Bagi yang pakai santan kotak terutama kara, kak long sarankan letak air sikit tau sebab santan kotak ni lebih likat berbanding santan fresh. Supaya nanti bancuhan dia lebih smooth..tak la ketat sgt..k 🙂
Terima kasih kak long,ikhlas betul kak long mengajar cara membuat kuih nie,org yang tak pandai buat pun boleh buat kuih.semoga kak long dimurahkan rezekinya....
Baru je cuba semalam , ikot sebijik mcm dlm resepi , baik yg bawah dgn yg atas dedua rasa tepung gandum tu , better tepung gandum takyah letak kot . Siyes rasa tepung dan tak rasa manis mcm kat bazar2 jual . Utk org kencing manis darah tinggi bole la ikot sukatan gula n garam . Dahlah nk bagi org makan harini , last2 rasa mcm ni , segan pula aku
Terima kasih sangat kak long. Dah lama mengidam ni. Skang dah balik sabah, dah tak der dah orang buat tepung pelita. Dulu jer kat semenanjung hari2 makan ni time puasa. Skang ni thanks kepada kak long, saya dapat merasa semula
Kalau orang Perak buat, dia tak bubuh gula dlm bancuhan bawah. Gula bubuh dlm bekas daun pisang tu sebelum bancuhan hijau dimasukkan. Apa2 pun cara Kak Long ni mmg sesuatu yg baru utk dptkan rasa yg sedap. Nak cuba lah pulak cara ni. Tkasih
Cara sis tu pun sedap jugak sebenarnya.. Kak Long pernah makan sebelum ni☺️☺️..bahagian bawah tu akan ada air gula.. Tepung Pelita ni mmg banyak style orang buat.. Nanti sis boleh la try cara Kak Long pulak.. Serious sedap 😍
Saya dah cuba resepi ni. Sebelum mula, dah tengok betul2 sampai 3x. Masa buat, letak laptop sambil buat dan sukat bahan. Waktu kukus juga pakai timer sama macak kak long buat. Tapi end result lapisan hijau keras, lagi keras dari kuih talam...
Alaa yeke.. sayangnya. Ralat pulak kak long dgr.. 😔 Kak long rasa pengukus panas sgt tu. Biasanya mcm tu. Tengok pengukus masing². Kak long suggest try dulu kukus 1 biji. Tgk timing dia. Kurangkan sikit masa dari kak long punya dan check. Kalau suka level lembik sikit mcm tu, awak pakai timing awak try td tu.. hijau tu mmg dia akan masak lama sikit dr atas. Sbb dia kukus dua kali. Kena rajin adjust ya.. 🙂
Thanks Kak Long nasihat jgn putus asa. Haha saya dh buat 2 kali, 1 terlebih manis(kaw2) , 1 lagi hijau die pakai air pandan pekatttt so pahit... haha.. saya ikut resepi kat channel lain.. so x de penerangan yg detail mcm kaklong punya.. thank youu
Bagus sgt akak buat Dan saya mudah faham nak Cuba juga..mcm akak ckp kena belajar lagi kalau x jadi..sebab haritu saya try buat utk makan berbuka puasa jadi keras sikit...tgk TH-cam juga
Wa alaikumussalam kak Long. Ni baru kuih tepung pelita a.k.a limas yg asli. Ditabur gula di bawah nye. Memang berbeza rase yg asli ni.. kombinasi wangi pandan n daun pisang..meruntun jiwa utk memakannyer..😋 Trimakaseh kak Long!
Yg ni baru betul tepung pelita, nmpk lembut tergedik2 dn guna daun pisang..biasa yg sya lihat resepi tepung pelita versi baru ni salah sbb bnyk yg guna daun pandan sebagai bekasnya, bncuhan keras sedikit dn ada sengkuang cina yg biasanya dipanggil kuih tako thai..tk k long utk resepi nya..
