Apa Khabar Murid Target? Dah Jadi CEO?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ส.ค. 2024
  • Dulu dia tersakiti bila cikgu rendahkan dia, sekarang dia balas dendam, bukan kepada cikgu, tetapi kepada budak kelas depan yang tiada kaitan dengan dia…
    Kalau rasa duit banyak, simpan la dalam ni shope.ee/1q45N...
    #ainawafi_abkadir #moraliti

ความคิดเห็น • 272

  • @seketultomato5516
    @seketultomato5516 ปีที่แล้ว +349

    Aku antara salah seorang pelajar yang ditarget oleh cikgu masa kat sekolah...Tbh, aku tak suka ditarget oleh cikgu dan aku tak faham kenapa org yg tak ditarget suka cari pasal dgn aku even aku pendiam, tak banyak cakap, tak kedekut ilmu...aku tak faham kenapa....

    • @lordaizenyurichii9477
      @lordaizenyurichii9477 ปีที่แล้ว +62

      Aku best je kawan dgn pelajar target most of them ni introvert ,
      Aku bukan pelajar target tapi aku ni pandai satu subjek yakni sejarah ,bila sebut je sejarah mesti member aku rujuk aku tapi subjek lain aku result buruk
      So aku carilah kawan aku yg pandai banyak subjek nak dptkan guide cara nak menguasai subjek lain
      Elok je kawan pelajar target sebab diorang baik tahu macam mana nak layan orang ,kalau kawn dgn budak xpandai (bukan hina) sebahagian diorang ni suka bergurau yg memang buat sakit hati arhh
      Yg aku perhati pelajar target ni diorang kalau xde cikgu akan study ataupun dekat asrama diorang study sorang2 ,aku join sekali
      Pelajar target ni memang anak emas ,semua cikgu sayang dia ,cumanya budak target kawan aku ni dia xsuka bila kita puji sambil merendahkan diri sendiri
      Like to say lah , bijaknya kau rajin bukan macam aku ni budak bodoh xpandai "
      Dia xsuka org cakap macamtu sebab dia anggap tu bentuk sindirian kepada diri dia

    • @haikal1761
      @haikal1761 ปีที่แล้ว

      Sbb kau seketul tomato

    • @amirulaaqeef6025
      @amirulaaqeef6025 ปีที่แล้ว +23

      Sebab lagi mudah membenci daripada belajar dan ambil ilmu daripada orang lain

    • @shamifouzi3322
      @shamifouzi3322 ปีที่แล้ว +9

      Sabarlah aku dulu kat sekolah semua orang suka cari pasal dengan aku tak ada sebab nak cari gaduh pun syok

    • @seketultomato5516
      @seketultomato5516 ปีที่แล้ว +13

      @@lordaizenyurichii9477 yes....macam tu dan aku tak suka orang yang merendah-rendahkan diri dia macam yg kau buat cth tu sebab mereka bukan bodoh, tapi mereka sukar untuk faham...ada yang lagi teruk belajar, bersungguh-sungguh, tapi result kurang memuaskan dan aku pasti org yg macam ni Allah akan bagi yang lebih baik....

  • @hadiaiman8649
    @hadiaiman8649 ปีที่แล้ว +262

    Aku rasa punca utamanya ialah style of teaching cikgu² di sekolah yg suka merendahkan murid² dia. Setiap manusia setiap pelajar mempunyai kecenderungan & kemampuan yg berbeza.. tak boleh nak samakan semua org. Ada yg ada kelebihan dlm akademik, ada yg vokasional, ada yg sukan, ada yg seni. Setiap pelajar perlu pendekatan motivasi yg berbeza.
    Sepatutnya cikgu² / pendidik kena tahu benda ni.. jangan apply keje cikgu semata-mata nak cari duit saja.

    • @Katherine_Marceline
      @Katherine_Marceline ปีที่แล้ว +22

      betul tu, dulu saya direndah-rendahkan sebab pendiam. diorang suruh saya bercakap banyak ngan orang. i was like... asal nak paksa aku jadi sama mcm org lain.. haha

    • @NetBattler
      @NetBattler ปีที่แล้ว +1

      @@pxrkmellie yg tu satu kelas aku pernah kene from cikgu ganti BM 😂

    • @citerleni9090
      @citerleni9090 ปีที่แล้ว +1

      KPM perlu cakna.

    • @mohdfirdausbinsazali4849
      @mohdfirdausbinsazali4849 ปีที่แล้ว +6

      Tulah kelemahan cikgu² kita .. dlu setiap kali darjah 6 mesti ade program anak bagus sebagai pilihan cikgu masing² .. habis tu yg tak bagus tu? jahanam betul terasa pulak sampai skrg and lagi satu target pelajar cemerlang hanya yg terpilih saja yg dapat target 5a dlm UPSR tolong kementerian kaji balek sistem merapu ni .. sekarang baru aku fhm

    • @muhammadfaiz5282
      @muhammadfaiz5282 ปีที่แล้ว +1

      Mmg btol pn..dlu org slalu ckp klau blaja tk tggi keje gaji ciput mkn pasir laa..tk de masa dpn laa..jdi smpah masyarakat laa..aku dgr kesian kt bdk yg blaja tk tggi..pdahal rezeki Allah dh atur..

  • @abeldexes4534
    @abeldexes4534 ปีที่แล้ว +273

    Sy igt kata² arwah guru sy..
    "Tugas saya mendidik kamu semua, yang mengajar kamu bukan saya, tapi perjalanan hidup yg akan mengajar kamu, apa yg kamu citakan dan kamu capai, itulah kejayaan"..
    Panjang lg kata² dia, tp ni serba sedikit kata² dari dia.. Al-Fatihah..

    • @hidupbebas1870
      @hidupbebas1870 ปีที่แล้ว +7

      Yg tu baru guru...

    • @azizizul720
      @azizizul720 ปีที่แล้ว +4

      Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga jasanya menjadi pahala amal jariah nya. Amiinn Ya Rabb Al Alamiinn

    • @abeldexes4534
      @abeldexes4534 ปีที่แล้ว

      @@azizizul720 Amiin..

    • @abeldexes4534
      @abeldexes4534 ปีที่แล้ว +3

      @@hidupbebas1870 Ya betul.. Dia blh sabar dgn kerenah murid dia.. Dlm msa yg sama dia suka bg kata² yg buat kami berfikir..

    • @amerahashikin9850
      @amerahashikin9850 ปีที่แล้ว +1

      Wow..syukurnya dpt cikgu mcm tu.🥺

  • @semanpaku1717
    @semanpaku1717 ปีที่แล้ว +92

    Xde nelayan xde ikan..
    Xde pnternak xde daging...
    Xde petani xde buah/sayur/nasi/tepung
    Xde kontraktor xde bangunan...
    So kite kt dunia ni saling memerlukan satu sama lain....

