuk itu bahagian yang selalu dititik beratkan ketika pemeriksaan adalah nombor chasis, nombor enjin serta kesan sambungan pada kenderaan tersebut... Sekiranya kesemua detail tersebut adalah betul, % untuk lulus adalah tinggi... Berkenaan isu terdapat sedikit kesan kemalangan, selalunya ianya tidak menjejaskan apa2... Anda boleh sahaja masuk pemeriksaan tersebut sekiranya kenderaan anda tidak terjejas teruk... Walau apa pun, pilot one mendoakan semoga dipermudahkan urusan dan semoga anda lulus pemeriksaan tersebut...
Wsalam.... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda Untuk membuat pembatalan evp.. Anda boleh klik link ini : help.grab.com/driver/en-my/360035976491-E-hailing-Vehicle-Permit-(EVP)-Cancellation Masukkan semua detail tersebut... Pastikan anda mempunyai email yang sah... Proses pembatalan evp mungkin mengambil masa sedikit.. Memandang di musim MCO ini semua urusan adalah terhad... Kemungkinan masa yang di ambil sekira 3-8 minggu untuk urusan tersebut berjaya... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Terima kasih pilot one atas video yang sangat jelas.saya nak tamya kalau tindted bahagian belakang sisi dan belakang berapa peratusan ketelusan cahaya yang lepas tuan?sebab sy pemandu grab selalu buka smua tinted setiap kali masuk puspakom.cermin hadapan memang tak boleh ada tinted langsong ke?
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan dari anda... Maaf kerana lambat reply... Untuk % ketelusan cermin sisi dan belakang sebenarnya tiada had.. Tapi cukuplah sekadar memadailah. Tak perlu gelap sangat pun sebenarnya... Cukuplah sekadar daoat menyejukkan keadaan dalaman kenderaan...
@@pilotonechannel maksudnya cermin sisi kiri dan kanan belakang 95% tak perlu buka la?so berapa peratusan yang lepas utk cermin windscreen hadapan dan kiri kanan hadapan?berapa peratusan yang dibenarkan?kalau ujian handbrake dan ujian break tu benda yang sama ke?
Untuk tinted bahagian belakang terpulang pada anda untuk guna yang berapa % kadar kegelapan... Cuma untuk bahagian hadapan, jika nak masuk test PUSPAKOM adalah dinasihatkan supaya buka semua tinted.. Ini untuk memudahkan urusan test tesebut.. Kadang2 kita beranggapan yang tinted tersebut cerah dan mungkin lepas. Tetapi hakikatnya tidak... Sebab kita sendiri tak dapat mengukur % tinted tersebut. Untuk ujian handbrake, ianya termasuk sekali dalam ujian brek tersebut.. Jika brek kaki ditekan ketika brek test tidak memuaskan... Handbreak akan digunakan untuk menilai % brek. Brek tangan ini selalunya membantu untuk brek tayar/gandar belakang sahaja.. Jika brek tayar belakang gagal, ini bermakna handbrake anda pun akan gagal dan tidak berfungsi dengan sempuna.. Diharap info ini dapat membantu anda..
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk borang JPJ K8 tu, kita tak perlu isi di semua bahagian.. tuan hanya perlu isi bahagian/ruangan yang disebelah kiri sahaja.. Iaitu di bahagian yang berkenaan. Ini kerana di bahagian / ruangan di sebelah kanannya pula adalah ruangan mengenai berita gandar apa semua itu hanya untuk kenderaan kategori berat sahaja... Ya.. Untuk urusan test di puspakom, dokumen yang perlu anda bawa adalah.. IC ORI, GERAN ORI, SURAT PEMBATALAN EVP + QR CODE TEMUJANJI PUSPAKOM... Diharap info ini dapat membantu anda dan rakan rakan yang lain... Semiga dipermudahkan urusan tuan itu nanti.. Terima kasih..
Tp 1 soalan lg sy nak tanya tuan,klau tarikh puspakom dan roadtex sy tamat tempoh macam mana ya?sebab pkp ni kan puspakom xbuka dan kebetulan pula tarikh roadtex dan puspakom sy tamat tempoh 23/6/2021 ni,jdi boleh ker p test puspakom untuk pembatalan evp lpas tamat tempoh roadtex n puspakom?
Memandangkan sekarang kita berada di dalam PKP 3.0.. Ianya tiada masalah. Apa yang penting, jaga keselamatan diri terlebih dahulu.. Mengenai pemeriksaan puspakom tu, tuan boleh masuk bila semuanya dah okey... Memandangkan roadtax tuan hampir expired untuk ke puspakom, tuan tak perlulah risau.. Apa yang tuan perlu buat adalah tuan hanya perlu MEMBELI INSURANS sahaja pada hari tuan ingin masuk test tersebut... Ini akan menguntungkan pihak tuan, ini kerana, jika tuan lulus pemeriksaan itu, tuan boleh terus ke JPJ untuk membuat penukaran status sekaligus boleh keluarkan roadtax baru.. Diharap info ini dapat membantu tuan nanti, terima kasih..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Berkenaan tinted di bahagian belakang.. Anda boleh letak antara 30-50% kadar ketelusan cahaya.. Senang cerita, ikut suka dan kehendak kita.. Tepuk dada.. Tanya selera.. He.. He .. Semoga info ini dapat membantu anda.. Terima kasih.
Salam pilot one..sy nk batalkan evp..evp expired bulan 7/21..roadtax expired bulan 7/21..insurans bulan 1/22 tahun depan..adakah slepas buat pembatalan evp dan puspakom kene renew insuran balik?atau slepas lulus puspakom,teros pergi jpj untuk hidupkan roadtax shj?mintak pandangan dr pilot one ye..trime kasih .
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Untuk membatalkan evp anda, anda boleh mengikuti langkah berikut.. 1. MOHON dahulu pembatalan evp. 2. TUNGGU surat pembatalan evp.. 3. BOOKING TARIKH pemeriksaan puspakom & jpj pada hari yang sama SELEPAS 5 HARI dari tarikh KELULUSAN EVP... 4. Memandangkan insurans anda masih ada sehingga JAN 2022.. Anda tak perlu membeli insurans tersebut.. 5. Jika anda ingin MEMBELI/EXTEND INSURANS anda pun tiada masalah... Ini akan menguntungkan anda.. 6. Masuk TEST seperti biasa dan buat penukaran status dan BUAT ROADTAX pada hari yang sama... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih dan pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan anda itu nanti..
As salam pilot one..nk tanya, kalo bulb headlight(kecik+besar) dan semua bulb signal dan reverse light sy dah tukar ke bulb LED, boleh lepas ke puspakom?
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Berkenaan pertanyaan anda yang telah menukar lampu kenderaan kepada bulb jenis led... Untuk penggunaan lampu senja, lampu belakang dan juga signal serta aksesori dalaman selalunya dibenarkan... Akan tetapi, penggunaan lampu LED untuk headlight dan penggunaan lampu HID/LED putih selalunya ia memerlukan surat kelulusan dari pihak JPJ.... Ini kerana pengguna lampu headlight LED tersebut bukanlah dari spesifikasi asal kenderaan tersebut... Walaupun pemasangan lampu LED tersebut memang terang dan membantu dalam pemanduan, namun ianya masih tertakluk kepada undang2 bagi menjamin keselamatan pemandu lain ... Jika anda rasa was was... Anda boleh menukar dahulu lampu headlamp anda kepada yang asal sebelum masuk test tersebut.... Apa pun, Pilot One doakan agar urusan test tu nanti dipermudahkan dan anda lulus dengan jayanya.... Terima kasih...
Wsalam tuan.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Untuk melakukan pembatalan evp, hanya owner @ tuan punya kenderaan sahaja yang dapat melakukan urusan tersebut bagi pihak pemilik evp.... Di dalam kes tertentu, pemilik evp tidak dapat dikesan ataupun telah meninggal, pemilik kenderaan boleh memohon pembatalan tersebut bagi pihak dirinya sendiri... Namun, jika pemilik kenderaan telah meninggal dunia.. Urusan tersebut memerlukan kaedah perundangan terlebih dahulu... Hanya mereka yang berhak atau pewaris sahaja yang dibenarkan melakukan urusan pembatalan tersebut dengan menunjukkan dokumen2 yang berkenaan.. Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih...
Tuan nak tanye, saya nak buat appointment menerusi Aplikasi puspakom. pada bahagian inspection nak pilih mana satu ya untuk pembatalan EVP. 1.Khas 2. Arahan JPJ 3. Tukar milik -Persendirian Motokar 4. Sewa beli 5.Pemeriksaan Sukarela 6. On board diagnostic.
Salam kembali... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Mengenai lampu belakang yang ada tinted, ditakuti ianya akan menjejaskan kecerahan fungsi lampu tersebut dan ianya boleh menyumbang kepada faktor kegagalan... Walaupun pada zahirnya lampu itu bernyala ... Tetapi ianya mungkin di anggap malap oleh tester tersebut dan akhirnya akan menyumbang kepada faktor kegagalan kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.. Sama juga dengan number plate, jika number plate Kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang betul.. Ditakuti ianya akan menyumbang kepada kegagalan ketika proses pemeriksaan dilakukan... Disarankan ketika menjalani pemeriksaan puspakom tersebut, kenderaan haruslah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.. Diharap info ini dapat membantu anda dan rakan rakan yang lain, terima kasih..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda... Berkenaan dengan pemeriksaan handbrake, selalunya ia berkait rapat dengan % brek pada bahagian belakang.... Seandainya handbrek anda berfungsi dalam keadaan baik (tarik tak tinggi?) itu maknanya, vrek belakang anda juga dalam keadaan baik... Namun sekiranya handbrake tersebut perlu di tarik tinggi, bermakna brek bahagian belakang juga mesti mempunyai masalah... Namun, untuk pemabtalan evp ini.. Kenderaan tersebut tidak akan dibawa masuk untuk pemeriksaan brek.. Begitu juga untuk balancing dan allignment tayar... Pemeriksaaan pembatalan evp ini tidaklah seketat pemeriksaan berkala ehailing... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih...
