SYAHADAH TOK KU PALOH (Jejak Ulama Nusantara)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ก.ย. 2024
  • Nama : Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus.
    Gelaran : Tok Ku Paloh, Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikhul-Islam Terengganu
    Lahir : 1235 H / 1817 M
    Meninggal Dunia : 1335 H / 1917 M
    Tok Ku Paloh adalah salah seorang ulama yang masyhur di Terengganu pada zamannya. Adapun Syahadah Tok Ku Paloh ini adalah perincian maksud dua kalimah syahadah yang dikarang oleh beliau sendiri.
    Moga-moga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mencucuri rahmat keatas-Nya. Amin ya Rabbal Alamin
    (SYAHADAH TOK KU PALOH)
    أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلاَّاللَّه
    Ertinya aku ketahui dan aku i’tiqad dengan hatiku, dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku, akan bahawa sungguhnya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripadanya, dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepadanya, lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaannya, dan Maha Suci Ia daripada segala kekurangannya, dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi nya, lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan baginya.
    Dan tiada menyamai Ia pada Dzatnya dan Sifatnya dan Af’alnya akan seseorang, maka ialah tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang ‘Ulwinya dan yang Suflinya, lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan, dengan kekerasan takluk Qudrat dan Iradatnya, maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah pemerintahan-Nya, dan tiadalah jenis ‘Itirat bagi seseorang jua pun akan kehendaknya.
    أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَسُولُ اللَّه
    Dan aku ketahui dan aku i’tiqad dengan hatiku, dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku, akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah, dan pesuruhnya kepada sekalian makhluk lagi bersangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengannya, dan daripada Tuhannya.
    Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu membenar akan dia dan mengikut akan dia, dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia, maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia.
    Mudah-mudahan memberi Taufiq akan kita oleh allah bagi sempurna mengikut akan dia, dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya, dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup akan dia akan segala hukum syariat-Nya, dan memati ia akan kita atas agamanya dan menyempurna ia akan kita serta perhimpunan-Nya.
    Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin, Amin.

ความคิดเห็น • 15

  • @andiadid4704
    @andiadid4704 2 หลายเดือนก่อน +1

    Alhamdulillah. Terima kasih. Izinkan saya amalkan. ❤

  • @megatserama3825
    @megatserama3825 3 ปีที่แล้ว +3

    Subhanallah wabihamdih...💝
    Allah humma Sholli Ala Sayyidina Muhammad 💝
    Ya Robbi Sholli Alaihi Wasallim 💝

  • @ruwhiLuqman6
    @ruwhiLuqman6 3 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah ada.. semoga yg upload sentiasa dlm Rahmat Allah dan di murahkan rezeki

  • @antoantozz9613
    @antoantozz9613 3 ปีที่แล้ว +1

    Aamiin

  • @andimralam3003
    @andimralam3003 4 ปีที่แล้ว +5

    subhannallah..alhamdulillah..ulama..yg menyejukkan hati..smg di rahmati allah..alfatiha..buatmu guru ulama..yg di berkahi allah..

  • @syedizzudinashrafsyedmuzza3481
    @syedizzudinashrafsyedmuzza3481 2 ปีที่แล้ว +1

    Syurga buat abi

  • @aqilzamri7439
    @aqilzamri7439 4 ปีที่แล้ว +2

    Laa ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

  • @lemang4636
    @lemang4636 4 ปีที่แล้ว +5

    dulu zaman zuhud... skrg zaman kebendaan, sekular, syirik kahfi.. semua berasal dari democracy... habis terbatal syahadah.. kita hidup mesti berhubungan dgn banks dan fiat money.. terbatal syahdah... fasik, munafik dan musyrik..

    • @dragonez380
      @dragonez380 3 ปีที่แล้ว +1

      Jangan pinjam laa dgn bank..apa susah..jangan amik mrnantu fasik..ko pun jgn sembang je pandai..

    • @lemang4636
      @lemang4636 3 ปีที่แล้ว

      @@dragonez380 Yg diperintahkan untuk dibuat amalan itu perkara wajib dan sunat (kiranya wajib telah sah).
      Perkara haram, makruh, harus dilarang dibuat amalan. Kalau dibenarkan pun sesekali saja atas sebab² dibenar syarak.
      Cth. Pegang wanita bukan mahram sebab nak selamatkan dari lemas. Hukumnya harus... kalau hari² pegang wanita bukan mahram amacam? Jatuh haram.
      Makan gaji hukumnya harus.. tapi kalau dah makan gaji puluh² tahun harus ke?
      Rasul pun 25 tahu dah besara, sebelum tu kan ke Rasul pena keja dgn org..? pergi skolah jadi bodoh.. communist, socialist.. byr cukai, byr utang riba.. nak look rich.. biar papa asal bergaya..

    • @dragonez380
      @dragonez380 3 ปีที่แล้ว

      @@lemang4636 ko samakan rasul dengan kita..laaa..berat sgt dah ko ni..belajar mana dik

    • @lemang4636
      @lemang4636 3 ปีที่แล้ว

      @@dragonez380 what about these?
      Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
      Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).

    • @dragonez380
      @dragonez380 3 ปีที่แล้ว

      @@lemang4636 makan gaji harus tp makan gaji puluh² tahun harud ke..apa benda ni ko merepek

  • @zarahere47_
    @zarahere47_ 2 ปีที่แล้ว

    syahadat tokku untuk tokku...sy ada syahadat sy...tidak bergantung ia kpd sesiapa..dan tidak berkehendak ia kpd sesiapa jua...