    • @anuardalhar6762
      @anuardalhar6762 ปีที่แล้ว +7

      Takde pencuri takde lah polis
      Takde orang jahat takde orang baik. Macam mana nak compare buat teladan.
      Yang penting jangan buat jahat selamanya. Ada jalan untuk bertaubat.

    • @heromalaya8312
      @heromalaya8312 ปีที่แล้ว +8

      Ada Allah ada segalanya

  • @abumutalib9838
    @abumutalib9838 ปีที่แล้ว +108

    "Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu.
    Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia."
    - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

    • @mirmir9368
      @mirmir9368 ปีที่แล้ว +3

      Iblis lebih tinggi ilmunya, lebih panjang solatnya tetapi disebakan sifat sombongnya, dilaknat tuhan akhirnya.

    • @AbsoluteTartarus98
      @AbsoluteTartarus98 ปีที่แล้ว

      cry more

    • @amerahashikin9850
      @amerahashikin9850 ปีที่แล้ว +9

      Bagi sya kalau dia berilmu mesti dia beradab, sbb adab juga satu bentuk ilmu sbenarnya.. x kesah lha dia blajar apa sklipun kalau apa yg kita pelajari x di praktikan dlm kehidupan itu bukan ilmu.

    • @alifwatie682
      @alifwatie682 ปีที่แล้ว +2

      @@amerahashikin9850 adab no.1,ilmu no.2...😊

    • @alifwatie682
      @alifwatie682 ปีที่แล้ว +1

      Benar...

  • @adrianzjoe
    @adrianzjoe ปีที่แล้ว +54

    Cikgu sekolah rendah sy dulu pernah pesan kalau esok dh besar dan dh ada pendidikan tinggi plus berkerjaya jgn sesekali memandang rendah pd org yg xde smua yg kita ada..sbb kalau semua bijak dan nak kerja di opis, siapa pulak yg nk kerja buang sampah dll tu..hargai mereka kerana diorang ada utk membantu melengkapi jalan yg kita lalui dlm kehidupan seharian..ada hikmah Allah jdkan kita seperti yg skrg ni..rezeki dan takdir Allah semua sudah tertulis..wpun ko bijak sklipun tp kalau xde adab dan hormat pun x guna jgak..🤧

  • @moonstar9555
    @moonstar9555 ปีที่แล้ว +71

    Setiap pekerjaan dalam Dunia ni ada fungsi tersendiri Dan saling memerlukan...kalau semua Jd ceo, sape nk Jd engineer,doctor, kerani, receptionist, exec Dan lain2? Dalam sesebuah organisasi, ada mcm2 peranan yg penting. Kalau ada company n CEO sahaja, Jalan ke bisnes tu?
    Apa2 pun kerja n level kita belajar... ADAB kena ada.

  • @mizummiacum2239
    @mizummiacum2239 ปีที่แล้ว +98

    Pendapat saya, manusia yang berjaya ni berilmu. Title tak bermakna apa tanpa ilmu yang bermanfaat.
    So, ikhlasla belajar sebb nk ceburi ilmu. Ilmu ni sangat mahal!
    Respect ur teacher ok?

    • @mizummiacum2239
      @mizummiacum2239 ปีที่แล้ว +4

      @Amir Izzani Tq... Saya beritau untuk diri ni juga.

    • @hafizjamil8183
      @hafizjamil8183 ปีที่แล้ว +1

      betul tuu lagi lagi calculus HAHAHAHAH susah betul nak dpat answer asyik kene bayar je dalam internet

  • @Orange-zx7gq
    @Orange-zx7gq ปีที่แล้ว +8

    Just my opinion, mungkin CEO-CEO ni ada kisah luka masa sekolah dulu, duduk kelas belakang, markah exam sentiasa rendah, dipandang rendah cikgu ahli keluarga sedara mara kawan²... Bila depa brag sekarang,sounded like they scream aku tak bodoh la...

  • @Nyiakkk
    @Nyiakkk ปีที่แล้ว +14

    Siapa kt sini kene paksa duduk kelas depan pastu kene pressure 🤣....

    • @afizi1213
      @afizi1213 ปีที่แล้ว +1

      Kalau rasa study du malaysia teruk, belajar pandai ii study diluar negara, biarlahh org kita nak kata buruk ke apa asalkan kita dan tuhan tahu niat baik kita nak belajar nk jdi masyarakat dunia yg hebat dan baik

  • @elray7777
    @elray7777 ปีที่แล้ว +20

    Punca utama adalah dibanding²kan oleh sesama baik guru , ibubapa atau kawan sekolah..cuma sedihnya orang yg "CEO" ni tak sedar dia serlahkan lagak kejayaan dia yg mberi impak kepada sendiri & masyarakat yg tidak baik & kurang cerdik...

  • @denznoah8740
    @denznoah8740 ปีที่แล้ว +25

    Tak kira ko belajar tinggi atau tak belajar tinggi. Yg paling penting ko tak sombong. Yg belajar tinggi jgn lupa diri. Yg x belajar tinggi jgn riak sangat mengagung²kan kebodohan kau smpai merendahkan orang berilmu dan menggalakkan orang lain untuk jadi mcm kau.

  • @kitacubadulu2370
    @kitacubadulu2370 ปีที่แล้ว +5

    Jauh lagi perjalaan dia nk kenal maksud kejayaan. kete blom rosak, blom dpat pekerja khianat. blom jumpa suami curang, blom kena musibah banjir dll. bila dh lalui tu semua, baru mereka faham kejayaan adalah ketenangan & kebahagiaan jiwa

  • @AArmstrong123
    @AArmstrong123 ปีที่แล้ว +2

    Aku x kaya. Tp aku ikot tuntuan Nabi. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad

  • @catmeow3374
    @catmeow3374 ปีที่แล้ว +2

    BUAT APA BERPENDIDIKAN?
    Buat apa berpendidikan kalau akhirnya berkahwin dan ikut suami juga? -Saya kahwin dengan siapa & kamu kahwin dengan siapa?
    Buat apa berpendidikan kalau akhirnya berniaga online juga? -Cara jualan saya bagaimana & cara jualanmu bagaimana?
    Buat apa berpendidikan kalau akhirnya mengurus anak juga? -Sikap anak saya bagaimana & sikap anak kamu bagaimana?
    Buat apa berpendidikan kalau akhirnya ke dapur juga? -Jadi kamu memasak di office?
    Berpendidikan itu memang tidak menjamin kita berjaya menjadi kaya tapi berpendidikan mampu menjadikan kita peribadi yang lebih merdeka & bahagia. Lebih mudah menjalani hidup & humble dalam pelbagai masalah dalam hidup.
    Orang yang berpendidikan itu berbeza pada cara komunikasinya, pola fikirannya, cara kerjanya, cara menjalankan bisnesnya, cara menangani masalah & sebagainya.
    Berpendidikan bukan semata untuk bekerja tapi untuk bekalan menjalani hidup. Seumur hidup.

