Air Mata Membasahi Pipi Ketika Laungkan Azan Pada Hari Merdeka -- Hasan Azhari

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ก.ย. 2024
  • KUALA LUMPUR, 21 Sept -- "Saya masih tidak dapat melupakan detik bersejarah itu hingga ke hari ini dan ketika saya mengalunkan azan pada tarikh keramat sejurus laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengalir air mata saya membasahi pipi.
    "Mengalirnya air mata itu bukannya kerana sedih tetapi gembira kerana negara pada saat dan ketika itu telah merdeka dan rakyatnya memerintah serta menguruskan negara sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat," kata individu yang mengalunkan laungan azan pada hari pengisytiharran kemerdekaan, Tan Sri Hasan Azhari.
    Menceritakan kisah manisnya itu pada ketika umurnya 25 tahun, beliau menambah sehari sebelum pengisytiharahan kemerdekaan di Stadium Merdeka, beliau telah didatangi oleh mereka yang bertanggungjawab menjayakan hari kemerdekaan itu dan memaklumkan bahawa beliau akan mengalunkan azan pada hari tersebut.
    "Bayangkan betapa gementarnya pada saat itu dan saya pada malam berkenaan "berlatih" dengan pelbagai taranum bagi memastikan kelancaran pada hari bersejarah itu, pada awal pagi lagi, saya telah dibawa ke Stadium Merdeka dan melihat orang ramai telah membanjiri Stadium berkenaan.
    "Dan setelah menerima isyarat sejurus laungan merdeka dan lagu Negaraku, saya terus melaungkan azan dan pada waktu air mata mengalir membasahi pipi dan bersyukur kepada Alah," katanya yang kini menjangkau umur 83 tahun dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online.
    Beliau yang kini masih lagi aktif dalam mengajar ilmu Al-Quran adalah antara hakim paling veteran di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 seterusnya menambah laungan azan dan diiringi bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan pada hari pengisytiharan kemerdekaan negara menunjukkan ianya tidak lari daripada Islam.
    Malah tegas beliau ianya memperlihatkan bagaimana sejarah kemerdekaan negara turut diiringi dengan asas Islam dan ianya masih berterusan hingga ke hari ini.
    "Bukankah kita dapat lihat yang mana sebelum acara rasmi baik di dalam kerajaan atau pun mana-mana tempat, sebelum apa jua acara masjlis dimulakan, ianya didahului dengan bacaan doa. Ianya adalah untuk memohon kesejahteraan daripada Allah.
    "Jadi apa yang saya nak kongsi di sini, Islam sudah diketengahkan pada hari bersejarah dan saya sendiri antara yang terlibat apabila melaungkan azan," katanya.
    Beliau seterusnya berkata kemerdekaan negara perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun kerana ianya telah menjadikan Malaysia hari sebagai sebuah negara yang berdaulat dan makmur.
    "Tiap kali berlalunya 31 Ogos, saya masih terkenangkan peristiwa lalu dan saat bersejarah itu. Kepada rakyat Malaysia pertahankan kemerdekaan negara dan jangan sesekali meruntuhkannya," katanya.
    Tan Sri Hasan turut mengalunkan azan yang dilaungkan pada hari berkenaan.-MediaUMNO.

ความคิดเห็น • 51

  • @hasnal1682
    @hasnal1682 8 ชั่วโมงที่ผ่านมา

    Patut menjadikan tradisi kita selepas mengucapkan merdeka selepas itu azan semoga mendapat ke berkahan ❤

  • @manapmantaprentap
    @manapmantaprentap ปีที่แล้ว

    awesome

  • @rozbak
    @rozbak 12 ปีที่แล้ว +15

    Ust yg paling tawaduk yg pernah saya temui.saya berjumpa beliau dgn ust nik dari kelantan di hotel d singapura pada mlm hari,beliau ajak makan kacang pool d daerah masjid sultan.beliau boleh d ajak berbual dgn org umum seperti saya.saya gembira kerana masih ada org alim yg tawaduk seperti beliau.Ya-Allah berkatilah umur org2 Alim d mana2 dan kami dpt manfaatkan ilmu mereka hingga hari kiamat.Amin YarobbalAlamin.

  • @rashfari
    @rashfari 5 หลายเดือนก่อน

    My Dad

  • @osmanrahaman4592
    @osmanrahaman4592 3 ปีที่แล้ว +2

    seronok dapat dengar nasihat dari tan sri

  • @faizshariff3089
    @faizshariff3089 2 ปีที่แล้ว +1

    AL Fatihah

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว +1

    Arwah sy amat meminati ustaz dlm bapa alquran

  • @persatuanbekastldm2000
    @persatuanbekastldm2000 6 ปีที่แล้ว +18

    Masya Allah... Saya terlepas pandang... kalau tidak sudah tentu saya cadangkan kpd urusetia JPM utk memanggil beliau melaungkan azan pada 60 thn sambutan merdeka yg lepas... saya hanya fokus utk penaik bendera sahaja pada masa tu (Pak Sarif & Mr Oliver)... Alhamdulillah cdgan saya diterima... walau bagaimanapun harapan saya pihak urusetia JPM tak terlepas pandang.. mungkin boleh usul utk 61 tahun nanti... Sepanjang sambutan merdeka juga saya tak pernah nampak ada bacaan doa' di dataran... yg ada hanyalah muzik dari awal hingga akhir dengan pelbagai pertunjukan.... Wallahua'lam...