@@pilotonechannel yeayyy abg pilot one reply.. saya punya kereta bukan sticker tapi tinted utk menghalang panas atas kepala .. windscreen tiada tinted .. cuma bahagian atas sikit tu sahaja ada .. harapnya lepas puspakom ni…
Salam Tuan... ada soalan... Tinted cermin depan selalunya kita letak tinted tebal bahagian atas cermin tu gelap untuk elakkan silau matahari.. tu dibenarkan ke atau kena tanggalkan juga? Terima Kasih.
Salam kembali... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda.. Untuk tinted di bahagian atas cermin adalah dibenarkan asalkan ianya tidak melebihi 6 inchi atau melebihi 30% dari saiz keluasan cermin anda... Untuk info pilot one juga menggunakan tinted dibahagian atas... Tetapi tinted yang pilot one gunakan adalah dalam bentuk bukan sticker... Namun jika anda rasa was was.. Anda boleh saja membuka tinted tersebut sebelum masuk test tersebut... Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Salam..abg pilot one.Sy ada 2 soalan
1. lepas dpt surat pembatalan evp boleh ke terus booking puspakom? atau kena tunggu 3-5 hari baru booking?
2. klu kita daftar pembatalan evp online dgn link👆 yg abg pilot one bagi tu bila boleh dpt?sbb sy baru daftar td.
Mohon pencerahan.
Terima kasih.🙏
Terima kasih atas sokongan dan pertnyaan anda...
1. Anda boleh terus booking puspakom selepas anda menerima email pembatalan evp ...
Tetapi pastikan anda booking tarikh 5 HARI SELEPAS tarikh anda TERIMA SURAT PEMBATALAN EVP tersebut..
Ini bagi memastikan pembatalan EVP oleh APAD telah diregister di dalam sistem JPJ sepenuhnya...
2. Untuk pembatalan melalui link yang diberi, selalunya mengambil masa 3 - 5 hari masa bekerja sekiranya tiada masalah... Apa pun harap anda bersabar menunggu surat/email tersebut...
Diharap info ini dapat membantu anda serta rakan rakan yang lain.. Terima kasih..
@@pilotonechannel terima kasih abg pilot one..
penjelasan yg baik dan jelas😄
semoga channel abg terus berjaya dan mendapat sambutan👍
Amin.. Terima kasih sahabat.. Kita berkongsi apa yang kita tahu sahaja... Ha.. Ha..
Semiga dipermudahkan urusan kita semua nanti..
@@pilotonechannel Aamiinn..🤲
Assalamualaikum pilot one. Just nk tanya, selepas selesai semua urusan pertukaran, if let say insuran kita masih valid lagi perlu ke buat pembelian semula insuran baru utk dapatkan roadtax baru? Tq
Terima kasih Tuan pilot one atas penerangan dan penjelasan yg cukup jelas.. Saya dah lulus puspakom.. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberi sebesar2 ganjaran kepada Tuan krn menyenangkan urusan org lain..... 👍👍👍
Amin..tahniah tuan kerana berjaya lulus... Apa pun terima kasih atas sokongan tuan untuk channel ini. Apa yang saya harapkan semoga channel ini dapat membantu memberi informasi dalam hal hal ehailing...tahniah untuk tuan sekali lagi .
Tq bos...amat bermanafaat... Hari ni, Sy pun dah selesai tukar kegunaan
Alhamdulillah... Terbaeklah sahabat. Semoga dipermudahkan urusan kita semua... Amin.
tuan taro area mana yea?
Tuan punya badan... Sila jawab.. Ha.. Ha..
Tuan taro. Geran ori jpj ambil tak lepas lulus kenderaan persendirian
@@zainalazman3055 temerloh
Hi, nak tanya. Kalau saya telah batalkan EVP saya pada 28/5/2021, tapi kerana PKP, saya tak dapat melakukan pemeriksaan kat Puspakom.
Kalau sekarang saya pergi puskapom, akan ada masalah ke? Dan perlu saya renew road tax saya dulu sebelum pergi puspakom? (dah expiry semasa PKP).
Harap bang dapat bantu.
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Sekiranya anda telah mendapat surat pembatalan EVP... Anda boleh masuk pemeriksaan selepas 5 hari dari tarikh anda menerima surat tersebut...
Surat pembatalan evp tersebut tidak mempunyai tarikh masa... Namun, seeloknya masuklah pemeriksaan di dalam jangka masa terdekat...
Anda boleh melakukan booking online puspakom dan terus masuk pemeriksaan tersebut pada tarikh yang ditetapkan...
Tak perlu membuat @ renew roadtax lagi.. Cukuplah sekadar membeli insurans kenderaan terlebih dahulu jika kenderaan tersebut tiada insurance.. Jika ada, terus sahaja ke puspakom...
Selesai urusan di puspakom anda boleh membuat temujanji dengan pihak JPJ untuk proses penukaran status dan membuat roadtax..
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
salam bang pilot 1. sy dh dpt srt pmbatalan evp tu. lps tu p jpj. jpj ckp grab sy msh aktif. jeng kren.
Tuan boleh tengok video yang disediakan sampai habis..pasti tuan akan paham kenapa jadi macam tu dan apa step yang tuan terlepas...
Kalai tak nak buat grab lagi apa sebab permanently deactivated ke ?
Kalau dah tanak buat ehailing lagi, disyorkan untuk cancel/batal terus EVP untuk kenderaan tersebut...
Ini untuk menyenangkan proses penukaran status/jual beli selain tamat tempoh had usia yang dibenarkan untuk sesuatu kenderaan..
maaf bang p1, mcm x menjawab soalan ja😅 apa sebab dia ye utk terminate evp?
Ha.. Ha. Fenin dah nie.. Apa maksud dia sebenarnya.. Ha.. Ha.
Kalau tanya pilot one kenapa nak terminate evp tu... Boleh ja bagi sebab2 macam nie.. Nak jual kereta... Atau pun dah tak berminat nak buat Grab.... Bagitau je apa2 pun.. Ha.. Ha..
tak maksud saya column yg atas tu, kan dia bg pilihan sbb apa tak nak buat grab nk jwb apa?
1. nak jual
2.akaun kena terminated / banned
3. keta lebih 9 tahun dan x boleh renew rtax
Terbaik la pilot one .. terima kasih banyak .. sekrang ni saya step pertama suda lepas iaitu mendapat pembatalan evp dari eho .. jadi sekrang ni saya suda buat booking utk puspakom .. akan tetapi ini kali pertama saya akan masuk puspakom 😰 .. harap semoga di permudahkan segala urusan .. aamiin .. 🤲🏻 ..
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Tahniah!!! Kerana anda telah berjaya melakukan step pembatalan evp... Apa pun, sila beri masa 5-7 hari bekerja dari tarikh pembatalan evp diterima sebelum anda booking pemeriksa puspakom..
Ini untuk memberi masa pihak APAD upadate permohonan anda di dalam sistem JPJ... Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan anda nanti ...
Terima kasih sekali lagi..
@@pilotonechannel aamiin .. 🤲🏻 .. Semoga dicpermudahkan segala urusan .. terima kasih banyak Boss Pilot one .. 🙏
Amin... Semoga dipermudahkan urusan kita semua...
@@pilotonechannel alhamdulillah bang pilot one .. pengalaman pertama masuk puspakom dan keputusan nya Luluss 🙏 .. terima kasih banyak dgn ilmu yg di salurkan .. tetapi saya sangat sedih sebab sampai di jpj nak tukar status dan renew rotex x lepas sebab dalam sistem jpj masi ada evp permit .. tarikh surat dpt dari grab 03/09/2021 dan harini suda 15 suda ambil masa 12 hari tetapi belum di kemaskini di sistem APAD.. apa langkah seterusnya ya bang Pilot one .. 😭
Terbaek sahabat kerana telah lulus pemeriksaan khas di puspakom....
Adesss... Pilot One tumpang simpati. Macam mana ya urusan pembatalan evp tersebut masih tak di update oleh APAD??
Ini menjadi tanda tanya juga untuk Pilot One sebenarnya .... Selalunya proses tersebut hanya mengambil masa maksimum 7 hari selepas penerimaan salinan evp kepada owner...
Atau... Kenderaan anda masih mempunyai EVP yang lain, jika ada.. Anda perlu memohon untuk pembatalan evp tersebut barulah anda dapat melakukan tukar status tersebut ..
Untuk kepastian, anda boleh ke JPJ berhampiran.. Sebagai owner kenderaan yang sah... Anda bolej menyemak jenis dan status evp yang ada untuk kenderaan anda..
Dari situ mungkin anda dapat tahu status sebenar kenderaan anda.... Diharap info ini dpaat membantu anda.. Terima kasih..