Asskum kak .sy tuti dr indon.kesukaan sy mase kat mlysia dl.bleh la nt sy buat.tq kak resepi akak senang dan mudah.salam manis dn selamat mnunaikan ibadah puasa
W'salam. Hi saudara dari indon.. Terima kasih ya support kak long. Boleh cuba pelbagai resepi lg dari channel kak long. Selamat menunaikan ibadah puasa 😘
Waalaikumussalam.. terima kasih kpd Puan atas video resipi ini.. saya nk tanya : 1. Klu sy pakai pengukus yg lebih kurang sama tp 2 tingkat, adakah kuih yg pda tingkat bawah akn rosak disebabkan terkena titisan air yg jatuh dr tgkat atas? 2. Kaedah yg diguna dlm resipi ni ialah kukus. Kaedah dlm resipi lain ialah dgn cara masak. Apa beza dr segi rasa/ tekstur? Terima kasih Puan :)
Masyaallah,terimakasih kaklong yang jujur dan ikhlas,Nk cuba la mcm ni Sebenarnya saya tahu makan je,🤗🤗🤗 Doa kan kaklong sihat dan rezeki murah bertambah ya,,Ameen
Nice sharing, tapi kalau ikut ayah, kuih campur tepung gandum ni dah kira tak ori.. Katanya zaman dulu mana nak dpt tepung gandum sangat, guna tepung beras je... Apa pun nanti nak cuba juga yg ada cmpur tepung gandum ni, mana tau kena dengan tekak...
Ohh yeke. Kak long tgk pula ramai org dulu² buat kuih limas ni pakai tepung gandum sepenuhnya. Zaman sekarang baru nampak campur² dgn tepung beras.. ☺️ Maknanya dulu pn ada pakai tepung beras sepenuhnya ye? Kak long boleh cuba lepas ni..
@@PortResepi masa borak2 ngan mak mentua, dia kata zaman dulu mana ada sangat tepung gandum, Beras tu dorng kisar buat kuih... Saya kat sabah, mungkin masa tu samada tepung gandum mahal, susah nak dapat atau belum masuk lagi kat daerah saya... Lagipun gandum ni bukan asal tanaman asia. Ayah saya cerita juga, sbb pernah nampak nenek dan mak dia (nenek saya) buat. Susah nak cari kuih ikut selera ayah saya... Ye la, kalau dah berumur mungkin dok terkenang rasa zaman dia dulu2. Kalau saya ngap je, asal sedap... :) Sekarang ni selalu cuba buat kuih talam guna tepung beras, Ikut pengamatan saya nisbah tepung beras ngan air lebih kurang1:3... Tapi Kadang kuih jadi keras juga... Jadi kena selalu mencuba.. Tepung pelita ni bukan kuih asal sabah, jadi saya tak tahu sangat resipi asal... Nanti kak long cuba la ye... Share la kat sini... Rindu pula dengan tepung pelita bazar ramadan pakcik askar jual zaman saya sekolah rendah dulu... Sebiji tepung pelita dua kupang je kata pakcik askar tu... Beli lima seringgit.
Ini pelita limas... biasa org perak tau la resipi ni. Tepung pelita skrg pg letak sengkuang bagai. Acuan daun pandan... apoooo tu? Teksture ada yg mcm agar2... yg rupe sumsum lembik benyek pon ada... teksture pelita limas ni liat2 sikit... kalau nk mkn pelita limas ni mmg tggu blk perak baru beli... yg jual2 di KL tk lalu rasa nk makan... bukan apa nnt tak sedap kita mencarut pulak di bulan puasa ni... Resipi mcm ni lah arwah nenek sy buat. Turun dr arwah moyang... tk penah pulak arwah tu kata dulu tk de jual tepung gandum. Netizen yg bwh dok kata dulu tk de tepung gandum... Ntah le.... nk tnye pon udah meninggal org tua tu.
Yang ada sengkuang, rupa macam agar2 dan pakai daun pandan tu nama dia tako. Hehe. Aah kak long suka yang tepung pelita macam ni lagi. Sedap dan rasa keasliannya. Hehe.
