Selalu youtuber klau vid 30 minit pon aku dah boring, tapi brader ni cara dia cerita mcm ada aura. Rasa khusyuk dengar. Mungkin sebab mmg ikhlas nk share ilmu
Mudanya ko bro.. bangga tgk. Penuh ilmu. Humble bila bercakap... wpn aku bkn trader ke apa2 psl forex ni, tp aku buleh tgk sampai habis. Saja nk knowledge. keep it up.
Alhamdulillah.. bertanya pada orang yg ahlinya.. thanks for shedding light. Aku doa kalau forex ni tk baik.. jauh kn.. kalau baik dekatkn.. and aku jumpa vid ni.. thanks Hanzo. Barakallahu feik..
@@ashrofsukiman4159 ilmu pun kalau cara nak dapat benda tu meragukan tetap haram bro....lavarage lah....beli matawang lah... Cammon...judi pun ada ilmu...kalau kita pandai kita boleh jadi kaya dengan berjudi...kat usa banyak je pro gambling boleh buat duit...adakah benda tu halal bro... Boleh jawab x...
@@farredzul 100% untung tu susah sebab kita ni manusia & hamba kepada yang Maha Esa. Jadi dalam hidup, kita hanya mampu Merancang, selebihnya Allah Swt yang menentukan segalanya untuk kita.
Bagus penjelasan yg Hanzo cuba terangkan apa selama ini menjadi kekaburan. Yg penting tidak terjerumus kpd 3 perkara tersebut insyallah...semoga memberikan barakah kpd semua trader ya.
Forex trading ni haram bukan sbb judi guys. Tapi sbb memperdagangkan mata wang. Bila dagangkan mata wang, akan ada unsur riba. Penjelasan lebih lanjut, boleh search dkt utube. Ust Zaharuddin ada explain. Harap min x padam komen saya😁
Tengok video ust itu ini...banyak semua video ustaz sy dh tengok...tapi semua ada harus ada kata haram...so bercanggah...kajian sy...ia harus...jika ia ada bercanggah...apa2 Allah SWT maha mengetahuai...
@@EasyWan bro when trading MONEY must commit two things which is VALUE must be same and ON THE SPOT. Forex mostly speculation and have a delayed. Delayed should be Harus when involve BIG AMOUNT OF MONEY. Thats all
Ini nasihat untuk kita 2 semua... Kalau kita bertanya hukum... Biar pada ahlinya... Jangan ambil hukum berdasarkan pendapat... Ambil hukum sesuatu dari ahli yang berilmu... Antara wang dan keredhaan tuhan... Itu pilihan kita.....
Assalammualaikum.Kalau tiru master trader macammana pulak. Kita letak duit untuk dilabur di forex. Master yg buat investment bagi pihak kita sbb kita sendiri tak pandai trade. Jadi Master yg buat semua..saya tinggal tunggu untung sahaja. Boleh tak camtu.
Fx ni pun satu pekerjaan,,, dan tiap2 pekerjaan tu boleh jd halal haramnyer juga.. bg aku klau korang makan gaji yg korang rase halal tp keje asyik menuang jer, tipu claim sana claim sini so kerjaya korang juga jd haram atas perbuatan sendiri.. ayam pun haram dimakan kalu x disembelih.. tp atas perbuatan sembelih, halal dimakan.. tu ustaz dasuki bgtau kena belajar ilmu tasawuf supaya kenal mane yg hak dan yg bathil.. andai tahu maka sekalian perkerjaan perbuatan itu adalah ibadah mengabdikan diri kpd pencipta yg mutlak.. dlm forex bnyk yg korang boleh nilaikan diri korang sendiri tamak ke,, xde keyakinan ke.. sgt beremosi ke n mcm2 lg.. so cari kelemahan dan perbaiki diri.. sekadar pandangan..
@@faridismail9919 bukan hukum orang bang, hukum trade forex. Macam hukum perkara-perkara baru seperti matawang kripto, yang dihukum tu perbuatan yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Memang benar dalam perniagaan bermula dengan hukum harus Forex juga dalam perniagaan itu Cuma atas perbuatan kita yang menyebabkan perkara perkara yang haram itu berlaku
Salam tuan. Selamat berkenalan. Saya Naziman Azlye, trader yang sudah berehat lama. hahahah. Dulu saya aktif trade saham Malaysia. Tapi saya banyak belajar ilmu TA dari trader forex sebab bila google pasal TA, kebanyakan yang keluar tu ilmu TA instrumen forex atau mengajar tu trader forex. Saya sendiri ramai kawan muslim trader forex, selalu lepak sama-sama, cerita pasal trading, cedok ilmu TA sesama sendiri tapi instrumen kami trade lain-lain. Jadi saya tulis ni bukan la mahu paksa terima pendapat ka atau cari gaduh ka. Hanya mahu berkongsi apa yang saya belajar dan cuba tunjuk sesuatu dari perspektif lain. Pasal judi ni, berdasarkan apa yang saya belajar, judi dalam ilmu muamalat Islam bukan la bermaksud berserah kepada nasib atau tiada ilmu apa yang dibuat seperti maksud judi dalam melayu. Contohnya kita memperjudikan nasib kita sebelum peperiksaan ataupun interview. Tak study, tak mengkaji. Terus terjah. Perbuatan tu dalam bahasa melayu memperjudikan nasib, tapi dalam Islam tak haram. Contoh kes istilah alim. Orang kita biasa panggil orang yang selalu ke masjid, pakai jubah, pakai songkok/kopiah, kita panggil alim tetapi orang tu mungkin orang yang kuat beramal. Dalam arab, alim tu bermaksud orang yang berilmu. Orang seperti tu, mungkin lebih sesuai panggil orang soleh atau orang warak atau orang zuhud. Cerita tentang zuhud pula, orang melayu biasa panggil yang baju koyak rabak, yang nampak miskin, itu dipanggil zuhud, tapi dalam Islam orang yang kaya pun boleh dipanggil zuhud kalau harta yang dia ada semakin mendekatkan diri dia kepada tuhan, dunia bagi dia membantu untuk beramal bekalan hari akhirat. Berbalik kepada judi tadi, judi tu pertaruhan dari semua peserta dan setiap peserta terdedah kepada risiko untung dan rugi. Persoalannya, kalau kita trade saham yang patuh syariah tanpa ada apa-apa ilmu TA or FA, beli saja, adakah perbuatan tu haram kerana trade tanpa ilmu aka berjudi? Tidak haram sebab tu bukan judi yang Islam maksudkan tapi judi yang melayu maksudkan. Memperjudikan nasib. Persoalan lagi, kalau macam cerita God of Gambler tu, dia ada ilmu main kad, main poker, main pia pia fu. Atau macam dalam cerita Rain Man, pandai kira kad, ingat kad, ada ilmu main tu. Adakah perbuatan tu tidak berjudi sebab dia main dengan ilmu? Perbuatan tu haram sebab menepati kriteria berjudi dari sudut pandang Islam. Trading is about probability game. Walaupun kita ada ilmu TA yang banyak, kita masih takkan tahu 100% arah pasaran akan bullish or bearish pada masa hadapan dengan membaca chart pada masa lepas. Dengan ilmu yang kita ada, itu cuma tambah keyakinan kita untuk trade tapi belum tentu tepat pasaran akan ikut apa bacaan kita. Kita yang ikut market, bukan market ikut kita. Sebab tu dalam trade ada istilah cut loss. Logiknya kalau kita ada ilmu TA yang tahu arah pasaran, kenapa trader perlu belajar tentang cut loss, kenapa trader ada masa loss ada masa profit, kenapa trader perlu belajar tentang money and risk management. Itu bermaksud TA tak mengajar kita 100% tahu arah pasaran, kita perlu bersedia untuk cut loss kalau market tak sesuai dengan bacaan kita, kita perlu kawal kerugian dengan ilmu money and risk management supaya in the long run untung lebih banyak daripada rugi. Kalau TA tak mengajar kita untuk tahu 100% arah pasaran, adakah ilmu trading tu pula haram sebab dia tak ajar kita tahu 100% arah pasaran yang menjadikan bila trade seperti berjudi? Tapi kalau ilmu TA menjadikan kita berilmu dan tahu 100% arah pasaran, adakah bermaksud semua instrumen kita trade pakai ilmu TA jadi halal contohnya trade CFD, options, futures, stock? Trading tu pun bisnes. Adakah kalau kita buka gerai jual burger, kita yakin 100% kita akan untung? Kalau tak tahu akan untung atau tidak, adakah akan jadi haram buka bisnes tu? Bagaimana pula kalau buka bisnes yang haram contohnya buka bisnes pelacuran dengan ilmu, adakah perbuatan tu jadi halal sebab ada ilmu bisnes yang diapply? Mungkin timbul persoalan, takkan ustaz tu salah, takkan ulama tu salah, ini semua perbezaan pendapat, ini semua khilaf. Pasal ini, saya tak mahu komen. Sebab itulah diawal lagi saya cakap berdasarkan apa yang saya belajar. Cuma saya ada dengar-dengar gerakan yang cuba buat perjumpaan antara ustaz yang cakap forex itu haram dan yang halal. Mungkin forum mungkin debate. Tak tahu la cakap-cakap saja ka macam mana. Sebab setahu saya, ulama kewangan seluruh dunia cakap forex trading online tu haram. Kebanyakkan yang trade forex anggap tu halal semua berpegang dengan ustaz yang sama. Kawan-kawan saya yang trade forex pun sama. Jadi sebab pendapat ustaz yang anggap online trading forex tu halal berbeza dari pendapat ulama kewangan dunia, mungkin sebab tu ada cubaan gerakan-gerakan mahu kasi berjumpa semua. Akhir sekali, saya minta maaf kalau tulisan saya kasar, atau seperti provoke, atau seperti memperli, saya tulis dengan nada yang tenang dan saya baca berkali-kali sebelum publish comment sebab mahu elak tulisan saya dibaca dengan intonosi yang salah. Saya cuba ikut saranan tuan dalam description berkasih sayanglah dalam berdakwah dan bersilaturrahim. Jadi saya minta maaf lagi sekali yaa.
tak tahu pulak ada ijtihad ulama' seluruh dunia pasal forex yang sependapat..setahu saya takdak setakat saya research and research kebanyakkan ustaz2 di youtube banyak cakap haram..tapi ada mufti yang cakap harus..ada mufti cakap haram...saya baru nak belajar trade...masih lagi research dalam hukum hakam...cumanya takdak confirmation yang betul2 cakap haram..masih di tengah2...umpama khilaf pasal qadha solat yang ditinggalkan secara sengaja..macam2 pendapat ada..jadi bagus lah abg punya hujah tuh..saya seronok baca...abg cakap pun elok2. Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki selalu. Bab hukum hakam yang ada khilaf nih biar lah allah yang tentukan kelak..kesian jugak dekat trader yang pagi petang siang malam guna duit trade..kalau betul2 haram..mana lagi pendapatan diorang ...nak kena mula dari zero balik..moga kita dimurahkan lagi rezeki..Aminn
Teknikal analisis=(chart work/ilmu tentang carta / + leading indicator+lagging indicator+ price action+ chart pattern+ candlestick pattern) Fundamental analisis(ilmu ekonomi)= lagging economic data indicator+ leading econ data.. Sentiment analisis(pengetahuan tentang isu semasa sesebuah negara)= politik..perang..wabak..bencana Alam..perkauman Dan sebgainya Coincidence analisis(kebetulan)= isu y terjadi secara tiba2 berkaitan negara y disebb kn pemerintah Dan sebgainya(hidden hand) Money management(financial controlling) = cara jaga modal Dan berapa risiko y perlu diambil dlam setiap trade layak seorg usahawan menjaga kewangan perniagaannya.. ONLINE TRADER....Banting otak bukannya Banting tulang....