Salam Tuan,
Sy nk ty beberapa soalan. Sy nk batalkan evp krn dah taknak buat grab lagi. Tetapi utk mohon pembatalan evp di website grab cuma ada 3 pilihan :
1. Acc suspended
2. Nak jual
3. Kereta lebih 9 tahun.
Jika sy pilih Account grab suspended boleh ke even acc sy x suspend pun? Kerana kereta tak nk jual & kurang dari 9 tahun lg. Cuma nk tkr status kenderaan je xnk buat grab dh.
Soalan ke-2 :
Jika dh dpt surat kelulusan dr grab utk pembatalan, kena booking puspakom utk pemeriksaan khas B2, apa yang di inspect ya Tuan? Adakah rumit mcm buat pemeriksaan berkala juga? Atau cuma pemeriksaan basic kenderaan shj?
Mohon pencerahan Tuan @pilotone krn sy keliru bab² ni. 😞🙏
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Berkenaan pilihan untuk tujuan pembatalan evp... Anda boleh memilih mana mana yang berkenaan...
Kalau tanya pendapat Pilot One, pilih saja pilihan nak JUAL KERETA walaupun pada hakikatnya kita tanak menjual pun... 😁😁😁 Dan pilihan ini takkan efek apa apa pun.. Hanya sekadar alasan semata mata..
Bagi soalan 2 pula, pemeriksaan yang dijalankan tidaklah serumit dan seketat pemeriksaan berkala.. Namun aspek ketelusan identiti kenderaan amat dititik beratkan dalam pemeriksaan tersebut..
Sila pastikan tinted, number casis dan nunber enjin adalah betul dan tiada kesan sambungan pada kenderaan anda...
Ini akan membantu dalam proses kelulusan kenderaan tersebut...Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
@@pilotonechannel Oh takde apa² efek ya even pilih yg Jual Kereta. Baik Tuan. Faham.. Terima Kasih byk atas penjelasan :)
Ya tuan... Tadak efek pun.. Lagipun itulah pilihan utama kita rakyat malaysia.. Walaupun ianya sekadar impian.. 😁😁
@@pilotonechannel utk booking puspakom, klik pemeriksaan KHAS, dan reason 1, 2 & 3 pilih apa ya Tuan?
Atau tekan reason 1 shj "Tukar Kegunaan?"
Untuk pemilihan pemeriksaan khas.. Anda boleh memilih option tukar kegunaan dan pengesahan identiti kenderaan jika ada...
Salam Ceria Tuan. Awesome video. Boleh tunjuk cara isi borang JPJK8. TQ
Salam kembali.. Untuk borang JPJK8 cukup mudah tuan.. Isi sahaja NUMBER pendaftaran kenderaan dan ISI bahagian yang INGIN DITUKAR sahaja.. Yang lain2 kosong kan sahaja..
Nantu ada masa kita akan up kan video cara2 mengisi borang tersebut..
Salam Ceria Tuan. Pejabat JPJ mana yg harus saya pergi utk buat permindahan status persendirian Ehailing je persendirian Individu? JPJ Putrajaya boleh tak??? Sebab saya difahamkan bukan semua Pejabat JPJ boleh buat permindahan tsb. 🙏
Tinted blakang betol ke x kesah? X kesah 80% ke apa ke...
Ya.. Betol tak kisah pun... Ikut suka.. Ha.. Ha..
salam tuan yg budiman..nk tya..bole ke buat 3 proses skli dlm mse yg sme...tukar enjin,batal evp,tkr nma...tm ksh
Wsalam tuan.. Untuk pemeriksaan puspakom, anda boleh melakukan semua tersebut di dalam harinyang sama.. Asalkan anda memilih kategori yang betul...
Untuk pemeriksaan khas B2 dan B5 anda boleh melakukan semuanya secara serentak.. Apa yang penting anda perlu melakukan urusan pemeriksaan tukar nombor enjjn dahulu...
Selepas urusan tersebut anda boleh melakukan urusan pembatalan evp dan tukar nama secara serentak pada hari yang sama... Terima kasih ...
Bang kalau sy batal evp tp kereta tu tahun 2019 masih nak kena buat inspection puspakom ke?
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk MEMBATALKAN EVP sedia ada.. Memang memerlukan kenderaan tuan masuk Pemeriksaan Khas B2...
Tujuan pemeriksaan adalah untuk pengesahan identiti kenderaan sahaja sebelum penukaran status di JPJ dapat dilakukan..
Diharap info ini dpaat membantu anda.. Terima kasih..
Kereta saya total lost, jd perlu ke PUSPAKOM.
Sila buat tujuan dengan pihak JPJ...
Mcm mana tu. Dh pergi ke jpj, jpj suruh pergi grab dan bawa kereta ke puspakom. Kereta pun dh total lost nak bawak mcm mana
Salam tuan..
nak tanya untuk isi borang jpj/k8,
memang isi yg bahagian A saje ke...
bahagian B,C,D mekang tak perlu isi kan?
mohon bantuan tuan..terima kasih.
Untuk borang JPJ/K8 tu hanya isi dibahagian depan sahaja (no pendaftaran) Dan juga dibahagian status kegunaan yang ingin ditukar sahaja...yang lain tak perlu diisi...
Salam sejahtera tuan.. mau tanya, yang bahagian A, butiran kenderaan perlu di isi, dan bahagian B. Pindaan butir butir kenderaan.. apa yg perlu di isi.. mohon pencerahan
Bahagian A cuma isikan no.pendaftaran sahaja... Bahagian B : pilih untuk tukar kelas kegunaan . Tulis : Kenderaan Persendirian.
@@pilotonechannel terima kasih infonya
Tq info tuan. Sgt berguna. Tp saya buat puspakom khas tukar kegunaan je. Lulus. Dpt result dlm email. Tak tahu plak B2 tu. Tkpe ke tuan
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Apa pun tahniah diucapkan kerana anda telah lulus ujian B2 (pemeriksaan khas? tersebut.
Memang untuk keputusan kelulusan pemeriksaan khas, ianya akan dihantar di dalam bentuk email buat masa sekarang...
Melainkan untuk pemerikaan berkala ehailing, setiap kenderaan yang lulus akan mempunyai surat kelulusan yang di print sendiri oleh pihak puspakom...
Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
@@pilotonechannel saya igt jpj pon kne booking. Boleh pergi terus rupanya. Apa2 pon semoga channel tuan berjaya. Teruskan sebar ilmu untk mudahkan kami ni yg lain👍
Terima kasih tuan untuk info... Kalau boleh walk in lagi bagus... Sebab sekarang nie semua orang berpusu pusu untuk buat tukar status dan buat roadtax..
Kalau menunggu booking di jpj mungkin terpaksa menunggu lama berbanding walk in...
Sharing is caring.. 😁😁😁Apa apa pun, semoga dipermudahkan urusan kita semua....
@@pilotonechannel klau van syarikat blkg kosong tkde tingkap yg check 2 kali setahun tu apa nama nya plak tuan.
Untuk van syarikat/lori/atau mana mana kenderaan perdagangan dan juga kenderaan pengangkutan awam, semuanya diwajibkan maduk pemeriksaan berkala yang mana telah ditetapkan oleh kerajaan...
Semua kenderaan tersebut harus menjalani pemeriksaan berkala setiap 6 bulan sekali.... Dan pemeriksaan tersebut merangkumi seperti mana pemeriksaan untuk kenderaan berkala ehailing...
Assalamualaikum bang.. ceritanya mcm ni.. sy ada nk buat pembatalan e hailing.. puspakom semua borang semua dh lengkap dan siap.. surat pemohonan pembatalan grab pun dh ada..
Masalahnya.. bnyk kali dh sy ke kaunter jpj.. alsan xboleh d sebabkan system grab xlepas lg.. aduii susah la.. kereta sy baru beli.. call ownerr dia ckp suruh tunggu.. 2 minggu dh ni..
Harap abg bg penjelasan.. tq bang.. 🙏🙏🙏
Wsalam..surat pembatalan evp dah dapat ke bos ..
Cara booking puspakom pilih khas B2 tiada dlm list? Ada kah pilih saja khas?
Pilih khas sahaja..
Salam.abg pilot one..saya nk nk tnya klw kita tersilap isi dekat boking puspakom boleh tukar tak
Wsalam...untuk kesilapan booking online Puspakom, anda tak dibenarkan untuk membuat penukaran di dalam sistem setelah permohonan dibuat..
Namun kesilapan tersebut dapat ditukar dan diperbetulkan pada hari masuk test.. Anda boleh memaklumkan pada pegawai bertugas pada hari tersebut dan pegawai tersebut boleh membuat penukaran yang anda inginkan..
Namun anda perlu membayar secara tunai di kaunter untuk pembetulan yang dibuat. Untuk duit booking online pulanakan dikembalikan di dalam masa 30 hari bekerja...
@@pilotonechannel terima kasih abg
Sama2 😃😃
Info menarik. Nanti boleh lah cuba. Di harap mudah la nanti
Terima kasih boss..
Video terbaik...nk ty bagaimana cara nk puspakom kereta yg lebih 3 tahun tak hidupkan roadtax.. document apa perlu di bawa
Pertama..kena pergi JPJ.. semak blacklisted jika ada (sebab tak masuk test puspakom untuk kereta yang afa evp)
kedua.. tempah pemeriksaan Puspakom untuk pengesahan identiti kenderaan.. Dah siap boleh bawa laporan puspakom tersebut untuk menghidupkan roadtax..
Assalamualaikum abg Pilot One.....Pemeriksaan Khas B2 dgn pemeriksaan berkala? mana lagi susah?