  • @shahhamizah99
    @shahhamizah99 ปีที่แล้ว +7

    Aku pun orang kelas belakang alhamdulillah aku dapat sambung belajar dan dah dapat ijazah. Setiap orang rezeki lain lain takperlu pun nak judge orang kelas depan macam ni orang kelas belakang macam ni...

  • @luqmanul-hakimbetti5911
    @luqmanul-hakimbetti5911 ปีที่แล้ว +3

    paling respect pekerja lori kutip sampah. tak semua orang sanggup buat. kalau mereka tiada, siapa yang nak angkut sampah2 yang anda buang? lama2 membusuk la kawasan perumahan anda dek longgokan sampah

  • @fulletta6167
    @fulletta6167 ปีที่แล้ว +16

    Mantap sis....well said..cgu2 sy selalu anggap kami macam anak sendiri...dia marah kami,tanda syg kami..sbb dia cakap" sy pun ada anak. Mcm mana sy layan kamu pasti Allah balas juga pd anak2 sy. What u give, u get back".that is mentality cgu2 90an skolah sy...x pernah pilih kasih,concern pasal murid..and selalu cakap "tiada manusia pandai atau bodoh dlm dunia ni,yg ada hanya rajin atau malas"...org yg paling rugi adalah yg bpeluang menuntut ilmu,tapi tidsk mahu mencarinya...kekayaan x boleh bawa masuk kubur.tapi ilmu yg berkat akan jd amalan yg membantu si mati kelak selagi digunapakai si hidup..ilmu x pernah habis.lagi banyak kita cari,sedarlah kita masih bodoh kerana bnyk lg kita x tahu..maka bgurulah selagi Allah pinjamkan ilmu kpd mereka. Rasulullah pun x mahu kaya...sbb kaya ilmu menjadikan kita beradab,kaya harta menjadikan kita mudah biadab

    • @HazwanYusof
      @HazwanYusof ปีที่แล้ว +2

      Terbaik la cikgu ni. Nasihat yg sama saya dengar daripada seorang guru besar sekolah kampung. Dibawa masuk ke sekolah itu berdasarkan rekod cemerlang di sekolah lama. Saya pun gunapakai mentaliti yang sama bila mengajar student. Kita ajar anak orang baik², insyaAllah, Allah akan hantar guru terbaik ajar anak kita pulak.

  • @pokdin5893
    @pokdin5893 ปีที่แล้ว +10

    Budak target tu bgi kejayaan Kat sekolah n bagi KPI kepada sekolah Dan cikgu....bila ramai score lagi tinggi la KPI sekolah tu...tu je..apa2 pn aq tetap respect cikgu aq wlpn bukan bdk target...time sekolah rendah lagi lah....kne asing terus sbb bukan dari family kaya sbb masuk sekolah swasta😔

  • @watlexwatpeace
    @watlexwatpeace ปีที่แล้ว +21

    Benarlah kata2 cikgu mak ayah itu ibarat terdoa.andainya makbul kata2 itu juga akan memberi kesan pelajar.niat tulus ikhlas sgt penting bagi tenaga pengajar yg bergelar cikgu.selain ibu bapa cikgulah idola dan nama2 cikgulah akan sentiasa di sebut2 walaupun telah berada di alam pekerjaan.

  • @Ridzlie_
    @Ridzlie_ ปีที่แล้ว +3

    Bila dihina ada tiga pilihan, diam terima, salahkan orang lain atau jadi lebih baik. Ini pengajaran orang bijaksana atau bodoh sama2 boleh faham

  • @danishjohan1463
    @danishjohan1463 ปีที่แล้ว +5

    Selawat yang Ringan di Lisan Tetapi Berat di Timbangannya :"سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم"
    " Maha Suci Allah dengan Segala Puji bagi-nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung "

  • @mizumiya_akio
    @mizumiya_akio ปีที่แล้ว +9

    Hmm, Aku pernah kena dgn sorg cikgu dulu, dia guru lepas adik aku. Adik aku nie memang sorg yg pandai dri Aku. So, kehidupan keluarga Aku dulu memang susuh, nak bayar yuran atau beli buku tambahan memang Susah. Cikgu nie dia selalu pandang rendah terhadapan Aku dgn classmate Aku. Dia pilih adik aku dripada Aku. Kalau adik aku X dpt Beli buku tambahan dia tolong bayar. Lepas Tu, dia pernah bezakan Aku dgn adik aku. Walaupun Mata pelajaran Aku DPT 80 ke atas markah, dia Masih pandang rendah. Tpi, akhirnya, Aku berjaya dlm kehidupan Aku. Kerja bagus, dpt Bantu adik Aku yg tgh sambung belajar..

    • @hakimi8682
      @hakimi8682 ปีที่แล้ว

      dia adik kau abg , ofc dia akan bantu adik kau. Kau abg kot ! btw tahniahh

  • @FiguartSenpai
    @FiguartSenpai ปีที่แล้ว +3

    Aku penah kene tampar dengan cikgu tanpa sebab . Mase tu tahun form3 tahun 2009 waktu lepas solat zohor kat surau , aku tengah pakai kasut tiba2 cikgu laki ni datang tampar muka aku sampai tercampak songkok aku . Merah oii pipi aku.
    Dia jerit "kenapa lepak2 sini tak masuk kelas lagi?! Dah pukul berapa?!" Nak ponteng kelas ke?!" .
    Aku jawab "sy form3 cikgu, skrg dah habis waktu sekolah, sy cuma solat zohor dulu sblm balik rumah".
    Cikgu tu terdiam kejap pastu dia buat2 tanya soalan. "Kamu form3 ea , tingkat atas kelas kamu tu kelas form2 kan? Sy sebenarnye nak ke situ tadi"
    Aku pon jawab je lah "iye cikgu". Padahal atas kelas aku tu bumbung, manada tingkat atas lagi . Pastu dia blah dengan malu . Hahaha sakit hati oi tapi bila ingat balik lucu pon ada . Tapi aku tak pendam apa2, cikgu tu pon dah pencen. Semoga sihat selalu cikgu usof dari sekolah "rahsia" 🤣

  • @faridahakmar4993
    @faridahakmar4993 ปีที่แล้ว +10

    Assalam,saya setuju dgn hujah dari Pn. ainawafi ni...support eachother profession ni perlu sebab kita masih hidup bermasyarakat & saling perlukan antara satu sama lain.Materialistic tu tak kemana kalau suatu hari nanti mereka2 yg berprofession spt doktor,peguam,technician,pegawai bank dan lain2 tu akhirnya kita perlukan khidmat mereka jugak.

