Taubat & Doa

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 มี.ค. 2011

ความคิดเห็น • 128

  • @marulkl
    @marulkl 12 ปีที่แล้ว +47

    kenal dr Asri sejak 2002 lagi..masa dia pensyarah di USM Penang...masa tu xde siapa kenal dia kecuali siswa USM..masa tu dia belum jadi Mufti Perlis lagi..dia pernah bagi khutbah jumaat di Masjid Al-Malik Khalid USM...kritik pemerintah di depan Menteri Besar Terengganu dan di depan Yang Di Pertuan Agong....kuliah dia memang best khususnya kuliah munakahat...memang masa tu dah agak dah dia ni akan jadi Ulama hebat...teruskan perjuangan dr Asri....

  • @nasihasakinah263
    @nasihasakinah263 4 ปีที่แล้ว +8

    setiap kali rasa sedih saya akan dengar ceramah ni.ya allah rasa tenang

  • @kuwaylid
    @kuwaylid 9 ปีที่แล้ว +56

    Taubat Dan Doa - DR Asri Zainal Abidin
    Ketika jiwa merasa sesal & kecewa ... Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan ... Ketika harapan dirasakan tiada lagi ...
    Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan.. bila2 masa sahaja insan itu.. dimana saja dia berada .. bangsa apa dia keturunan dia, siapa mak bapa dia, siapa saja datuk nenek dia jika dia ingin berhubung dengan allah atau kembali kepada allah .. maka tidak pernah ada halangan.
    Surah azzumar ayat 53
    Beritahu kepada hamba2ku, katakanlah wahai hamba-hamba allah..yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust) .. dia rasa, dia jumpa orang, orang akan kata" ohh kau ni tuhan tak ampun dosa orang macam kau ni" .. jumpa pula orang ni kata " tuhan tak ampun kau ni .." .. Allah kata " Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka ... Jangan mereka putus asa dengan rahmat allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat allah...Allah mengampunkan segala dosa... Nabi kata " Siapa yang menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini , semuanya kaki dosa , jahanam dia.. Nabi kata " Dialah orang yang paling binasa, sebab dia tidak memberikan nilai rahmat allah kepada orang .. "
    Ketika diri tiada tempat untuk meluah .. melepaskan segala resah di jiwa ..
    Nabi kata " Siapa menutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat " ... termasuk muslim itu diri dia sendiri .. Orang datang kepada nabi. Ma'iz bin Malik datang kepada nabi, dia berzina "aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku" .. Nabi tak tengok dia nabi pusing.. Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah tapi Ma'iz kata juga " aku zina wahai rasulullah, bersihkan aku " Ma'iz terus ... Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada dia .. Rasullullah kata " boleh jadi kau cium Ma'iz " .. Boleh jadi kau raba-raba ... " Aku berzina Ya Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina " ... tapi dia terus, dan bila dia terus, dia nak hukuman, maka hukuman dijalankan ... Islam suruh tutup (keaiban diri), islam suruh manusia baiki diri dia, bila-bila masa sahaja.. Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban dia .. Dia istighfar kepada tuhan , dia balik kepada tuhan, dia minta ampun kepada Allah .. Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam..Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang ...
    Usah berputus asa dengan Rahmat Tuhan .. Teruskan perbaiki diri ..
    Islam seluas-luas pintu, di dalam ajaran islam, adalah pintu taubat. Allah menyatakan : " wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit ... kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku... Aku ampunkan engkau aku tidak peduli.. " Hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya ... Aku ampun dia " Kata Allah. Kemudian dia duduk beberapa lama, dia betul-betul taubat, bukan main-main... macam mana dia (boleh) tergelincir lagi.. selepas tergelincir, hadith qudsi ini kata... " Hamba Allah ini berkata : Wahai Tuhan, aku telah buat dosa lagi, ampunlah aku .. Allah kata dalam hadith itu : " Hambaku itu tahu bahawasanya baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan pada dosa dia, Aku ampunkan dia .. Selagi mana dia ikhlas, dia tidak berniat pun nak tipu, dia memang nak taubat betul-betul.. dia tergelincir ... Tuhan kata : Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya Tuhan yang mengampunkan dosa...
    Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ...
    Apabila orang nak balik kepada tuhan .. Tuhan tak pernah tanya .. bapa kau siapa, mak kau siapa, datuk kau siapa... takk...!! Abu jahal perang nabi, memerangi Nabi, anaknya Ikrimah masuk islam.. Sahabat nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi . Manusia yang tampil menentang Nabi, Lagi tuhan terima taubatnya .. Inikan pula manusia Jalanan. .. Walaupun kita kata benda itu tidak baik dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada islam tidak pernah ada halangan antara dia dengan tuhan, sama sekali tidak ada..
    Hanya kepadaNYA kita sembah ... Hanya kepadaNYA kita memohon
    " Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima "
    " Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa" ... dia tidak terima.
    Al Baqarah Ayat 186
    Bila hamba-hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat .. Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku... mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk ... Semua doa menjelma, melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguh
    Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan...
    Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, ia memperkenankan dalam berbagai rupa .. Manusia kadang-kadang dia minta (saya selalu sebut) Kadang-kadang kita minta wang.. sebenarnya dia bukan nak wang, dia nakkan kebahagian tapi dia sangka, dengan adanya wang, ada kebahagian..Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap tapi Allah beri kebahagian kepada dia .. Dia minta isteri cantik, dia berkenan dengan seseorang itu.. Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia, Allah beri juga isteri kepada dia tapi dia kata bukan yang aku doa hati itu.. tapi yang Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagian rumah tangga dia.. lebih baik untuk dia meneruskan perjalanan hidup, namun, Allah menghampakan hamba, tidak sama sekali.. Tapi dia sangka yang aku minta itu tidak sampai-sampai lagi.. Tak... sebahagian besar hajat kau telah kau kecapi nikmat itu..
    Teruskan mengharap dengan Tuhanmu....
    Manusia berhubung terus dengan Tuhan.. Dia minta iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu... Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi, tentu dia bagi .. Hatta manusia islam, dia naik kereta, dia tengok satu orang susah di tepi jalan, dia kata : Ya Allah, kasihanlah dengan sahabat kita yang susah ini, hambamu yang susah ini, berilah rezeki kepadanya.. Kita kasihan tengok dia naik motor, kita naik kereta, hujan .. Nabi kata : Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu ... melainkan Allah hantar malaikat-malaikat, untuk kau pun macam itulah juga.. Maksudnya engkau minta yang baik untuk dia, untuk engkau pun macam itulah juga...
    Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri..
    Ajaib hidup ini dengan doa, ajaib..ajaib tuan-tuan kalau fikir kereta doa kita doa .. entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar, pada hari ini kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi dan kitapun telah melupai sebahagian besar daripada doa yang kita sebut
    Selagi nyawa dikandung badan.. Peluang untuk kembali kepada Tuhan.. Tidak pernah tertutup
    Muslim... nak taubat kepada tuhan tak perlu isytihar diri, nak minta kepada Tuhan juga, tak perlu perantaraan.. Manakah agama yang lebih memberikan ruang untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberikan oleh islam.