Ilmu dah ada teruskan lah dgn ilmu yg dikurniakan dari Allah ..paling penting di sini bila dah dpt duit tu untuk ape ia digunakan...cari lah keberkatan 2.5 %..setiap propitable yg kite Jana...byakn sedekah lgi ..baru lah berkat.
Definisi riba Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang jenis riba, jom kita fahami dulu apakah maksud riba. Dari segi bahasanya, riba bermaksud pertambahan dan peningkatan. Manakala dari segi istilahnya pula, riba bermaksud sebarang tambahan ke atas hutang akibat tempoh dan tambahan dalam urusan melibatkan item-item tertentu (ribawi). Item ribawi pula bermaksud item wang seperti matawang, emas dan perak dan juga makanan asasi seperti tamar, beras, garam, gandum dan barli. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa riba boleh terhasil daripada hutang dan juga jual-beli item ribawi. Bagaimana pula tu? Kalau nak faham lagi, jom teruskan pembacaan.
1. Duit BUKAN komoditi Duit adalah perantaraan (medium of exchange) & bukannya komoditi yang boleh di dagangkan (trade). Ulama-ulama hebat zaman dahulu seperti Imam Al Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Al Qarafi & Shaikh Taqi Usmani telah lama mengHARAMkan ❌ trade dinar (duit). Maksudnya tak boleh trade online, ini berbeza dengan keadaan di money changer/bank iaitu keperluan untuk menukar duit ke luar negara & dilakukan bukan bertujuan untuk trade mengambil untung (spekulasi). 2. Penjelasan mengenai Contract For Difference (CFD) Trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain), komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) yang menggunakan Contract For Difference (CFD) ni adalah HARAM ❌ sebab TIADA SERAHAN serta merta. Trader hanya ‘trade price’ currency, saham global, index atau komoditi (gold & oil) tu saja, maksudnya trade benda yang tiada di tangan & ini ada syubhah RIBA. Trader tak dapat & tak jadi pemilik currency, lot saham, gold & oil tu pun. Ini berbeza dengan FCPO dimana trader akan dapat stok minyak & berlaku serahan. 3. Adakah Leverage itu RIBA? Broker ada bagi Leverage seperti ‘pinjaman’ untuk trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dalam CFD, function Leverage ni untuk menggandakan modal dalam account MT4/MT5. Trader hanya deposit USD100 tapi boleh trade macam ada modal ribu/puluh ribu/ratus ribu USD modal. So Leverage adalah RIBA ❌, dengan adanya Leverage ini telah berlaku proses jual & beli dalam platform MT4/MT5. Ada hadis Nabi Sallallahualaihiwassallam melarang penggabungan pinjaman & jual/beli. Hukumnya adalah HARAM. ❌ 4. Penjelasan mengenai trade Saham Global Hukum trade saham global (Facebook, Starbucks, Apple & lain-lain) adalah Harus dengan syarat status saham tu patuh Shariah & cara trade sama macam trade kat Bursa iaitu kita beli lot saham & jadi sebahagian dari pemegang saham. Tapi kalau trade guna CFD & ada Leverage hukumnya HARAM sebab tak jadi pemilik lot saham, trader hanya ‘trade price’ saja & ada RIBA dari Leverage. 5. Penjelasan mengenai trade Index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) Selain dari index US Dow Jones, S&P500 & Nasdaq, ramai traders suka trade index FTSE 100 di UK, Nikkei 225 di Japan & Hang Seng di Hong Kong. Hukum trade index adalah HARAM sebab majoriti companies dalam index tu tidak patuh Shariah, trade guna CFD & ada RIBA dari Leverage. 6. Penjelasan mengenai Gharar Wujud Gharar (tidak tentu) terhadap identiti pemilik & operasi broker. Sebut saja nama broker hebat international & local broker yang ada di Malaysia ini & masing-masing claim ada lesen international tapi still ada kes duit deposit traders hilang secara tiba-tiba & rugi total mengejut. Ini kerana tiada panel syariah yang boleh memantau operasi broker tersebut. Broker boleh tipu traders anytime! 7. Bank trade forex? So kita pun boleh la trade jugak? Ada seorang Ustaz kata “bank pun trade forex”. Ya betul tu tapi conventional bank ❌ yang trade forex sebab bank tak kisah riba, hukum halal & haram. Tapi Islamic bank ✅ tidak dibenarkan trade forex sebab faktor duit bukan komoditi & ada panel Shariah yang control & monitor operasi bank tersebut. 8. Broker bagi ‘SWAP FREE’ account iaitu bebas riba? Ini point kecil & lebih kepada ‘kosmetik’ untuk menarik minat Muslim traders saja. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Biar pun broker owner tu orang Arab, orang Islam atau Ustaz mana pun tapi tetap tidak boleh mengubah hukum HARAM ❌ untuk point di atas. 9. Boleh trade & hukumnya halal yang penting dah buat teknikal analisis? Ini pun point kecil & bukannya ‘tiket’ untuk menghalalkan apa yang telah difatwakan haram. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Nak trade instrument yang patuh Shariah apa pun mesti buat teknikal analisis dulu, baru la tak jadi isu ‘gambling’. 10. Asal bagi sesuatu perkara adalah Harus Kaedah penuh yang disebutkan oleh Imam al-Suyuthi (imam mazhab Syafie) adalah “Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut)”. Berdasarkan hujah-hujah di atas, trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage jelas hukumnya adalah HARAM! 11. Fatwa Negeri Perak tentang forex adalah Harus? Maksud fatwa tu adalah untuk tukar duit di money changer/bank & bukannya untuk trading online yang jelas ada RIBA Leverage & CFD. 12. Apa kata Majelis Ulama Indonesia (MUI)? MUI sejak tahun 2002, telah lama keluarkan fatwa HARAM untuk trade forex online & HARUS untuk tukar duit di kedai money changer di airport, bank atau shopping complex. 13. Pendapat seorang Ustaz & Dr. Zaharuddin Ramai traders yang refer pendapat & hukum dari seorang Ustaz berkenaan isu ini tapi beliau bukanlah pakar dalam bidang Islamic Finance sebab tu pendapat beliau lemah. Dr. Zaharuddin adalah pakar dalam Islamic Finance ✅ telah menjelaskan hukum HARAM ❌ dengan hujah yang padu untuk isu forex trading, CFD & Leverage ini. Dengar pendapat kedua-dua belah pihak tu & buat la perbandingan & penilaian hujah. 14. Apa fatwa tempatan & international untuk isu ini? Rujuklah pada fatwa-fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, Majelis Ulama Indonesia (MUI), Fatwa dari UK, Australia, South Africa & Majma’ Fiqh Islam Sedunia berkenaan forex trading, CFD & Leverage ini. Semua sepakat hukumnya adalah HARAM ❌ selepas dibuat kajian yang teliti. Jangan pula kata fatwa dikeluarkan oleh mereka yang tak faham proses trading.
Alhamdullilah tuan. Dulu sya 4 tahun trade forex. Cari punya cari tak ada satu pun Fatwa yang cakap forex ni harus seprti yg forex traders kat Malaysia ni Claim. Dan seprti point point tuan tu forex ni penuh dgn gharar(ketidakpastian). Boleh jatuh judi sebab broker basket trading.Kebanyakanya dari luar negara. Tak ada Sekuriti atau panel syariah yg pantau. Alhamdullilah sya dh berpindah ke Bursa Saham. Follow Fatwa Dan Ulama selamat dunia akhirat.
Salam, ilmu tu luas. Pengalaman adalah satu ubat yg mujarab. Bual la sampai akhir Qalam. Saham, forex walau bentuk apa, ada risiko nya. High risk investment. Cepat lambat adala nama pelaburan tu. Pelajari la ia sebagai satu cabang ilmu duniawi. Judi dlm bahasa Gamble. Terang risiko nya berat. Dlm pegalaman saya very stressful. Pepatah kata mandi ta basah mkn ta kenyang. Tepok dada tanya selera.
Utk yg tak faham apa itu swap: Swap ni bayaran yg dikenakan broker bila kita hold position sampai besok. Setiap kali kita hold position overnight, akan kena bayaran swap. Harga depends on brokers. It will be a percentage of the lot size you use for the particular trade. To avoid swap, write in to the broker and request for shariah compliant account and waive of swap fees. Jgn eja “syariah”, takut broker tak tau syariah tu apa. Eja “shariah” 😊
Btul.. Klau xde ilmu main masok je market pastu letak lot tawu na untong je tpi xtwu price na pegi mane.. Dan btul jugak ustaz dusuki kate klau forex haram mksudnye duit yg kite smpan even islamic bank pon jadi haram la.. Simple+++
Isu leverage (pinjam& jual beli) dan isu qabd (pemilikan) tidak disentuh dalam video ini. Bagi saya terlalu awal mengatakan forex trading harus tanpa membincangkan isu leverage dan qabd dalam forex trading.
Sejujurnya kita tidak tahu pergerakan sama ada naik atau turun, dan itu bukan judi, jika kita buat analisa jika tidak lepas resistence atau support, berniaga pun sama juga, cth kita buka restoran invest ratusan ribu tapi kita tidak tahu akan untung atau tidak, semua tu kuasa Allah, jika rugi trading forex maka itu salah sendiri kerana tiada ilmu, sama seperti restoran jika tiada ilmu lingkup juga, riba hukumnya jika menukar emas dengan emas pada kadaran berlainan, 1 dinar emas hendaklah dibayar 1 dinar emas tidak lebih kurang tidak boleh lebih, tetapi 1 dinar emas boleh tukar Perak dengan kadar berlainan sama seperti ringgit dan dollar, pound dgn yen, riba hukum Yen dengan Yen pada jumlah yg berlainan
betulkah. bagaimana kita bisa jual barang jika kita tidak punya barang tsb? bagaimana uang kita bisa HABIS kalau beli sesuatu barang. Jika kamu tukar uang IDR ke Dollar. walaupun dollar itu anjlok sampai tidak ada nilainya tapi tetap kamu masih punya dollar tsb.
Biasa bng ramai x taw brniaga dlam dunia digital ne mmg akn ckp judi la otak kurng bkembang tue sy sndiri pnah fkir bgtu tpi slps kaji2 forex ne adalah cara beniaga x prlu modal bsar, tempat, sewa dn lain2 jdi sy skrg truskn mncari rezeki d sni salam profit untuk semua trader...
Alhamdulillah ,terubat sedikit sebanyak hati ini,sekian lama timbul seribu satu persoalan tentang Forex yg menjadi side income, mudahan kedepan dpt buat fulltime trade..( tekanan yg diberi oleh ahli keluarga,serta nak lepas terasa sayang..nk guna terasa bersalah yg sebelum ini tidak dapat pencerahan dari mna2 sumber) sebaliknya hya dikritik oleh golongan ilmuan yg ada kepentingan atau bukan dari bidangnya..minta share kpd pengkritik2 di luar sana.
Klik je dekat profile Hanzo, carik dekat dalam playlist. Carik play list bertajuk Siri Belajar Forex. Die ajar A-Z dalam playlist tu. Ade beberapa episod. Detail nak study graft, nk setting stop lost, semua ade dalam tu.
Betul tu bro..kaki hukum ni x tau apa pun..Trade ni..berdagang kena ada ilmu..kena ada modal..Judi modal ciput blh dapat besar..resiko pun kecik..klu pegi keje pun resiko..smpi tmpt keje bnyk melangok..tu mcm mna..Jalan terus Bro....
