Dataran Pasang Surut Pulau Mawar Mersing 2021
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 5 ธ.ค. 2024
- #PulauMawar #Mersing #Johor #Malaysia
Lokasi menarik yang menjadi tumpuan di Mersing juga ialah kawasan geopark iaitu Pulau Mawar. Hal ini kerana, Pulau Mawar mempunyai batu batuan yang cukup menarik dan sering menjadi tumpuan para photographer. Antara aktiviti menarik di sini adalah berkhemah dan anda berpeluang untuk menangkap gambar gugusan bintang yang cantik. Mahupun sedemikian, untuk menuju ke Pulau Mawar pengunjung perlu mengetahui pasang surut paras air laut. Jika air laut pasang pengunjung tidak dapat melewati benteng pasir yang memisahkan antara daratan dan Pulau Mawar. Jika air surut pula, pengunjung boleh melewati benteng pasir di kawasan tersebut yang mengambil masa hampir 15 minit sahaja.