Oh yeke sis. Resepi ni memang untuk original tepung pelita asli. Yang texture nya rasa macam liat2 sikit. Itu yg sis rasa macam tepung talam tu. Tp bila dah campur2 dengan air gula kat dasar tu, dia akan rasa lembut juga. Kuih kaklong jadi macam tu.. Sekarang mmg ramai yg suka yg macam2 lembik sikit kan.. 🙂 Kak long ada bagitau tips dalam video macam mana nak kan texture jenis lembik. Ada di minit ke 5.47.. Boleh lebihkan air atau kurangkan tepung beras dalam bancuhan..
Ya sis. Sebab utk lapisan hijau tu memang kena pakai santan cair. Jadi sis kena tambah air. Sis boleh cuba tengok santan kaklong tu ye. Dia punya tahap kecairan tu.. 🙂
Assalamualaikum. Maaf saya ingin berkongsi tentang tepung beras yg diguna.Kebanyakan resipi dlm you tube mgunakan tepung beras cap teratai.Saya guna cap golden coins.Jika guna tepung beras cap lain,kuih tak menjadi @ada masalah
Wslm..sbb kuih tepung pelita mmg mcm tu 🙂 nnt gula tu cair n jd air gula dkt bwh..lapisan pandan tu mmg kurang manis..nnt rasa dia blend jr..lemak,masin n manis
Ya, masa nak kukus tu letak gula dulu. Ikut tradisi kuih tepung pelita ni,memang kena letak gula tu. Nanti dia jd air gula berair2 bawah tu baru best.. kalau tak letak gula, kak long tak tau boleh panggil tepung pelita ke tak.. 😂
Tak boleh dear. Sebab itu rasa utama dia. Rasa pandan.. 🙂 Kalau sis tak ada daun pandan, boleh pakai pandan emulco.. Pewarna tu kita pakai kalau sis nak pekatkan lagi warna hijau dia je..☺️
Kalau ikut resepi yg asli ni kena letak tepung gandum. Mungkin boleh ikut style yg orang pakai tepung beras dan masak kat kuali dulu tu. Sebab yg itu tak pakai langsung tepung gandum.. Kak long tak cuba lagi yang itu.. 🙂
Bagi yang pakai santan kotak terutama kara, kak long sarankan letak air sikit tau sebab santan kotak ni lebih likat berbanding santan fresh. Supaya nanti bancuhan dia lebih smooth..tak la ketat sgt..k 🙂
Resipi ni untuk berapa biji kotak pisang tu kak long ?
Lebih kurang dalam 20-25 biji bergantung pada saiz kelonsong kita buat tu..
Nak tanya kalau tepung beras gantikan dengan tepung pulut boleh tak
Santan kotak cuma guna sekotak je kn?
@@norizzatiabdulghafar6397 ttttttttttttt5ttttttttttttttttttt5u
Terima kasih kak long,ikhlas betul kak long mengajar cara membuat kuih nie,org yang tak pandai buat pun boleh buat kuih.semoga kak long dimurahkan rezekinya....
Amiinnn Terima kasih atas doanya. Insyaallah moga kak long dapat share lagi banyak resepi yang ramai boleh ikut dan follow. 😍
Baru je cuba semalam , ikot sebijik mcm dlm resepi , baik yg bawah dgn yg atas dedua rasa tepung gandum tu , better tepung gandum takyah letak kot . Siyes rasa tepung dan tak rasa manis mcm kat bazar2 jual . Utk org kencing manis darah tinggi bole la ikot sukatan gula n garam . Dahlah nk bagi org makan harini , last2 rasa mcm ni , segan pula aku
Sbb tu dinamakan kuih limas, sbb pakai tepung gandum. Mmg kena tambah gula kt daun pisang tu, mungkin cik bubuh sikit sgt kut,sbb tu x rasa manis
Memanglh guna tepung andum berbeza Kalau guna tepung beras,,,ikut cita rasa mna satu sesuai ngn tekak kita ,
Terima kasih kongsi resepi. Suka sangat. Sedaaaap❤❤❤
Terima kasih sangat kak long. Dah lama mengidam ni. Skang dah balik sabah, dah tak der dah orang buat tepung pelita. Dulu jer kat semenanjung hari2 makan ni time puasa. Skang ni thanks kepada kak long, saya dapat merasa semula
😘😘😘
Kalau orang Perak buat, dia tak bubuh gula dlm bancuhan bawah. Gula bubuh dlm bekas daun pisang tu sebelum bancuhan hijau dimasukkan. Apa2 pun cara Kak Long ni mmg sesuatu yg baru utk dptkan rasa yg sedap. Nak cuba lah pulak cara ni. Tkasih
Cara sis tu pun sedap jugak sebenarnya.. Kak Long pernah makan sebelum ni☺️☺️..bahagian bawah tu akan ada air gula..