Pengalaman dan ilmu ada sama jalan..sy pernah lost 50k disebabkan kurang ilmu dan tak buat persediaan...doakan sy kembali ber FOREX dengan berilmu..tq bro..moga kekal dlam sabar dlam buy and sell
Forex trading ni haram bukan sbb judi guys. Tapi sbb memperdagangkan mata wang. Bila dagangkan mata wang, akan ada unsur riba. Penjelasan lebih lanjut, boleh search dkt utube. Ust Zaharuddin ada explain. Harap min x padam komen saya😁
Betul bukan judi..sya pon pernah pertahankan forex ni harus.. Tapi tiada badan syariah yg memantau broker2 forex ni... Lalu diri mencari ilmu lagi.. Dan saudara ada beri vedio rujukan ustaz dusuki.. Dan setakat ilmu sya.. Kita perlu merujuk basic ilmu yakni AlQuran & Sunnah.. Lepas tu pandangan ulama.. Jadi tuan saya sarankan dengarkan juga ustaz zaharudin.. Pakar dalam perbankan islam.. Penjelasannya pon jelas.. Ada dalil yg dibawa.. Bukan hanya memberi contoh seperti ustaz dusuki.. Pertimbangkan lah dengan akal.. Bukan dengan nasfu.. Moga Allah berikan saudara hidayah.. Amiiin
asmlkm.... boleh saya tahu mana nak dpt video ustaz zaharudin ttg forex.... sbb saya agak kesal gak la sbb bnyk yg mengatakan forex haram kerana xikut syariah dan juga riba... klau boleh saya ingin trade forex tanpa rasa ragu2 dan haram....
Ada garis panduan untuk trading online. Dan panduannya sangat ketat. 1)real broker run forex real money 2)guna duit sendiri 3)tidak guna leverage/margin.tiada istilah 1:200, 1:500. Hanya guna 1:1 sahaja. 4)spot transaksi . Paling lama dibenar 3hari. Cukup kriteria atas bertrading la dengan aman&tenteram. Yaaa sangat ketat kan.😊
Judi adalah pertaruhan tanpa ada tukaran, forex ni tukaran komiditi boleh rugi atau untung seperti perniagaan, sedangkan judi langsung tiada pertukaran cuma pertaruhan minimum 50:50,forex sma lah seperti barter kita menukar beras kepada kurma, atau tukar emas kepada perak, rugi untung bergantung kepada harga pasaran supply and demand
Ilmu yg hanzo explain tu, kiranya ilmu jangka masa hadapan lah.kita tak boleh tahu masa depan,tapi kita boleh rancang.. sebagai contoh, kalau kt KL sllu jalan jem, then kita dah tahu yg sekian2 jalan tu jem, then kita tahu ada jalan lain yg Mungkin tak jem. so kita akan rancang guna jalan yg tak jem tu.
Terbaik HANZO zaman skrang Susan nk cari pndptan lebih,nk meniaga,tngok lani berlumba2 org meniaga,kita trade bukan nk perjudikan duit kita,niat nk cari duit lebih,boleh Bantu pd yg memerlukan Dan zakat.
Non shariah compliance punya pelaburan bukan hanya berdasarkan perjudian (maisir) sahaja. Bagaimana pula dengan riba, gharar (ketidakpastian) dan sebagainya. Forex, bitcoin pelaburan yang sah, tapi tidak patuh syariah. Alcoholic beer adalah produk yang sah dijual di malaysia, semua orang boleh beli, tapi tak halal. So yang islam beli tu tahu lah apa hukumnya.
Riba dari segi mne? Closing position dari movement market adalah fix. Based on pips dan ada kira2. Gharar? Kita guna broker untuk dpt margin (kontrak) untuk masuk position dalam market dan lot merupakan jumlah yang kita laburkan pada sesebuah harga. Barangan yang halal tpi tk bercukai diharamkan. Kalau beli pun berdosa juga ke?
Soal Hukum, fatwa dah ada. Pendapat saya pula berdasarkan pengetahuan & pengalaman FCP: “It’s a ‘scam’ and one of kind of PONZI Scheme”. Siapa ada ilmu memang boleh menang/profit dalam game ponzi scheme ni. Fundamental and Technical analysis is a great thing to learn, aku pun belajar. But how we used and where we used it is important. Forex Trading exist to control/maintain FIAT currency value, not to gain profit from the changes of price of currency.
Bro boleh tolong kupas pasal org kata online trading ni haram sbb kita bukan trade real currency/commodities, tapi kita actually trade CFD (contract for difference) or derivative. which doesn't hold tangible/intrinsic value.
aku tak main forex...tapi kerja makan gaji je... bagi aku gaji aku pon ada yg tak halal sebab masa kerja aku mesti keluar makan kejap,,bila penat aku rehat kejap,,kdg2 ambil barang berlebihan dari tempat kerja untuk kegunaan sendiri hujung bulan aku dapat GAJI PENUH tanpa tolak masa aku rehat, pergi makan dan sebagainya...jadi jangan ingat makan gaji pon semua gaji tu adalah halal...
Betul bro setuju dengan cakap bro. Tapi pekerjaan bro tu halal kan? Kalau halal tu yang penting. Dan yang lebih menariknya Allah dah bagi cara bersihkan duit tu. Iaitu melalui zakat HARTA. Allah Maha Bijaksana, Maha Pencipta dia tahu kelemahan manusia depan belakang. All the best bro. Tapi usaha kerja halal bro tak boleh compare kan dengan forex. Sorry eh kalau terkasar bahasa
Cakap p la haram ke mereka tk kisah...sbb dh berjuta dh dpt beli rmh kereta mewah lg...tkkan nk berhenti jual nasi lemak pulak,mesti la bermatian nk kata jgk forex di harus....setengah org kata harus tp tk patuh syariah,maksudnya apa tu???? Tp bila terdetik dihati was-was,kena la tinggal benda tu...sbb dulu pun aku main jgk benda ni,tp bila ustaz tu kata kalu was2 harus ditinggalkan...mungkin tuhan nk uji kita dgn kesenangan...skrg Alhamdulillah ,bergantung harap dgn gaji 2k sebulan anak 2...mmg rasa rezki tu terlebih cukup... mungkin berkat dia tk sama bila dpt duit hasil forex,kita dpt 10k tp 10k masa tu mcm tk cukup lg....nk lg byk dan tk penah cukup
Platform yang betul..Broker yang betul.. Kumpul ilmu sebanyak yang mungkin.. untung rugi.. dah tertulis sejak sebelum lahir.. ..masih was-was ? cari benda lain buat benda lain.. xpyh slhkn sesama 🙂.. ..yang dah dapat jawapan.. terus ke video cgu Hanzo yg seterusnya 😊..
Nak bertanya,tanyalah dengan ahlinya..masalahnya,ramai yang bertanya dengan bukan ahlinya..contohnya nak tanya pasal bisnes..pergilah tanya dengan orang yang pakar pasal bisnes..ini tidak,pergi tanya ngan orang kerja makan gaji yang tak pernah buat bisnes..kan ke bengong camtu..
It is not that easy to jump to that conclusion. Trading what ever it is, physical or not, wheather we like it or not will involving "manipulation" and this is how it's exactly work. Org berniaga makanan viral contohnya dgn harga tinggi, pembeli boleh dianggap dimanipulasi jika tidak tahu menilai samada ianya berfaedah bg dirinya atau tidak. Dan kita tak boleh salahkan trader (peniaga) kerana keputusan utk membeli makanan tersebut adalah hak pembeli. Kita tidak boleh juga menganggap pembeli berjudi jika dia mendapati makanan viral tersebut hanya indah dari rupa. Ia sangat subjektif sebenarnya kerana akhirnya nanti kita sendiri yg menilai samada muamalah yg tersebut td adalah sesuatu yg bersifat manipulasi (pihak penjual), cuba nasib @ judi (pihak penjual dan pembeli), mahupun suatu penganiyaan (pihak penjual). Jika begitu keadaannya maka trading secara fisikal juga tidak ubah seperti online trading. Sebab tu hukum trading online ni ada khilaf berdasarkan kecenderungan ulama memahami isu ini.
Emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, harus sejenis dengan sejenis, sama dengan sama (berat timbangannya), dan daripada tangan ke tangan (secara tunai). Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripada tangan ke tangan (secara tunai).” (HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Dawud III/248). Berdasarkan hadis ni walau apa cara sekali pun nak cuba justify forex tu halal takkan terjadi. Bukan pasal trade takde ilmu, trade guna account islamic, bukan pasal trade tu main tikam jer. bukan pasal buka trade kena tutup paling lambat 3 hari untuk cuba justify spot trading. aku dah cari memang takde dan tak jumpa. kalau ada ustaz yang kata boleh hanya ada 2 sebab, bukan kemahiran utama dia dalam muamalat islam dan dia tak faham konsep forex trading. Apa saja dalil aqli yg cuba difikirkan memang takkan boleh melawan " tukar dalam masa yang sama" , "berat yang sama" dan "harga yang sama". Jadi aku tinggalkan forex.
(Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripada tangan ke tangan).....(usd dngn myr mmg x sama...emas dngn emas mmg kene same berat tp kalau emas dngn perak xde masalah) secara tunaikan terus masuk account invesment??...
@@coolfire4248 tuhan cipta langit takde tiang, siang dan malam, matahari dan bintang. Perkara pokok haram tu dah jelas. Tapi berkeras nak buat bagi halal buat mcm tu macam ni. Selamat berjaya diucapkan.
