SPM 2020 | MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI MADINATUL HUFFAZ

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ก.ย. 2024
  • Assalamualaikum wbkt tuan puan sekalian. 🤗
    .
    Alhamdulillah, kami kongsikan video montaj Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) calon Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) yang sedang berlangsung saat ini dan akan melabuhkan tirai pada 15 Mac 2021 kelak. 😊
    .
    Alhamdulillah, seramai 11 orang Duat mengambil peperiksaan di pusat yang pertama iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu manakala seramai 40 orang Duat mengambil peperiksaan di pusat yang kedua iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak (SEMERBAK) 😉
    .
    Sebanyak lapan mata pelajaran yang diambil oleh semua murid iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains, Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Al-Quran As Sunnah, Matematik dan Sejarah. 😊
    .
    Alhamdulillah setakat ini, semua Duat telah melakukan sehabis baik dalam setiap mata pelajaran yang berlangsung. Mohon tuan puan sekalian mendoakan agar perjuangan mereka dipermudahkan dari awal hingga ke akhirnya dan dikurniakan kejayaan yang tidak disangka-sangka. 😉
    .
    Dengarkanlah sendiri perkongsian barisan Duat dan guru mereka dalam menghadapi cabaran menjawab peperiksaan dalam suasana pendemik Covid-19. ☺️
    .
    Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz, Maahad Khaadimul Ummah. 🙂
    Facebook : / madinatulhuffaz
    Instagram : / madinatulhuffaz
    Web : tahfizmadinatu...

ความคิดเห็น • 1

  • @ieda486
    @ieda486 2 ปีที่แล้ว

    beruntung plajar2 ni...smoga kamu smua berjaya d dunia dn d akhirat kelak.👋👍🏼