Tepung Pelita ni mmg banyak style orang buat.. Nanti sis boleh la try cara Kak Long pulak.. Serious sedap 😍
Saya buat mcm sis ni buat tapi gula dlm bahagian hijau kurangkn lh sbb kat bwhnya dh ada gula. ,,nama pun pemanis mulut memanglh Manis😁
Bestnya.. Lagi2 guna acuan daun.. Aroma memukau
Alhamdulillah dah try. Resepi menjadi sedap tapi saya suka kalau lagi manis yg lapisan hijau tu.
Lama cari versi ori mcmni. dedulu pnh tgk arwah nenek buat. Tq kak long. Skrg byk yg kacau atas api je.
Aah betul. Kak long mmg nak cari yg ori mcm ni. Alhamdulillah menjadi 😍
Saya dah cuba resepi ni. Sebelum mula, dah tengok betul2 sampai 3x. Masa buat, letak laptop sambil buat dan sukat bahan. Waktu kukus juga pakai timer sama macak kak long buat. Tapi end result lapisan hijau keras, lagi keras dari kuih talam...
Alaa yeke.. sayangnya. Ralat pulak kak long dgr.. 😔 Kak long rasa pengukus panas sgt tu. Biasanya mcm tu. Tengok pengukus masing². Kak long suggest try dulu kukus 1 biji. Tgk timing dia. Kurangkan sikit masa dari kak long punya dan check. Kalau suka level lembik sikit mcm tu, awak pakai timing awak try td tu.. hijau tu mmg dia akan masak lama sikit dr atas. Sbb dia kukus dua kali. Kena rajin adjust ya.. 🙂
@@PortResepi it's okay, first time biasalah... terima kasih Kak Long 🙂 Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mula2 mmng camtu kdg2 x Tau brpa Kali tengok x jadi jugak😭😭😭
Terima kasih atas perkongsian ilmunya ...moga terus sukses ya 🤲🤲
Terima kseh atas perkongsian ilmu nya.
T.ksih share resepi manfaat ini
Sama² kasih sis.. Nanti cuba la buat 😉
Thanks Kak Long nasihat jgn putus asa. Haha saya dh buat 2 kali, 1 terlebih manis(kaw2) , 1 lagi hijau die pakai air pandan pekatttt so pahit... haha.. saya ikut resepi kat channel lain.. so x de penerangan yg detail mcm kaklong punya.. thank youu
Lama dah cari resepi kuih tepung pelita asli ni. Nk cuba buat la nnt.
Alhamdulillah. Dah jumpa ni, boleh buat nanti. Insyaallah confirm puas hati. 😍😍
Sedap nmpk kak..mesti cuba...
sedap nya boleh lah test buat nanti ramadhan 2021 ni, 👍terima kasih share 👍
Bagus sgt akak buat Dan saya mudah faham nak Cuba juga..mcm akak ckp kena belajar lagi kalau x jadi..sebab haritu saya try buat utk makan berbuka puasa jadi keras sikit...tgk TH-cam juga
Oh yeke. Aah jangan give up. Insyaallah lama2 akan jadi dan sedap. 😍😍💪
@@PortResepi tq kak..terima kasih juga kerana share ilmu
Keras juga...😥
Yg hijau ok...
Yg putih macam makan bingka...😥😥😥
Air dah lebihkan...1 cawan...
Keriatif akak ni pula buat kueh
Kalau saya tkda lah nk buat cam ni grenti berterabur
Insya Allah nanti nak cuba ikut resepi ni pula.. Sebelum ni buat yg jenis masak tu.. Tak berapa jadi
Boleh cuba yg ni ya.. Insya Allah jadi.. 🙂
@@PortResepi Insyaallah
Yg lembut tu kuih limas
Pakai tepung gandum aje xde tepung beras
Resepi yg ni pun nampak sedap😁👍
Terima kasih kak long share resepi...