  • @WantedWatanabe
    @WantedWatanabe 2 ปีที่แล้ว +4

    Sy dgr video clip pendek psl rahmat Allah drpd dr asri ni 11 tahun lepas tapi cuma klip pendek 11 minit. First time jump yg full 40 minit ni. Terima kasih kerana memberikan penerangan tentang rahmat Allah yg cukup jelas

  • @TheItambelegam
    @TheItambelegam 3 ปีที่แล้ว +3

    Dari zaman study, sampai sekarang masih tengok ni.

  • @AHMADSUHAIMISAID
    @AHMADSUHAIMISAID 11 ปีที่แล้ว +9

    Alhamdulillah, saya suka kuliah Dr Maza... kuliahnya sentiasa memberi harapan dan kekuatan untuk kita balik semula ke pangkal jalan serta tidak mematahkan semangat. Teruskan ustaz.... Ingin bersahabat rasanya.

  • @4ageisMe
    @4ageisMe 11 ปีที่แล้ว +23

    aku respect dr asri..start die blaja kt oxford,minda,cara,dan pendekatan die mula berubah..aku hormati manhaj salafi die,die dah kurg cakap isu khilafiyah mcm mula2 dulu. skrg ni ape yg keluar dari mulut dia lebih ilmiah,lebih luas,tidak sempit dan terkongkong mcam dlu...sangat suke dengar ceramah die skarang..byk manfaat dan ilmu dapat diambil dari beliau..nampak sgt perubahan beliau sebelom dan selepas drpda merantau ke oxford..kata2nya lebih berhemah,lebih tepat..

  • @mujahiddeen8666
    @mujahiddeen8666 11 ปีที่แล้ว +8

    I love Dr Asri Because of ALLAH

  • @aansuryani9478
    @aansuryani9478 6 ปีที่แล้ว +7

    Subhanallah walhmdllh walailahaillallah allahuaqbar ini lurus nya ustadz dawah bikin yg masiat tentram sungguh Mulia barokah manpaat dunia aherat amiiin saya paling ta suka yg dakwah kasar nakut "tin !! Saya bagi doa mogha ustadz ini di surga ingat saya memberi safaat walapun lewat yutuv ikut hadir mogha barokah amiiin

  • @amirhamzah3899
    @amirhamzah3899 8 ปีที่แล้ว +14

    Ya Allah Ar Rahman ArRahim, rahmatilah drmaza dan hamba2 mu yg berjuang dijalan agama ini dan ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah Ar-Ghafur, sesungguhnya kau Maha pemberi rahmat dan Maha Pengampun

  • @zorro18sx
    @zorro18sx 4 ปีที่แล้ว +3

    Aq sokong pendapat ustad maza.. Beliau memberi kita harapan kepada Allah.. Adan menyedarkan kita sesungguhnya Allah maha penyayang... Tidak seperti ustad2 lain... Dr maza memberi kita pengetahuan sesungguhnya rahmat Allah sgt luas dan jgn sekali kali kita putus rahmat kepada Allah... Setiap kali aq mendengar, aq berasa Allah terlalu dekat dgn aq dan aq sentiasa yakin Allah maha pengampun lagi penyayang.... Trima kasih ustd

  • @Blackboboy
    @Blackboboy 12 ปีที่แล้ว +3

    Ustaz ni kelihatan muda. Tapi sampaiannya cukup simple & mudah utk memahami..... ringkas & padat! Power la.....

  • @aishahzaharah313
    @aishahzaharah313 9 ปีที่แล้ว +9

    ceramah ustaz maza tak pernah boring.

  • @zachukyahya3513
    @zachukyahya3513 12 ปีที่แล้ว +3

    masyaallah ilmu dr asri sgt berguna..selalu juga jumpa dia kat london ni, bila tengok dia rasa dia seorg yg hebat.. xsprti apa yg org ckp dan buruk2kan dia..pandangan dia sederhana pendekatan yg hampir sama dibawa oleh dr yusuf alqaradawi..

  • @ismeilyana6001
    @ismeilyana6001 5 ปีที่แล้ว +3

    ya allah..syukur kpdMu ya Allah..kerana ader ilmuan dlm kalangan kami yg begitu luas pandangan n pemikiranNya.. bimbinglah kami ya Allah..moga kami menjadi umat yg benar2 berada d atas landasan AlQuran dan sunnah nabiMu..syukurnya ada Dr Maza n sahabat2..

  • @nurahwan6872
    @nurahwan6872 7 ปีที่แล้ว +4

    ya Allah ampunkanlah dosa hamba MU ini yang penuh dengan dosa..

  • @user-tn2ti9oo2e
    @user-tn2ti9oo2e 2 ปีที่แล้ว +1

    alhamdulilah ustad insya allah kita berjumpa dengan cerama terbaik

  • @oreebiasoobiaso1101
    @oreebiasoobiaso1101 7 ปีที่แล้ว +1

    Yaa ALLah ampunkanlan dosa-dosa hambamu yang hina dan banyak menzalimi diri sendiri ini.....jangan engkau jauhkn hati ini setelah apa yang engkau berikan..