Bukan nak kata lah kosep forex ni bukan judi sbb dia bukannya dok taruh2 mcm spin ke apa ke yg berkaitan dgn judi , dia satu kerja yg kita sendiri kena buat dan berlatih untuk mahir sama je mcm korang kerja dkt mna2 syarikat akan ada sesi latihan untuk mahir dan kalau nk tanya sape boss dia mesti lah bank2 dan syarikat2 yg besar dan kalau rasa diri tu pemalas dan tahu nk duit cara senang korang xpayah nk trade forex sbb forex bukan untuk org yg mcm ni sama juga syarikat2 besar nk kalau kau tau nk makan gaji buta kau xpayah nk kerja dkt syarikat tu sbb tu syarikat tu xkn ambil kau keje ... just makeup ur mind je mana2 yg rasa nk join forex ni ... thank to abg henzo atas penerangan yg sgt bagus 👍👍
Apa-2 pun perkhidmatan yang ditawarkan, ianya dikenakan cas. Itu bertujuan mendapat keuntungan. Sebagai cth perkhidmatan menyediakan tandas awam. Air kecil 20sen
askum bro,aku sebagai bekam trader forex yg dh quit thn 2015 akan berkongsi skit knowledge aku..kalau salah maafkan aku..pandangan aku sebagai bekas forex trader aku xkan pakai hujah yg dikemukakan oleh video ustaz dusuki..yes dlm bab ni dia bkn pakar..dan dia tiada autoriti utk keluarkn hukum dlm bab ni..itu cuma pandangan peribadi dia shj..huraian dia bg sangat umum,boleh la untuk know ledge orang awam yg xtau psl forex..tp bg aku itu tak lengkap dlm mencari kebenaran..apa aku nak hukum secara detail berkenaan setiap benda sperti hukum matawang,latarbelakang syarikat,spekulasi,riba,leverage,swap,perjudian and banyak lagi.Majlis ulama fikh sedunia yg keluarkan hurum haram tentang forex di..mereka semua berautoriti dan dianggotai oleh barisan ulama dan profesional dlm bidang masing2,,dan yg paling penting mereka berkelayakan mengeluarkan hukum tentang masalah muamalat seperti forex,saham,commodities dan lain2. berbalik persoalan ko tentang perjudian..mmg ada point perjudian dlm forex..satu benda yg ko cakap tu perjudian dari sudut xde ilmu untuk trade(maksud xbuat analisis dan xbelajar,,main rembat je entry),,itu pon betul juga bro. satu lagi isu perjudian mengenai : 1) benarkah beli matawang tu?-isu ini melibatkan syarikat yg beroperasi.syarikat yg beroperasi pon dh terdapat unsur gharar atau tidak jelas dalam pengoperasian mereka. aku bg contoh nama 1 broker ialah KATAK ,,dengan trade forex masuk kedlm server KATAK,ko sudah boleh trade..katakan ko bukak position BUY pada pair EUR/USD..persoalannya adakah ko betul2 membeli matawang tersebut..dan dimana matawang tersebut?result akan terbahagi kpd 2 iaitu : (A) benar2 beli dan wujud wang itu tp ada hukum matawang disitu,serah terima kena berlaku segera..xleh bg alasan broker tolong simpan..isu ni bawak kpd haram atau : (B) tak beli pon sekadar tipu daya digital sahaja yg ada dlm platform broker KATAK tadi-disini la wujudnya perjudian..sebab apa judi tengok ye ulasan aku ----beza antara jual beli@berniaga dan judi: --jual beli : penjual dapat duit,pembeli dapat barang@servis. --judi : ko letak modal tak beli apa2 pon..kalu naik untung kalau jatuh rugi @ sebaliknya tgk position masuk BUY or SELL.walaupon alasan buat analisis xmenghalalkan cara..penjudi hebat pon ada analisis depa tuk main judi. :ni situasi sama mcm kedai judi haram dkt kampung amik keputusan dr MAGNUM..pembeli nombor tu bkn beli dari magnum pon..itu urusan antra kedai judi haram dan pembeli shj..cuma keda tu amik keputusan drp MAGNUM sbgai standard dia. BROKER yg betul adalah sebagai orang tgh sahaja..broker ni akan sentiasa untung walaupon customer untung atau rugi..dan tidak akan bankrap sebab ramai orang withdraw..berbeza dgn broker forex yg byk bermasalah bila org withdraw sb konsep rolling money je..yg survive tu sb tokey dia cerdik gi invest tempat lain dan pandai berniaga...walaubagaimana pon itu tetap salah juga.banyak lg isu tentang leverage sumer tu satu benda yg xlogik langsung dlm ekonomi,sape nk bg hutang yg xlogik besar gandaannya pastu xpayah bayar..byk tipudaya digital ni..sedangkn bank pon ade tipudaya digitalnya ini kan broker forex...aku xnk tulis detail sb panjang sgt cuma aku nasihatkan 1 benda penting nabi penah ckp akhir zaman byk berlaku riba..so kena hati2 Aku minta maaf kalau tersalah taip tau terkasar ke..aku xpndai sgt menulis ni..akan ada org yg dpt manfaat dr penulisan ringkas aku ni dan akan ada juga tak dpt apa..yg penting aku dh bgtau apa yg aku tau skit ni. Akhir kata kita diberi pilihan dalam hidup ni samada kita nak yg mana satu : 1) cari kebenaran dan ikut kebenaran ,atau 2) teruskan cari bukti2 lemah utk menyokong hawa nafsu@periuk nasi kita tapi bersediala dengan ancaman yg diberi oleh Allah dan Rasulnya akan datang.Janji Allah dan Rasul itu pasti. SEKIAN
Padu bro,ramai ungkit cakap bank pun main forex,padahal diorang tak tahu yang bank main forex dengan wang yang sebenar dan tak sama macam platform forex macam yang diorang pakai
Bro, bank negara trade forex semua matawang ringgit adalah hasil dari yang haram/gharar la? Camtu? Kalau betul tak nak ada unsur haram langsung, ko suruh negara kita ni guna pakai jual/beli transaksi emas perak, tak payah guna online bagai, wang fiat yang kita guna sekaramg ni pon haram tau sebab bukan sistem islam, kalau forex haram, wang fiat lagilah haram walaupun kita bekerja untuk dapatkan fiat
@@firdzo794 Bank main forex dengan wang sebenar. Bukan mcm korang buat forex online duit pun tak nampak. Entah2 company broker pun online (takde fizikal) dan tak wujud secara nyata. Hanya broker secara fatamorgana jer. Ibarat bermain dengan syaitan atau hantu. Entah, kerajaan pun tak iktiraf forex online korang. Dah company broker pun halimunan😂 (Kalau ada betul pun dah memang haram hukumnya kepada individual spot forex. Tapi hukum ini tidak berlaku kepada institusi kewangan kerana terdapat aspek maslahah mursalah (memang dah kerja bank buat tukaran wang sedunia). Yang kamu, apekemendenyer nak buat urusan tukar wang tiap hari?? Nak pergi melancong ke tiap hari?? Tak jugak. Duduk goyang kaki kat rumah tukar duit. Apa tujuan tukar duit?? Ye ler, sebab..ada huntungg. Huntunggg bro! Duit berkepul tuu. Ye ler. Orang pergi Kfc beli ayam goreng. Habis makan sisa2 di buang kat tong sampah. Orang lain pergi Kfc dapat ayam. Kamu pulak tak perlu pergi Kfc dah boleh dapat Kfc (untung sisa) dari tempat pembuangan sampah. Itulah perumpamaannya bagi orang main forex, memperolehi untung sisa (sisa Kfc) dari tempat kotor. Bukan dari kaunter Kfc sendiri. Maksudnya, ada banyak lagi cara mencari makan yang halal lagi baik, bukan dari cara atau tempat yang kotor begitu. Kalau dibuka hijab, tak tahu lah bentuk apa forex itu. Entahkan ayam berulat busuk bacin cacing muntah kucing tahi khinzir semua ada kat situ. Sanggup kamu makan?? Bertaubatlah.
Forex itu judi karena beda dgn jual beli biasa, jual beli biasa barang dituker dgn uang untung sama untunng.. Sedgkn forex, seseorg dfet untung dikarenakan kerugian org yg lain.. Dsnilah letak judiny, yg satu dfet untung yg lain mrugi..
terang terang itu unsur judi hehehe sell atau buy .. target market naik buy , target market turun buy .. tetibe lari target agak pivot naik so nk untung kena buy ,, tetibe turun .. modal usd 100 jatuh jatuh .. sampai lost... kekekeke sampai negative tak ke itu judi . Fatwa 2009 sudah keluar .. forex tukaran mata wang boleh yg trade xleh sebab ade judi .
jual beli matawang dengan nilai yg dipersetujui oleh ahlinya, mcm bro hanzo ckp kalu nk tukar 1$ dan Rm1 tu kira haram lah, psal nilai kedua matawang ni tidak sama (sepertimana dipersetujui oleh semua ahlinya). benda yg kta jual dan beli ni pun ada fizikalnya, tu yg orang tukar2 semasa membeli barang di kedai tu tu la fizikalnya. boleh nmpak sentuh. selepas profit pegi lah ambil di bank, hah nmpak lah fizikalnya kan. nk jual dan beli pun kena ada ilmu juga, kalau main hentam tu mmg lain jadinya. ni pendapat aku based on pengetahuan aku lah. yg tak tahu tu, kena ambil tahu dulu , kena baca dulu.
Slama aq hidup dlm dunia ni, x pernah pon trdengar seorang gambler yg konsisten & popular, pastu dia bgi course "make fast money via gambling" excetera.
Selalu youtuber klau vid 30 minit pon aku dah boring, tapi brader ni cara dia cerita mcm ada aura. Rasa khusyuk dengar. Mungkin sebab mmg ikhlas nk share ilmu
Mudanya ko bro.. bangga tgk. Penuh ilmu. Humble bila bercakap... wpn aku bkn trader ke apa2 psl forex ni, tp aku buleh tgk sampai habis. Saja nk knowledge. keep it up.
Umur brapa dia
tahun ni 2020... dia baru 25
Mcm inilah anak muda. Bukan jd anak muda yg ntah hapa².
setuju..done tgok smpai habis.hrp dpt belajar dgn tuan punya badan🤲
@@Kalam-oz7dc ntah ape2 camne tu?
cara bercakap sgt sopan hamble. thanks a lot boss. Allah bless you always for sharing such a good knowledge. keep on good work boss!
Alhamdulillah.. bertanya pada orang yg ahlinya.. thanks for shedding light. Aku doa kalau forex ni tk baik.. jauh kn.. kalau baik dekatkn.. and aku jumpa vid ni.. thanks Hanzo. Barakallahu feik..
Judi = nasib (menaruhkan bnda yg xpasti & xnampk)
Trade = teknik (menaruhkan benda yg pasti & perlu ada ilmu)
100 peratus pastu ke untung
@@farredzul perlu ada ilmu.. Rasa nk kaya cpt, nk untung boleh beli jet or takut rugi... Xpyh trade..lupekan niat.. Simple..
@@ashrofsukiman4159 ilmu pun kalau cara nak dapat benda tu meragukan tetap haram bro....lavarage lah....beli matawang lah... Cammon...judi pun ada ilmu...kalau kita pandai kita boleh jadi kaya dengan berjudi...kat usa banyak je pro gambling boleh buat duit...adakah benda tu halal bro... Boleh jawab x...
Ikut lah fatwa yg dinyatakan
@@farredzul 100% untung tu susah sebab kita ni manusia & hamba kepada yang Maha Esa. Jadi dalam hidup, kita hanya mampu Merancang, selebihnya Allah Swt yang menentukan segalanya untuk kita.
terima kasih bro. selama ni saya mencari2 jawapan tentang persoalan ini.. terima kasih. semoga dengan trading ni, kita boleh banyak bersedekah lagi.
aik mufti dah lama bagi jawapan
Bagus penjelasan yg Hanzo cuba terangkan apa selama ini menjadi kekaburan. Yg penting tidak terjerumus kpd 3 perkara tersebut insyallah...semoga memberikan barakah kpd semua trader ya.
thank you for being the voice of malaysia's trading comunity.
Forex trading ni haram bukan sbb judi guys. Tapi sbb memperdagangkan mata wang. Bila dagangkan mata wang, akan ada unsur riba. Penjelasan lebih lanjut, boleh search dkt utube. Ust Zaharuddin ada explain. Harap min x padam komen saya😁
Tengok video ust itu ini...banyak semua video ustaz sy dh tengok...tapi semua ada harus ada kata haram...so bercanggah...kajian sy...ia harus...jika ia ada bercanggah...apa2 Allah SWT maha mengetahuai...
@@EasyWan duit utk beli barang bkan utk dijual beli..
@@EasyWan bro when trading MONEY must commit two things which is VALUE must be same and ON THE SPOT. Forex mostly speculation and have a delayed. Delayed should be Harus when involve BIG AMOUNT OF MONEY. Thats all
@@abuqawiyy2488 disebabkan delat tulah forex tu haram. Faham?
Ini nasihat untuk kita 2 semua... Kalau kita bertanya hukum... Biar pada ahlinya... Jangan ambil hukum berdasarkan pendapat... Ambil hukum sesuatu dari ahli yang berilmu... Antara wang dan keredhaan tuhan... Itu pilihan kita.....
Assalammualaikum.Kalau tiru master trader macammana pulak. Kita letak duit untuk dilabur di forex. Master yg buat investment bagi pihak kita sbb kita sendiri tak pandai trade. Jadi Master yg buat semua..saya tinggal tunggu untung sahaja. Boleh tak camtu.
Nak cakap biarlah confirm tengok full video
@@izzatii_ saya perniaga restoran… kadang2
Ada yang offer investment… sebab berniaga cantik.. bulan2 die amek untung..
Kalau nak faham apa tu judi senang je. Kalau malas dan tak belajar, tapi berdoa utk berjaya, itu namanya berjudi.
selalu tgk youtube mesti skip2..tp bab video Hanzo..wajib layan..mantap..
Tq Hanzo sbb buat free teknikal analisis ni
Dlm masa kita belajar boleh rujuk dgn Hanzo ni
Teruskan👍👍
Fx ni pun satu pekerjaan,,, dan tiap2 pekerjaan tu boleh jd halal haramnyer juga.. bg aku klau korang makan gaji yg korang rase halal tp keje asyik menuang jer, tipu claim sana claim sini so kerjaya korang juga jd haram atas perbuatan sendiri.. ayam pun haram dimakan kalu x disembelih.. tp atas perbuatan sembelih, halal dimakan.. tu ustaz dasuki bgtau kena belajar ilmu tasawuf supaya kenal mane yg hak dan yg bathil.. andai tahu maka sekalian perkerjaan perbuatan itu adalah ibadah mengabdikan diri kpd pencipta yg mutlak.. dlm forex bnyk yg korang boleh nilaikan diri korang sendiri tamak ke,, xde keyakinan ke.. sgt beremosi ke n mcm2 lg.. so cari kelemahan dan perbaiki diri.. sekadar pandangan..
thanks bro, skrg aku da bole bertenang mengenai isu ini sbb beserta dgn penjelasan ustaz2 yang tiada kepentingan.
thank you for sharing. semoga Allah merahmati tuan dgn keje2 daqwah dlm trading. Aamin
Perdebatan forex ni sampai bila xkan habis..jadi cara terakhir kalau rasa was2 jgn buat kalau rasa yakin silakan....