  • @KazumiHimechan
    @KazumiHimechan ปีที่แล้ว +3

    Kerja tukang sapu/cuci adalah kerja yang mulia & halal. Boleh je berbangga kalau nak.
    kalau banyak duit hari ni, rendah diri paling baik. Ingat Allah xboleh tarik balik ke nikmat duniawi tu? Xde siapa boleh confirmkan duit berkepuk tu stay dgn ko esok lusa. Scammer pun banyak skrg nie,tunggu masa je ditipu.
    Ilmu juga harta ya,lebih bernilai sbb tak ada siapa boleh curi,melainkan Allah tarik balik ilmu tu.
    Yg buat tiktok tu apa tau? What is the point? Nak urus duit pun perlukan kepandaian tau.

  • @ghostranger1399
    @ghostranger1399 ปีที่แล้ว +2

    Tuhan dh susun & tetap cantik² dh masing² punya rezeki. X perlu risau. Setiap pekerjaan ada peranan masing² dalam masyarakat. Kalau semua kejar jadi peniaga, siapa yg jadi pembeli ? Kalau semua nk bekerja sendiri siapa pula yg nk jd pekerja ? Kalau semua nk kerja kerajaan, siapa pulak yg nk jd klien yg akan menjadi pelengkap kpd servis khidmat kerajaan ?. Allah dh buat semua saling melengkapi dah....xpayah la nk banding²....

  • @Isyasofia11
    @Isyasofia11 ปีที่แล้ว +4

    Saya pernah jd budak kelas belakang dan depan🤣 apa yg saya boleh komen, depan dan belakang x comfortable.. bila jd budak kelas belakang dipandang rendah baik guru dan murid time tu even family sekali. Bila jd budak depan kau ditarget dan dipush so student jd struggle dan stress, masuk kelas je kau kena target ngan cikgu hahaha. So moral nya kat sini, rezeki takde kena mengena kau belajar tinggi ke tak.. semuanya takdir yg Allah dh tulis cuma tak paham manusia skrg, judge kita kerja apa belajar mana. Semua org ada opinion masing2, klau dia nk belajar tinggi its pilihan masing2. Dah dapat rezeki tu bersyukur sudah la yang sibuk post sana sini menunjuk pastu nk kata belajar tinggi2 xde guna asal. Jgn spread salah faham kat budak2 habis spm ni, klau dorang ada impian nk capai kita support, janji dia ada minat nk belajar.

  • @ride4speedrr53
    @ride4speedrr53 ปีที่แล้ว +4

    Biasa laa.. anak2 org kaya, bole lah flex sana sini dgn kete mewah. Apabila Mak Bapak dh meninggal, nak manage syarikat yg Mak Bapak dorang tubuhkan dari dulu, tak tau sebab xde ilmu. Lingkup lah bisnes. Bukan dengki lah, sebab bende ni pernah terjadi dgn beberape org yg aku kenal.

  • @somedaywithmarie
    @somedaywithmarie ปีที่แล้ว +2

    Teringat dulu masa sekolah rendah, ada sorang cikgu perempuan mengajar subjek bahasa melayu. Tak tau apa masalah dia, tapi dia memang tak suka saya ni masa saya darjah 5. Dulu keluarga orang susah dan tak berkemampuan. Masuk lagi kelas pandai. Murid-murid semua anak orang kaya dan pandai2. Cikgu tu baik dengan budak-budak kaya dengan budak-budak miskin dia tak layan sangat. Ada satu moment tu, masa tu dia bagi balik kertas ujian BM, dia baca lah karangan saya yang tak berapa tu depan semua budak2 lain dengan nada sarkastik dan sindiran. Apa lagi sakan lah semua budak2 dalam kelas ketawa dan perli. First, tak tau karangan sapa dia baca, lepas dapat je balik kertas ujian tu baru tau karangan yang dia baca tadi karangan saya. Result pula masa tu dapat D markah rendah di antara satu kelas. Ada kawan saya juga dapat result pun lebih kurang dengan saya tapi dia tak baca pun karangan dia. Cikgu tu suka malukan saya sampai sekarang saya ingat nama cikgu tu Cikgu Monalisa. Harap2 kalau cikgu tu baca komen ni nak bagitau dia saya sekarang kerja sebagai Electrical Engineer and otw tengah nak ambil Chargeman L2. Cikgu ni suka merendah2kan saya sampai sekarang saya ingat, walaupun dia tak ingat dah sekarang kejadian dulu. Walaupun sakit hati hidup kena kental dan kuat. Apa2 pun masuk darjah 6 sampai lah tingkatan 5 semua cikgu layan saya baik2 belaka dan tak pernah merendah2kan saya sampai saya sekarang dah berjaya.

  • @umikalsum5419
    @umikalsum5419 ปีที่แล้ว +2

    👍👍, saya pun cikgu. Mmg selalu pujuk murid2 yg agak malas belajar dan selalu puji dia utk sesuatu kebaikan yg dia dah buat 😍😍. Kita kena ingat, rezeki kita lain2. Masa depan takde sape yg tahu 😘

  • @muhammadrohisyamrodzy3894
    @muhammadrohisyamrodzy3894 ปีที่แล้ว +3

    Maksudnya kat sini point dia ialah cikgu jangan letak kasta pada anak murid perjalanan hidup masih panjang walaupun tak berjaya dari segi akademik

  • @arcaninemalaya4506
    @arcaninemalaya4506 ปีที่แล้ว +2

    Pandai dan beradab lebih baik daripada kaya takda akhlak

  • @mimdzolam1403
    @mimdzolam1403 ปีที่แล้ว +2

    Sbg guru aku selalu nasihatkn setiap usaha kita yg baik, Allah balas dgn pahala. Jadilah apa² pun cita² kita yg pnting hormat orang lain.

  • @topsecret904
    @topsecret904 ปีที่แล้ว +2

    Saya setuju akak cakap, ada orang belajar pandai, ada orang dalam kemahiran dia pandai, jgn bandingw kan orang lain

  • @ratlittle
    @ratlittle ปีที่แล้ว +1

    Ya betoi.setiap org ada kemahiran yg berbeza.bila mendidik jgn ada sikap prejudis.last sampai dewasa dia org simpan dendam.didiklah dgn nilai2 murni.