Wsalam tuan..yang susah tu bila kita tak paham prosedur 😅😅😅
@@pilotonechannel bang kalau kita nk daftar kereta baru buat grab, perlu ke batalkan EVP?
Jangan batalkan dahulu...cuma mohon evp untuk kereta baru..dah dapat evp tu, baru batalkan yang lama.,
@@pilotonechannel Kalau kita dh batal EVP.....lepas tu kita nk apply EVP baru, apa akan jadi? lama tak bang amik masa? sbb ada kawan tanya, dia dh kluar kete baru dan berminat nak buat grab balik 😊
pilot one , kereta saya ad retak cermin depan panjang 1 kaki cmtu tp bkn memanjang membulat , kene tukar cermin dulu tk agk2 atau masuk je puspkom?
Terima kasih atas pertanyaan anda..untuk cermin yang retak adalah sebaiknya tuan menukar dahulu cermin tersebut sebelum masuk test...
Ini kerana, cermin yang retak tersebut akan memberi kesan pada keputusan kelulusan tersebut...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
ok2
Salam, saya nak tanya. kereta baru setahun dan nak cancel evp, perlu puspakom & jpj ke sebab roadtax masih AB. terima kasih
Salam pilot one, nak tanya ni soalan lurus bendul sikit, roadtax mati pergi puspakom main redah jee boleh kan ?
Boleh2 tuan.. Jalan lurus don belok2.. 🤣🤣 Apa2 pun hati2.. Jangan jumpa dengan abam jpj dah la.. 😅😅
Assalamualaikum pilot one.. nak tanya kalau pemunya kenderaan ada di luar negara, dan saya hanya ada ic photostat dia sahaja, boleh ke saya tukar status di jpj?
Wsalam...rasanya urusan tu agak SUSAH untuk dibuat..melainkan ada ic original pemilik asal..
@@pilotonechannel oh maksudnya dalam video ni En Pilot one bawa ic pemilik kenderaan ke jpj la kan.. tetapi jpj tidak perlu ambil thumprint pemilik kenderaan?
Ya..betul tu..
Terima kasih info tuan pilot
Sama2 bossku..
Assalamualaikum tuan, sy nak tanya, sy ada tambah speaker box dlm kereta. Perlu ke sy cabut semua wiring speaker tu semua sebelum masuk puspakom?
Wsalam bossku.. Speaker box di dalam bonet tak perlu cabut... Boleh masuk test macam biasa
Thank you tuan.
Sama sama bosku
Puspakom check brake juga kah pemeriksa B2?
Tuan boleh tengok semua detail dalam video..
Saya lihat video habis tiada check brake kan tuan
Memang tiada 😁😁
Salam pilot one. Nak tanya ni. Kereta saya asal kilang brek blakang tu drum. Tapi skarang dah modi tuka disc. Agak2 puspakom kacau tak?
Wsalam tuan.. Rasanya kalau bukan spec asal akan jadi masalah ... Tapi kalau ikutkan modi yang baik tu tak mengapa..
Tuan boleh mencuba nasib dahulu untuk masuk test.. Jika tak lepas, terpaksalah tuan masukkan balik spec ori...pilot one doakan agar tester tu bagi lepas masa masuk test tu nanti.. 😁😁
Dah test dah pilot one. Tak lepas. Jalan terakhir. Matika evp je 😅. Tu je la lepas dari kluar modal byk
Alamak... Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan tuan
Salam bro pilot one..kalau ade lebih Dr 1 evp..kena dapatkan smua surat pembatalan dri syarikat ehailing atau 1 shaja..
Wsalam..Kena dapatkan semua bossku..
salam tuan pilot..saya tolongkan kakak ipar je buat evp ni..dekat description tu nk tulis apa bang?
Wsalam... Tuan tulis apa2 yang patut.. 😁😁 Jual kereta atau apa2 yang dirasakan perlu.
@@pilotonechannel ahhaha..wokey2..baik..sb agak nk tulis mcm tu jugak tapi takut kene kekoh..hahaha..tq ye tuan
Ha. Ha.. Takpe2..
@@pilotonechannel Salam Tuan. saya dh dpt email dr grab yg dia dh bg surat pengesahan pembatalan permit vp serta borang jpj. so skang kena tggu 5 hari dulu baru boleh buat booking dengan puspakom kan?
Ya betul tu tuan.. Untuk langkah selanjutnya boleh tengok video yang disediakan dari A sampai Z... I. Allah akan jadi mudah nanti..
Urusan jpj pada skrg dah rumit,Bukan senang..submit photostat ic,geran,Surat batal evp Dan form k8,pegawai suruh balik rumah tunggu call dari jpj dlm masa 3hari berkerja tapi tunggu seminggu pun takde call dari jpj putrajaya....utk runner memang senang prosesnya..haha..paham2 la...
Uish... Banyak betul birokrasi kalau macam tu... Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan segala urusan...
Banyak rakan2 yang buat urusan tu sendiri.. Dan kebanyakkan mereka berjaya membuat penukaran status pada hari yang sama... Tanpa menggunakan Runner...
Apa pun, pilot one doakan semoga urusan tuan nanti dipermudahkan...
Cube cari jpj yg tak ramai org...
Sy hari tu gi jpj kat N9 sbb jpj wangsa maju ramai sgt..
Alhamdulillah tak ramai org,,walk in cakap nak wat itu ini terus settle..
Terbaek....
Hi, dalam sistem jpj berapa hari akan ditukar dari kepada persendirian
Boleh tengok video sampai habis..
TERIMA KASIH ENCIK P1
SAYA INGIN BERTANYA JIKA KERETA SAYA DAH TUKAR RIM ADAKAH AKAN MENJEJASKAN UNTUK PEMERIKSAAN PUSPAKOM BAGI KATEGORI TUKAR KEGUNAAN.
SPORT RIM DAH TUKAR KE SAIZ LEBIH BESAR CONTOH 13 KEPADA 14
Salam.sekiranya road tax & insurans sy expired julai 2022.boleh ke sy nk buat urusan puspakom & jpj ni sekarang?
Wsalam.. anda tak dapat membuat urusan jpj dan puspakom dalam masa terdekat.. Ini kerana jarak masa untuk anda renew puspakom tersebut masih jauh lagi...
Untuk memperbaharui puspakom serta roadtax, anda boleh berbuat demikian dalam tempoh SEBULAN sebelum puspakom & roadtax anda tamat...
Inu hermakna, anda dapat membuat semua urusan tersebut di dalam atau pertengahan bulan Jun yang sebaik baiknya... Semoga info ini dapat membantu anda...
@@pilotonechannel tetapi sy telah isi form cancellation evp.masih boleh digunakan ke untuk akan datang semasa bulan jun
Ooo..boleh2...
salam. saya nk tanya kalau kereta ad kemek sikit tak pa ka??
Takpa..
Penerangan yg jelas.terima kasih
Sama sama tuan..
Dh dpt surat cancel evp kena tunggu lima hari sblm masuk puspakom
Hello blh tanya saya baru lepas puspakom utk ehailing tapi roadtex ydk dapt d keluarkan kerana atas nama isteri
Untuk keluarkan roadtax... Sesiapa pun boleh, asalkan ada surat kebenaran dari owner asal untuk kenderaan ehailing...
@@pilotonechannel tapi saya p JPJ 5 kali dah balik keluar maklumat pemilik ehailing berbeza dgn maklumat pemilik kenderaan saya pemandu ehailing pemilik kenderaan isteri saya
Hmm..masalah juga ya kalau macam nie.. 😅😅
assalamualaikum bos.. ada contoh tak borang JPJ/K8 yang dah di isi? saya kurang paham nak isi borang tu..
Wsalam tuan... Untuk borang jpj k8 tu tuan cuma perlu isi detail kenderaan tuan sahaja mengikut apa yang diperlukan... Bahagian yang tak perlu sila abaikan..
Selepas itu di bahagian status penukaran/kemaskini maklumat kenderaan.. Tuan cuma tanda pada bahagian "TUKAR STATUS/KELAS KEGUNAAN" sahaja...
Ini kerana tuan melakukan perubahan pada "status" sahaja dari kenderaan ehailing menjadi kenderaan "persendirian" kembali..
Kita tidak menukar jenis BADAN dan MUATAN atau yang lain2 yanv tak berkenaan.. Cuma di bahagian STATUS KEGUNAAN sahaja yang berubah....
Diharap info ini dapat membantu tuan dan rakan2 yang lain..
@@pilotonechannel baik.. terima kasih atas info yg di beri..
Sama sama tuan.. Semoga dipermudahkan urusan tuan nanti..
@@pilotonechannel in sya ALLAH tuan...
Salam bang pilot one..utk pemeriksaan pembatalan ehailing ney..blh buat d mana2 cawangan puspakom ke?
Salam kembali.. Ya Boss.. Mana2 puspakom boleh boss..
satu lg bang..kalau roadtax dgn insuran dah mati..blh ke proceed utk pembatalan evp..?sbb sy kira lepas settle puspakom baru nak renew insurans..terima kasih atas reply yg cepat ...
Boleh .tiada masalah.. sebab pembatalan evp tiada kena mengena dengan roadtax serta insurans...
@@pilotonechannel ok..terima kasih atas info..done like and subsribed...
Terima kasih tuan..
