ความคิดเห็น •

  • @withsobermind2815
    @withsobermind2815 ปีที่แล้ว +1

    Shalom. Syabas kepada penganjur dan semua ahli panel. Sangat mendorong dan bermanfaat. Semoga sihat2 selalu baik jiwa juga badani. Marilah sama2 mendoakan pemilihan pemimpin2 negara kita yang tercinta. TUHAN dimuliakan. TUHAN memberkati.

  • @nicholaspaul88
    @nicholaspaul88 ปีที่แล้ว

    Soalan-soalan lain dari penonton yang belum dijawab:
    1. Adakah ada ruang untuk groom younger Christian generation utk dipersiapkan dalam politik? ruang- di mana kelompok ahli politik yg boleh dimuridkan, ditegur, didorong,dijaga, dihiburkan, disemangatkan
    2. Apakah peranan pemimpin gereja (pastor/penatua/dll) dalam hal membentuk perspektif yg betul ttg politik kepada jemaat.? Topik ttg Politik jarang dijelaskan/dikhutbahkan
    3. Dilema kerana kita tahu parti yang menang akan membentuk kerajaan. Dlm konteks Malaysia, parti yg menang akan mengangkat presiden parti sbg PM. Jadi disini ada dilemma kalau mau memilih calon kerana bilangan kerusi akan menyumbang kepada kemenangan parti, jadi bagaimana?
    4. Situasi pemahaman politik di kalangan rakyat Sarawak secara amnya,masih primitive, di peringkat survivl of the fittest. kesedaran rendah tentang kuasa pemerintahan melalui politik. Tiada kesedaran tentang kuasa raja atau pemerintah. Tribal mentality. Diumpan dengan wang rm50, dadah, habuan. apa peranan pemimpin Kristian dan jemaat Kristian, khususnya d Sarawak?

    • @fkarong
      @fkarong ปีที่แล้ว

      #1) MBTS ada menawarkan kursus2 seperti Kristianiti Dan Politik, Etika Kristian, Gereja & Masyarakat dan sebagainya.

    • @fkarong
      @fkarong ปีที่แล้ว

      #2) Seperti yang telah kami bahaskan, para pastor Dan pemimpin gereja perlu memberi panduan jelas dalam hal ini, khasnya pada waktu menjelang pilihanraya. Namun, perlu neutral tanpa memihak kepada parti2 tertentu. Diharap ramai para pastor serta pemimpin gereja akan menonton video ini dan mendapat kesedaran.

    • @fkarong
      @fkarong ปีที่แล้ว

      #3) Seperti yang saya jekaskan, kita mengundi tetapi Tuhan punya autoritas yang mutlak untuk menentukan pemerintah. Kita cuma perlu lakukan bahagian kita dengan firasat dan hikmat yang terbatas dan serahkan yang selebihnya kepada Tuhan. Pilihlah calon yang paling sesuai sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat ini yang akan mewakili kita tidak kira siapa PM atau pihak mana yang membentuk kerajaan. Siapa pun mereka, Tuhan tetap akan menggunakan mereka untuk tujuanNya menurut ke-MahatahuanNya. Seperti kata Alkitab: tidak ada pemerintah yang tidak dilantik oleh Tuhan.

    • @fkarong
      @fkarong ปีที่แล้ว

      #4) Kita perlu berdoa dan bersuara untuk memberikan kesedaran. Perubahan tidak dapat terjadi secara mendadak. Sebab itu kesedaran ini harus bermula dari umat Kristian dan gereja. Bukan kita berkempen utk parti2 politik tapi kita harus advocate kebenaran dan keadilan. Kitalah terang dan garam Dunia dalam semua aspek kehidupan masyarakat.