  • @hosainisuairee
    @hosainisuairee 12 ปีที่แล้ว +41

    kenapa tak pernah dengar azan datuk pada setiap hari merdeka? seharusnya RTM mainkan balik klip azan datuk pada hari yang bersejarah pada setiap tahun... harap-harap dipertimbangkan kembali... semoga kemerdekaan malaysia diberkati sepanjang tahun.

    • @malikishak6227
      @malikishak6227 6 ปีที่แล้ว +3

      Low profile kot?apa2 terima kaseh tan sri.negara seblh masih nak lekeh kita dgn kemerdekaan negara kita.patutlah negara kita merdeka dgn penuh rahmat allah bkn kerana bongkak sombong mcm jiran seblh.harga mati konon nya.kemerdekaan penuh dgn rahmat allah yg di hujani tahi bintang dan takbir memuji allah.

    • @hfzpojie4545
      @hfzpojie4545 5 ปีที่แล้ว +5

      Kalau ada azan utk tiap merdeka kn best

    • @kryismail4532
      @kryismail4532 4 ปีที่แล้ว +2

      setuju..

  • @MrPaparazzi76
    @MrPaparazzi76 13 ปีที่แล้ว +3

    dari dulu hingga kini aku mengagumi beliau...masa kecik dulu pun aku tgk tv rancangan muqadam & tajwid, laungan azan pun sedap....

  • @osmanrahaman4592
    @osmanrahaman4592 3 ปีที่แล้ว +1

    al fatihah buat allahyarham tan sri jasa beliau sangat

  • @danishmukhrizz4238
    @danishmukhrizz4238 5 ปีที่แล้ว +2

    Al fatihah untuk allahyarham Hassan Azahari.

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Inilah ciri2 ulamak yg sebnrnya tidak seperti ustaz2 yg ada skrg subahanallah

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Subahanallah itu baru dikatakn ulamak dan ustaz diseluruh tanah air tak ada kita dgr nk perlekehkan org lain dlm bicaranya moga rohmu tenang disana amin

  • @amerezani7617
    @amerezani7617 4 ปีที่แล้ว +2

    Merdeka,merdeka,merdeka 31/8/2020

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Setiap org yg ayah sy pernah ckp dgn sy pasti sy ttp ingat hingga kini

  • @MrPakudo
    @MrPakudo 8 ปีที่แล้ว +3

    Subhanallah, HEBAT dari awal atas asas Agama yg Agung. Semoga AMANAH ini JANGAN sekali2; di ambil renggan dan di SELEWENG. ALLAHUAKBAR

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Mng layak dan tepat lh apa yg pernah arwah ayah katakan itu semua ttg org ini dan skrg baru sy percaya penuh dgn apa yg pernah arwah ayah katakan ttg ustaz azahari mng terbaiklh terimakasih ayah

  • @Nadiahidayu93
    @Nadiahidayu93 ปีที่แล้ว

    Ayahanda kepada dato jalaluddin dan mantan ketua polis negara tan sri musa

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Dlm malaysia ini ayah sy cuma meminati ustaz azahari dlm ilmu tahjuid nya hebat

  • @wanazmanwanrazali5861
    @wanazmanwanrazali5861 7 ปีที่แล้ว +8

    saya masih ingat rancangan muqadam 1982

  • @imhikers6167
    @imhikers6167 6 ปีที่แล้ว +2

    Al-Fatihah..😢

  • @LATIFAHMOHDNOR-zy1mq
    @LATIFAHMOHDNOR-zy1mq หลายเดือนก่อน

    100-57=43+18=61
    90-61=29 years old (1957)

  • @ChronoReaper
    @ChronoReaper 12 ปีที่แล้ว +6

    Allahuakbar! Hidup Melayu-Islam! Daulat Tuanku!

  • @uoz-gr1vc
    @uoz-gr1vc 2 ปีที่แล้ว

    2022 sekarang agama islam dicemari dengan budaya barat, anak muda zaman sekarang terdedah dengan media2 barat,semoga anak muda zaman sekarang dapat menaikkan agama islam akan datang .

  • @syahrulsulal2884
    @syahrulsulal2884 4 ปีที่แล้ว +1

    Saya orang P .Baru Indonesia,datuk saya pernah cerita orang Malaisya merdeka' selepas azan,karena beliau orang tuanya orang Klantan,tapi saya tak pernah dengar hal begini tak pernah berlanjud ,wassalam

  • @hassansalehkon6466
    @hassansalehkon6466 2 ปีที่แล้ว +1

    Ok ok

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Beliaulh kwn shbt dan guru buat sy jika itu berkenaan dgn AlQuran dan ilmu agama...