  • @fezz641
    @fezz641 13 ปีที่แล้ว +8

    tenang jer dengar ceramah nih.. semoga Allah merahmati dr Asri.. ^__^

  • @zulaifahhanafiah1554
    @zulaifahhanafiah1554 4 ปีที่แล้ว +1

    Saya tidak pernah melewatkan
    Ceramah dr maza. Sekalipun saya tidak pernah bertemu dengan beliau ceramahnya sangat tersentuh semoga Allah memberikesehatan dan keberkatan umur kepada beliau.
    Allah humma Rabba zibraila mikaila israfila wa Muhammadin salallahuwaalaihiwassalam. Fia'lazannatil quldi.

  • @kamilalam2036
    @kamilalam2036 11 ปีที่แล้ว +3

    sangat2 terkesan dgn setiap apa yg beliau smpikan..kdg2 smpi t'leka..

  • @Readismed
    @Readismed 11 ปีที่แล้ว +2

    Jika mengulangi maka dia berdosa. Tetapi itu tidak menghalang dia untuk kembali (taubat) kepada Allah swt jika dia benar-benar bertaubat. Allah swt Maha Pengampun menerima taubat hamba-hamba nya jika mereka benar-benar ikhlas.

  • @SayaKata1
    @SayaKata1 12 ปีที่แล้ว +2

    Dah cari dan baca hadis pasal Mais bin Malik yang datang mengaku dosanya. Thank you Dr.MAZA.

  • @rifqiisyraq804
    @rifqiisyraq804 3 ปีที่แล้ว +1

    Tiada perantaraan antara manusia dengan Tuhan..

  • @puterisafwah
    @puterisafwah 12 ปีที่แล้ว +6

    ustaz memng inspirasi terbaik :) subhanallah

  • @nurfadzilahhassan8530
    @nurfadzilahhassan8530 7 ปีที่แล้ว +4

    Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a. berkata,"Syurga ada 8 pintu. Salah satu daripada pintu2 itu khas untuk orang yang berzikir."
    motivasi banyakkan zikir Laailaahaillallah MuhammadderRasulullah, istighfar, Alhamdulillahhirabbilalamin, hauqalah: lahaulawalaquwataillabillahilalimyilazim dengan hati yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah

  • @sulaimanjapar
    @sulaimanjapar 10 ปีที่แล้ว +5

    Terima kasih Dr ..Allahamdulliah, Syukur..dapat mendengar ceramah Utz Dr didalam youtube ini..Saya sangat berminat mendengar nya dan faham.

  • @zujaimi1
    @zujaimi1 12 ปีที่แล้ว +2

    yaallah cantiknya islam...mahasuci allah

  • @Tej4Mohd
    @Tej4Mohd 12 ปีที่แล้ว +2

    kdg2 trserempak dgn ustaz dekat fakulti, sentiasa murah dgn senyuman kepada para pelajar.

  • @LegendaryAang
    @LegendaryAang 11 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah niat nk berjumpa dia telah aku capai. memang berkesan ceramah beliau. DR MAZA FOR PM!

  • @amztube311
    @amztube311 12 ปีที่แล้ว +2

    Mesej yang mudah, tepat dan padat. Amat berguna. Terima kasih dr asri.

  • @puyusofarbain6011
    @puyusofarbain6011 7 ปีที่แล้ว +4

    Semoga Allah Sentiasa Merahmati dan Memberkati al-Fadhil Dr Maza.

  • @anb6t
    @anb6t 11 ปีที่แล้ว +2

    Indahnya AgamaMu Ya Allah.........

  • @janjr372
    @janjr372 11 ปีที่แล้ว +2

    aku suka ngn dr asri..... ap yg dye cukup tng dan bermkna

  • @ryanair1212
    @ryanair1212 9 ปีที่แล้ว +5

    Subhanallah Maha Suci Allah

  • @PenselK
    @PenselK 12 ปีที่แล้ว +2

    teringin sgt nk jumpa dr.asri....kuliah & ceramah beliau sgt berkesan...insyaAllah akan dipermudahkan..

