KONSERT MAHARDIKA BERSAMA KUGIRAN MASDO, SPIDER & ELLA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 ก.ย. 2024
  • Pulau Pinang akan menyaksikan konsert malam Hari Merdeka paling epik pada 30 Ogos 2024 dengan gabungan tiga ikon muzik Malaysia iaitu Spider, Ella, dan Kugiran Masdo. Dikenali sebagai Mahardika, konsert ini bakal menjadi salah satu acara hiburan terhebat yang pernah dianjurkan oleh The Dons Group.
    Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’, dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.
    Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara dalam era serta fasa muzik masing-masing.
    Dianggarkan sebanyak 10,000 peminat akan hadir membanjiri setiap ruang di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024 dan menjanjikan akan memberikan persembahan yang luar biasa menakjubkan.
    Merahsiakan elemen surprise yang bakal dibuat dan telah direncanakan, Don menyifatkan Spider, Ella dan Masdo sebagai satu pilihan yang sangat tepat berdasarkan kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzikal masing-masing. “Kita nak ajak peminat dalam pelbagai usia hadir ke Mahardika dan lihat sendiri betapa hebatnya pemuzik tempatan kita.” ujar Don lagi sambil menjelaskan pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi bertujuan untuk memanfaatkan tanah kelahirannya dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang bercuti ke negeri itu.
    Difahamkan tiket konsert itu telah pun terjual sebanyak 50 peratus sekaligus membuktikan bahawa ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.
    Mahardika bukan sahaja akan menjadi kesempatan terbaik buat Spider malah peminat di Pulau Pinang atau Utara dapat bertemu serta melihat persembahan mereka secara langsung selepas tiga dekad tidak membuat persembahan di sana.
    Dalam masa yang sama, Kugiran Masdo turut menjanjikan persembahan yang terbaik daripada mereka demi memuaskan hati para penonton pada malam itu.
    Kugiran Masdo dan Ella juga berharap peminat tidak melepaskan peluang hadir ke Mahardika yang diadakan di Spice Arena Penang kerana ini adalah kolaborasi pertama mereka bersama Spider.
    Nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui elemen visual dan muzikal akan digabungkan bagi menghasilkan sesuatu yang fenomena, adalah kekuatan utama yang bakal menarik sebahagian besar peminat untuk membeli tiket, selain dari pemilihan lagu yang bertepatan untuk melahirkan sebuah konsert yang bukan sahaja bakal mencipta nostalgia tetapi juga trending dan malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka nanti.
    Dapatkan tiket anda segera di www.ticket2u.com. dengan harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP).

ความคิดเห็น •