  • @nuratikahsilver
    @nuratikahsilver ปีที่แล้ว

    Saya budak pertengahan,
    ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM
    اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

  • @khairulazeraei8729
    @khairulazeraei8729 ปีที่แล้ว +11

    Aku pernah dihina oleh cikgu dia cakap “kau xkn berjaya kat luar sana”. Maklum la dulu aku budak malas nak belajar.. alhamdulillah sekarang aku dapat kerja tetap dan bagus.. nak cakap kerja hebat x tapi boleh stakat nk beli kereta beli rumah utk mneruskn hidup.

    • @aphesz_
      @aphesz_ ปีที่แล้ว +1

      bukan cikgu tu yg tentukan hidup kita, anggap je la kata2 cikgu tu bagi pembakar semangat bila habis sekolah

    • @mohdilham5810
      @mohdilham5810 ปีที่แล้ว +3

      @@aphesz_ ingat lagi ,dulu ada cikgu cakap dekat budak² kelas hujung, ..cikgu tu cakap esok keluar sekolah rasanya awak ni semua sampah masyarakat.. ya la Masa sekolah asyik bergaduh je..tapi bila dah habis sekolah semua yang di pangil sampah tu, terus kerja, Masa berlalu..semua dah berkahwin, ada anak isteri,rumah Dan kereta..kerja pun tetap..

  • @sitinajuaa9214
    @sitinajuaa9214 ปีที่แล้ว +1

    Sebab tu kene belajar supaya dah kaya ade mentaliti yang bagus… beza cara berckp org yg ade education dgn org yg x de education walaupun dah kaya atau dah jadi bos

  • @mohdyusri5520
    @mohdyusri5520 ปีที่แล้ว +1

    Jangan Bangga Dengan Apa Yang Kamu Punya,
    Tanpa Kamu Sadari Allah Boleh Ambil Semua Itu
    Sekelip Mata...Kekayaan Dunia Tidak MenjaminKn Kita Dapat Masuk Syurga....

  • @wankhairul7554
    @wankhairul7554 ปีที่แล้ว +13

    Tp ada baiknya cikgu kata mcm tu kat dia. Jd dia lebih b'motivasi utk terus belajar supaya sama taraf dgn pelajar target pd masa depan (universiti/kolej). Ikut pandangan masing²...ada pro d kontranya. 😊

    • @lepto2165
      @lepto2165 ปีที่แล้ว +14

      Tak juga, hasilnya Akan jadi seperti yg sekarang ni. Lahirnya pedendam.

    • @nadzainuddin5262
      @nadzainuddin5262 ปีที่แล้ว +5

      Part ni ikut orang juga, ada orang akan rasa motivated, ada orang akan demotivated. So kena kenalpasti personaliti orang tu before cakap la kot. Setiap orang ada persepsi tersendiri terhadap apa-apa yang orang bagitahu kat dia. Ada yg kita cakap elok-elok kat dia pun, dia rasa kita marah dia or tak suka dia. So tricky sikit.

  • @itsmanusia9135
    @itsmanusia9135 ปีที่แล้ว +1

    siapapun kamu..jgn sombong ..tahniah org kaya yg byk byr zakat..kasihan org kaya yg mengaku miskin bila isi borang bantuan.

  • @timitimi2278
    @timitimi2278 ปีที่แล้ว +7

    Zaman yang sukar melahirkan insan yang kuat
    Insan yang kuat akan melahirkan zaman senang
    Zaman senang akan melahirkan insan yang lemah
    Insan yang lemah melahirkan zaman yang sukar

  • @Barbosa863
    @Barbosa863 ปีที่แล้ว +3

    Betul sangat ne..cuma seburuk2 guru, dari kata2 guru tersebut juga mungkin dia dapat motivasi untuk terus berusaha kemudian berjaya😊yg tidak betul di sini adalah konten yg tiada motivasi tu...

  • @teukuraden
    @teukuraden ปีที่แล้ว +1

    kubur kata - hah yg nie da la berilmu, beramal plak tu .. sini kau dok ngn slesa
    kubur kata - hah yg nie da la ilmu pn x de, amal apatah lagi, duit kau yg belmbak tu plk da la x sdekah, bwk msuk kbur pn x ley .. sini kau !!!!!! pling SLEKSA aq bgi

  • @compassion7249
    @compassion7249 ปีที่แล้ว +9

    Aku pernah hidup dalam kelas paling belakang sebab aku sengaja gagalkan ujian tahunan. Tujuannya aku nak rasa pengalaman duduk dengan budak2 paling tak pandai. Fuh! Tu pengalaman bernilai. Ramai budak2 nakal, masuk keluar penjara, ada sugar daddy dan mcm2. Tapi kawan baik aku dlm kelas adlh budak2 baik yg tak pandai belajar. Kesian diorang... walaupun dah berusaha tapi tak pandai. Dah lah diorang baik 😢. Tapi aku yakin Allah akan bantu mereka

    • @r.sakarollsafe1285
      @r.sakarollsafe1285 ปีที่แล้ว +1

      gilerrrr lahh. first time dgr sengaja gagal sampai mcm tu. balik rumah tak kena lempang?

    • @compassion7249
      @compassion7249 ปีที่แล้ว +2

      Parent saya divorce. So diorang tak ambil tau sangat. Selain tu, saya selalu dipuji cikgu sebab dapat no.1 dlm setiap ujian bulanan. Hehe... padahal semua kena game

  • @azimajim831
    @azimajim831 ปีที่แล้ว +3

    sijil pendidikan itu untuk membantu dpt kerja.... bukan jadi jaminan pon...

  • @MrDalimahat
    @MrDalimahat ปีที่แล้ว +6

    Aku dlu prnh dihina dlm klas sbb Aku x pandai math, smpi buku Aku dilempar keluar dri tgkt 2. Bermula dri situ bangkit 3 bulan sblm SPM aku belajar dgn best student math kelas aku, Alhamdulillah dri result below 40 markah terus dpt 70 markah. Lps tu bru aku nmpk cikgu tu mula baik dgn aku sbb terkejut aku bole score saat akhir sblm SPM. Thanks cikgu suhaimi sbb didik aku dgn cara yg betul👍🏻

  • @samsulbahari5455
    @samsulbahari5455 ปีที่แล้ว +1

    kejar akhirat dunia dpt akhirat pn dpt..kejar dunia lom tentu dpt akhirat lg la tk dpt..renung2kn..