Sama2 😊
Terima kasih kak Long kongsi resepi 👍👍👍. Nnt kami torai buat
Hehe. Haha torai.. jangan tak torai. Confirm suko kang.. ✌️
Terima kasih bg resepi. Nak cubalah
Sama2. Boleh2. Moga bermanfaat. 😍
@@PortResepi dah cuba dah hari ni terima kasih nampak menjadi
Wa alaikumussalam kak Long.
Ni baru kuih tepung pelita a.k.a limas yg asli. Ditabur gula di bawah nye. Memang berbeza rase yg asli ni.. kombinasi wangi pandan n daun pisang..meruntun jiwa utk memakannyer..😋
Trimakaseh kak Long!
Hehe betul Tu. Kak long memang nak share yang asli punya. Sedap pun sedap. Heheh.
Yg ni baru betul tepung pelita, nmpk lembut tergedik2 dn guna daun pisang..biasa yg sya lihat resepi tepung pelita versi baru ni salah sbb bnyk yg guna daun pandan sebagai bekasnya, bncuhan keras sedikit dn ada sengkuang cina yg biasanya dipanggil kuih tako thai..tk k long utk resepi nya..
Hehe aah yang tu tako. Jarang² juga jumpa yang share Cara tradisional betul². Alhamdulillah, kak long dah try. Nanti boleh Cuba ye. 😍😍
Assalamualaikum kak long,sedapnya kuih ni..insyaallah sy akan cuba buat..tq resepinya☺️
Assalamualaikum...terima kasih kak long resepinya...
Sama2 😊
Waalaikumsalam
Alhamdulillah
Terima kasih kak long
Sama² .. semoga bermanfaat. ✌️
Alhamdulillah
Terima kasih share resipi...
Loceng berbunyi. Kak Pah datang untuk Kuih Tepung Pelita. Tq Kak Long😘😘
Welcom Kak Pah😍😍
Asskum kak .sy tuti dr indon.kesukaan sy mase kat mlysia dl.bleh la nt sy buat.tq kak resepi akak senang dan mudah.salam manis dn selamat mnunaikan ibadah puasa
W'salam. Hi saudara dari indon.. Terima kasih ya support kak long. Boleh cuba pelbagai resepi lg dari channel kak long. Selamat menunaikan ibadah puasa 😘
Best...best...mesti dicuba ni.InshaAllah Channel Jamal Tommy nak cuba resepi ni. Thanks kongsi resepi.
Welcome.. 🙂
Terima kasih nampak sedap
yg ni baru originally
tq akak syer resepi
Kuih pelita ada banyak versi.. Kak Long cuba buat yg original resepi😊.. Serious sedap!
Terima kasih kak long untuk resepi.. Saya save nak cuba buat 🥰🥰
Wslm kaklong yg ceria ..hehehe sdp nya tepung pelita..sy memang dh syg dgn akklong awl awl DH join hehe ..ziarah ukwah . Pakai santan kotak blh kak kaklong
Sedappnya kak long... Boleh la cube nnti.. Tq kak long.... 😍😍
Wc.. Nanti cuba la😊
Waalaikumussalam.. terima kasih kpd Puan atas video resipi ini.. saya nk tanya :
1. Klu sy pakai pengukus yg lebih kurang sama tp 2 tingkat, adakah kuih yg pda tingkat bawah akn rosak disebabkan terkena titisan air yg jatuh dr tgkat atas?
2. Kaedah yg diguna dlm resipi ni ialah kukus. Kaedah dlm resipi lain ialah dgn cara masak. Apa beza dr segi rasa/ tekstur?