Betul tu….x payah nak hukum seseorang tu…kau bukan tuhan nak hukum orang
@@faridismail9919 bukan hukum orang bang, hukum trade forex. Macam hukum perkara-perkara baru seperti matawang kripto, yang dihukum tu perbuatan yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Memang benar dalam perniagaan bermula dengan hukum harus
Forex juga dalam perniagaan itu
Cuma atas perbuatan kita yang menyebabkan perkara perkara yang haram itu berlaku
terus yakin tgk video ni. sebab sebelum ni still ragu2. thankyou brader
wah yakin nya kamu
Terus yakin...ulama ke Tu..wakakkakakakka..makan la Beno duit tu
Sy setuju dgn penerangan Hanzo. Sebelum nak terjun ke dalam Forex Trading, belajar dahulu bidang ni. Jgn masuk2, trus main entry mcm berjudi.
Saya dari indonesia
Makasih atas ilmu yang sudah banyak dibagi👍👍👍ditunggu kluarkan buku nya bossku👍👍
In shaa allah..semoga ada kebaikan dalam perbuatan(kerja)
Perlu analisa yang bagus baru tidak jerumus ke lembah perjudian terima kasih atas penerangan anda bro HAnzo👍
Ilmu tanpa amal itu sia-sia. Amal tanpa ilmu itu gila.
Salam tuan. Selamat berkenalan. Saya Naziman Azlye, trader yang sudah berehat lama. hahahah. Dulu saya aktif trade saham Malaysia. Tapi saya banyak belajar ilmu TA dari trader forex sebab bila google pasal TA, kebanyakan yang keluar tu ilmu TA instrumen forex atau mengajar tu trader forex. Saya sendiri ramai kawan muslim trader forex, selalu lepak sama-sama, cerita pasal trading, cedok ilmu TA sesama sendiri tapi instrumen kami trade lain-lain. Jadi saya tulis ni bukan la mahu paksa terima pendapat ka atau cari gaduh ka. Hanya mahu berkongsi apa yang saya belajar dan cuba tunjuk sesuatu dari perspektif lain.
Pasal judi ni, berdasarkan apa yang saya belajar, judi dalam ilmu muamalat Islam bukan la bermaksud berserah kepada nasib atau tiada ilmu apa yang dibuat seperti maksud judi dalam melayu. Contohnya kita memperjudikan nasib kita sebelum peperiksaan ataupun interview. Tak study, tak mengkaji. Terus terjah. Perbuatan tu dalam bahasa melayu memperjudikan nasib, tapi dalam Islam tak haram.
Contoh kes istilah alim. Orang kita biasa panggil orang yang selalu ke masjid, pakai jubah, pakai songkok/kopiah, kita panggil alim tetapi orang tu mungkin orang yang kuat beramal. Dalam arab, alim tu bermaksud orang yang berilmu. Orang seperti tu, mungkin lebih sesuai panggil orang soleh atau orang warak atau orang zuhud. Cerita tentang zuhud pula, orang melayu biasa panggil yang baju koyak rabak, yang nampak miskin, itu dipanggil zuhud, tapi dalam Islam orang yang kaya pun boleh dipanggil zuhud kalau harta yang dia ada semakin mendekatkan diri dia kepada tuhan, dunia bagi dia membantu untuk beramal bekalan hari akhirat.
Berbalik kepada judi tadi, judi tu pertaruhan dari semua peserta dan setiap peserta terdedah kepada risiko untung dan rugi.
Persoalannya, kalau kita trade saham yang patuh syariah tanpa ada apa-apa ilmu TA or FA, beli saja, adakah perbuatan tu haram kerana trade tanpa ilmu aka berjudi? Tidak haram sebab tu bukan judi yang Islam maksudkan tapi judi yang melayu maksudkan. Memperjudikan nasib.
Persoalan lagi, kalau macam cerita God of Gambler tu, dia ada ilmu main kad, main poker, main pia pia fu. Atau macam dalam cerita Rain Man, pandai kira kad, ingat kad, ada ilmu main tu. Adakah perbuatan tu tidak berjudi sebab dia main dengan ilmu? Perbuatan tu haram sebab menepati kriteria berjudi dari sudut pandang Islam.
Trading is about probability game. Walaupun kita ada ilmu TA yang banyak, kita masih takkan tahu 100% arah pasaran akan bullish or bearish pada masa hadapan dengan membaca chart pada masa lepas. Dengan ilmu yang kita ada, itu cuma tambah keyakinan kita untuk trade tapi belum tentu tepat pasaran akan ikut apa bacaan kita. Kita yang ikut market, bukan market ikut kita. Sebab tu dalam trade ada istilah cut loss.
Logiknya kalau kita ada ilmu TA yang tahu arah pasaran, kenapa trader perlu belajar tentang cut loss, kenapa trader ada masa loss ada masa profit, kenapa trader perlu belajar tentang money and risk management. Itu bermaksud TA tak mengajar kita 100% tahu arah pasaran, kita perlu bersedia untuk cut loss kalau market tak sesuai dengan bacaan kita, kita perlu kawal kerugian dengan ilmu money and risk management supaya in the long run untung lebih banyak daripada rugi. Kalau TA tak mengajar kita untuk tahu 100% arah pasaran, adakah ilmu trading tu pula haram sebab dia tak ajar kita tahu 100% arah pasaran yang menjadikan bila trade seperti berjudi? Tapi kalau ilmu TA menjadikan kita berilmu dan tahu 100% arah pasaran, adakah bermaksud semua instrumen kita trade pakai ilmu TA jadi halal contohnya trade CFD, options, futures, stock?
Trading tu pun bisnes. Adakah kalau kita buka gerai jual burger, kita yakin 100% kita akan untung? Kalau tak tahu akan untung atau tidak, adakah akan jadi haram buka bisnes tu? Bagaimana pula kalau buka bisnes yang haram contohnya buka bisnes pelacuran dengan ilmu, adakah perbuatan tu jadi halal sebab ada ilmu bisnes yang diapply?
Mungkin timbul persoalan, takkan ustaz tu salah, takkan ulama tu salah, ini semua perbezaan pendapat, ini semua khilaf. Pasal ini, saya tak mahu komen. Sebab itulah diawal lagi saya cakap berdasarkan apa yang saya belajar. Cuma saya ada dengar-dengar gerakan yang cuba buat perjumpaan antara ustaz yang cakap forex itu haram dan yang halal. Mungkin forum mungkin debate. Tak tahu la cakap-cakap saja ka macam mana. Sebab setahu saya, ulama kewangan seluruh dunia cakap forex trading online tu haram. Kebanyakkan yang trade forex anggap tu halal semua berpegang dengan ustaz yang sama. Kawan-kawan saya yang trade forex pun sama. Jadi sebab pendapat ustaz yang anggap online trading forex tu halal berbeza dari pendapat ulama kewangan dunia, mungkin sebab tu ada cubaan gerakan-gerakan mahu kasi berjumpa semua.
Akhir sekali, saya minta maaf kalau tulisan saya kasar, atau seperti provoke, atau seperti memperli, saya tulis dengan nada yang tenang dan saya baca berkali-kali sebelum publish comment sebab mahu elak tulisan saya dibaca dengan intonosi yang salah. Saya cuba ikut saranan tuan dalam description berkasih sayanglah dalam berdakwah dan bersilaturrahim. Jadi saya minta maaf lagi sekali yaa.
rajin betul tulis bukan ada sape baca pun
@@coronacalona6683 hahaha.... tapi bagus juga kongsi pendapat untuk meningkatkan pengetahuan.... boleh ngelak benda yang salah
jadi kita tk boleh trade la kn walaupn mempunyai ilmu
@@coronacalona6683 saya baca...huhu
tak tahu pulak ada ijtihad ulama' seluruh dunia pasal forex yang sependapat..setahu saya takdak setakat saya research and research kebanyakkan ustaz2 di youtube banyak cakap haram..tapi ada mufti yang cakap harus..ada mufti cakap haram...saya baru nak belajar trade...masih lagi research dalam hukum hakam...cumanya takdak confirmation yang betul2 cakap haram..masih di tengah2...umpama khilaf pasal qadha solat yang ditinggalkan secara sengaja..macam2 pendapat ada..jadi bagus lah abg punya hujah tuh..saya seronok baca...abg cakap pun elok2. Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki selalu. Bab hukum hakam yang ada khilaf nih biar lah allah yang tentukan kelak..kesian jugak dekat trader yang pagi petang siang malam guna duit trade..kalau betul2 haram..mana lagi pendapatan diorang ...nak kena mula dari zero balik..moga kita dimurahkan lagi rezeki..Aminn
Thankfully 24 December 2020,
May God bless you 🙏
Teknikal analisis=(chart work/ilmu tentang carta / + leading indicator+lagging indicator+ price action+ chart pattern+ candlestick pattern)
Fundamental analisis(ilmu ekonomi)= lagging economic data indicator+ leading econ data..
Sentiment analisis(pengetahuan tentang isu semasa sesebuah negara)= politik..perang..wabak..bencana Alam..perkauman Dan sebgainya
Coincidence analisis(kebetulan)= isu y terjadi secara tiba2 berkaitan negara y disebb kn pemerintah Dan sebgainya(hidden hand)
Money management(financial controlling) = cara jaga modal Dan berapa risiko y perlu diambil dlam setiap trade layak seorg usahawan menjaga kewangan perniagaannya..
ONLINE TRADER....Banting otak bukannya Banting tulang....
thank you hanzo . bagi info yang clear . muka jgn serious sgt bro :D
Arigatou bro hanzo..Pencerahan yg sangat bagus.
welcome hehe
Selepas melihat video ini sya trus ke bhagian komen untuk mlihat kta2 "pakar" ...spa yng nk brsama saya🙋🏼♂️
So apa pendapat kau?
@@onepiece521 sye ni x tau ape2 so saya x mau ckp apa2 laa
Ilmu dah ada teruskan lah dgn ilmu yg dikurniakan dari Allah ..paling penting di sini bila dah dpt duit tu untuk ape ia digunakan...cari lah keberkatan 2.5 %..setiap propitable yg kite Jana...byakn sedekah lgi ..baru lah berkat.
Buy Sell semua berdasarkan ilmu itu bagi Forex trader yang profesional atau mahir .
Definisi riba
Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang jenis riba, jom kita fahami dulu apakah maksud riba.
Dari segi bahasanya, riba bermaksud pertambahan dan peningkatan.
Manakala dari segi istilahnya pula, riba bermaksud sebarang tambahan ke atas hutang akibat tempoh dan tambahan dalam urusan melibatkan item-item tertentu (ribawi).
Item ribawi pula bermaksud item wang seperti matawang, emas dan perak dan juga makanan asasi seperti tamar, beras, garam, gandum dan barli.
Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa riba boleh terhasil daripada hutang dan juga jual-beli item ribawi.
Bagaimana pula tu?
Kalau nak faham lagi, jom teruskan pembacaan.
1. Duit BUKAN komoditi
Duit adalah perantaraan (medium of exchange) & bukannya komoditi yang boleh di dagangkan (trade). Ulama-ulama hebat zaman dahulu seperti Imam Al Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Al Qarafi & Shaikh Taqi Usmani telah lama mengHARAMkan ❌ trade dinar (duit). Maksudnya tak boleh trade online, ini berbeza dengan keadaan di money changer/bank iaitu keperluan untuk menukar duit ke luar negara & dilakukan bukan bertujuan untuk trade mengambil untung (spekulasi).
