RESEPI : KEK COKLAT LEMBAB DAN LEMBUT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 29 ก.ย. 2024
  • Hai..Lama Nanie tak masukkan resepi kat sini. Kalini baru berkesempatan nak mengedit. So lepasni, Resepi boleh baca di caption. Cuma kena tengok video sampai habis sebab teknik dan cara biasa nanie susah nak tulis kena tengok video. Terima kasih yang sudi buat resepi cara cara Nanie yer.
    Lately lalu lalang kek coklat je, teringin pulak.. So, ini Resepinya Kek Coklat Lembab dan Lambut cara nanie ye.
    Bahan Kek :
    1 Cawan Minyak Jagung / Masak
    1 Cawan Gula Pasir / Perang
    1 Cawan Susu Cair / Full Cream/ Air
    ½ Cawan Susu Pekat
    kacau rata dan masak atas api perlahan hingga larut. ketepikan dan ayakkan..
    1 Cawan Tepung Gandum
    1 sudu Teh Baking Powder
    1 Sudu Teh Bikarbonate
    Dalam Bekas lain, kocokkan
    2 biji telor.
    Campurkan semuanya. Teknik sila tengok video.
    Kukus kan 30-50 minit ikut saiz bekas masing2.
    Bahan Coklat Cair.
    1 Cawan Serbuk Koko
    1 Cawan Susu Pekat
    1 Cawan Minyak Jagung
    1½ Cawan Susu Cair
    nanie double boiled semua ni sehingga larut sebati. Kalau nak buat banyak, boleh je masam atas api perlahan dan sentiasa kacau. Nanie pernah juga guna kaedah tu dan menjadi.
    Ni memang sedap..Tak Manis keknya.
    Balance dengan sos coklatnya.
    Kalau suka lagi manis, tukarkan sos coklat tu dengan cara coklat ganache yang gunakan kepingan milk chocolate. Kaedah boleh tengok macam nanie pernah kongsi buat kek batik indulgence.
    selamat mencuba.🤗
    #masakcarananiemeralds #resepisimple #makananviral #myfoodie #cookwithlove #kekcoklatmoist #kekcoklatviral

ความคิดเห็น •