Siri 4 Bicara Potensi Malaysia Teacher Prize (MTP) 2024: Guru Peneraju, Pemimpin Jalinan Masyarakat

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ต.ค. 2024
  • Peluang menarik kepada cikgu sekalian! Akan berlangsungnya Siri 4 Bicara Potensi Malaysia Teacher Prize (MTP) 2024 yang bertajuk, “Guru Peneraju, Pemimpin Jalinan Masyarakat” pada 28 Mei 2024.
    Kali ini, Cik Constance Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL bersama Cikgu Anuthra Sirisena, Pemenang Malaysia Teacher Prize 2022, Dr. Zuridah Hanim binti Md Akhir, Finalis 10 Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 dan Cikgu Khou Jerome, Finalis 10 Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 akan membincangkan potensi seorang guru dalam membina hubungan kukuh dengan komuniti mereka, serta bagaimana hubungan ini boleh memperkayakan pengalaman pembelajaran murid.
    Sesi ini juga akan merungkai persoalan tentang Malaysia Teacher Prize yang kini masih terbuka untuk permohonan sehingga 2 Jun! Para hadirin akan mempunyai peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pandangan dan pengalaman barisan pembicara dalam menerajui pendidikan berkualiti dalam kalangan murid bersama komuniti mereka. Para pembicara juga akan berkongsi cara mereka mengaitkan pengalaman mereka di dalam dan luar bilik darjah dengan permohonan MTP.
    Butiran sesi ini adalah seperti berikut:
    📅 Selasa, 28 Mei 2024
    ⏰ 8:15 - 9:30 malam
    🔗 Facebook dan TH-cam PEMIMPIN GSL
    📜 E-sjiil kehadiran akan diberikan
    Sila imbas kod QR dalam poster untuk menyertai sesi ini di Facebook atau TH-cam PEMIMPIN GSL.
    Untuk memulakan permohonan anda serta maklumat lanjut, sila layari malaysiateacherprize.org.

ความคิดเห็น • 3

  • @rosliaziz3543
    @rosliaziz3543 4 หลายเดือนก่อน

    Salam dan salam sejahtera jiwa kena kental kena byk sabar sbb tu skrg saya dapat buka empayar sendiri

  • @rohanabintiabdullahana5459
    @rohanabintiabdullahana5459 4 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum

  • @nafsiahsarbini7989
    @nafsiahsarbini7989 4 หลายเดือนก่อน

    Asalmmualaikumm