Salam bang nak booking jpj nak pilih yang mana untuk hidup kan lkm ke
Pilih bahagian pembaharuan LKM
Salam pilot one. Urusan di JPJ. IC owner kereta xda sebab jauh xdpt nk ambik. Pakai salinan boleh x
Salam kembali.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Berkenaan masalah tuan di mana, tuan tidak mempunyai ic original owner kenderaan tersebut... Tuan boleh menggunakan salinan ic.
Bagi memudahkan urusan tersebut, buatlah 1 Surat perjanjian antara owner kenderaan dan juga tuan sendiri..
Dalam surat tersebut menyatakan bahawa OWNER MEMBERI KUASA/melantik TUAN untuk membuat urusan tersebut di JPJ dan PUSPAKOM..
Di harap info ini dapat membantu tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan nanti... Terima kasih..
@@pilotonechannel Tq Pilot one .
Sama sama sahabat...
Sy nk tukar dari status ehailing ke kenderaan persendirian. B2 memang chk tayar, brake, suspension semua ke... Ingat tak nak buat apa apa dah.. Sebab nak jual kereta...
Semua info ada di dalam video tersbeut
Hye bro nak Tanya sy nak batal evp masa batal evp Kena pilih yg mana ye Dan sy Guna bezza 2017 sy dh tak nak buat grab sebab sy mula cari kerja baru pada masa untuk puspakom Dan jpj sy Guna runner untuk cepat Kan process
Hello... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Untuk proses pembatalan evp... Anda boleh memilih alasan dan option seperti berikut :
Ingin menjual kereta / kenderaan..
Alasan ini banyak di guna pakai oleh owner yang ingin membatalkan evp mereka...
Terima kasih atas pertanyaan anda dan semoha dipermudahkan urusan anda itu nanti ..
Ok tq bro sy Guna Alasan yg untuk proses batal evp nanti
Terbaek bro...
boss klau lmpu abs kdang menyala kdang x cmner eh..da g betul pon same je cmtu
Berkenaan lampu abs yang selalu menyala tu... Mungkin kerana masalah sensor tersebut...
Untuk selesaikan masalah tersebut.. Anda perlu bertanya dengan Pomen yang selalu servis kenderaan anda...
Ada kemungkinan ianya sekadar habuk atau air telah menjadi penyebab sensor tersebut terganggu...
Apa pun terus berhubung dengan mekanik dan Pomen anda..terima kasih.
Kat form booking inspection puspakom B2 tu dia Tanya sebab untuk inspection. Nak pilih apa ye? Tukar hak milik? Tukar kegunaan?
Tukar kegunaan pun boleh...kalau nak jual..tick 2 sekali
Salam pilot one,awak boleh buatkan urusan ni semua??
Wsalam... I.allah kalau saya boleh...semua orang pasti boleh buat .. 😁😁
Salam hai abg p1, nk tnya utk cancellation evp kalau msuk puspakom .. sy pkai honda jazz and bwah bumper tu mmg dh ad lampu brek kelip2 rsa rsa lepas x utk ujian khas ? Sbb msa ujian berkala lampu kelip kt bumper tu xlepAs. Mntk beri keterangan trima ksih..
Untuk pemeriksaan khas B2.. Selalunya faktor lampu led yang berkelip2 tu jarang di ambil kira..
Paling penting dalam pemeriksaan tersebut adalah number pengenalan dan oengesahan identiti kenderaan itu yang lebih penting..
Jika boss rasa tak lepas.. Lebih baik boss cabut dahulu wayar lampu tersebut.. Lepas test pasang balik.. Itu lebih selamat..😆😆
@@pilotonechannel okay boss..mantap .. satu lg klau lampu brek belakang sbelah kanan mcm ad retak sikit tp xbsar ok ka boss?
i.allah okey, selagi lampu tersebut berfungsi..
Bang,
Ada buat service runner kan?
Camne nak upah abang.
Boss stay di mana ya boss.
@@pilotonechannel
Gombak selangor.
Uish.. Jauh nau... Ha.. Ha..
@@pilotonechannel
Hahaha.
Ada member area sini?
Maaf tuan ..kat sana tadak contact . 😅😅
Assalamualaikum pilot one.. Sya ada soalan nk tanya.. No evp kan ada 2, kita kena ambik yg mna 2,no evp induk atau no evp sub
No. Evp adalah yang ada no nie.. GRB...
bro...dalam app Puspakom pemeriksaan khas...dalam tu nak pilih yg mana...tukar kegunaan ke???tlg abg..buntu
Ya.. Masih dalam kategori pemeriksaan ehailing > pemeriksaan khas > Tukar kegunaan..
@@pilotonechannel terima kasih byk2 abg... terjawab dgn pantas...abg pnya conten dpt membantu kami yg dlm kesulitan... semoga diberkati Allah SWT..tq abg
Amin.. Teirma kasih .. Semoga dipermudahkan urusan tu nanti.. 😉😉
assalammualaikum pilot one nak taya kalau masuk puspakom untuk pemeriksaan bekala nak kena ada insurans ehailing ke..tq
Wsalam tuan ... Untuk masuk test, memang kenderaan perlu ada insurans... Kalau jadi apa2 di tengah jalan confirm menangis tak berlagu nanti...
Assalam abam pilot..sy owner kereta..kereta sy ada cina buat ehailing..tp cina itu telah meninggal dunia..mcm mana sy nak batalkan ehailing tu yea nk tuka kpd knderaan prsendirian
Wsalam tuan... Untuk membatalkan evp tersebut tuan perlu call pihak E-Hailing tersebut untuk membuat proses pembatalan...
Jika tidak, kereta tuan masih lagi menjadi kenderaan E-Hailing san bukan kenderaan persendirian biasa..
@@pilotonechannel Oo abam pilot ade no fon pihak E-Hailing..sy dh cube google tp no fon semua tak boleh digunakn..
Memang kena call atau direct ehailing Centre
@@pilotonechannel baik2 trm kasih abam pilot atas bantuan 🙏🙏
Sama sama tuan..
pilot one nk tnya , saya cuba nk buat pembatalan evp sy taip cancel evp grab di google dn sy click link yg pertama isi mana yg bole pastu bila tang reason tu ada 3 je , sbb acc permenant deactive , kete dh lebih 3 tahun atau , kereta sold , cmne nk buat sebab ketiga2 tiga tu bkn sbb sy nk batal evp .. mohon pencerahan
Tuan boleh pilih saja option menjual kereta tersebut dan ianya tiada masalah.. Dan semua step berkaitan tuan boleh rujuk video yang disediakan.. Terima kasih.
ok pilot one terima kasih
Sama sama sahabat ..semoga dipermudahkan urusan itu nanti..
Salam bang, kalau saya baru daftar tapi belum hadir kelas psv dan lain lain.. kalau batal ada pape effect tak? Akaun tak aktif lg
Wsalam tuan...kalau acc tuan masih tak aktif lagi bermakna tuan masih tak mempunyai evp...
Untuk itu kenderaan tuan masih lagi berstatus kenderaan persendirian dan bukannya kenderaan ehailing...
Jadi anda tak perlu membuat sebarang pembatalan dalam pada masa ini...
@@pilotonechannel ouhh terima kasih tuan, sbb class psv 2/7/22.. sya ada inform agent untuk batal buat grab car. Sebaik takde effect. Thank you
Assalamualaikum..sy nk tanye..klu ni Evp hilang camne nk dapatkan blik no tu..De cara x..sy nk renew xboleh..ni evp hilang
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk mencari EVP sesebuah kenderaan, anda perlu berurusan dengan pihak APAD..
Disini anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak APAD... Setelah membuat temujanji, anda boleh memeriksa rekod evp kenderaan anda di dalam sistem APAD...
Anda boleh mengetahui apakah jenis permit yang telah didaftarkan termasuklah syarikat EHO yang terlibat... Dari situ anda boleh memohon pembatalan permit melalui EHO terbabit...
Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
Klau Ade kemik kemik kena repair dulu ke tuan..
Kemik sikit2 tak0a boss.. 😁😁
salam pilot one, nak tanya waktu urusan di JPJ, kena bawak ic original owner tu, tak boleh bawak ic photostat owner ke ? atau memang kena bawak sekeping ic original owner ?
Memang perlu ic original owner
@@pilotonechannel tq bos
Sama sama tuan..
salam abg, masa urusan di jpj tu kita nak tukar terus pemilik baru sebab kereta nak jual...boleh ke?
Wsalam...Boleh. Tapi dengan syarat.. Masa di puspakom anda kena buat 2 ujian, B2 dan B5 dalam masa yang sama...
bang idup roadtax shj brape bang....lepas inspection Puspakom
Bergantung pada jenis dan cc kenderaan anda...
Salam pilot one, sy punya puspakom dh lama tamat, sb kereta dh xleh buat ehailing. Klu sy nk g puspakom utk tukar status kereta, adakah sy akan Kena bayar denda rm150 sb tukar selepas expired?
Lepas tu dlm app puspakom, di ruangan di category - vehicle type - usage class nk letak apa ye.
Wsalam tuan.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk kenderaan yang mssih mempunyai permit...memang diwajibkan masuk pemeriksaan puspakom mengikut tarikh yang telah ditetapkan ..
Kegagalan untuk melakukan pemeriksaan tersebut memang akan menyebabkan anda akan dikompaun/denda yang perlu di bayar di jpj...
Memandangkan kenderaan anda tidak boleh membuat ehailing lagi, disarankan anda memohon pembatalan evp pda pihak eho..
Selepas mendapat surat pembatalan evp dari eho, and apeku tunggu selama 10 hari dari tarikh pembatalan tersebut barulah anda ke jpj...