  • @m.shahrim1933
    @m.shahrim1933 5 ปีที่แล้ว +1

    Ceramah kali ni antara yang paling baik, sebab tajuk nya menyentuh perkara yang sangat asas (fundamental) di dalam agama Islam. Terima kasih Dr Asri, dan uploader video ini. Semoga Allah memberkati hidup kita dan mengurniakan kita kefahaman agama. Amiiin.

  • @lestariabdurahman1226
    @lestariabdurahman1226 12 ปีที่แล้ว +1

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
    Allhamdullilah ...terima kasih tausyiahnya sangat membantu saya.terima kasih
    wassalamualaikum.

  • @vannychan6055
    @vannychan6055 4 ปีที่แล้ว +1

    Allah bless you until jannah

  • @nurfadzilahhassan8530
    @nurfadzilahhassan8530 7 ปีที่แล้ว +2

    Sayyidina Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Jika di sisi seseorang terdapat Wang yang banyak lalu dia membahagi-bahagikan Wang tersebut pada jalan Allah s.w.t. manakala seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka orang yang berzikir itu lebih afdal."
    Hadis riwayat Tabarani
    motivasi: BerJIHAD dengan sentiasa zikir lidah@ zikir khafi iaitu zikir hati dengan hati yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah

  • @SuperH4r15
    @SuperH4r15 10 ปีที่แล้ว +2

    subehanaullah, hebatnya agama ISLAM...

  • @roksva3861
    @roksva3861 10 ปีที่แล้ว +3

    Allahu rabbi.

  • @rashdeano9761
    @rashdeano9761 11 ปีที่แล้ว +2

    subhanallah.

  • @qathrunnada03
    @qathrunnada03 12 ปีที่แล้ว +2

    @PenselK sama2 kita berdoa supaya dipermudahkan. ana pun teringin nak jumpa dr asri ni.. InsyaAllah..

  • @mamatali83
    @mamatali83 8 ปีที่แล้ว +5

    alhamdulillah..
    tazkirah yang sgt banyak memberi manfaat kepada hati dan jiwa ini
    moga allah merahmati ustaz dr.maza dlm meneruskan perjuangan dakwah
    ..nmpk keikhlasan disitu..jazakallah.

  • @rinintanurutami2545
    @rinintanurutami2545 8 ปีที่แล้ว +1

    Lemak sangat dengar ceramah ni, alhamdulillah hati jd tenang.

  • @hidanur6147
    @hidanur6147 4 ปีที่แล้ว +2

    Lemuih dr maza masa ni..

  • @nurulumi5291
    @nurulumi5291 11 ปีที่แล้ว +1

    yaallah ALLAH maha pengampun kita hamba yang hina tapi nape bila setiap ada rancangan dan ceramah agama dlm tv mesti masa yng d berikan teramatlah singkat dan bila drama leh lak d tayang sampai 3 ke 4 jam
    itu lah kelalaian manusia moden

  • @shaifuddinbinibrahim1344
    @shaifuddinbinibrahim1344 10 ปีที่แล้ว +4

    Masyallah hebatnya islam penuh dengan hikmat dan luasnya ilmu allah

  • @syednadim1
    @syednadim1 12 ปีที่แล้ว +3

    Thank you for the upload.

  • @MFazli888
    @MFazli888 ปีที่แล้ว

    Dengar semula di tahun 2022

  • @saffronivsii2664
    @saffronivsii2664 7 ปีที่แล้ว +4

    Maha Suci Allah. Rahmatnya tidak terhingga.

  • @BekamAnugrah
    @BekamAnugrah 9 ปีที่แล้ว +4

    Assalamualikum.....Terimakasih...bikin hati tenang

  • @braderwie
    @braderwie 12 ปีที่แล้ว +1

    Teringin nk jumpa Dato' Dr. Maza.. mudah2an Allah merahmati dan melanjutkan usaha Dr. asri agr dpt terus menyebarkan dakwah dan memberi peringatan serta mencurahkan ilmu pd kami.. amin

  • @classicredparfum2u532
    @classicredparfum2u532 7 ปีที่แล้ว +1

    cara penyampaian beliau membuat hati sy tersentuh. terima kasih.

  • @yellowfile1
    @yellowfile1 11 ปีที่แล้ว +2

    Sukenyee...Ya Allah...

