Boleh ke Benelli TRK 251 Off-road? Team TRK 251 CR to Pos Lenjang - Pos Titom | TRK 251 CR GMK

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 ต.ค. 2024
  • Ride and Camp #offroad
    Lokasi Campsite : Chalet Pak Hashim, Pos Lenjang
    Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Pekan Bentong - Raub - Sungai Koyan dan Pos Betau. Dari Pos Betau perjalanan ke Pos Lenjang melalui jalan kampung sejauh 25km. Permulaan perjalanan 15km jalan telah siap berturap dan 10km lagi masih dalam pembinaan oleh JKR.
    Keadaan Campsite sangat Bersih dan terjaga. Terdapat Beberapa unit Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang sangat berpatutan dari RM100-150/malam. Kemudahan lain ialah Surau dan Dewan Makan. Untuk campers Tapak Khemah juga tersedia dengan kadar RM20/tapak. Bekalan Elektrik Hanya pada waktu malam sahaja (masih menggunakan generator). Tiada coverage untuk semua rangkaian telefon, hanya wifi pada waktu malam sahaja dengan kadar RM12 dengan kuota 1GB (boleh la reply whatsapp dan socmed lain).
    Hari ke-2 offroad ke Pos Titom iaitu kampung orang asli yg paling hujung boleh sampai. Perjalanan dari Pos Lenjang ke Pos Titom +/- 10km melalui jalan tanah merah dan simen (berbukit). Di hujung perjalanan terdapat 1 river crossing yang cantik untuk ambik gambar dan video.
    Tips : Trip akan lebih mencabar pada musim hujan. Keadaan jalan akan lebih teruk pada musim hujan. Kesukaran pada pendakian dan menuruni bukit.
    2D1N : 13/5/2022 - 14/5/2022
    Day 1 : Pos Betau - Pos Lenjang
    Day 2 : Pos Lenjang - Pos Titom
    Jalan Tar + Simen + Off-road

ความคิดเห็น • 36