Di jpj, anda perlu bertanya status kenderaan anda di dalam sistem mereka adakah proses pembatalan evp telah didaftarkan dalam sistem jpj atau belum..
Sekiranya sudah, abda boleh membuat bayaran kompaun terlebih dahulu sebelum anda boleh memohon tarikh pemeriksaan puspakom..
Ini kerana, proses membuka blacklist data mengambil masa.. Untul itu disarankan anda membuat booking puspakom selepas 2 hari anda melalukan proses pembayaran kompaun di jpj..
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
@@pilotonechannel yeker. Silap la booking puspakom dulu nie. Ingat kan bayar di puspakom denda tu. Bayar jpj Hari yang Sama dengan masuk puspakom lepas ke?
@@pilotonechannel Dan Kalau Kita g juga puspakom, dorg proceed tak. Ke burn gitu je duit booking Kita?
Kalau sistem jpj dah lepaskan boleh saja masuk..yang jadi masalah takut sistem clearance blacklist tu ambil masa yang lama... Lepas tu pergi puspakom sistem masih tak update... Lansung tak boleh masuk test..
Tapi harap2 semuanya okey..better tuan tanya pihak jpj dahulu boleh masuk test atau tidak...
@@pilotonechannel baik tuan. Tq penjelasan tuan. Terbaik
salam abg pilot one. saya nk tnya kalau kereta tak smpai 3tahun lagi kena pergi puspakom jugak ke? mohon bantuan abg pilot one. terima kasih byk
Nak masuk tahun ke 3 memang kena pergi puspakom... Itu yang Pilot One sedia maklum sebelum nie..
Tak tahu la pulak kalau syarat dah berubah.. 2 tahun pun ada yang masuk puspakom dah sekarang nie..
kereta saya 1 tahun 4bulan dah. 4bulan tkde roadtax😂😂, ansuran sambung dah.
Rasanya tak perlu masuk puspakom lagi..
@@pilotonechannel terima kasih atas info nya abg pilot one 👍. semoga dimurahkan rezeki amin.
Amin.. Terima kasih..😁😁
Bro..TQ Ur tip and I dah pass B2...so next step masa JPJ... insurance i kena renew dulu atau ..? insurans i Sep due date and road tax mati bulan 5..so mana i kena buat....
Terima kasih atas sokongan anda... Tahniah kerana lulus pemeriksaan B2..
Memandangkan anda ingin menukar status kenderaan, untuk langkah seterusnya, anda terus ke JPJ dan mengisi borang JPJ-K8..
Jika anda masih mempunyai insurans yang sah sehingga bulan SEPT... saya cadangkan supaya anda beli insurans tambahan sehingga bulan MEI 2022.
Untuk itu, saya mengesyorkan anda menggunakan kenderaan itu sehingga bulan MEI dahulu... .
Apabila tiba tarikh roadtax expired, barulah anda ke JPJ untuk renew roadtax setelah anda membeli insurans tambahan. Ini akan melayakkan anda membuat roadtax untuk tempoh setahun bermula MEI 2021 Sehingga MEI 2022...
Dan jika anda mempunyai masalah kewangan.. Anda boleh meneruskan membuat roadtax dengan insurans sedia ada.. Tetapi roadtax yang anda dapat sehingga SEPT 2021 sahaja..
Pilihan di tangan anda... Diharap info ini dapat membanti anda dan rakan rakan yang lain.. Terima kasih..
Assalamualaikum pilot one..sy nak tnya..kalau kereta kita dlm keadaan lowerd dan rim yg kita pakai tu bersaiz 15/8jj, adakah lulus jika buat pemeriksaan puspakom B2?
Wsalam bossku... Untuk masuk test nie seboleh2nya biarlah semua dalam keadaan baik dan mengikut spec asal...
Untyk rim pula, apa apa henis rin dibolehkan, asalkan mempunyai saiz yang sama dan juga rim tak keluar dari fender..
Penggunaan absorber sport atau kenderaan dalam keadaan lowered tu tak pasti pulak sama ada boleh lepas atau tak.. Nak kena masuk dulu baru tahu..
Boss nnti kalau dh buat pemeriksaan kereta bgitau ye.. sbab sy pon pakai spring sport jugak termasuk rim .. kalau lepas roger2 balik..
@@ahmadsyahmi1779 ok bossku
pilot one terus pi jpj walk in ka? ka kena temujanji jugak jpj
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Di masa MCO ini.. Semua urusan di jpj adalah dengan temujanji sahaja dahulu... Untuk walk in, masih belum dibuka sepenuhnya lagi
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Info berguna. TQ
Terima kasih.... Sharing is caring.. He.. He..
Kalau dah tukar spring spot buleh ke lepas? Minta pencerahan
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk masuk test puspakom... Seboleh bolehnya biarlah kenderaan anda dalam keadaan asal (stok)..
Ini bagi memudahkan urusan dan semoga test tersebut berjalan dengan lancar..
Menggunakan spring sport memang tak menyalahi undang2.. Namun ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada tahap kelegaan tayar dan penumpang ketika memandu...
Pilot One tidak berani untuk mengatakan yang masuk test menggunakan spring sport tu salah... Namun anda boleh saja untuk mencuba..
Apa pun pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan itu nanti..
Dalam booking puspakom tujuan pemeriksaan nk pilih yang mana ya khas tukar kegunaan ke??
Dalam booking puspakom tujuan pemeriksaan nk pilih yang mana ya khas tukar kegunaan ke??
Untuk proses pembatalan evp tersebut, anda boleh memilih option seperti berikut :-
Kategori :
E-HAILING > PEMERIKSAAN KHAS
Tanda di bahagian berikut :
**TUKAR KEGUNAAN - Tukar status.
**PENGESAHAN IDENTITI - Pengesahan num. Chasis dan Enjin..
Jika anda ingin menjual kenderaan anda, anda boleh terus tanda di :
** TUKAR HAKMILIK. (Jual beli)
Anda boleh melakukan ketiga tiga pemeriksaan di atas dengan sekali urusan dan 1 bayaran sahaja...
Diharap info ini dapat membantu anda... Terima kasih..
salam pilot one,
nak tanya pasal rim mesti tukar kepada size dan rim asal ke?
kalau nak lulus?
Untuk rim..boleh saja guna rim sedia ada. Ini kerana proses pemeriksaan pembatalan evp tak lah sesusah test berkala...
Jadi, pemeriksaan yang dijalankan hanya untuk pengesahan identiti kenderaan saja...Namun jika anda ragu2, anda boleh menukar/sewa rim asal tersebut terlebih dahulu...
Pilot One doakan semoga dipermudahkan urusan test tu nanti.
Salam abg nak tanya.. kalau assesories Dalam kereta macam : tempat letak fone yg nak tengok map Tu pastu carpet kaki kene keluarkan ke.. tak boleh Ada ke sebelum pegi puspakom
Wsalam.... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk aksesori dalaman kereta tak perlu dikeluarkan.. Biarlah ianya dalam keadaan macam tu... Asalkan semuanya dalam keadaan kemas dan teratur...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
Salam bang ..kalau nak tukar ke pesendirian puspakom kereta rendah boleh kaa mcm lowerd sikitt tpi tkdk laa teruk sngt boleh ka?
Boleh cuba try .. Nak cakap pun tak kena.. Kalau tak lepas kena masuk lain.. 😅😅
Salam tuan nk tnya skit,untuk test puspakom,slip pengesahan temujanji puspakom dan taxinvois puspakom nk kna print x?
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Untuk pemeriksaan PUSPAKOM tersebut.. Apa yang tuan perlu ada sebelum masuk test adalah, tuan hanya perlu menunjukkan screenshot atau salinan QR Code temu janji sahaja..
Tak perlu print out.. Tetapi kalau tuan nak buat pun boleh juga... Paling senang, tuan tunjuk sahaja booking kod dari handset tuan tu sendiri.. Itu pun dah memadai...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
@@pilotonechannel trima ksih byak atas info....sy akan trus sokong channel ini...
Maaf tuan,1 lg sy nk tnya,msa ke puspakom tu,salinan atau photostat IC dan geran perlu bwa jugak x?
Semasa berurusan dengan puspakom... Apa yang perlu ada adalah... GERAN ORIGINAL dan juga QR Code temujanji sahaja....
Salinan / geran copy adalah tidak akan dilayan sama sekali oleh pihak puspakom...
Terima kasih kembali tuan..
Salam encik pilot one, ada beberapa soalan nk tanya
1. saya dh dapat surat pembatalan daripada grab, cuma mycar saya masih tak terima lagi saya x pasti ada ak evp my car ni tapi pernah buat rasanya mycar, berapa lama akan dpt respond dari pihak mycar?
2. berkenaan puspakom, saya tak pasti kadar ketelusan cahaya pada tinted kereta? macammana ya? saya perlu cabut dulu tinted atau pergi masa inspection puspakom tu kalau x lepas baru cabut boleh ke mcm tu?... please advise encik pilot....
Wsalam.. Untuk masalah anda yang pertama, anda disaarankan membeli butiran kenderaan di jpj.. Anda dapat melihat secara terperinci jenis evp yang ada...