2. Penjelasan mengenai Contract For Difference (CFD)
Trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain), komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) yang menggunakan Contract For Difference (CFD) ni adalah HARAM ❌ sebab TIADA SERAHAN serta merta. Trader hanya ‘trade price’ currency, saham global, index atau komoditi (gold & oil) tu saja, maksudnya trade benda yang tiada di tangan & ini ada syubhah RIBA. Trader tak dapat & tak jadi pemilik currency, lot saham, gold & oil tu pun. Ini berbeza dengan FCPO dimana trader akan dapat stok minyak & berlaku serahan.
3. Adakah Leverage itu RIBA?
Broker ada bagi Leverage seperti ‘pinjaman’ untuk trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dalam CFD, function Leverage ni untuk menggandakan modal dalam account MT4/MT5. Trader hanya deposit USD100 tapi boleh trade macam ada modal ribu/puluh ribu/ratus ribu USD modal. So Leverage adalah RIBA ❌, dengan adanya Leverage ini telah berlaku proses jual & beli dalam platform MT4/MT5. Ada hadis Nabi Sallallahualaihiwassallam melarang penggabungan pinjaman & jual/beli. Hukumnya adalah HARAM. ❌
4. Penjelasan mengenai trade Saham Global
Hukum trade saham global (Facebook, Starbucks, Apple & lain-lain) adalah Harus dengan syarat status saham tu patuh Shariah & cara trade sama macam trade kat Bursa iaitu kita beli lot saham & jadi sebahagian dari pemegang saham. Tapi kalau trade guna CFD & ada Leverage hukumnya HARAM sebab tak jadi pemilik lot saham, trader hanya ‘trade price’ saja & ada RIBA dari Leverage.
5. Penjelasan mengenai trade Index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain)
Selain dari index US Dow Jones, S&P500 & Nasdaq, ramai traders suka trade index FTSE 100 di UK, Nikkei 225 di Japan & Hang Seng di Hong Kong. Hukum trade index adalah HARAM sebab majoriti companies dalam index tu tidak patuh Shariah, trade guna CFD & ada RIBA dari Leverage.
6. Penjelasan mengenai Gharar
Wujud Gharar (tidak tentu) terhadap identiti pemilik & operasi broker. Sebut saja nama broker hebat international & local broker yang ada di Malaysia ini & masing-masing claim ada lesen international tapi still ada kes duit deposit traders hilang secara tiba-tiba & rugi total mengejut. Ini kerana tiada panel syariah yang boleh memantau operasi broker tersebut. Broker boleh tipu traders anytime!
7. Bank trade forex? So kita pun boleh la trade jugak?
Ada seorang Ustaz kata “bank pun trade forex”. Ya betul tu tapi conventional bank ❌ yang trade forex sebab bank tak kisah riba, hukum halal & haram. Tapi Islamic bank ✅ tidak dibenarkan trade forex sebab faktor duit bukan komoditi & ada panel Shariah yang control & monitor operasi bank tersebut.
8. Broker bagi ‘SWAP FREE’ account iaitu bebas riba?
Ini point kecil & lebih kepada ‘kosmetik’ untuk menarik minat Muslim traders saja. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Biar pun broker owner tu orang Arab, orang Islam atau Ustaz mana pun tapi tetap tidak boleh mengubah hukum HARAM ❌ untuk point di atas.
9. Boleh trade & hukumnya halal yang penting dah buat teknikal analisis?
Ini pun point kecil & bukannya ‘tiket’ untuk menghalalkan apa yang telah difatwakan haram. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Nak trade instrument yang patuh Shariah apa pun mesti buat teknikal analisis dulu, baru la tak jadi isu ‘gambling’.
10. Asal bagi sesuatu perkara adalah Harus
Kaedah penuh yang disebutkan oleh Imam al-Suyuthi (imam mazhab Syafie) adalah “Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut)”. Berdasarkan hujah-hujah di atas, trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage jelas hukumnya adalah HARAM!
11. Fatwa Negeri Perak tentang forex adalah Harus?
Maksud fatwa tu adalah untuk tukar duit di money changer/bank & bukannya untuk trading online yang jelas ada RIBA Leverage & CFD.
12. Apa kata Majelis Ulama Indonesia (MUI)?
MUI sejak tahun 2002, telah lama keluarkan fatwa HARAM untuk trade forex online & HARUS untuk tukar duit di kedai money changer di airport, bank atau shopping complex.
13. Pendapat seorang Ustaz & Dr. Zaharuddin
Ramai traders yang refer pendapat & hukum dari seorang Ustaz berkenaan isu ini tapi beliau bukanlah pakar dalam bidang Islamic Finance sebab tu pendapat beliau lemah. Dr. Zaharuddin adalah pakar dalam Islamic Finance ✅ telah menjelaskan hukum HARAM ❌ dengan hujah yang padu untuk isu forex trading, CFD & Leverage ini. Dengar pendapat kedua-dua belah pihak tu & buat la perbandingan & penilaian hujah.
14. Apa fatwa tempatan & international untuk isu ini?
Rujuklah pada fatwa-fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, Majelis Ulama Indonesia (MUI), Fatwa dari UK, Australia, South Africa & Majma’ Fiqh Islam Sedunia berkenaan forex trading, CFD & Leverage ini. Semua sepakat hukumnya adalah HARAM ❌ selepas dibuat kajian yang teliti. Jangan pula kata fatwa dikeluarkan oleh mereka yang tak faham proses trading.
terima kasih..ilmu pelaburan harus seiring dgn pengetahuan agama..moga bermanfaat..
sumber ?
Alhamdullilah tuan.
Dulu sya 4 tahun trade forex.
Cari punya cari tak ada satu pun Fatwa yang cakap forex ni harus seprti yg forex traders kat Malaysia ni Claim.
Dan seprti point point tuan tu forex ni penuh dgn gharar(ketidakpastian).
Boleh jatuh judi sebab broker basket trading.Kebanyakanya dari luar negara. Tak ada Sekuriti atau panel syariah yg pantau.
Alhamdullilah sya dh berpindah ke Bursa Saham.
Follow Fatwa Dan Ulama selamat dunia akhirat.
Salam, ilmu tu luas. Pengalaman adalah satu ubat yg mujarab. Bual la sampai akhir Qalam. Saham, forex walau bentuk apa, ada risiko nya. High risk investment. Cepat lambat adala nama pelaburan tu. Pelajari la ia sebagai satu cabang ilmu duniawi. Judi dlm bahasa Gamble. Terang risiko nya berat. Dlm pegalaman saya very stressful. Pepatah kata mandi ta basah mkn ta kenyang. Tepok dada tanya selera.
Nope,kurang tepat,mmg forex high risk,tapi kalau ada ilmu dari 90% risk boleh jadi 90% safety,kalau xde ilmu yg tepat/malas/xnk usaha,high risk
Trader Forex boleh kontrol risk management. Yang penting Profit lebih besar dari yang loss . .
Nice bro tq terjawab semua persoalan srlama niyh👍👍 Assalamualaikum..
Utk yg tak faham apa itu swap: Swap ni bayaran yg dikenakan broker bila kita hold position sampai besok. Setiap kali kita hold position overnight, akan kena bayaran swap. Harga depends on brokers. It will be a percentage of the lot size you use for the particular trade. To avoid swap, write in to the broker and request for shariah compliant account and waive of swap fees. Jgn eja “syariah”, takut broker tak tau syariah tu apa. Eja “shariah” 😊
Shariah tu wayang je.. selagi trade under cfd semua haram..
Tengok currency pair ketika swap. Ada yg Pagi profit Ada yg tolak profit. Tengok pair ketika Itu, kene mengena Dgn interest rate masing2 pair.
@Mohd Nasrullah Yg free swap tu Islamic account.
@@mohdfarhan1754maybank islamic ade offer open acc trading forex boss
Bagus la bro ni..moga murah rezeki
Btul.. Klau xde ilmu main masok je market pastu letak lot tawu na untong je tpi xtwu price na pegi mane.. Dan btul jugak ustaz dusuki kate klau forex haram mksudnye duit yg kite smpan even islamic bank pon jadi haram la.. Simple+++
Mudanya ko bro.. bangga tgk. Penuh ilmu di dada. sado.. kalaulah forex ni wujud waktu aq umur kau..
Isu leverage (pinjam& jual beli) dan isu qabd (pemilikan) tidak disentuh dalam video ini. Bagi saya terlalu awal mengatakan forex trading harus tanpa membincangkan isu leverage dan qabd dalam forex trading.
Terbaik ah Hanzo... Alhamdulillah. jelas masha Allah.
Sejujurnya kita tidak tahu pergerakan sama ada naik atau turun, dan itu bukan judi, jika kita buat analisa jika tidak lepas resistence atau support, berniaga pun sama juga, cth kita buka restoran invest ratusan ribu tapi kita tidak tahu akan untung atau tidak, semua tu kuasa Allah, jika rugi trading forex maka itu salah sendiri kerana tiada ilmu, sama seperti restoran jika tiada ilmu lingkup juga, riba hukumnya jika menukar emas dengan emas pada kadaran berlainan, 1 dinar emas hendaklah dibayar 1 dinar emas tidak lebih kurang tidak boleh lebih, tetapi 1 dinar emas boleh tukar Perak dengan kadar berlainan sama seperti ringgit dan dollar, pound dgn yen, riba hukum Yen dengan Yen pada jumlah yg berlainan
betulkah. bagaimana kita bisa jual barang jika kita tidak punya barang tsb?
bagaimana uang kita bisa HABIS kalau beli sesuatu barang.
Jika kamu tukar uang IDR ke Dollar. walaupun dollar itu anjlok sampai tidak ada nilainya tapi tetap kamu masih punya dollar tsb.
Klip video yg best sekali ..tapi kena tanya hati lah..sorry cikgu pendapat aje..tksh
Salam dr Indonesia bang.. terima kasih ilmunya
bile tgok ni trus trbuka hti nk trade...moga ilmu2 ckgu dpt di hadam dengan baik oleh sy...
Aahhhh... Klw bahasa melayu macam ni senang ngerti cikgu
Tq bro...penerangn yang mantoppp bgos untuk newbie trader
thank you for the share bro, dpt kukuh kan lagi pegangan ilmu. ^_^
Biasa bng ramai x taw brniaga dlam dunia digital ne mmg akn ckp judi la otak kurng bkembang tue sy sndiri pnah fkir bgtu tpi slps kaji2 forex ne adalah cara beniaga x prlu modal bsar, tempat, sewa dn lain2 jdi sy skrg truskn mncari rezeki d sni salam profit untuk semua trader...
Alhamdulillah bro jawapan aku dh terjawab bab trading.thanks bro buat video ni and aku doa kau di murahkan rezeki
Aminn❤
Alhamdulillah ,terubat sedikit sebanyak hati ini,sekian lama timbul seribu satu persoalan tentang Forex yg menjadi side income, mudahan kedepan dpt buat fulltime trade..( tekanan yg diberi oleh ahli keluarga,serta nak lepas terasa sayang..nk guna terasa bersalah yg sebelum ini tidak dapat pencerahan dari mna2 sumber) sebaliknya hya dikritik oleh golongan ilmuan yg ada kepentingan atau bukan dari bidangnya..minta share kpd pengkritik2 di luar sana.