  • @aziey3003
    @aziey3003 10 ปีที่แล้ว +4

    mengalir airmata mengenang kesilapan lalu

    • @tokekelfy
      @tokekelfy 9 ปีที่แล้ว

      Banyakn bsabar

  • @sharulazuan7284
    @sharulazuan7284 9 ปีที่แล้ว +4

    Ikhlaskan diri, terus berusaha mencari redha Allah.....
    Doa dan terus mendekatkan diri pada Allah..

    • @tenagadalaman
      @tenagadalaman 9 ปีที่แล้ว

      you;;;;;; jjn saG8 uj
      j dr;; 8ub :in dr: Mu

  • @juanaibnusudin5994
    @juanaibnusudin5994 11 ปีที่แล้ว +2

    terima kasih ustaz semoga Allah balas kebaikan anta.

  • @puterisbahc1
    @puterisbahc1 12 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah...Dr Asri mmg hebat ....

  • @shakinahmangshor
    @shakinahmangshor 11 ปีที่แล้ว +2

    Allah! Allah! Allah! indah sungguh islam
    moga Allah merahmati mu ya ustaz :)

  • @qisrah6281
    @qisrah6281 12 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum..semua♥
    .....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
    "YA ALLAH,,dihari yg penuh kemulian ini,ampunilah dosa2ku yg lepas & yg akan dtg.Ya ALLAH,lindungilah aku,suamiku,ibuku,ibumertuaku,anak2ku,keluargaku,keluarga suamiku,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhknlah kmi dri perkara yg tidak diingini. Redhailah kmi utk menuju jalanMu."YA ALLAH,....أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.....(Selawat)

  • @nurfadzilahhassan8530
    @nurfadzilahhassan8530 7 ปีที่แล้ว +1

    NASIHAT UTK YG SEDANG DITIMPA BAHAYA: SILA BERJIHAD DENGAN BANYAKKAN ZIKIR Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah
    Laailaahaillallah MuhammadderRasulullah

  • @serbanbru8832
    @serbanbru8832 11 ปีที่แล้ว +3

    patutnyer ceramah sebegini disiarkan di stesen televisyen arus perdana..biar semua orang faham dan dengar ape yg dr asri sampaikan..fikiran melayu yang sempit dan terkongkong perlulah diubah supaya mewujudkan masyarakt islam yang lebih faham konsep silam yang sebenar

  • @egarusniati5456
    @egarusniati5456 10 ปีที่แล้ว +1

    ALLA HUAKBAR

  • @pencaribajubesi3303
    @pencaribajubesi3303 11 ปีที่แล้ว +3

    Terrrrrbaik dr asri... love u

  • @iedaecouter
    @iedaecouter 10 ปีที่แล้ว +2

    Allhamdullilah Dr Maza..

  • @yogandaru
    @yogandaru 10 ปีที่แล้ว +1

    Subhanallah.

  • @zainalakmalable
    @zainalakmalable 11 ปีที่แล้ว +1

    ceramah Ustaz MAZA sangat2 berkesan :)

  • @suwaibah5
    @suwaibah5 10 ปีที่แล้ว +3

    TQ Dr. Asri.. Suka !! Kita hak Dia.

  • @zonnorainmohamedyassin4221
    @zonnorainmohamedyassin4221 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih, *DrMAZA* ♥️
    جزاك الله خيرا • بارك الله فيك 🖤

  • @khosnimansor2132
    @khosnimansor2132 2 ปีที่แล้ว

    Allahhuakbar

  • @Miss050444
    @Miss050444 12 ปีที่แล้ว +1

    Salam..1 ilmu yg brmanfaat

  • @dawibakri2954
    @dawibakri2954 9 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah tenang hati..😢

  • @firfirdausbaby4667
    @firfirdausbaby4667 7 ปีที่แล้ว

    1 massage yg berguna utk org islam kata2 dr maza penuh dgn rahmat Allah & hikmah

  • @gengrubikd
    @gengrubikd 10 ปีที่แล้ว +3

    alhamdulillah... terasa..... izinkan saya utk download.. syukran. :-)

  • @20aminah33
    @20aminah33 9 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum.sukur.alhamdulillah.menambah.hati.tenang.dn.bersemangat.terimakasih.datu

  • @masturamalik
    @masturamalik 6 ปีที่แล้ว

    Tazkirah yang Bermanafaat. Pencerahan yang baik dan tersusun.