  • @azrieng9581
    @azrieng9581 ปีที่แล้ว +4

    Dendam dan pendam 2 perkara berbeza. Hakikatnya budaya org kita suka label kejayaan dengan wang. Sampai ke level menteri pun suka main sentimen duit. Truth is hurting

  • @azj_
    @azj_ ปีที่แล้ว +2

    Bagi saya kita tidak patut pun nak menunjuk-nunjuak sangat terhadap hasil kekayaan kita dengan sifat sombong dan merendah-rendahkan terhadap orang lain termasuk juga pendidikan. Kerana tanpa semua itu anda pasti tidak memiliki kekayaan yang anda mahu itu. Lebih baik kita bersifat rendah hati berbanding hidung tinggi. Saya tahu nak "show off" tapi nak "show off" terhadap orang yang kata kita ni tiada masa atau pun hina tu, jangan berbuat seperti orang itu. Buat dengan menunjuk yang kita ni boleh, takyah nak berkata sombong seperti firaun. *INGAT!!* Allah SWT beri kita kekayaan hanya menguji kita semua sama ada kita ni beriman dengan nya atau tidak. Saya sendiri pun takut dengan situasi seperti itu.
    Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita semua. Amin.

  • @bigobigogo1230
    @bigobigogo1230 ปีที่แล้ว +1

    Qarun ialah contoh manusia yang ditenggelamkan bersama-sama dengan harta-hartanya kerana dia berlagak dengan kekayaan yg diperolehi, mendabik dada bahawa segalanya dengan usaha dan kemahirannya serta memperlekehkan orang lain. Jangan berperangai mcm Qarun.

  • @bakalurx
    @bakalurx ปีที่แล้ว +1

    Xyah bersaing. Yg ko buat tu xbergune pun skdr nk menunjuk itu iyelah. Takat dunia je lah. Dah mati hampeh.
    " Don't die before you build a legacy " -jb

  • @callmeahmad4497
    @callmeahmad4497 ปีที่แล้ว +1

    Rumusannya mudah je, sejak kecik didik mindset tu, salah cakap, salah pembawaan atau tafsiran budak (orang) tu. Sampai ke besar la dia hanyut dgn mindset gitu. Kalau kecik ii kena pasak dgn "tkde masa depan", "apa nak jadi ngan awak", bukan stakat mindset budak tu je hanyut, adab dia pon kelaut. Dh jdi someone, cikgu ke, prof ke sapa ke, cakap biar elok ii. Sebagai mak ayah pon jgn lepas je semua kt cikgu, pandu anak tu elok ii

  • @aslamjamil4462
    @aslamjamil4462 ปีที่แล้ว +3

    Aku antara top student zaman spm...skrg tngh degree tapi kos yg aku ambik tak berapa minat (actually aku takde pun kos tertentu yg aku minat) but aku just enjoy life aku just follow the flow inshaAllah rezeki Allah tu luas walaupun masa depan tak nampak lagi

  • @a.m.i3915
    @a.m.i3915 ปีที่แล้ว +1

    sebaiknya tiada istilah "pelajar target" di sekolah... mungkin yg buat statement tu terasa hati sblm ni...sbb bila dh tamat bljr rezeki tu masing2.. pljr target x semestinya berjaya dlm kerjaya even dlm academic boleh score

  • @zaydharith4628
    @zaydharith4628 ปีที่แล้ว

    Dunia ni xde apa apa pun, Allah pun dah bagi tau dunia tempat senda gurau dan tipu daya. Semua sementara, kaya sementara, miskin sementara, sihat sementara. Ada orang pagi happy, petang dah sedih. Sebab dunia memang sifat sementara dan menipu. Rezeki pun Allah dah tetapkan. Usaha atau tak usaha itulah kadar rezeki yang telah ditetapkan. Yang penting hidup kat sana tu. Orang yang dah masuk kubur SEMUA nak hidup kat dunia balik, bukan nak cari duit ye tapi nak buat amal soleh. Allah ada cerita kat Al Quran. Kalau seseorang tu bangga dengan harta yg dia dapat, apa beza dia dengan Qorun. Qorun pun bangga dengan harta dia. Fikir fikirkan dan selamat beramal.

  • @parkji
    @parkji ปีที่แล้ว +7

    Kita hidup dalam toxic environment. Hidup berpandukan pengkelasan. Mangsa low iq akan direndahkan oleh pelajar dan cikgu2. Tak semua tapi memang ada. Bila mangsa hidup berjaya sudah tiba masa untuk balas dendam. So situasi win2 untuk semua pihak. Budak target yg hidup kurang berjaya dont play victims. Enjoys our struggle life. Peace yoww

  • @zhafirzulkifly1576
    @zhafirzulkifly1576 ปีที่แล้ว

    Orang yang bergaji besar ni sebenarnya adalah ujian yang besar Allah bagi. Belum tentu senang di akhirat.

  • @MsrFaqihah
    @MsrFaqihah ปีที่แล้ว +1

    Nak marah sila marah cikgu bukan budak target. Diorang tu pun stress sbb jadi harapan masa depan negara.

  • @IbniYom
    @IbniYom ปีที่แล้ว +2

    Aku dulu pernah kena baling buku keluar kelas dan dibandingkan ngan student lain… time amik result spm dia buat pelik yg aku dapat banyk A… aku lemah subject yg dia ajar nak buat macam mana… yg lain xda masalah… 😅 setiap orng ada kelemahan dan kelebihan dia yg tersendiri

  • @cloudfffcois3303
    @cloudfffcois3303 ปีที่แล้ว +1

    cikgu sekolah rendah pernah kata kt ak 'bloody foul'..terima kasih cikgu smpai skrg saya ingat

  • @vvdkl5234
    @vvdkl5234 ปีที่แล้ว +2

    Bagi yg acah2 kaya tu ckp je
    “anak kau nanti x yah g skolah blh Jalan tu terus turun sawah padi”

  • @Mia.Pukimawati
    @Mia.Pukimawati ปีที่แล้ว +1

    Ya betul. Kaya itu indicator berjaya jika anda berada di malaysia. Tak kisah cara apa dia boleh kaya. Janji, bila sakit ada duit rawat, mampu bayar kereta, beli makanan yang disukai. Tidak payah naik rapidkl yang kurang effective. Tidak payah harapkan orang. Mampu tukar tayar kereta sendiri.

  • @lepto2165
    @lepto2165 ปีที่แล้ว +2

    Kadang-kadang Salah mak bapak juga, ajar anak belajar kat sekolah supaya dapat kerja elok jadi Kaya, bukan belajar sebab ilmu.

