Haji 1444H | Masjid Ibnu Abbas dan riwayat hidupnya.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ต.ค. 2024
  • 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛
    Episod 3️⃣7️⃣ - Masjid Ibnu Abbas (Abdullah b. Abbas) di Kota Taif.
    Kali ni untuk trip ziarah luar, kami dibawa ke Taif. Sebuah bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi kira-kira 3 jam dari Mekah. Di kiri kanan jalan terdapat kebun-kebun sayur dan buah-buahan.
    Tetapi tidaklah sehijau di Cameron Highland. Kelihatan perkampungan arab dan ladang-ladang ternakan unta juga biri-biri.
    Semakin dekat dengan Taif mula kelihatan perumahan-perumahan elit, universiti, tangki-tangki air dan kedai-kedai yang lebih besar. Suatu yang mengujakan adalah banyak kawasan rekreasi keluarga, taman tema air, restoren atas bumbung dan taman-taman bunga.
    Kami menuju ke Masjid Abdulah b. Abbas. Destinasi pertama lawatan tersebut. Suhu agak dingin, walaupun matahari terik namun tidak berpeluh.
    Abdullah b. Abbas adalah sepupu Rasulullah SAW. ketika Baginda tilantik menjadi Rasul, beliau masih lagi kecil. Kelebihan beliau adalah boleh mencatat sesuatu perkara dengan baik.
    Sehinggakan setiap kali ada mesyuarat dari kalangan sahabat, beliau akan dipanggil sama mesyuarat untuk mencatat perbincangan tersebut. Itulah sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam sehingga mendapat gelaran Tinta Agama.
    Doa Nabi Muhammad pada Ibnu Abbas r.a
    اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
    (Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)
    “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
    Beliau meninggal dunia pada usia 72 tahun di Kota Taif. Di Masjid Abdullah bin Abbas, terdapat sebuah perpustakaan dan pintu gerbang.
    Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami singgah ke kedai membeli madu. Madu Taif memang sedap. Tapi kena cari yang asli.
    Video ini adalah rakaman semasa mengerjakan haji 1444H
    ------------------------------------------
    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat datang ke Channel Rizal Abd Rahim.
    Subscribe itu PERCUMA : bit.ly/30TEOlb
    Melalui channel ini, saya akan kongsikan perkara-perkara yang saya dan anda gemari terutamanya dalam bidang akademik temasuklah:
    Kejuruteraan Awam,
    Pengacaraan,
    Motivasi & LDK, dan
    Vlog perjalanan ke tempat-tempat menarik.
    Diharapkan melalui channel ini dapat memberi manfaat buat semua.
    Terima kasih kepada yang telah subscribe Channal / rizalabdrahim .

ความคิดเห็น •