4k video- Permandangan atas Tasik Puteri, Bukit Besi Dungun | DUNGUN MEMBANGUN | SAYANGI DUNGUN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
  • Melawat jap kat Tasik Puteri, angin kuat sgt xdpt felai tggi😂
    Tggu cuaca ok kit kita p lg...
    Sedikit sejarah mgenainya.
    Tasik Puteri, Bukit Besi terletakkira-kira 33 kilometer dari bandar Dungun dan 77 Kilometer dari Kuala Terengganu merupakan taman rekreasi yang kaya dengan keindahan alam semulajadi yang tersendiri. Pada asalnya tasik ini dikenali dengan nama Tasik Bukit Besi bersempena kedudukannya di kawasan Bukit Besi yang suatu masa dahulu terkenal dengan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara.
    Sejarah bermula di sini apabila bijih besi yang dijumpai di Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada 1916 oleh Ahli Kajibumi Jepun, Kuhara menjadikan kawasan itu terkenal sehingga ke luar negara. Penemuan hasil galian itu menjadikan tempat berkenaan bukan saja dikenali, malah jumlah penduduk juga meningkat sehingga 6,000 orang termasuk 3,000 pekerja yang bekerja di lombong berkenaan. Bagaimanapun, permintaan yang kurang terhadap galian itu menyebabkan keputusan muktamad dibuat untuk menutup lombong bijih besi pada 1 Oktober 1970.
    Kawasan berkenaan pernah diusahakan kerajaan negeri sebagai produk pelancongan bagi memperkenalkan tempat bersejarah itu dengan menyediakan beberapa kemudahan tetapi agak malap kerana dipercayai kurang promosi. Tetapi kini pelbagai kemudahan telah disediakan untuk para pengunjung seperti Padang Golf 18 lubang di pinggiran tasik, Permainan Sukan Air dan Taman Permainan.
    #dji #drone #djimalaysia #djimini2 #airphotography #djiphotography #dungun #dungunterengganu #visitterengganu

ความคิดเห็น • 2