  • @dorath2237
    @dorath2237 ปีที่แล้ว

    Ibu bapa yang ade rezeki ni. Laburkan lah anak2 korang masuk ke sekolah swasta agama...

  • @nnnard-uw4pn
    @nnnard-uw4pn ปีที่แล้ว +5

    U know aku spnjg f1 smpai f4 tak pena dpt A even 1 A .. tetibe ade satu hari sej aku dpt A- sejarah n the highest dlm kls tu .. so tu 1st A aku la spnjg sek men .. n tetibe da nk trial ni .. aku study la hafal sume n dpt tetibe 1A 4A- .. Alhamdulillah rezeki time tu .. n naik sek cg cakap aku ni mcm bdk target hampir sume cg masuk ment aku😭aku sumpah rasa stress seminggu tu .. aku rasa cam aku jd tumpuan ramai n harapan cg .. doakan sy dpt capai target sy iaitu 1A 4A- dlm spm sebenar .. bln 2 ni spm 😭niat sy bkn nk berlagak yea cakap dpt result camtu dlm trial tp sy nk tekankan kat sini bdk trial kalau rasa di push bole buat mental koyak😭 bayangkan sy sblm ni result terlampau la biasa n tetibe dpt result camtu dlm trial mental tak kuat kene push😂

    • @r.sakarollsafe1285
      @r.sakarollsafe1285 ปีที่แล้ว +1

      kalau spm dh koyak.. memang nangis setiap hari kau di uni.. hidup diatas tak seindah yg orang kata. makin besar achievement makin besar harapan. makin besar harapan makin besarlah beban kau tanggung. cerita pendek kehidupan diatas- sekian

  • @username6661.
    @username6661. ปีที่แล้ว +5

    Bila akak ni ckp "ada yg mahir bab akademi tapi tk mahir bab kemahiran"
    And "ada yg mahir bab Kemahiran tapi tk mahir bab akademi",aku tertnya diri aku,aku yg tkdk dua dua ni apa akan jadi kt aku?😭😭

  • @davinci5233
    @davinci5233 ปีที่แล้ว +6

    Aku salah sorang murid di sekolah cluster politik….apa yang aku rasa mmg teramat sakit hati…mentang2 aku anak felda tp disisihkan..hanya anak2 dato n yb je selalu dipuji…meskipun aku dh challenge semua task yg cikgu bg with given time..tp bila aku menang bab hafal and so on..hadiah yg dijanjikan pon bertukar jd sekeping roti je…aku from A became E…xde smgt..trun kelas…dan cikgu2 pon sering bertukar…cikgu yg bagus request nk ajar budak yg kelas pandai….kelas yg xpandai mmg layak utk cikgu biasa2 je..🥲…tp tu bukan la penyebab nk down habis2 ..byk lg cikgu yg baik…cuma sistem tu perlu tukar..dan Alhamdulillah..aku ada career dan family dh 😊

    • @jwaaina3000
      @jwaaina3000 ปีที่แล้ว

      Similarly to my school
      Banyak giler anak dato and orng businessmanlah
      Takpong yg pandai2
      Hanya 3 golongan yg cg ikhlas btol nk tolong ajar
      Yg lain bodoe?lantak kaulah

  • @ahmadnadzirullah38
    @ahmadnadzirullah38 ปีที่แล้ว

    Rezeki dari Allah..kejayaan dari Allah..kita nie smua dari Allah..pinjam je..Dia nak tarik kejap je..kecuali la Allah dah xpandang kau..dia bgi je ape kau nak..nanti blik jumpa Dia sndri jawap la..orang miskin adalah di kalangan rosullullah bilang nanti bangkit..jadi jgn rasa hina bila miskin..

  • @SiAbangLong
    @SiAbangLong ปีที่แล้ว +1

    Setuju dengan video ni

  • @zulhd8618
    @zulhd8618 ปีที่แล้ว +1

    Smua guru nak anak murid smua brjaya dan tiada yg tercicir.. nanti semua murid dh brjaya,nanti siapa yg krja kutip smpah,buruh kasar,nelayan,buruh kasar krja kilang?dh smua ank murid brjaya kan

  • @izzuddinmnasir4884
    @izzuddinmnasir4884 ปีที่แล้ว +3

    Alam bisnes ni ada balancing, Dah jdi CEO tpi bayar pekerja ciput mmg org tak nak kerja. Patut kalo CEO sendiri bole beli banglo berjuta, patut pekerja sendiri pun mampu beli rumah atleast pangsa/kondo. Org kaya mmg x tayang pun dlm med sosial

  • @lifeshort5574
    @lifeshort5574 ปีที่แล้ว +2

    Haa betul laa tu zman aku skolah dlu, ckgu slalu hina kita xpndai ni pastu bandingkan pljar dia pastu yg student lain hina kita smpai xnk brkwn dsebabkan ckgu tu ckp cmtu, and ckgu pun sokong prbuatan student dia. Bukan stakat tu je dsebabkan aku ni mskin dlu byr yuran skolah even rm50 slalu paling akhir pastu ckgu hina2 sbb lmbat bayar bukan kata nk tnya kita ap masalah. Then now aku lebih brjaya dari smua student dia yg target sgt tu sbb takdir Allah dah menentukan nasib dan rezeki kita. But aku still xboleh maafkan perbuatan mreka disebabkan trlalu kejam salah satunya msuk bilik guru semua guru diumpat pasal aku dlm bilik guru tu, and the one salah satu ckgu dlm bilik guru tu bgitau aku balik. Mcm sial gila. Nak jd ckgu tugas mngajar atau menghina sbb xpndai dan miskin ni

  • @Tod_x
    @Tod_x ปีที่แล้ว +2

    Ada banyak cabang, hanya orang yang betul betul memikirkannya sahaja yang akan memilih cabang yang benar

  • @Gjoe_
    @Gjoe_ ปีที่แล้ว +1

    Sebenarnya tiktok telah menjarah dn mendidik generasi hri ini menjadi apa yg mereka inginkan jadi apa yg mereka fikirkan.Felling dan caracter yg dianggap tidak sama atau sepadan dgn realiti kehidupan sebenar dahulu telahpun tidak boleh diguna pakai lagi.Makin gila,makin real.😆

  • @akubudaktelukkemang
    @akubudaktelukkemang ปีที่แล้ว +1

    Betul...cikgu tak patut diskriminasi pelajar

  • @MQ-wj7fg
    @MQ-wj7fg ปีที่แล้ว

    Jangan hidup untuk dinilai oleh manusia tapi hidup lah untuk oleh dinilai Allah.

