QASIDAH SYAMAIL RASULULLAH (USTAZ NEEZAM AL BANJARI)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)
    Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.
    Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.
    Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.
    Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)
    Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.
    Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.
    Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”
    Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
    #QasisahSepanjangZaman

ความคิดเห็น • 13

  • @babyanne-h1j
    @babyanne-h1j 7 วันที่ผ่านมา

    Jazallahu ana sayyidina Muhammadan sayyidina Muhammadan ma huwa ahluhu 🌹🌹🌹🌹🌹💗💗🌹🌹

  • @babyanne-h1j
    @babyanne-h1j 7 วันที่ผ่านมา

    ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD WASOBI WASALIM WABARIK 🌹🌹🌹💗🌹

  • @قمر-ظ3ض
    @قمر-ظ3ض 3 ปีที่แล้ว +9

    اللهم صل على سيدنا محمد :' 😭💕

  • @azliromali7325
    @azliromali7325 3 ปีที่แล้ว +6

    Allahumma shalli a’la muhammad

  • @alhubbujanazahirul9481
    @alhubbujanazahirul9481 ปีที่แล้ว +3

    Syamail HABIBULAH
    Lelaki yang agung berjanggut lebat
    Dadanya luas penuh hikmah hebat
    Putih warnanya tersangat cerah
    Bercampur merah nun berseri indah
    Berjarak gigi Baginda yg dihadapan
    Sangat jelas indah tersusun pertuturan
    Putihnya bersinar putih menawan
    Terpukau di saat melihat senyuman
    Jelas meluas iris pada kelopak
    Mata Baginda sangat indah bercelak
    Putih dan hitamnya sangat melepak urat darah halus alir jelas menampak, Ya Rasulullah
    Tebal keningnya tersusun rapi
    Umpama busuran panahan nun jawi
    Tulang belakang tegak berdiri
    Kuat berjuang berhubung sendi sendi
    Rambut hitam likat, minyak berkah disapu
    Rapinya tersikat tak melebihi bahu
    Berikal mayang tidak lurus kaku
    Takkan berbayanh mukjizat Nabiku, Ya Habiballah
    Hidungnya mancung umpama pedang
    Terhunus dibawah cahaya siang
    Dahinya terang bagai rembulan
    Memecah hening dari kegelapan
    Lehernya jinjang putih dan bersih
    Bagaikan perak yang jernih
    Sempurna akhlak fizikal dan akal
    Ciptaan terindah Allah Azza Wa Jal
    Laju melangkah saat berjalan
    Kepada Allah percepat larian
    Uluwwul himmah kuat bertenaga
    Zuhud melangkah walau tubuhnya sasa,
    Ya Habiballah
    Bersuara merdu sebaik suara
    Pastikan merindu jika.mendengarnya
    Walau beribu kan pasti bergema
    Indah suaramu hati merasa syahdu
    Ya Habiballah. 💚

  • @Along_82Along_82
    @Along_82Along_82 3 หลายเดือนก่อน

    Allahumma solli A'ala Sayyidina muhammad

  • @NorAishah-d9p
    @NorAishah-d9p 3 หลายเดือนก่อน

    Bes lagunya saya suka nasyid ❤❤❤

  • @alhubbujanazahirul9481
    @alhubbujanazahirul9481 ปีที่แล้ว

    Rindu 💚😢

  • @salamsukadengarsalashamhit7012
    @salamsukadengarsalashamhit7012 2 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah

  • @singagila6392
    @singagila6392 2 ปีที่แล้ว +1

    💚

  • @yanieabkarim
    @yanieabkarim ปีที่แล้ว

    😭❤😭❤😭❤😭❤😭❤

  • @alhubbujanazahirul9481
    @alhubbujanazahirul9481 ปีที่แล้ว

    😢💚

  • @arissaazman8778
    @arissaazman8778 หลายเดือนก่อน

    ❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤❤❤❤