Terima kasih Puan :)
Sangat berguna bagi saya untuk mempelajari yg saya tidak bisa
Alhamdulillah. Semoga video kak long ni lebih bermanfaat ya.. 🙂
Pandai kak long masak👍🏻👏👏👏
Terima kasih sis pavithra. ☺️ ✌️
Masyaallah,terimakasih kaklong yang jujur dan ikhlas,Nk cuba la mcm ni
Sebenarnya saya tahu makan je,🤗🤗🤗
Doa kan kaklong sihat dan rezeki murah bertambah ya,,Ameen
Terima kasih doakan Kak Long..
Nanti try buat sis.. InsyaALLAH sis akan suka😍
Wa..feveret ni k.long..leh la nnti k.zaza cuba😊
Boleh kak. Sedap kan tepung pelita ni.. 💃😍
sedapnya, ni kuih limas yea kak...
Ya..dipanggil limas juga..
Wah..sdp nyeee😋😋
Mcm2 nama ikut negeri masing2 😁
'senang' dan 'mudah' has the same meaning 😂 btw nice recipe !! love it ❤
Hehe. To show its super easy. Haha😜😜
Sedappp kak long
nanti cuba buat ye.. insyaAllah sedap. 😀😀
@@PortResepi 💪🏻💪🏻💪🏻🙂🙂🙂
Ni macam kuih limas Perak jeeee
Mintak halal resepi ya kak long...terima kasih 😊
terima kasih kongsi resepi nanti nak cuba sebab suami kuih pelita
Sama2.. :)
Nice sharing, tapi kalau ikut ayah, kuih campur tepung gandum ni dah kira tak ori.. Katanya zaman dulu mana nak dpt tepung gandum sangat, guna tepung beras je...
Apa pun nanti nak cuba juga yg ada cmpur tepung gandum ni, mana tau kena dengan tekak...
Ohh yeke. Kak long tgk pula ramai org dulu² buat kuih limas ni pakai tepung gandum sepenuhnya. Zaman sekarang baru nampak campur² dgn tepung beras.. ☺️ Maknanya dulu pn ada pakai tepung beras sepenuhnya ye? Kak long boleh cuba lepas ni..
@@PortResepi masa borak2 ngan mak mentua, dia kata zaman dulu mana ada sangat tepung gandum,
Beras tu dorng kisar buat kuih... Saya kat sabah, mungkin masa tu samada tepung gandum mahal, susah nak dapat atau belum masuk lagi kat daerah saya... Lagipun gandum ni bukan asal tanaman asia.
Ayah saya cerita juga, sbb pernah nampak nenek dan mak dia (nenek saya) buat. Susah nak cari kuih ikut selera ayah saya... Ye la, kalau dah berumur mungkin dok terkenang rasa zaman dia dulu2. Kalau saya ngap je, asal sedap... :)
Sekarang ni selalu cuba buat kuih talam guna tepung beras, Ikut pengamatan saya nisbah tepung beras ngan air lebih kurang1:3... Tapi Kadang kuih jadi keras juga... Jadi kena selalu mencuba..
Tepung pelita ni bukan kuih asal sabah, jadi saya tak tahu sangat resipi asal...
Nanti kak long cuba la ye... Share la kat sini...
Rindu pula dengan tepung pelita bazar ramadan pakcik askar jual zaman saya sekolah rendah dulu... Sebiji tepung pelita dua kupang je kata pakcik askar tu... Beli lima seringgit.
atas
1 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan santan pekay
Terliurrrr
Nnt buat k 🙂
hijau
1 cawan tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
2 sudu besar gula
3 cawan santan cair
5 helai daun pandan
pewarna hijau
Terima kasih kak
Sama2 adik 😘
Sedap nya
Hehe terima kasih 😍✌️
Ini pelita limas... biasa org perak tau la resipi ni. Tepung pelita skrg pg letak sengkuang bagai. Acuan daun pandan... apoooo tu? Teksture ada yg mcm agar2... yg rupe sumsum lembik benyek pon ada... teksture pelita limas ni liat2 sikit... kalau nk mkn pelita limas ni mmg tggu blk perak baru beli... yg jual2 di KL tk lalu rasa nk makan... bukan apa nnt tak sedap kita mencarut pulak di bulan puasa ni...
