ABDULLAH BIN SALAM Nama sebenarnya ialah Hushain bin Salam. Berasal dari keturunan Yahudi yang tinggal di Madinah. Beliau adalahh ketua kaumnya dan ulama kalangan Yahudi. Apabila beliau memeluk Islam, baginda Nabi SAW menukarkan namanya kepada Abdullah bin Salam. Abdullah memeluk Islam bersama isteri dan anak-anaknya. Namun beliau merahsiakan keislamannya daripada kaumnya kerana mahu merancang satu pembongkaran sikap pembohong kaum Yahudi. Abdullah berpakat dengan Rasulullah SAW, supaya baginda memanggil pembesar Yahudi ke rumahnya dan berdakwah kepada mereka, sementara Abdullah bersembunyi di dalam. ana dirancang, yahudi datang ke rumah Nabi. Di sana baginda berdakwah memperkenalkan Islam terhadap mereka. Seperti yang dijangka, mereka menyangkal dakwah Nabi dengan berbagai hujahan menipu dan menyeleweng dari fakta sebenar, terutama tentang kandungan kitab dan ajaran sebenar mereka. Akhirnya Rasulullah SAW bertanya: “Apa pandangan kamu tentang Hushain bin Salam? “ Jawab mereka: “Dia adalah pemimpin kami, dan anak pemimpin. Dia juga adalah Ulama dan cendikiawan kami, dan anak ulama dan cendikiawan.” “Apa pendapatmu jika dia memeluk Islam?” Soal baginda. “Mustahil! Tidak mungkin dia akan peluk Islam!” Tegas mereka. Maka ketika itu keluarlah Abdullah dari persembunyian, lalu berkata: “Wahai sekalian Yahudi! Percayalah bahawa Muhammad adalah sebenar-benar Nabi. Berimanlah kepada beliau, kerana ia telah termaktub dalam kitab yang ada pada kamu, Taurat dan juga Injil. Sesungguhnya aku beriman kepada Allah dan beliau.” Tidak semena-mena, Yahudi itu terus berkata: “Tidak! Kamu bohong! Kamu adalah penjahat, dan anak penjahat. Kamu juga adalah orang jahil, anak kepada orang jahil.”
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Alhamdulillah.. ALLAHUAKBAR 🤲
Alhamdullilah 🤲.. you are lucky men get hidayah Allah 😢 May Allah always bless you and istiqama it..
Vidio satu dilipat gandakan dgn berbagai topik dan narasi
amin subhanallah
Norway... Bangsa Viking. Teringat cerita 13th warrior lakonan Antonio Banderas yg jadi prince Arab bersama bangsa Viking
Alhamdulillah
ini padri tidak boleh dipercayai...
Padri tidak mempunyai nilai. Padri yang lupa diri...
Sir, hidayah milik Allah sesungguhnya milikNya diantara langit dan bumi
ABDULLAH BIN SALAM
Nama sebenarnya ialah Hushain bin Salam. Berasal dari keturunan Yahudi yang tinggal di Madinah. Beliau adalahh ketua kaumnya dan ulama kalangan Yahudi. Apabila beliau memeluk Islam, baginda Nabi SAW menukarkan namanya kepada Abdullah bin Salam.
Abdullah memeluk Islam bersama isteri dan anak-anaknya. Namun beliau merahsiakan keislamannya daripada kaumnya kerana mahu merancang satu pembongkaran sikap pembohong kaum Yahudi. Abdullah berpakat dengan Rasulullah SAW, supaya baginda memanggil pembesar Yahudi ke rumahnya dan berdakwah kepada mereka, sementara Abdullah bersembunyi di dalam.
ana dirancang, yahudi datang ke rumah Nabi. Di sana baginda berdakwah memperkenalkan Islam terhadap mereka.
Seperti yang dijangka, mereka menyangkal dakwah Nabi dengan berbagai hujahan menipu dan menyeleweng dari fakta sebenar, terutama tentang kandungan kitab dan ajaran sebenar mereka.
Akhirnya Rasulullah SAW bertanya:
“Apa pandangan kamu tentang Hushain bin Salam? “
Jawab mereka:
“Dia adalah pemimpin kami, dan anak pemimpin. Dia juga adalah Ulama dan cendikiawan kami, dan anak ulama dan cendikiawan.”
“Apa pendapatmu jika dia memeluk Islam?” Soal baginda.
“Mustahil! Tidak mungkin dia akan peluk Islam!” Tegas mereka.
Maka ketika itu keluarlah Abdullah dari persembunyian, lalu berkata:
“Wahai sekalian Yahudi! Percayalah bahawa Muhammad adalah sebenar-benar Nabi. Berimanlah kepada beliau, kerana ia telah termaktub dalam kitab yang ada pada kamu, Taurat dan juga Injil. Sesungguhnya aku beriman kepada Allah dan beliau.”
Tidak semena-mena, Yahudi itu terus berkata:
“Tidak! Kamu bohong! Kamu adalah penjahat, dan anak penjahat. Kamu juga adalah orang jahil, anak kepada orang jahil.”