PAKAIAN BANDUAN MALAYSIA MENGIKUT JENAYAH DILAKUKAN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ก.ย. 2024
  • AUBURN SYSTEM, adalah sistem yang diguna pakai pada era 18 yang dimana pakaian belang hitam putih bagi banduan di praktiskan. Pada era 20an pakaian bagi banduan penjara di olah semula oleh semua negara.
    Malaysia mempunyai 7 kategori warna pakaian bagi banduan di penjara.
    Peringkat Dan Warna Baju Kategori Banduan / Tahanan / Penghuni Penjara Malaysia
    Berikut senarai ringkas untuk pengetahuan semua.
    UNGU
    Baju ungu adalah untuk banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat di mahkamah.
    PUTIH
    Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
    MERAH
    Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.
    HIJAU
    'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.
    BIRU
    Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
    HIJAU FLORESCENT
    Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara di bawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.
    PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
    Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.
    ------------------------------
    Electric Dreams by Scott Buckley / scottbuckley
    Creative Commons - Attribution 3.0 Unported - CC BY 3.0
    Free Download / Stream: bit.ly/al-elect...
    Music promoted by Audio Library • Electric Dreams - Scot...
    ------------------------------
    INTRO CREDIT TO: MJuin
    LINK VIDEO: • PAVILION Shopping Mall...

ความคิดเห็น • 11

  • @langkawiisland86
    @langkawiisland86 ปีที่แล้ว +1

    Saya member baru dah SUB

  • @MrM.A
    @MrM.A  3 ปีที่แล้ว +3

    Assalamualaikum semua, boleh suggest nk video apa lepas ni dan jangan lupa teka SUBSCRIBE taw, free je.

  • @amirhensem6875
    @amirhensem6875 ปีที่แล้ว +1

    Nama tipu wanita

  • @langkawiisland86
    @langkawiisland86 ปีที่แล้ว +1

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Jom kita selawat
    Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad

  • @dewipetir.8745
    @dewipetir.8745 2 ปีที่แล้ว +2

    Mungkin sebahgian yg telah bebas dilubuk terdalam dihati mereka merasai kenangan istimewa semasa di penjara yg kini telah membawa hidup kearah yg baik.

  • @hisyamful
    @hisyamful 3 ปีที่แล้ว +2

    good info bro

    • @MrM.A
      @MrM.A  3 ปีที่แล้ว +2

      terima kasih brother

  • @skywalker6498
    @skywalker6498 3 ปีที่แล้ว +2

    Ya Allah 😌

  • @hasnolzahari1777
    @hasnolzahari1777 3 ปีที่แล้ว +1

    (PPI) bkn program permodalan insan Bai...program pembanggunan insan....

  • @muhammadsyafieqdanial5126
    @muhammadsyafieqdanial5126 2 ปีที่แล้ว

    Kurang 1 baju lg bos... Baju warna biru gelap...

  • @iqbaljamaludin4269
    @iqbaljamaludin4269 3 ปีที่แล้ว +1

    :D