Kenapa permainan Dominic Tan dan Daniel Ting menjadi ketika lwn Korea selatan?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 3 ก.พ. 2024
  • Nama Dominic Tan dalam skuad KPG selaku di kritik peminat walau sebelum iji.Begitu jugak Daniel Ting yg kehadiran dia dikatakan tidak sehebat Corbin Ong.Tetapi ada kenapa ketika lwn korea selatan game terakhir asian cup qatar 2 pemain ini perform terutama daniel ting.?
  • กีฬา

ความคิดเห็น • 1

  • @khadeejadja
    @khadeejadja 5 หลายเดือนก่อน

    😎😎😎☺️☺️☺️
    Pertama-tamanya memang setuju dengan pandangan saudara. Ada banyak sebab selain dari faktor mereka yang bermain dengan Sabah FC.
    1. Daniel Ting dan Dominic Tan ni lebih sesuai bermain dalam taktikal yang biasa dipakai oleh pasukan kebangsaan Itali mahupun kelab2 utama Itali. Yang mementingkan main bertahan menjadi satu seni dengan serang balas pantas. Taktikal HM vs Korea Selatan tu macam seakan2 taktikal Fabio Capello, Carlo Ancelotti ( AC Milan 2002-2008), Nevio Scala ( Parma 1995-1998 ) atau Marcelo Lippi (Juventus era 90an-2k dan Italy WC2006), yang mementingkan kawasan midfield yang solid untuk membantu pertahanan, terutama bek tengah. Tahap keyakinan kedua2 pemain terlihat lebih solid dalam sistem sebegini. Jika midfield terlalu ghairah untuk menyerang tetapi tidak cekap membantu barisan pertahanan, mereka menjadi lebih vulnerable, terutamanya Dominic.
    2. Daniel Ting dan keupayaannya beraksi di posisi bek kanan/wingback kanan walaupun kidal, serta aksi cemerlang mengekang Son Heung Min mengingatkan kita kepada lejen Paolo Maldini yang mudah beradaptasi di mana2 posisi pertahanan. Cuma ya, Maldini mula masuk ke dalam kem AC Milan sebagai bek kanan yang dominan kaki kanan, dan membuat penampilan sulung dalam Serie A sebagai bek kiri kerana posisi kanan sudah diisi oleh Mauro Tasotti. Terima kasih Kim Pan Gon kerana telah mendedahkan bakat tersembunyi Daniel Ting, yang belum terserlah ketika beraksi bersama Sabah FC.
    3. Point ketiga lebih kepada satu aspek personaliti yang ada pada Dominic Tan. Sungguhpun dia tergolong dalam jenis pemain yang sensitif/beta male, jangan pernah mengatakan kepadanya bahawa dia tak boleh berbuat ini dan itu, kerana dia akan jadikan tindakan untuk menyangkal kata-kata negatif kita sebagai misi hidupnya. Kejian dan cacian hanyalah api bara yang membakar lagi semangat juang untuk membuktikan yang para pembenci dan pengejinya salah.
    Setakat itu sahaja dulu untuk dikongsikan...