Resipi mcm ni lah arwah nenek sy buat. Turun dr arwah moyang... tk penah pulak arwah tu kata dulu tk de jual tepung gandum. Netizen yg bwh dok kata dulu tk de tepung gandum... Ntah le.... nk tnye pon udah meninggal org tua tu.
Yang ada sengkuang, rupa macam agar2 dan pakai daun pandan tu nama dia tako. Hehe.
Aah kak long suka yang tepung pelita macam ni lagi. Sedap dan rasa keasliannya. Hehe.
Kami panggil kuih limas
@@nurulhuda6586 org perak ye
😍sedap
Dah cuba buat follow resepi Kak long ye 😊😊
@@PortResepi ok kak long
T kasih
Kak long cadangkn PKI santan fresh supaya apa ye sbb laju sgt CKP TK jelas
Is it okay to use cornflour instead of wheat flour?
Nak tanye.. Santan cair tu nak cmpur air dan santan banyak mana yer?
Nak Tanye kak long firstime akak masukan tu ape yg macam beras putih tu please tolong bantu jawab😂😂😭😭 saya dari Sumatra Indonesia
Santan tu boleh guna kelapa parut tak??yg sebiji2
Blh jr..perahan yg ptama tu la santan pekat..
Ayoooooo pasar ramadhn pn tarak
Hehe.. sekarang dah boleh buat sendiri
Assalamualaikum...
Boleh tak bagi sukatan gram
Kak long..soalan sy kenapa kena letak gula kat bawah sebelum letak lapisan hijau tu?
K.long gula yg letak dlm tpung colour hijau tu brpe sudu..unt resepi ni..
Gula utk lapisan hijau tu kak long masukkan 2 sudu. Tengok kat minit 0.37 ya. Kaklong ada bagitau.
I tried yr resepi..step by step..but end result jadi keras..mcm jadi kui tepong talam pula
Oh yeke sis. Resepi ni memang untuk original tepung pelita asli. Yang texture nya rasa macam liat2 sikit. Itu yg sis rasa macam tepung talam tu. Tp bila dah campur2 dengan air gula kat dasar tu, dia akan rasa lembut juga. Kuih kaklong jadi macam tu.. Sekarang mmg ramai yg suka yg macam2 lembik sikit kan.. 🙂
Kak long ada bagitau tips dalam video macam mana nak kan texture jenis lembik. Ada di minit ke 5.47.. Boleh lebihkan air atau kurangkan tepung beras dalam bancuhan..
Tk bole try lagi..tmpt kak menetap ni susah dpt tpg beras..tpg biasa pun kena lockdown....
Telan ayak lioq sja
nak tanya kalau satu kotak santan kara tu campur dengan 2 cawan air lagi boleh x?
Kaklong..mohon ajar, santan cair ngan santan pekat nak buat mcm mana ya?
Yg santan cair tu, santan pekat yg dah dicampur air. Color nya pun nanti jernih sikit berbanding santan pekat..
kalau utk lapisan hijau tu guna santan kara jugak kena tambah air ke utk cairkan
Ya sis. Sebab utk lapisan hijau tu memang kena pakai santan cair. Jadi sis kena tambah air. Sis boleh cuba tengok santan kaklong tu ye. Dia punya tahap kecairan tu.. 🙂
Resepi ni akak guna sntan kotak berapa kotak
Sehingga ke hari ini belum pernah jumpa lg tepung pelita yg dibakar. Ada Ker?
Macam mana nak dapatkan texture santan cair kalau pakai santan kara tu ye? Saya tak reti nak agak letak air
Kaklong knp sy buat yg ats tak warna putih.. Sebab sy masak lama Sgt ke.. Sya masak 10 minit.. Dia warna xputih
Oh yeke. Tak warna putih? Santan tu jadi warna apa?
Pandainya kak long
Hi.. santan cair tu santan apo??
Santan cair ialah perahan kedua atau ketiga
Cara dy balut clear thnk
🙂
Nak tnya..Kalau pakai santan kotak sukatannya brp ? Brp ml
Pakai jugak ya tpung gndum?
Betul.. Dan rasa yang ni memang macam yang jenis kampung lama dlu buat. Sedaap.