The best ever!,, thank you brother
Saya sokong sama abang. Memang penjelasan itu yg betur
Mantap bro, Tq atas pencerahan Mintak share video cara nak study graft(Techical Analysis)
Klik je dekat profile Hanzo, carik dekat dalam playlist. Carik play list bertajuk Siri Belajar Forex. Die ajar A-Z dalam playlist tu. Ade beberapa episod. Detail nak study graft, nk setting stop lost, semua ade dalam tu.
terimakasih indonesia detang sy amat senang mendengar penjelasan dari boskiu
Betul tu bro..kaki hukum ni x tau apa pun..Trade ni..berdagang kena ada ilmu..kena ada modal..Judi modal ciput blh dapat besar..resiko pun kecik..klu pegi keje pun resiko..smpi tmpt keje bnyk melangok..tu mcm mna..Jalan terus Bro....
kamu yg x tau apa. nk hukum tgok fatwa la. pandai lebih dari ulama. benda dah kata haram.
@@Ask_to_ask ha ni salah satu nya komenn kau yg aku jmpa 🙂↔️🙂↔️
Syukran Hanzo share ilmu trade ni.. Abg masih LG belajar n mmg follow nasihat awak.
Pengalaman dan ilmu ada sama jalan..sy pernah lost 50k disebabkan kurang ilmu dan tak buat persediaan...doakan sy kembali ber FOREX dengan berilmu..tq bro..moga kekal dlam sabar dlam buy and sell
Forex trading ni haram bukan sbb judi guys. Tapi sbb memperdagangkan mata wang. Bila dagangkan mata wang, akan ada unsur riba. Penjelasan lebih lanjut, boleh search dkt utube. Ust Zaharuddin ada explain. Harap min x padam komen saya😁
Member saya lost 100k
@@hanis7803 demo ke real? Srs la..
@@katakyanggembira memperdagangkan emas jatuh hukum sama ke? Dua dua bernilai.
@@katakyanggembira cari.ustaz.lain bro..ustaz.tu makan gaji.dgn badan2 tertentu...tgk dia kalau tak mkn gaji dia nk ckp apa pula..
Jun 2021. Tq bro. Apa2 pun ilmu tu penting.
ada buat tutorial untuk newbie macam mana nak mula belajar trading forex?
InsyaAllah dalam perancangan, sedang mencari waktu lapang untuk edit😆
Bnde snang je bak kata ustaz abdul somad dan ustaz dusuki kalau x terlibat dngn bnde haram so di haruskan
Betul bukan judi..sya pon pernah pertahankan forex ni harus.. Tapi tiada badan syariah yg memantau broker2 forex ni... Lalu diri mencari ilmu lagi.. Dan saudara ada beri vedio rujukan ustaz dusuki.. Dan setakat ilmu sya.. Kita perlu merujuk basic ilmu yakni AlQuran & Sunnah.. Lepas tu pandangan ulama.. Jadi tuan saya sarankan dengarkan juga ustaz zaharudin.. Pakar dalam perbankan islam.. Penjelasannya pon jelas.. Ada dalil yg dibawa.. Bukan hanya memberi contoh seperti ustaz dusuki.. Pertimbangkan lah dengan akal.. Bukan dengan nasfu.. Moga Allah berikan saudara hidayah.. Amiiin
Saya setuju
asmlkm.... boleh saya tahu mana nak dpt video ustaz zaharudin ttg forex.... sbb saya agak kesal gak la sbb bnyk yg mengatakan forex haram kerana xikut syariah dan juga riba... klau boleh saya ingin trade forex tanpa rasa ragu2 dan haram....
"Kalau ikut sya..haram"..itulah ust zaharudin..segala nk d haramkan sdg ekonomi bangsa asing/kafir yg pegang..nk jd apa!?
forex trading nie jual beli matawang kan..matawang boleh ke jual beli bkn ke wang tue utk beli barang ke..
xkan duit jadi komoditi kot
Terbaik hanzo... 👍👍👍
Ada garis panduan untuk trading online.
Dan panduannya sangat ketat.
1)real broker run forex real money
2)guna duit sendiri
3)tidak guna leverage/margin.tiada istilah 1:200, 1:500.
Hanya guna 1:1 sahaja.
4)spot transaksi . Paling lama dibenar 3hari.
Cukup kriteria atas bertrading la dengan aman&tenteram.
Yaaa sangat ketat kan.😊
Judi adalah pertaruhan tanpa ada tukaran, forex ni tukaran komiditi boleh rugi atau untung seperti perniagaan, sedangkan judi langsung tiada pertukaran cuma pertaruhan minimum 50:50,forex sma lah seperti barter kita menukar beras kepada kurma, atau tukar emas kepada perak, rugi untung bergantung kepada harga pasaran supply and demand
Ilmu yg hanzo explain tu, kiranya ilmu jangka masa hadapan lah.kita tak boleh tahu masa depan,tapi kita boleh rancang.. sebagai contoh, kalau kt KL sllu jalan jem, then kita dah tahu yg sekian2 jalan tu jem, then kita tahu ada jalan lain yg Mungkin tak jem. so kita akan rancang guna jalan yg tak jem tu.
Terbaik HANZO zaman skrang Susan nk cari pndptan lebih,nk meniaga,tngok lani berlumba2 org meniaga,kita trade bukan nk perjudikan duit kita,niat nk cari duit lebih,boleh Bantu pd yg memerlukan Dan zakat.
Bila entry dan exit itu penting . Jangan lawan arah dan itu bergantung kepada Time Frame .
Sebab itu saya profit 600 percent dengan modal 500 usd .
Fuhh..terbaik bro.
Logikal dan dan realiti boleh dlm tempoh masa 40 hari dgn had risiko
alhamdulillah, clear bos. thanks bro👍
terbaik la bro hanzo..nak jadi macam awak 1 hari nnti..😊
Mantapppp👍👍👍 forex tak judi jika tau ilmunyaa
Non shariah compliance punya pelaburan bukan hanya berdasarkan perjudian (maisir) sahaja. Bagaimana pula dengan riba, gharar (ketidakpastian) dan sebagainya. Forex, bitcoin pelaburan yang sah, tapi tidak patuh syariah. Alcoholic beer adalah produk yang sah dijual di malaysia, semua orang boleh beli, tapi tak halal. So yang islam beli tu tahu lah apa hukumnya.
Riba dari segi mne? Closing position dari movement market adalah fix. Based on pips dan ada kira2. Gharar? Kita guna broker untuk dpt margin (kontrak) untuk masuk position dalam market dan lot merupakan jumlah yang kita laburkan pada sesebuah harga. Barangan yang halal tpi tk bercukai diharamkan. Kalau beli pun berdosa juga ke?
@AyiqRosli MY ..jadinya kita boleh ke trade.?Yg penting takda swap dn gambling
Bitcoin tidak patuh shariah? Baru tahu pula. Setahu saya badan penasihat shariah SC Malaysia dah keluar statement yang trade kripto ni dibolehkan.
@@axtharaeyffx1102 Trade crypto ada digital assets, bukan instrument macam cfd ....
Moga cikgu hanzo dipermudahkan rezeki.. ingat senang ke nk dpt ilmu mcm ni.. free je tgk video.. price action pun org ajar smpai 8k 😭.. terima kasih cikgu...terima kasih banyak2..
Soal Hukum, fatwa dah ada. Pendapat saya pula berdasarkan pengetahuan & pengalaman FCP: “It’s a ‘scam’ and one of kind of PONZI Scheme”. Siapa ada ilmu memang boleh menang/profit dalam game ponzi scheme ni. Fundamental and Technical analysis is a great thing to learn, aku pun belajar. But how we used and where we used it is important. Forex Trading exist to control/maintain FIAT currency value, not to gain profit from the changes of price of currency.
Sbb tu la kenapa perlu belajar dlm menuntut ilmu...tk semua benda tu percuma dgn mudah Dn tmpa usaha otak dn pikiran kena kental..i like cara u bro👍🏻😊
Bro boleh tolong kupas pasal org kata online trading ni haram sbb kita bukan trade real currency/commodities, tapi kita actually trade CFD (contract for difference) or derivative. which doesn't hold tangible/intrinsic value.
Saya baru nak belajar pasal forex...ni 1st time sy tgk vdeo bro..mmg terbaik jelas dan mantap...done subscribe!! Goodjob bro
aku tak main forex...tapi kerja makan gaji je...
bagi aku gaji aku pon ada yg tak halal sebab masa kerja aku mesti keluar makan kejap,,bila penat aku rehat kejap,,kdg2 ambil barang berlebihan dari tempat kerja untuk kegunaan sendiri
hujung bulan aku dapat GAJI PENUH tanpa tolak masa aku rehat, pergi makan dan sebagainya...jadi jangan ingat makan gaji pon semua gaji tu adalah halal...
Betul bro setuju dengan cakap bro. Tapi pekerjaan bro tu halal kan? Kalau halal tu yang penting. Dan yang lebih menariknya Allah dah bagi cara bersihkan duit tu. Iaitu melalui zakat HARTA. Allah Maha Bijaksana, Maha Pencipta dia tahu kelemahan manusia depan belakang. All the best bro. Tapi usaha kerja halal bro tak boleh compare kan dengan forex. Sorry eh kalau terkasar bahasa
@@01flaming forex tu bukan kerja halal?
@@01flaming cakap pasal hukum ni. Benda yang halal pun kalau wujud perkara yang mengharamkannya, ianya tetap haram walaupun awalnya halal.
Bagus, tuan Hanzo. Ada penerangan yang jelas tentang isu2 hukum agama untuk forex beserta ustaz2 yang berhujah tentang hukum berdagang forex.
Salam sifu.. Boleh explain berkenaan copy trade tak? Dan apa hukumnya? Terima kasih atas perkongsian
thank you hanzo!
Cakap p la haram ke mereka tk kisah...sbb dh berjuta dh dpt beli rmh kereta mewah lg...tkkan nk berhenti jual nasi lemak pulak,mesti la bermatian nk kata jgk forex di harus....setengah org kata harus tp tk patuh syariah,maksudnya apa tu???? Tp bila terdetik dihati was-was,kena la tinggal benda tu...sbb dulu pun aku main jgk benda ni,tp bila ustaz tu kata kalu was2 harus ditinggalkan...mungkin tuhan nk uji kita dgn kesenangan...skrg Alhamdulillah ,bergantung harap dgn gaji 2k sebulan anak 2...mmg rasa rezki tu terlebih cukup... mungkin berkat dia tk sama bila dpt duit hasil forex,kita dpt 10k tp 10k masa tu mcm tk cukup lg....nk lg byk dan tk penah cukup
betol tu
WANG/DUIT membutakan mata,.mcm cinta itu buta ."
Platform yang betul..Broker yang betul..
Kumpul ilmu sebanyak yang mungkin.. untung rugi.. dah tertulis sejak sebelum lahir..
..masih was-was ? cari benda lain buat benda lain.. xpyh slhkn sesama 🙂..
..yang dah dapat jawapan.. terus ke video cgu Hanzo yg seterusnya 😊..
Ada tengok penerangan dari Dr Zaharuddin Abd Rahman berkenaan hukum Forex Trading?
Farris Noorzali sbb apa dia kata haram?
Tq sgt" bro bgi penerangan... rmai org ckap forex ni haram...tpi alhamdulillah tgok video bro ni perasan was" hilang dh 😁
Nak bertanya,tanyalah dengan ahlinya..masalahnya,ramai yang bertanya dengan bukan ahlinya..contohnya nak tanya pasal bisnes..pergilah tanya dengan orang yang pakar pasal bisnes..ini tidak,pergi tanya ngan orang kerja makan gaji yang tak pernah buat bisnes..kan ke bengong camtu..
Nak tahu forex tanya lah dengan ahli forex. Bukan dengan ahli saham. Begitulah benda lain juga
@@singkong5973 2 tahun lepas punya komen bang😂
berpegang kepada 3 perkara dlm bisnes.asal jgn ad penipuan,perjudian dan riba.ianya halal
Value of fiat money that you get, comes from money values of other peoples. It's like you take money of other peoples.
It is not that easy to jump to that conclusion. Trading what ever it is, physical or not, wheather we like it or not will involving "manipulation" and this is how it's exactly work. Org berniaga makanan viral contohnya dgn harga tinggi, pembeli boleh dianggap dimanipulasi jika tidak tahu menilai samada ianya berfaedah bg dirinya atau tidak. Dan kita tak boleh salahkan trader (peniaga) kerana keputusan utk membeli makanan tersebut adalah hak pembeli.