Dan untuk soalan no 2.. Anda boleh rujuk video yang saya buat ini..bagaimana cara mudah untuk lulus puspakom.. Harap info ini dapat membantu anda.. 😁😁
Salam Bang Pilot One sekiranya masuk puspakom adakah jenis no.pendaftaran turut ditekankan semasa pemeriksaan
Nak senang dan mudah kita buat ikut sop yang ditetapkan.. 😁😁
@@pilotonechannel bang utk urusan di JPJ boleh ke kita hantar wakil juga sepertimana urusan di puspakom selepas lulus
Boleh.. Ikut saja step seperti di dalam video yang disediakan
@@pilotonechannel nice ur da bestt
Mekasih bossku..
kenapa saya kena tunggu masa yg lama untuk APAD batalkan permit saya..dah hampir dua minggu saya tak boleh lagi renew roadtax
Pilot One doakan semoga dipermudahkan segala urusan tuan..
Salam Abg pilot
Wsalam..
Sy ni x fhm cara2 nk mohon pembatalan evp grab...maklum lh..org putih slow ckit nk baca..huhu
Saya pun tak paham.. 😅😅 Kita mkn belacan ja..
@@pilotonechannel abg belacan mahal...huhu
🤣🤣🤣
Salam. Bang. Saye dah puspakom tukar milik ke persendirian dahulu. Baru submit form untuk batal evp. Takpe ke? 😅. Roadtax dh mati tapi insurans hidup lagi sampai 31 ogos. Macam mane ye.
Result Puspakom jangan lebih dari sebulan... Sebab nanti dah tak valid..
Untuk urusan lain, tuan boleh teruskan ikut step dalam video...
kalau tinted depan tuan tak nak cabut agak2 lepas tak puspakom lagipun tinted depan dah mcm aquarium
Boleh cuba..habis kuat kena masuk test sekali lagi.
Assalam abg pilot one.,
Maaf nak tanya, kalau kereta ada kesan eksiden di bahagian bumper depan (pecah sikit bumper bahagian fog lamp), boleh ka masuk pemeriksaan khas B2.? boleh lulus tak.?
Terima kasih..
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Berkenaan isu anda yang mana mempunyai kesan kemalangan di bahagian bumper hadapan, dan adakah ianya memberi kesan di dalam pemeriksaan khas tersebut.. Berikut adalah jawapan dari pilot one...
Untuk pemeriksaan khas, apa yang dititik beratkan di dalam pemeriksaan ini adalah, mengenal pasti adakah kenderaan tersebut mempunyai butiran yang sama seperti di dalam geran..
Untuk itu bahagian yang selalu dititik beratkan ketika pemeriksaan adalah nombor chasis, nombor enjin serta kesan sambungan pada kenderaan tersebut...
Sekiranya kesemua detail tersebut adalah betul, % untuk lulus adalah tinggi... Berkenaan isu terdapat sedikit kesan kemalangan, selalunya ianya tidak menjejaskan apa2...
Anda boleh sahaja masuk pemeriksaan tersebut sekiranya kenderaan anda tidak terjejas teruk...
Walau apa pun, pilot one mendoakan semoga dipermudahkan urusan dan semoga anda lulus pemeriksaan tersebut...
@@pilotonechannel Amiinnn...Terima kasih byk abg pilot one..
Sama2...
Hi Bro. Aku ada satu masalah. selepas siap puspakom dan sudah dapat surat aku pergi ke jpj minta cancel. tapi jpj sana cakap grab i tak online.
Boleh Pilot bertanya... Adakah anda membuat pemeriksaan puspakom sebelum dapat surat pembatalan evp.. Atau setelah mendapat surat tersebut?
@@pilotonechannel selepas dapat surah email dari grab baru pergi ke puspakom
Assalamualaikum..mcm mna sy nk buat pembatalan evp sbb akaun sy dh suspend..skrg sngkut,X boleh renew roadtax.
Wsalam.... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda
Untuk membuat pembatalan evp.. Anda boleh klik link ini :
help.grab.com/driver/en-my/360035976491-E-hailing-Vehicle-Permit-(EVP)-Cancellation
Masukkan semua detail tersebut... Pastikan anda mempunyai email yang sah... Proses pembatalan evp mungkin mengambil masa sedikit..
Memandang di musim MCO ini semua urusan adalah terhad... Kemungkinan masa yang di ambil sekira 3-8 minggu untuk urusan tersebut berjaya...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..
@@pilotonechannel selepas isi...yg dekat bhagian click here Tu..kna download ke borang Tu?
Terima kasih pilot one atas video yang sangat jelas.saya nak tamya kalau tindted bahagian belakang sisi dan belakang berapa peratusan ketelusan cahaya yang lepas tuan?sebab sy pemandu grab selalu buka smua tinted setiap kali masuk puspakom.cermin hadapan memang tak boleh ada tinted langsong ke?
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan dari anda...
Maaf kerana lambat reply... Untuk % ketelusan cermin sisi dan belakang sebenarnya tiada had.. Tapi cukuplah sekadar memadailah.
Tak perlu gelap sangat pun sebenarnya... Cukuplah sekadar daoat menyejukkan keadaan dalaman kenderaan...
@@pilotonechannel maksudnya cermin sisi kiri dan kanan belakang 95% tak perlu buka la?so berapa peratusan yang lepas utk cermin windscreen hadapan dan kiri kanan hadapan?berapa peratusan yang dibenarkan?kalau ujian handbrake dan ujian break tu benda yang sama ke?
Untuk tinted bahagian belakang terpulang pada anda untuk guna yang berapa % kadar kegelapan...
Cuma untuk bahagian hadapan, jika nak masuk test PUSPAKOM adalah dinasihatkan supaya buka semua tinted..
Ini untuk memudahkan urusan test tesebut.. Kadang2 kita beranggapan yang tinted tersebut cerah dan mungkin lepas. Tetapi hakikatnya tidak...
Sebab kita sendiri tak dapat mengukur % tinted tersebut.
Untuk ujian handbrake, ianya termasuk sekali dalam ujian brek tersebut.. Jika brek kaki ditekan ketika brek test tidak memuaskan... Handbreak akan digunakan untuk menilai % brek.
Brek tangan ini selalunya membantu untuk brek tayar/gandar belakang sahaja.. Jika brek tayar belakang gagal, ini bermakna handbrake anda pun akan gagal dan tidak berfungsi dengan sempuna.. Diharap info ini dapat membantu anda..
Salam abg pilot one,borang JPJK8 tu perlu isi kesemuanya ker? Lpas tu msa nak ke puspakom perlu bwa ic,geran original dan surat pembatalan evp je ker?
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk borang JPJ K8 tu, kita tak perlu isi di semua bahagian.. tuan hanya perlu isi bahagian/ruangan yang disebelah kiri sahaja.. Iaitu di bahagian yang berkenaan.
Ini kerana di bahagian / ruangan di sebelah kanannya pula adalah ruangan mengenai berita gandar apa semua itu hanya untuk kenderaan kategori berat sahaja...
Ya.. Untuk urusan test di puspakom, dokumen yang perlu anda bawa adalah.. IC ORI, GERAN ORI, SURAT PEMBATALAN EVP + QR CODE TEMUJANJI PUSPAKOM...
Diharap info ini dapat membantu anda dan rakan rakan yang lain... Semiga dipermudahkan urusan tuan itu nanti.. Terima kasih..
@@pilotonechannel trima bnyak atas pencerahan...
Tp 1 soalan lg sy nak tanya tuan,klau tarikh puspakom dan roadtex sy tamat tempoh macam mana ya?sebab pkp ni kan puspakom xbuka dan kebetulan pula tarikh roadtex dan puspakom sy tamat tempoh 23/6/2021 ni,jdi boleh ker p test puspakom untuk pembatalan evp lpas tamat tempoh roadtex n puspakom?
Memandangkan sekarang kita berada di dalam PKP 3.0.. Ianya tiada masalah.
Apa yang penting, jaga keselamatan diri terlebih dahulu.. Mengenai pemeriksaan puspakom tu, tuan boleh masuk bila semuanya dah okey...
Memandangkan roadtax tuan hampir expired untuk ke puspakom, tuan tak perlulah risau.. Apa yang tuan perlu buat adalah tuan hanya perlu MEMBELI INSURANS sahaja pada hari tuan ingin masuk test tersebut...
Ini akan menguntungkan pihak tuan, ini kerana, jika tuan lulus pemeriksaan itu, tuan boleh terus ke JPJ untuk membuat penukaran status sekaligus boleh keluarkan roadtax baru..
Diharap info ini dapat membantu tuan nanti, terima kasih..
@@pilotonechannel trima ksih byak atas info yg diberi,smoga allah membalas jasa baik tuan,amin...
Salam abg pilot...klau tinted blakang tu takat berapa ketelusan cahaya yg dibenarkan?
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Berkenaan tinted di bahagian belakang.. Anda boleh letak antara 30-50% kadar ketelusan cahaya..
Senang cerita, ikut suka dan kehendak kita.. Tepuk dada.. Tanya selera.. He.. He ..
Semoga info ini dapat membantu anda.. Terima kasih.
Nak tanya.. Kalau pernah tukar bush blkg bg tinggi ckit ok ke x ok nk msuk puspakom..
Tukar Bush spring ka... Selalunya ianya tiada masalah.. Cuma, daya tekanan pada tayar mungkin kurang sebab kurang tekanan..
Salam pilot one..sy nk batalkan evp..evp expired bulan 7/21..roadtax expired bulan 7/21..insurans bulan 1/22 tahun depan..adakah slepas buat pembatalan evp dan puspakom kene renew insuran balik?atau slepas lulus puspakom,teros pergi jpj untuk hidupkan roadtax shj?mintak pandangan dr pilot one ye..trime kasih .