  • @norulhudda88
    @norulhudda88 6 ปีที่แล้ว +2

    betul,baru tahu.
    alfatihah .

  • @samsudinsamsudin8485
    @samsudinsamsudin8485 2 ปีที่แล้ว

    Dan pesan terakhir Dr arwah ayah sy hingga kini sy masih ingatkn terutama bila ttg agama ayah sering ckp jgn mudah percaya dgn org2 yg bila berckp sikit2 jual islam utk kepentingan diri yg ttp sy ingatan sampai skrg

  • @hsanmanman5573
    @hsanmanman5573 5 ปีที่แล้ว +2

    Alfateha.....

  • @cylvergirl36
    @cylvergirl36 11 ปีที่แล้ว +5

    SAYA BERSETUJU APA YG TAN SRI HASSAN CAKAP..BERMULA KEMERDEKAAN DGN LAUNGAN AZAN,,DGN MENYEBUT NAMA TUHAN...TAPI KAMI X MAU MALAYSIA HANYA ISLAM PADA NAMA SAHAJA...KAMI MAHU NEGARA INI AMALKAN ISLAM SECARA MENYELURUH
    MENTERI2 MENGAMALKAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN..TUTUP AURAT DSBG...

    • @THEAGAI88
      @THEAGAI88 6 ปีที่แล้ว +2

      Org Melayu zaman dulu semua keputusan berdasarkan Islam tarikh merdeka 31 ogos tu pendangan dari org Alim juga!

    • @mazlynahamdan8116
      @mazlynahamdan8116 4 ปีที่แล้ว +1

      @@THEAGAI88 betul tu, tarikh kemerdekaan negara kita dicadangkan oleh Syeikh Abdullah Fahim, datuk kepada PM kita ke-5,Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

  • @faiznurammar
    @faiznurammar 11 ปีที่แล้ว +1

    salam tan sri ....semoga sihat selalu...insyaallah ...alhamdulilallah..

  • @pengyoutube
    @pengyoutube 4 ปีที่แล้ว +2

    Assalamualikum Tuan/ Puan. Saya ingin bertanya bagaimana cara boleh saya mendapatkan footages ini? Atau boleh saya hubungi admin yang menjaga channel ini? Terima kasih

  • @cylvergirl36
    @cylvergirl36 11 ปีที่แล้ว +8

    wartawan ni duk cucuk2 jgk tan sri nak suruh tan sri spin pembangkang...tp tan sri hassan bertapis...bagus2

  • @0175292029
    @0175292029 12 ปีที่แล้ว +4

    tinggal sejarah...tak pernah pun selama aku hidup dengar azan masa 31 ogos????

  • @cheaidilerfan4674
    @cheaidilerfan4674 5 ปีที่แล้ว +1

    Apa maksud dia sebut bang bang tu azan ke?

    • @MrSemut
      @MrSemut 4 ปีที่แล้ว

      Ya...kedah or belah utara sebut azan tu 'bang'..

    • @akuinginbelajar3539
      @akuinginbelajar3539 4 ปีที่แล้ว

      Betuil kami kedah sebut bang... Tapi allahyarham dato' pun sebut bang

  • @sonmezhan2311
    @sonmezhan2311 7 ปีที่แล้ว +1

    Türkiye

  • @negoco4393
    @negoco4393 7 ปีที่แล้ว +2

    Wartawan ni sekolah mana....? X buat homework ke questioner. Tanyalah soalan yg ilmiah sikit.

    • @jaafarmokhtar5293
      @jaafarmokhtar5293 6 ปีที่แล้ว

      Nak minta komen pun jgn ada niat kepentingan politik kepartian. Dulu niat nak adakan azan benar2 ikhlas. Klau skarng ada niat plus2. Cth sprti awak yg mencuit2 tan sri utk beri kredit kpd parti atau indevidu BUKAN ikhlas utk negara. Bila Tan Sri ceritakan mengenai Allahyarham YM TAR & isteri x da harta, kisah perjuangn Mat Kilau dll yg menggadaikn nyawa tidak d highlightkan. Rakyt skrg bukan benci negara atau kerajaan. Tp benci kelakuan tamak haluba n lupa daratan pemimpin. Mereka inilah yg patut menghayati serta menginsafi sejarah mengenai kemerdekaan n mengikut tauladan para pejuang kemerdekaan bukan meraih laba utk peribadi dengan mempergunakan nama n tindakan pejuang2 tulin termasuk rakyat keselurhanya pd ketika itu. Jd yg perlu di talbiah/diazan/ditalqin klau boleh pd setiap hari ialah pemimpin kerajaan n pemimpin2 UMNO/BN. Rasa patriotik rakyat akan terzahir dngn sendirinya jika pemimpin kerajaan termasuk Ahli UMNO benar3 ikhlas melakukannya.

    • @malikishak6227
      @malikishak6227 6 ปีที่แล้ว

      Wartawan kangkung dari profesor kangkung.