Kita tidak boleh juga menganggap pembeli berjudi jika dia mendapati makanan viral tersebut hanya indah dari rupa. Ia sangat subjektif sebenarnya kerana akhirnya nanti kita sendiri yg menilai samada muamalah yg tersebut td adalah sesuatu yg bersifat manipulasi (pihak penjual), cuba nasib @ judi (pihak penjual dan pembeli), mahupun suatu penganiyaan (pihak penjual). Jika begitu keadaannya maka trading secara fisikal juga tidak ubah seperti online trading. Sebab tu hukum trading online ni ada khilaf berdasarkan kecenderungan ulama memahami isu ini.
Saya komen yang ke 1000
Emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, harus sejenis dengan sejenis, sama dengan sama (berat timbangannya), dan daripada tangan ke tangan (secara tunai). Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripada tangan ke tangan (secara tunai).” (HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Dawud III/248).
Berdasarkan hadis ni walau apa cara sekali pun nak cuba justify forex tu halal takkan terjadi. Bukan pasal trade takde ilmu, trade guna account islamic, bukan pasal trade tu main tikam jer. bukan pasal buka trade kena tutup paling lambat 3 hari untuk cuba justify spot trading. aku dah cari memang takde dan tak jumpa. kalau ada ustaz yang kata boleh hanya ada 2 sebab, bukan kemahiran utama dia dalam muamalat islam dan dia tak faham konsep forex trading.
Apa saja dalil aqli yg cuba difikirkan memang takkan boleh melawan " tukar dalam masa yang sama" , "berat yang sama" dan "harga yang sama". Jadi aku tinggalkan forex.
Wang dan wang sebutan yang sama ke? Mcm mana sebutan wang lain contoh dollar ke RM? Nilai berbeza. Betul ke tafsiran hadis secara literal?
Apa jadi dengan masa yg sama, berat yang sama, harga yang sama? Nama memang sama.
(Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripada tangan ke tangan).....(usd dngn myr mmg x sama...emas dngn emas mmg kene same berat tp kalau emas dngn perak xde masalah) secara tunaikan terus masuk account invesment??...
@@coolfire4248 tuhan cipta langit takde tiang, siang dan malam, matahari dan bintang. Perkara pokok haram tu dah jelas. Tapi berkeras nak buat bagi halal buat mcm tu macam ni. Selamat berjaya diucapkan.
Bukan nak kata lah kosep forex ni bukan judi sbb dia bukannya dok taruh2 mcm spin ke apa ke yg berkaitan dgn judi , dia satu kerja yg kita sendiri kena buat dan berlatih untuk mahir sama je mcm korang kerja dkt mna2 syarikat akan ada sesi latihan untuk mahir dan kalau nk tanya sape boss dia mesti lah bank2 dan syarikat2 yg besar dan kalau rasa diri tu pemalas dan tahu nk duit cara senang korang xpayah nk trade forex sbb forex bukan untuk org yg mcm ni sama juga syarikat2 besar nk kalau kau tau nk makan gaji buta kau xpayah nk kerja dkt syarikat tu sbb tu syarikat tu xkn ambil kau keje ... just makeup ur mind je mana2 yg rasa nk join forex ni ... thank to abg henzo atas penerangan yg sgt bagus 👍👍
15:49
Kalau la dpt admin cerita la sikit ttg bagaimana sesuatu broker boleh mendapat keuntungan. Mgkn ramai yg nak tahu
Apa-2 pun perkhidmatan yang ditawarkan, ianya dikenakan cas. Itu bertujuan mendapat keuntungan. Sebagai cth perkhidmatan menyediakan tandas awam. Air kecil 20sen
askum bro,aku sebagai bekam trader forex yg dh quit thn 2015 akan berkongsi skit knowledge aku..kalau salah maafkan aku..pandangan aku sebagai bekas forex trader aku xkan pakai hujah yg dikemukakan oleh video ustaz dusuki..yes dlm bab ni dia bkn pakar..dan dia tiada autoriti utk keluarkn hukum dlm bab ni..itu cuma pandangan peribadi dia shj..huraian dia bg sangat umum,boleh la untuk know ledge orang awam yg xtau psl forex..tp bg aku itu tak lengkap dlm mencari kebenaran..apa aku nak hukum secara detail berkenaan setiap benda sperti hukum matawang,latarbelakang syarikat,spekulasi,riba,leverage,swap,perjudian and banyak lagi.Majlis ulama fikh sedunia yg keluarkan hurum haram tentang forex di..mereka semua berautoriti dan dianggotai oleh barisan ulama dan profesional dlm bidang masing2,,dan yg paling penting mereka berkelayakan mengeluarkan hukum tentang masalah muamalat seperti forex,saham,commodities dan lain2.
berbalik persoalan ko tentang perjudian..mmg ada point perjudian dlm forex..satu benda yg ko cakap tu perjudian dari sudut xde ilmu untuk trade(maksud xbuat analisis dan xbelajar,,main rembat je entry),,itu pon betul juga bro. satu lagi isu perjudian mengenai :
1) benarkah beli matawang tu?-isu ini melibatkan syarikat yg beroperasi.syarikat yg beroperasi pon dh terdapat unsur gharar atau tidak jelas dalam pengoperasian mereka. aku bg contoh nama 1 broker ialah KATAK ,,dengan trade forex masuk kedlm server KATAK,ko sudah boleh trade..katakan ko bukak position BUY pada pair EUR/USD..persoalannya adakah ko betul2 membeli matawang tersebut..dan dimana matawang tersebut?result akan terbahagi kpd 2 iaitu :
(A) benar2 beli dan wujud wang itu tp ada hukum matawang disitu,serah terima kena berlaku segera..xleh bg alasan broker tolong simpan..isu ni bawak kpd haram atau :
(B) tak beli pon sekadar tipu daya digital sahaja yg ada dlm platform broker KATAK tadi-disini la wujudnya perjudian..sebab apa judi tengok ye ulasan aku
----beza antara jual beli@berniaga dan judi:
--jual beli : penjual dapat duit,pembeli dapat barang@servis.
--judi : ko letak modal tak beli apa2 pon..kalu naik untung kalau jatuh rugi @ sebaliknya tgk position masuk BUY or SELL.walaupon alasan buat analisis xmenghalalkan cara..penjudi hebat pon ada analisis depa tuk main judi.
:ni situasi sama mcm kedai judi haram dkt kampung amik keputusan dr MAGNUM..pembeli nombor tu bkn beli dari magnum pon..itu urusan antra kedai judi haram dan pembeli shj..cuma keda tu amik keputusan drp MAGNUM sbgai standard dia.
BROKER yg betul adalah sebagai orang tgh sahaja..broker ni akan sentiasa untung walaupon customer untung atau rugi..dan tidak akan bankrap sebab ramai orang withdraw..berbeza dgn broker forex yg byk bermasalah bila org withdraw sb konsep rolling money je..yg survive tu sb tokey dia cerdik gi invest tempat lain dan pandai berniaga...walaubagaimana pon itu tetap salah juga.banyak lg isu tentang leverage sumer tu satu benda yg xlogik langsung dlm ekonomi,sape nk bg hutang yg xlogik besar gandaannya pastu xpayah bayar..byk tipudaya digital ni..sedangkn bank pon ade tipudaya digitalnya ini kan broker forex...aku xnk tulis detail sb panjang sgt cuma aku nasihatkan 1 benda penting nabi penah ckp akhir zaman byk berlaku riba..so kena hati2
Aku minta maaf kalau tersalah taip tau terkasar ke..aku xpndai sgt menulis ni..akan ada org yg dpt manfaat dr penulisan ringkas aku ni dan akan ada juga tak dpt apa..yg penting aku dh bgtau apa yg aku tau skit ni.
Akhir kata kita diberi pilihan dalam hidup ni samada kita nak yg mana satu :
1) cari kebenaran dan ikut kebenaran ,atau
2) teruskan cari bukti2 lemah utk menyokong hawa nafsu@periuk nasi kita tapi bersediala dengan ancaman yg diberi oleh Allah dan Rasulnya akan datang.Janji Allah dan Rasul itu pasti.
SEKIAN
mantap~ sebelum join saya mmg akan cari info2 macm nii dulu....
Padu bro,ramai ungkit cakap bank pun main forex,padahal diorang tak tahu yang bank main forex dengan wang yang sebenar dan tak sama macam platform forex macam yang diorang pakai
saya sokong tuan.
Bro, bank negara trade forex semua matawang ringgit adalah hasil dari yang haram/gharar la? Camtu? Kalau betul tak nak ada unsur haram langsung, ko suruh negara kita ni guna pakai jual/beli transaksi emas perak, tak payah guna online bagai, wang fiat yang kita guna sekaramg ni pon haram tau sebab bukan sistem islam, kalau forex haram, wang fiat lagilah haram walaupun kita bekerja untuk dapatkan fiat
@@firdzo794
Bank main forex dengan wang sebenar. Bukan mcm korang buat forex online duit pun tak nampak. Entah2 company broker pun online (takde fizikal) dan tak wujud secara nyata. Hanya broker secara fatamorgana jer. Ibarat bermain dengan syaitan atau hantu.
Entah, kerajaan pun tak iktiraf forex online korang. Dah company broker pun halimunan😂
(Kalau ada betul pun dah memang haram hukumnya kepada individual spot forex. Tapi hukum ini tidak berlaku kepada institusi kewangan kerana terdapat aspek maslahah mursalah (memang dah kerja bank buat tukaran wang sedunia). Yang kamu, apekemendenyer nak buat urusan tukar wang tiap hari?? Nak pergi melancong ke tiap hari?? Tak jugak. Duduk goyang kaki kat rumah tukar duit. Apa tujuan tukar duit??
Ye ler, sebab..ada huntungg. Huntunggg bro! Duit berkepul tuu. Ye ler. Orang pergi Kfc beli ayam goreng. Habis makan sisa2 di buang kat tong sampah.
Orang lain pergi Kfc dapat ayam. Kamu pulak tak perlu pergi Kfc dah boleh dapat Kfc (untung sisa) dari tempat pembuangan sampah.
Itulah perumpamaannya bagi orang main forex, memperolehi untung sisa (sisa Kfc) dari tempat kotor. Bukan dari kaunter Kfc sendiri.
Maksudnya, ada banyak lagi cara mencari makan yang halal lagi baik, bukan dari cara atau tempat yang kotor begitu. Kalau dibuka hijab, tak tahu lah bentuk apa forex itu. Entahkan ayam berulat busuk bacin cacing muntah kucing tahi khinzir semua ada kat situ. Sanggup kamu makan??
Bertaubatlah.
Alhamdulillah...terimakasih bang
Forex itu judi karena beda dgn jual beli biasa, jual beli biasa barang dituker dgn uang untung sama untunng.. Sedgkn forex, seseorg dfet untung dikarenakan kerugian org yg lain.. Dsnilah letak judiny, yg satu dfet untung yg lain mrugi..
Kalau stock trading halal tk
terang terang itu unsur judi hehehe sell atau buy .. target market naik buy , target market turun buy .. tetibe lari target agak pivot naik so nk untung kena buy ,, tetibe turun .. modal usd 100 jatuh jatuh .. sampai lost... kekekeke sampai negative tak ke itu judi . Fatwa 2009 sudah keluar .. forex tukaran mata wang boleh yg trade xleh sebab ade judi .
alhamdulillah..asal sy ragu2..cari2 vdio jmpa vdio ni..hlng ragu2 sy.. alhamdulillah...jmpa video lain trus jtuh hukum..

betol
betul2..
Slama aq hidup dlm dunia ni, x pernah pon trdengar seorang gambler yg konsisten & popular, pastu dia bgi course "make fast money via gambling" excetera.