  • @ahmadkhusairi1436
    @ahmadkhusairi1436 10 ปีที่แล้ว

    SubhanaAllah...islam is the best...♡

  • @alphahijra1499
    @alphahijra1499 10 ปีที่แล้ว +1

    Saya zuhud dgn ustad.

  • @MrAmenudin
    @MrAmenudin 6 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih dr.

  • @salehaabdulwahab6452
    @salehaabdulwahab6452 9 ปีที่แล้ว

    Assalamu'alaikum. Alhamdulillah memeng menenangkan hati

  • @doraapj8645
    @doraapj8645 8 ปีที่แล้ว

    Alkhamdulillaaah...

  • @adikmoon
    @adikmoon 8 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah... Bagusnya kalau Ustaz boleh fokus menyebarkan Islam dalam topik macam ni... Sebab mengubah sebuah negara tu bermula dari hari pemimpin dan rakyatnya...

  • @chanelilmu2322
    @chanelilmu2322 8 ปีที่แล้ว +6

    izin dowload from indonesia

    • @TVSUNNAH
      @TVSUNNAH  8 ปีที่แล้ว

      +Chanel ILMU Silakan.

  • @user-es7ug7vh9w
    @user-es7ug7vh9w 10 ปีที่แล้ว

    ขอบคุน

  • @sunakujira69
    @sunakujira69 9 ปีที่แล้ว +9

    Alhamdulillah.. trima kasih dr maza...
    heran, xde pelabel n pnuduh di ruang komen kat sini, aneh nye.. video dr maza yg lain2 penuh dgn pelabel dan pnuduh.. mgkin vdio ni buatkn mreka mngis.. hmm

  • @qathrunnada03
    @qathrunnada03 12 ปีที่แล้ว +1

    ramai org sekarang yg bertentangan dgn apa yg nabi suruh. org yg bersalah terus dipersalahkan dan ditekan. sbb tu ramai org islam jadi takut dgn islam.

  • @adobella5574
    @adobella5574 11 ปีที่แล้ว +1

    perbanyak penayangan seperti ini :)

  • @mohdhanif1530
    @mohdhanif1530 11 ปีที่แล้ว +2

    1994 jordan...

  • @Maybeline001
    @Maybeline001 12 ปีที่แล้ว +3

    kalo ada music lagi best... syok nak dengar~

  • @zz_5553
    @zz_5553 10 ปีที่แล้ว

    Astaghfirullahal'azim.
    😨

  • @mohdnazrinshahahmad8462
    @mohdnazrinshahahmad8462 7 ปีที่แล้ว

    💪

  • @ridaarieda7097
    @ridaarieda7097 10 ปีที่แล้ว

    👍

  • @denniazmzza6450
    @denniazmzza6450 9 ปีที่แล้ว

    Ya Allah

  • @bapasakdppkalimantan6186
    @bapasakdppkalimantan6186 8 ปีที่แล้ว

    izin download from Banjarmasin Kalimantan selatan

    • @TVSUNNAH
      @TVSUNNAH  8 ปีที่แล้ว +1

      +Agam Sya'rani Silakan.

  • @rashdin
    @rashdin 10 ปีที่แล้ว

    ada dijelaskan dalam kuliah dia yang bertajuk walaupun berkali-kali

  • @CarrotBoy9
    @CarrotBoy9 11 ปีที่แล้ว +2

    DR MAZA FOR PM

  • @nasriandi8098
    @nasriandi8098 7 ปีที่แล้ว +3

    mohon izin jadikan referensi ceramah dari indonesia ust.

    • @TVSUNNAH
      @TVSUNNAH  7 ปีที่แล้ว

      nasriandi andy silakan.

  • @seelantra
    @seelantra 11 ปีที่แล้ว

    kelas munakahat dia penuh satu dewan..bdak2 yg kaki ponteng pn turun kelas..