Ouh.. Tq
Boleh sy tahu dapat berapa biji
Assalamualaikum.
Maaf saya ingin berkongsi tentang tepung beras yg diguna.Kebanyakan resipi dlm you tube mgunakan tepung beras cap teratai.Saya guna cap golden coins.Jika guna tepung beras cap lain,kuih tak menjadi @ada masalah
Salam kak long, kenapa letak gula masa nk kukus? Kalau gula tu masuk dlm adunan tepung tu blh tak?
Wslm..sbb kuih tepung pelita mmg mcm tu 🙂 nnt gula tu cair n jd air gula dkt bwh..lapisan pandan tu mmg kurang manis..nnt rasa dia blend jr..lemak,masin n manis
lg byk air gula di bawah lg best
Hi kak long, mmg tak letak air kapur makan yer? Selalu nmpk resepi letak air kapur sya tak berani nk buat
btul saya pon x takut nk letak kapur sebb saya pernah ikut satu resepi tu...pahit letin..penat je buat
kaklong.. cawan tu cawan kecik ker atau yg mcm mn
Ya cawan kecil. Cawan kak long 200ml. Guna cawan yg sama untuk semua sukatan.
terima kasih kaklong.. nnt Kita try buat sbb mak mmg suka kuih ni..
Dml bekas tu blh jual brp kak long
😋.....👍👍👍
Masa kukus tu letak gula kan? Klu trus letak dlm santan cair hijau tu trus blh tak?
Ya, masa nak kukus tu letak gula dulu. Ikut tradisi kuih tepung pelita ni,memang kena letak gula tu. Nanti dia jd air gula berair2 bawah tu baru best.. kalau tak letak gula, kak long tak tau boleh panggil tepung pelita ke tak.. 😂
@@PortResepi oh. Terima kasih.. Semoga dmurahkan rezeki sis..
Nk tnye kalau tk blend daun pandan just guna pewarna je boleh tak? 😊
Tak boleh dear. Sebab itu rasa utama dia. Rasa pandan.. 🙂 Kalau sis tak ada daun pandan, boleh pakai pandan emulco.. Pewarna tu kita pakai kalau sis nak pekatkan lagi warna hijau dia je..☺️
Assalamualaikum. Bekas plastik yg diguna boleh dikukus atas dapur ke? Tkasih.
boleh
Kalo letak dlm bekas tu leh kukus ke
Aah boleh. Cari yg boleh Kukus. Nak selamat cari yg bawah dia ade gambar microwave.
Gigil wehh tgn.. 😢😆 aku nk bt pun rasa serba salah ni
Gigil nak buat tang mane Tu . Confirm sedap hasil nya nanti.
🤣🤣
💕
😍😍
Kalau kukus pkai bekas kaca brp mnit utk stiap lpisan?..saya buat 12 mnit still cair 😭
Kalau nk pakai bekas kaca,blh guna kaedah masakkn dulu..lepas tu masukkn dlm bekas tu n kukus sekejap..
Saya rasa tkurang air..dah jdi kek pelita 😂
Kak long kalau dalam bekas nak kukus macam mana tu?
Sama jugak. Letakkan gula dan masukkan hijau. Kukus kejap dan masukkan putih nya pulak. Sama je proses dia. 😍
kalo tak ada tepung gandum boleh kah
Kalau ikut resepi yg asli ni kena letak tepung gandum. Mungkin boleh ikut style yg orang pakai tepung beras dan masak kat kuali dulu tu. Sebab yg itu tak pakai langsung tepung gandum.. Kak long tak cuba lagi yang itu.. 🙂
@@PortResepi ok
Pisang nipah tu cam mana yer... 🤔
Alamak. Kak long nk tunjuk gmbr pun xboleh kat sini. Sis boleh Google sis. ✌️
Kak long yang daun pandan tu guna 5 helai je kan?
Ya. Kak long pakai 5 helai saiz kecil dan sederhana. Kalau saiz besar, kurangkan sehelai dua. Sebab kalau banyak nanti pahit.
Tepung beras yg cap berapa gajah?
Kaklong guna cap teratai
👍