  • @pijanshafie5584
    @pijanshafie5584 ปีที่แล้ว +2

    pelajar target siap ada muka kat sekolah .kain binaa tampal kat kantin .tapi diorang baik je dengan aku kat sekolah . aku sekarang dah umur 25

  • @nooraribahnoorid401
    @nooraribahnoorid401 ปีที่แล้ว

    Setuju sangat dengan pendapat speaker tu.

  • @syafiqazizan3514
    @syafiqazizan3514 ปีที่แล้ว +1

    Dia nak cakap dulu cikgu tk layan/ pandang rendah dia kat sekolah mungkin sebab degil, lepastu cikgu layan murid target je, skg ni dia nak tunjuk walaupun bukan murid target dia boleh berjaya, apa cerit murid target cikgu, haa cam tu kalau dari positive dia la

  • @ismisyafiq9523
    @ismisyafiq9523 ปีที่แล้ว +1

    org camni kalau kita dah masuk penghujung zaman kita mula guna batu besi kayu , kalau x berilmu mmg angkat tgn surrender la ...pasai tu org suruh mengaji

  • @shionhyuga2332
    @shionhyuga2332 ปีที่แล้ว +1

    benda mcm ni jgn nk bandingkn sgt,semua kerja perlu antara 1 sama lain...klu semua org nk jadi doktor spe nk bercucuk tanam

  • @castelloakzim8703
    @castelloakzim8703 ปีที่แล้ว +1

    Sebab tu sekolah melalui konteks warga US, "Sekolah Sudah Menggagalkan Ramai Insan"

  • @IrShad96
    @IrShad96 ปีที่แล้ว +2

    nk buat mcm mana masyarakat kita ni selalu cop yg mempunyai asset banyak, kaya ada rumah dh berjaya,

  • @samsulacol21
    @samsulacol21 ปีที่แล้ว +1

    Sy Batch2 80an mmg byk cikgu yg sedikit leser...tp budak2 dulu respect dan hormat cikgu...skg kena hentam sikit dh melantun..hmmm lemah....

  • @abamfarit
    @abamfarit ปีที่แล้ว

    yang salah tu cikgu duk banding bandingkan pelajar, kata orang tak da masa depan, macam dia tahu masa depan pelajar.. masa depan cikgu sendiri pun tak tentu lagi.. kehidupan ni ada naik turun

  • @tarakpaa1
    @tarakpaa1 ปีที่แล้ว +2

    Penah ditarget gagal BM. Tak tau la sebab apa setiap kali kena jawab soalan dalam kelas, mesti berdiri sampai habis kelas 😂 last2 pelajar target dpt A @ A- , aku dapat A+ 🤣

  • @shamifouzi3322
    @shamifouzi3322 ปีที่แล้ว +1

    Aku dulu masa sekolah ada je murid target kat sekolah aku tapi dulu semua orang nak target nak berjaya masa belajar dulu tapi sekarang kita sedar yang kita ni silap nak berjaya kena usaha

  • @shafinaz_anwar
    @shafinaz_anwar ปีที่แล้ว

    Tak pandai akademik, tapi dah besar pandai cari duit tu bagus. Tapi jangan la gunakan tu untuk cara lekehkan kawan2, atau cara untuk kau rasa diri kau lebih baik. Mungkin rezeki kawan yang pandai belajar tu ialah adab dia.

  • @Naksu..
    @Naksu.. ปีที่แล้ว +2

    Baru disindir sikit .. trauma, mental emosi x stabil, hati anak2 skang x cukup kental. Political correctness... ni belum masuk alam kolej, universiti, bekerja, berumahtangga, berjiran dan sebagainya

    • @pahlawancindaitekpi3795
      @pahlawancindaitekpi3795 ปีที่แล้ว +1

      Sebab tu ramai orang dewasa sekarang makan rasuah banyak kikiki

    • @Naksu..
      @Naksu.. ปีที่แล้ว +1

      @@pahlawancindaitekpi3795 bak kata orang tua " benda haram semua sedap" ... Tu yg yg sampai baham kucing celup tepung

  • @dayangpetroezahsyedmamat3446
    @dayangpetroezahsyedmamat3446 ปีที่แล้ว

    Semua rezeki masing2..kita doa yang baik2 ja...semua pekerjaan ada peranan masing2.. and hormati orang lain. Tu ja

  • @X-Ticer
    @X-Ticer ปีที่แล้ว +1

    Terbaik. Nasihat yang bagus

  • @arifridzuan1728
    @arifridzuan1728 ปีที่แล้ว

    Kadang mentality manusia zaman la bila ada duit ja suka menunjuk benda mewah tapi depa x tau benda th nnti akan makan diri sendiri

  • @jamalhassim6156
    @jamalhassim6156 ปีที่แล้ว +1

    Mantap

  • @billkxshx9743
    @billkxshx9743 ปีที่แล้ว +1

    Khabar baik

  • @zmc2585
    @zmc2585 ปีที่แล้ว +7

    Mende, berapa ramai je berjaya tanpa ilmu?? Org yg pikir mcm tu pemikiran cetek.

    • @muhammadzulbahrizainalabid8403
      @muhammadzulbahrizainalabid8403 ปีที่แล้ว +2

      Tamadun manusia berkembang disebabkan oleh Ilmu.
      Ayat Al-Quran yg pertama diturunkan 'Iqra' bacalah.

    • @zmc2585
      @zmc2585 ปีที่แล้ว

      @Amir Izzani yela dik, ko nak dpt ilmu tu dari mana🤦, alahai kalau camtu dari kecik ko takyah sekolah dik. Ko terus belajar ngan org senang kan?? Terus jdi businessman. Pikir guna otak lah, memang lah org keluar uni belum tentu berjaya tapi benda2 tu lah jdi bukti dan ukuran. Satu je JANGAN JADI BENAK

    • @zmc2585
      @zmc2585 ปีที่แล้ว

      @@muhammadzulbahrizainalabid8403 betul👍 sebab tu kene tuntut ilmu. Tak mampu takpe jangan nk perlekeh, kalau rasa belajar tu tak penting takyah wujud kan tadika, sekolah2. Ko gi terus belajar buat business, engineering, architecture

  • @farhanfaqrull9111
    @farhanfaqrull9111 ปีที่แล้ว +1

    orang kelas hujung yang kata gitu kan. maka betul lah dia berpemikiran orang kelas hujung

  • @riezalwayne911
    @riezalwayne911 ปีที่แล้ว +1

    jazakallah

  • @anbunemalaysia4285
    @anbunemalaysia4285 ปีที่แล้ว

    Buat yang terbaik untuk diri bukan untuk orang lain