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Untuk membatalkan evp anda, anda boleh mengikuti langkah berikut..
1. MOHON dahulu pembatalan evp.
2. TUNGGU surat pembatalan evp..
3. BOOKING TARIKH pemeriksaan puspakom & jpj pada hari yang sama SELEPAS 5 HARI dari tarikh KELULUSAN EVP...
4. Memandangkan insurans anda masih ada sehingga JAN 2022.. Anda tak perlu membeli insurans tersebut..
5. Jika anda ingin MEMBELI/EXTEND INSURANS anda pun tiada masalah... Ini akan menguntungkan anda..
6. Masuk TEST seperti biasa dan buat penukaran status dan BUAT ROADTAX pada hari yang sama...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih dan pilot one doakan semoga dipermudahkan urusan anda itu nanti..
Trime kasih pilot one dgn jwapan anda..clear..sgt membantu..slamat maju jaya bro..
Alhamdulillah.. Saya sekadar membantu apa yang saya tahu... Sharing is caring... 😁😁
Apa pun semoga dipermudahkan urusan tu nanti... 😉
@@pilotonechannel isu saya sama seperti isu di atas. terima kasih byk abg pilot one, semoga rezeki abg dipermudahkan.
Semoga di permudahkan urusan kita semua... Amin..
As salam pilot one..nk tanya, kalo bulb headlight(kecik+besar) dan semua bulb signal dan reverse light sy dah tukar ke bulb LED, boleh lepas ke puspakom?
Wsalam... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Berkenaan pertanyaan anda yang telah menukar lampu kenderaan kepada bulb jenis led... Untuk penggunaan lampu senja, lampu belakang dan juga signal serta aksesori dalaman selalunya dibenarkan...
Akan tetapi, penggunaan lampu LED untuk headlight dan penggunaan lampu HID/LED putih selalunya ia memerlukan surat kelulusan dari pihak JPJ....
Ini kerana pengguna lampu headlight LED tersebut bukanlah dari spesifikasi asal kenderaan tersebut...
Walaupun pemasangan lampu LED tersebut memang terang dan membantu dalam pemanduan, namun ianya masih tertakluk kepada undang2 bagi menjamin keselamatan pemandu lain ...
Jika anda rasa was was... Anda boleh menukar dahulu lampu headlamp anda kepada yang asal sebelum masuk test tersebut....
Apa pun, Pilot One doakan agar urusan test tu nanti dipermudahkan dan anda lulus dengan jayanya.... Terima kasih...
@@pilotonechannel alhamdulillah..tq pilot wan kerana sudi menjawab pertanyaan sy..trima kasih byk2 ats info nya..moga pilot wan diberkati..aminnn..
Amin.. Terima kasih kembali...
Salam,bang bagaimana klu owner yg buat mycar dh meninggalkan boleh saya atau wakil yg buat pembatalan evp
Wsalam tuan.. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Untuk melakukan pembatalan evp, hanya owner @ tuan punya kenderaan sahaja yang dapat melakukan urusan tersebut bagi pihak pemilik evp....
Di dalam kes tertentu, pemilik evp tidak dapat dikesan ataupun telah meninggal, pemilik kenderaan boleh memohon pembatalan tersebut bagi pihak dirinya sendiri...
Namun, jika pemilik kenderaan telah meninggal dunia.. Urusan tersebut memerlukan kaedah perundangan terlebih dahulu... Hanya mereka yang berhak atau pewaris sahaja yang dibenarkan melakukan urusan pembatalan tersebut dengan menunjukkan dokumen2 yang berkenaan..
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih...
Askum bang nak tnya klu pakai kereta atas nama syarikat boleh daftar tak grabdriver?
Wsalam.. selalunya kereta atas nama syarikat nie susah sikit nak daftar. Sebab pemilikan kenderaan adalah syarikat Dan bukan individu..
Tuan nak tanye, saya nak buat appointment menerusi Aplikasi puspakom. pada bahagian inspection nak pilih mana satu ya untuk pembatalan EVP. 1.Khas 2. Arahan JPJ 3. Tukar milik -Persendirian Motokar 4. Sewa beli 5.Pemeriksaan Sukarela 6. On board diagnostic.
Pilih kategori E-HAILING - pemeriksaan khas - tukar status...
Salam abg pilot one. Kalau lampu blkng tinted lepas tak masa di puspakom? Satu lagi, no plat kereta kne tukar yg standard ke?
Salam kembali... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Mengenai lampu belakang yang ada tinted, ditakuti ianya akan menjejaskan kecerahan fungsi lampu tersebut dan ianya boleh menyumbang kepada faktor kegagalan...
Walaupun pada zahirnya lampu itu bernyala ... Tetapi ianya mungkin di anggap malap oleh tester tersebut dan akhirnya akan menyumbang kepada faktor kegagalan kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan..
Sama juga dengan number plate, jika number plate Kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang betul.. Ditakuti ianya akan menyumbang kepada kegagalan ketika proses pemeriksaan dilakukan...
Disarankan ketika menjalani pemeriksaan puspakom tersebut, kenderaan haruslah mengikut spesifikasi yang ditetapkan..
Diharap info ini dapat membantu anda dan rakan rakan yang lain, terima kasih..
@@pilotonechannel okay terima kasih atas info
Terbaik bang pilot. Berguna sgt video ni. TQSM
Terima kasih atas sokongan anda... Pilot One hargai sangat2... Terima kasih kembali..
As salam Tuan. Kalau nak mintak tolong tuan uruskan bagi pihak ketiga boleh tak? Kalau boleh bagaimana nak berhubung dengan tuan?
Wsalam tuan... Tuan ada dekat area mana ya...
@@pilotonechannel , sekitar Seri Kembangan, Selangor.
@@rajakamarulabidin5280 maaf tuan..di luar kawasan liputan.. 😅😅
@@pilotonechannel maaf tn pilot nk tanya kalau kawasan Shah Alam ?Seksyen 25
Maaf tuan..saya kurang jelas dengan ayat tuan nie. Apa maksud tuan ya..😅😅
Hi abang, kereta baru belum 3 tahun lagi batal EVP kena pergi puspakom ? Bila register i grab i tak pergi sebab kereta bawah 3 tahun.
Untuk batalkan evp memang kena masukkan pemeriksaan puspakom bossku.. Walaupun kereta anda berusia setahun..
Salam,
Bang, mcm mana nk contact APAD utk ensure dkt APAD n JPJ system dh update ye?
Saya call asyik xde yg angkt je
Wsalam tuan.. Untuk lebih mudah.. Tuan pergi sahaja ke apad.. Tanya f2f dengan mereka itu yang terbaek ..
@@pilotonechannel terima kasih. 🙂
Sama sama tuan... Semoga dipermudahkan urusan tu nanti....
Handbrake puspakom cek detail macam nak ambik roadtax ehailing
ke boss?
& Perlu buat balancing/alignment ke?
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda...
Berkenaan dengan pemeriksaan handbrake, selalunya ia berkait rapat dengan % brek pada bahagian belakang....
Seandainya handbrek anda berfungsi dalam keadaan baik (tarik tak tinggi?) itu maknanya, vrek belakang anda juga dalam keadaan baik...
Namun sekiranya handbrake tersebut perlu di tarik tinggi, bermakna brek bahagian belakang juga mesti mempunyai masalah...
Namun, untuk pemabtalan evp ini.. Kenderaan tersebut tidak akan dibawa masuk untuk pemeriksaan brek..
Begitu juga untuk balancing dan allignment tayar... Pemeriksaaan pembatalan evp ini tidaklah seketat pemeriksaan berkala ehailing...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih...
Salam bang.. tinted dekat atas kepala driver tu kena cabut x?
Tak perlu bos... Boleh je guna asalkan itu bukan sticker..
@@pilotonechannel yeayyy abg pilot one reply.. saya punya kereta bukan sticker tapi tinted utk menghalang panas atas kepala .. windscreen tiada tinted .. cuma bahagian atas sikit tu sahaja ada .. harapnya lepas puspakom ni…
I. Allah tuan... Akan dipermudahkan segala urusan tersebut... 😁😁
di jpj hntr tkar sttus dlm sstem kn..tkde ape2 pmeriksaan ke dri jpj
Semuanya ada dalam video yang disediakan..😁😁
Salam pilot one, nak tanya lepas settle step puspakom perlu call apad sebelum ke jpj ke atau boleh terus je ke jpj?..terima kasih
Wsalam.. Tuan boleh follow step by step dalam video yang saya disediakan.. I. Allah akan dipermudahkan urusan tuan nanti..
Salam bang.borang jpjk8 tu bahagian mana yg Kene isi? Tolong reply ..tq
Boleh terus ke jpj...nanti mereka akan bantu
Salam Tuan...
ada soalan... Tinted cermin depan selalunya kita letak tinted tebal bahagian atas cermin tu gelap untuk elakkan silau matahari.. tu dibenarkan ke atau kena tanggalkan juga?
Terima Kasih.
Salam kembali... Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan anda..
Untuk tinted di bahagian atas cermin adalah dibenarkan asalkan ianya tidak melebihi 6 inchi atau melebihi 30% dari saiz keluasan cermin anda...
Untuk info pilot one juga menggunakan tinted dibahagian atas... Tetapi tinted yang pilot one gunakan adalah dalam bentuk bukan sticker...
Namun jika anda rasa was was.. Anda boleh saja membuka tinted tersebut sebelum masuk test tersebut...
Diharap info ini dapat membantu anda.. Terima kasih..